PENDAM
Dialog Hatiku...
Soooo LOL!
1st of all maaf semua sebab lately aku update n3 aku pependek je. Serius memang kebuntuan idea nak tulis apa lagi kat blog aku ni. Tapi petang ni aku nak share satu situasi yang aku sendiri rasa macam " betul ke? Aku mimpi ke?? " kelakar juga lah bagi aku.
Ok situasinya terjadi pada petang tadi masa tu rasanya semua budak kat opis dah balik kerja lah kot. Haha Tetiba big boss aku macam biasa buat rondaan petang di setiap unit. Sampailah ke unit Tatatertib. Kira lama gak la boss aku tu sembang dengan budak kt unit tu. Aku pula masa tu tengah sibuk kemaskinikan buku log kursus tahun 2012 untuk satu RTM kat Malaysia ni. Banyak juga lah yang kena semak. Satu Malaysia tuu.. So sedang semak buku log tu boss aku panggil.
B : Shah..!!! Mai sini sat..! Aku bile dengar suara boss aku ni memang akan ketaq lutut laa..
A : Ye boss...? Pergi menghadap boss kt bilik tu dengan muke yang sedikit cuak! Yelah kot kot aku ade buat salah ke apa ke kan...
B : Haaa.. Kamu kerja rajin rajin ok. So Tahun depan aku bagi APC kat kamu...
A : apa boss? Aku bukan x dengar boss cakap apa. Cuma saja je nak boss ulang apa yang boss aku cakapkan tu. Saja untuk memuaskan telinga aku ni.
B : Aku kata.. kamu lepas ni kerja rajin lagi. Sebab tahun depan aku nak bagi kamu APC! FAHAM?!
A : HEHE ye ke boss. Terima kasih boss.. hahaha walaupun dalam hati apasal tahun depan. Tak tahun ni je. Hahaha... pas tu akak sorg tu menyampuk..
K: Haa Shah pas ni balik lewat sikit ok. So buat kerja apa yang ade. Bagi TMS tu cantikkk je,
A : alamak akak macam mana nak balik lewat sbb lately mmg xde kerja. Tapi kalau ade kerja mmg kompom balik lewat nye. Xkan nak claim ot dgn kerja xde. Hehehe...
B : Haa tahu pun.. bukan semestinya balik lewat. Mana2 ada kerja buat jangan dok tengok je. Ingat tu.. Kalau nak APC kerja LEBIH rajin lagi.
A : Baik boss....
Haha aku dengan senyum kerang busuk kuar dr bilik tu. Then terfikir sorang sorang. Lawak kot. Ape kena dah dgn boss aku ni.. yelah semalam dok ucap tahniah kat aku siap shake hand lagi tu. Dia ucap tahniah pasal aku dpt galas tugasan yang diberi sempena hari rtm ari tu. Haha siap bagi tabek springggg wa cakap luuuu....
Ape pun aku nak bagi tahu kat sini. Bukan nak membodek atau mengipas atau mengekon boss. Tapi jujur aku cakap boss macam ni la yang kita nak. Sentiasa menghargai kerja2 anak buahnya. Sentiasa berlaku adil pada semua kakitangan. X kira pangkat atau jawatan. Sentiasa bagi moral support dan sbgnya.. hahaha
Lastly... aku nak cakap i lebiu boss.. hahaha
Lawak ke? Xlawak ikut korang la.. bagi aku lawak kot, hahaha
ERROR
Aku cuba ingin menulis tentang tawa. tentang lara tetapi hati terasa seperti mati.
Tiada rasa dan juga tiada Jiwa.
Aku cuba untuk bercerita tentang cinta, tentang lara tetapi bibir terkunci.
Tiada kata dan juga tiada bicara
Semuanya mati semuanya layu. Hilang. Tenggelam. Lenyap. Tentang aku.