Halaman

YOU TO ME ARE EVERYTHING


Tajuk Blog bukan main lagi dalam bahasa omputeh " YOU TO ME ARE EVERYTHING".. tp sebenarnya, tajuk tu merupakan tajuk lagu 'pebert' boss kesayangan aku ( Yusanani Yushak ). Tahlah, bile dengar je lagu ni, rase heppy semacam je... Aku pada mulanya tak berapa berkenan sgt dengar lagu ni. tetapi, menjadikan aku minat dengar lagu ni, bile my boss menyanyikan lagu ni sambil menarikan rentak tepuknya sendiri, sungguh mencuit hati... hehehe.... So lagu ni boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja, tak kiralah kepada kekasih ke, kepada ibu bapa ke, saudara mara sahabat handai mahupun boss kita sendiri.

Ada Pergi Ada Balik...

Kenapalah ramai sangat manusia celaka didunia ini?
Dah tak ramai lagikah ...yang ada perasaan bertimbang-rasa?!

Masing2 sibuk pentingkan diri sendiri
Yang penting adalah wang ringgit!
Kalau tolong orang lain pun kerana.......
Ada pergi ada balik!

Dimanakah amal baik keikhlasan hati kerana Tuhan?
Apa dah jadi?

Aku rasa ajaran sesat sudah semakin berleluasa!
Ajaran pentingkan hawa-nafsu semakin menjadi-jadi!
Hidup hanya sekali
Amalan inti agama menjadi baik bertaqwa ...
Oooohhhh..itu nanti dulu!
Itu sudah tidak penting lagi
Asalkan kita percaya...
Tuhan itu amat pengasih lagi pengampun!
Itu sudah cukup menyelamatkan kita!
Nah!...itu dia!
Tak tahulah apa yang nak jadi...???

Bagaimana mencari ketenangan jiwa?


BERBAGAI cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, anak pinak, bermain, makan minum, pakai dan sebagainya. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia