Halaman

SEPETANG DI OLD TOWN COFFEE...with TMOS



Sepetang bersama TMoS, Mie, Maya n FiQ Mentor. aktiviti dijalankan selepas balik dari KAROK kat REB BOX di Sunway Piramid.. actually klu nak ikutkan, maya mie n Fiq kena masuk kerja almaklumlah kerja kerajaan... tapi setelah di hasut oleh TMoS akhirnya maya n d geng kena rachun... huhuhuhu....

SWINE FLU - H1N1


Argh.... salam semua... dah lama rasanya TMoS tak buat posting..rasa ada gak la dlm seminggu lebih... huhuh bukan apa... tuk makluman semua.. TMoS kena Kuarantin dalam rumah kerana suspect H1N1 aka Swine Flu..

masa pi buat medical chekup tu.. TMoS ingatkan sekadar demam biasa je. almakum lah simtom2 yang dinyatakan mengenai jangkitan virus ni takder langsung pada diri TMoS.. so, masa TMoS pergi buat MC tu. mahu tak terkejut beruk TMoS... Punya lah ramai orang kat Sepital.... hanya tuhan yng tahu... haha..

apa yng paling mengejutkan TMoS... Doktor kata TMoS suspect H1N1.. huargh huargh huargh huargh... dalam otak TMoS masa tu... "aduh,,, serius ke penyakit ni... betul2 boleh bawak maut ke.. tapi aku hanya demam biasa.." semua bermain dalam fikiran TMoS.

Macam mana aku nak berhadapan dgan member2 opis aku pas ni... mesti malu gile kau dapat SELSEMA BABI... huhuh sian babi... eh.. salah aku suspect je lah... huhuh....


apa pun... aku cuti buat posting adik beradik aku pun turut cuti ye... huh.... mmg hangat2 tahi ayam betul la....

sebelum & selepas

urmm.. apa posting da yg aku buat ni.. hehehe.. actualy.. aku takder kerja sgt.. tak leh tido.. jd edit mengedit r kerja ku.... walaupun hasil tak berapa memberansangkan.. tapi kira ok gak le... so kat sini aku tunjukkan hasil kerja aku...

Sebelum edit

Selepas edit

selepas edit



mak... pohon kemaafan dari jauh



Beranjak dewasa aku semakin jarang mengatakan aku cinta pada mak. Aku merasa itu adalah kekanak-kanakan. Kenyataannya adalah aku mencintai mak dan bahkan tak pernah berkurang selalu lebih dan lebih.

Mak, tetapi bagaimanapun aku ingin mengatakannya. Aku takkan pernah bisa membalas jasa kalian untuk membesarkanku. Ada banyak pengorbanan yang seorang anak tidak pernah sedari hingga mereka dewasa. Biaya tak pernah menjadi halangan buat Mak. Mak terus memberi dan memberi sehingga menjadikanku seperti sekarang ini.

Aku sangat berterima kasih mak akan semua ini. Mak telah mengajarku banyak hal dari kecil. Mulai mengenal huruf-huruf mulai belajar berhitung dan mulai yang lain dan hingga kini sampai anakmu yang hitam manis ini sedang merantau jauh di negeri orang, tapi yang terhebat dari semua ini mak, adalah cinta mak seorang ibu. Kekuatan dan semangat mak adalah teladan buatku. Aku sedar apapun yang aku lakukan dan impikan, aku kan selalu dapat datang pada mak dan mak kan mendukungku.

Maafkan anakmu ini ye mak, jika aku belum cukup mengatakan pada mak apalagi untuk berbakti, seluruh hidupku tak akan cukup mengganti pengorbanan mak, tapi ingatlah ye mak anakmu ini akan selalu sangat menyayangi mak dan adik beradik yang lain selalu.

Anakmu,
Kechik @ Shahrisal

MAK... MAAFKAN ANAK MU INI!!!

Bila aku tengok video ni, rasa macam terkena kat aku jer...huhu..banyaknya dosa aku pada mak...Maafkan saya mak...



Mak..
Maafkan anakmu mak…
Anakmu yang selalu melawan kata
Selalu pandangmu dengan mata yg tajam
Selalu fikir betapa kunonya mak…
Mak…
Aku pernah tengking mak…
Aku pernah marah mak…
Aku pernah malu nak tunjukkan mak pada kawan-kawan…
Malu sebab nanti org cakap aku anak orang kampong kolot…
Tapi mak tak pernah tengking aku balik…
Mungkin sebab mak sedar mak tak belajar tinggi.....
Mak cuma duduk kat kampong …
Tapi aku suka mak sebab mak pandai masak…
Mak selalu masak sedap…
Tapi aku tak pernah puji mak…
Sedangkan kalau orang lain masak aku puji tinggi..
Tapi mak tak pernah merungut…
Pernah aku cakap teringin nak makan kerepek pedas mak…
Mak diam saja…tapi…
Senyap-senyap mak pergi gali ubi kat blakang umah…
Mak kopek..mak potong…mak goreng…
Mak sira dengan gula dan cili…
Mak buat pedas-pedas…
Sebab mak tahu aku suka makan pedas..
Semua mak buat sorang-sorang….
Sebab masa tu aku tengah tertido depan TV..
Aku selalu marah mak bila mak pakai tudung senget-senget…
Aku malu dengan orang lain…
Mak kata.."biarlah…mak dah tua.."
Mak tak pernah merungut nak beli pencuci muka..
Bedak…lipstick…mascara..dan segala benda tu..
Sebab mak memang tak pernah pakai dan sentuh semua tu..
Mak tak pernah merungut nak baju baru..
Kadang-kadang mak pakai baju yang aku dah tak nak..
Mak kata…"sayang membazir.."
Mak tak pernah merungut nak pergi tempat-tempat menarik..
Mak ikut saja kemana Abah bawa mak..
Tempat shopping mak cuma di pasar..
Mak suka basuh baju…
Aku selalu marah mak bila mak selalu basuh baju yang baru dipakai..
Mak minta maaf…
Mak selalu basuh baju sampai lewat malam…
Lepas basuh baju…mak seterika pula..
Mak kata buat keja jangan bertangguh…
Mak seterika baju depan TV..
Sebab mak kata membazir masa kalau tengak TV saja…
Seingat aku..mak tak pernah tengok drama sampai habis..
Sebab mak akan tertido….
Mak letih agaknya…
Mak tido sebab mak nak bangun awal..
Bisanya bila aku bangun subuh…
Mak dah siap buat sarapan pun…
Aku hanya makan saja…
Lepas kemas dapur…mak pegi berkebun…
Mak suka tanam sayur dan bunga…
Mak tak boleh tengok rumput liar…
Semua mak nak tarah…
Mak kerja kuat sangat..
Sampai jari-jari mak dah ada yang bengkok…
Tapi…
Aku tak pernah nak urut blakang mak..
Macam aku urut kawan-kawan…
Aku malu…
Tapi mak…..
Anak mak sekarang dah sedar mak…
Anak mak nak baktikan hidup ini untuk mak…
Anak mak takut kalau tak sempat mohon ampun dari mak…
Anak mak nak peluk mak kuat-kuat…
Nak cium pipi mak puas-puas…
Nak urut…belai dan belikan baju cantik untuk mak…
Tapi mak…
Anak mak mungkin ego atau malu…
Maafkan anakmu ini dunia akhirat mak…
Maafkan saya mak....

Selamat Tidur Bintang Malamku…


Cuaca malam ini agak dingin. Mungkin kerna penangan hujan yang belum reda hingga saat ini. Aku cuba melelapkan mata. Namun tidak berjaya. Entahlah. Sepasang mata ini terasa begitu segar untuk dipejamkan. Sedangkan lampu kalimantan sudah lama kupadamkan. Aku bergelapan dalam suasana sekeliling yang gelap gelita. Aku sememangnya suka dengan suasana kegelapan ini. Seperti ada sesuatu yang menarik di sebaliknya. Malah terasa mudah untuk memperolehi ketenangan melaluinya. Malah, bagiku suasana gelap ini mampu membangkit perasaan romantik yang terpendam dengan dalam jiwa. Ah. Apabila teringat romantik, pasti diri ini teringat dengan cinta. Huh. Nampaknya terpaksalah aku melayan perasaan di malam yang sunyi ini. Mungkin ianya membantu diriku dalam proses melelapkan mata.

Cinta adalah sesuatu yang kompleks. Cinta memang mudah diluahkan atau dipertuturkan melalui kata-kata. Tetapi, sejauh manakah keikhlasan kata-kata cinta yang diluahkan itu? Bagiku, cinta melibatkan proses pengenalan, permasalahan, penyelesaian serta kesudahan. Kompleksiti dalam menghuraikan erti cinta menyebabkan sesetengah insan malas berfikir mengenainya. Malah menyerahkan sepenuh hatinya kepada takdir. Sepertimana yang kita semua maklum, cinta ini bukanlah sesuatu yang boleh dirancang perjalanannya. Malah tiada sesiapapun yang mampu menduga atau meramal nasib seseorang dalam percintaannya.

Cinta ini banyak kategorinya. Cinta kepada Tuhan kekal selamanya. Cintakan diri sendiri adalah dengan tidak melakukan sesuatu yang memudaratkan diri sendiri. Cinta kepada keluarga adalah berkorban sedaya upaya untuk kesenangan bersama. Cintakan alam dan haiwan adalah memelihara serta memulihara dari kepupusan atau kebinasaan. Manakala cintakan kekasih amat besar ertinya serta amat merbahaya. Yang pastinya, hayatilah cinta yang hadir dengan penuh keikhlasan serta berlandaskan kejujuran. Ingatlah. Cinta yang sejati seharusnya tidak berkait rapat dengan darjat atau kekayaan. Ianya perlu lahir dari hati yang benar-benar tulus ikhlas. Tiada paksaan dalam percintaan. Semua insan tahu tentang itu. Aku juga percaya bahawa cinta ini mampu mengubah situasi/keadaan serta dapat mencetus revolusi dalam diri seseorang. Ada sesetengah orang berubah sikap secara drastik semata-mata kerna cinta. Seolah-olah cinta ini mampu memberikan satu semangat atau kuasa ghaib dalam diri seseorang. Hinggakan ada yang sanggup berkorban serta mengalir air mata darah kernanya.

Nampaknya cukup setakat ini coretan cintaku. Hanya sekadar luahan revolusi cinta dalam jiwa sendiri. Aku bukanlah seorang revolusioner, aktivis, ekstrimis ataupun intelektual. Cuma sekadar menerapkan nilai-nilai kesedaran sebagai perkongsian minda bersama. Mungkin kalian di luar sana lebih arif mengenainya. Diskusi. Yup. Diskusi itulah medium tradisi kita dalam memecahkan persoalan sesuatu isu. Ayuh berdiskusi !

Kehidupan Seorang Lelaki


Ya. Aku cuba menulis. Menulis dari pandangan kaca mata seorang lelaki. Bagiku, realiti itu sesuatu yg sukar ditelan tapi mudah untuk diluahkan. Sama seperti kata-kata cinta. Di sini, aku cuba kaitkan cinta dengan kehidupan seorang lelaki. Ramai lelaki malu untuk memperkatakan tentang cinta. Bukan malu sebenarnya tetapi lebih kepada sifat keegoan dalam diri sendiri. Ya. Perkataan ‘ego’ lebih sesuai digunakan. Ego untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati sendiri. Kebanyakan lelaki begitu tetapi tidak bermaksud kesemua lelaki bersifat sedemikian. Malah, ada sesetengah orang meluahkan rasa cinta kepada seorang wanita melalui lagu. Search dengan lagu ‘Isabella’nya. Kris dengan ‘Tiara’. Exists dengan ‘Jesnita’. Mega dengan ‘Nina Karina’. Cukuplah sekadar menyebut beberapa contoh. Dan rasanya banyak lagi. Jadi, aku perlu buang sifat ego itu. Usirkan sahaja ego itu dari diri ini. Agar ianya tidak terus bersarang di hati. Dan tidak perlulah menjadi hipokrit. Menipu diri sendiri demi mempertahankan ego. Kita dijadikan berpasang-pasangan. Jadi, luahkan rasa sayang pada orang tersayang. Cetuskan rasa rindu. Sebarkan rasa cinta.

Cinta dari perspektif lelaki adalah berbeza dengan wanita. Ya. Setiap individu berbeza citarasa. Dan kecantikan seorang wanita itu adalah sesuatu yang subjektif. Ada yang suka pada rupa paras. Ada yang memandang budi pekerti. Ada yang suka pada bentuk badan yang seksi. Dan tidak kurang juga memandang darjat serta harta benda. Entahlah. Tepuk dada, tanyalah iman sendiri. Buatlah pilihan yang tepat dan bersesuai dengan jiwa sendiri agar tidak menyesal di kemudian hari. Ingatlah. Seorang lelaki sepatutnya melakukan apa yang patut dilakukannya. Sekadar satu pesanan ringkas untuk diri sendiri. Pesanan ringkas sewaktu aku masih mampu berfikiran waras.

Bercinta itu tidak salah. Tetapi janganlah terlalu obses dengan cinta. Hingga sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerna cinta. Sanggup mengalirkan air mata berhari-hari kerna gagal dalam bercinta. Sanggup menggadaikan maruah demi cinta. Dan pelbagai lagi kesanggupan dalam mengejar erti sebuah percintaan. “Cinta hanyalah cinta… Hidup dan mati untukku…” Itulah petikan ungkapan dalam sebuah lagu yang bertajuk ‘Tentang Seseorang’. Salah satu lagu dari soundtrack filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ yang cukup aku minati. Agak drastik lirik lagu itu. Terlalu memuja cinta. Cinta sesama manusia. Sebagai seorang Muslim, cinta kepada Allah S.W.T. adalah yang paling utama dan perlu didahulukan.

Aku berharap agar cinta dapat memberikan aku sepasang sayap. Sepasang sayap yang mampu membawa aku berterbangan di udara. Merentasi fantasi diri sendiri yang seluas lautan biru. Fantasi yang tidak terjangkau oleh imaginasi sendiri. Dan mungkin fantasi yang tercipta dari minda separa sedar. Aku sedar. Risiko kepatahan sayap tetap ada. Kemungkinan yang tidak terjangka. Janganlah terbang andainya takut jatuh ke bumi. Dan tidak usahlah belajar terbang andainya tiada sepasang sayap ataupun kepak. Dan ingatlah, membuka minda untuk menimba pengalaman baru adalah salah satu proses untuk menjadi lebih matang.

Dan kepada teman-teman blogger yang ingin berhenti dari arena pemblogging, ini satu nasihatku. Mungkin juga nasihat untuk diriku sendiri. Berehatlah seketika. Biarkan perkara yang merungsingkan jiwa pergi. Dan andainya keadaan kembali tenang, kembalilah menaip. Menaip dengan seikhlas-ikhlasnya. Sepertimana kata-kataku sebelum ini. Keluarkan segala perasaan yang terbuku di hati selama ini. Agar ianya tidak terus bersarang di hati. Tulislah apa-apa yang terbit dari hati nurani selagi ianya tidak bercanggah dengan agama. Dan juga tidak menyentuh isu-isu sensitiviti masyarakat setempat.

Emm. Cukuplah setakat itu kehidupan dari kacamata seorang lelaki. Dan secara tidak semena-mena, teringin pula hendak mengetahui erti kehidupan dari perspektif seorang wanita. Jadi, kepada wanita di luar sana yang membaca blog ini. Ada tak sesiapa yang berani sahut cabaran ini? Cabaran menulis berkenaan kehidupan seorang wanita.

Tidak faham apa yang aku cuba perkatakan di sini? Kalau tidak faham, tidak mengapalah. Mungkin kesilapan diri ini. Abaikan sahaja. Dan lupakanlah. Anggaplah ini hanya bebelanku di kala masa lapang yang terluang. Sekadar hiburan kepada diri sendiri. Tamat.

T.M.o.S vs R.o.I vs E.o.H


Wah wah wah... gempak.. gempak panas... hangat... kini pertembungan blogger 3 penjuru.. hshahaha.. takder r.. ni bloger2 antara adik beradik aku je... aku mewakili "The Ministry of Soul", adik Syaziera lak mewakili " Republic of Iman" dan adik Diera lah mewakili " Empire of Hearts" hahah.. ada ada je kan..

tapi ok lah.. atleast. dorang ada tempat untuk meluahkan apa yg terpendam... dalam pada masa yang sama. aku dapat lihat dan dapat tahu, aktivit seharian dorang kat kampung. almaklum ah aku ni berada nun jauh di seberang...

apa pun, aku berharap agar... 2 orang adik aku ni.. tak berhenti di tengah jalan. jadikan blog ni sebagai satu medium untuk meluahkan dan mematrikan kenangan yang terindah dalam hidup korang ok... dan ingat... perjanjian kita.. sapa yg paling abnyak posting dalam bulan ni... akan jd juara... hahahaahah

kita tunggguuuuuu.......

Kedinginan Malam....


Malam ini… Ketika langit mulai redup.Ketika bulan mulai tersenyum.Ketika bintang mulai menari.Ketika angin berhembus kencang.Aku mula merindukan diri aku yang dulu...

Malam ini… Ketika tubuhku bergetar kencang.Ketika mata berkelip sayu
Aku ingin menemui diriku semula…

Malam ini… Ketika memori terus berangan.Ketika hati terus beringin.Ketika jemari terus bergeliat. Ketika bibir bergetar kaku. Aku ingin memeluk diriku yang sebenar..

Ya Allah…
Engkau Yang Maha Pengasih
Engkau Yang Maha Penyayang
Engkau Yang Maha Mengetahui
Engkau Yang Maha Sempurna
Kuatkan aku untuk mencari siapa diri aku yang sebenarnya.
Kuatkan aku untuk selalu menjaga ketulusan hati ini
Kuatkan aku untuk tidak menodai kesucian hati ini
Kuatkan aku untuk mencintai diri aku sendiri
sebagai wujudku untuk menggapai redha-Mu
Amin…

Erti Kawan


Rindu pada kawan-kawan…
Rindu pada sahabat-sahabat…
Rindu pada insan yang boleh digelar TEMAN…


Berita Kepada Kawan

ermmm....
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.

p/s: kepada mama maya, papa mie dan dik fiq... harap persahabatan ini kekal selama2nya.. bukan sekadar dipermulaan sahaja.. biarlah kemesraan berterusan... ok..

Kasih Tak Sampai


Tajuk posting aku hari ini, mungkin agak tragis sedikit.. sebenarnya tajuk posting tu aku pilih berdasarkan tajuk lagu kumpulan PADI- KASIH TAK SAMPAI. aku tetiba je jadi suke dgn lagu ni.. ada kisah yang tersirat disebalik lirik lagu ni. pada mulanya aku memang kurang mendengar lagu2 nyanyian dari kumpulan ni. tapi bila MIE(husband) maya nyanyi lagu ni. aku jadi tertarik. walaupun suara tak berapa menarik. hahah(maya, mie bile ko baca posting aku ni jangan marah ye)

ok berbalik dengan lagu ni.. si Fiq pun suke dgr lagu ni.. tah r.. mbe lagu ni ada tarikan tersendiri kot. hehe... apa pun disini aku sertakan lirik lagu tersebut.. jadi silalah hayati lirik lagu ni. anda pasti akan mengerti kenapa aku, Fiq, maya n Mie suke lagu ni..



Indah..
Terasa indah..
Bila kita terbuai dalam alunan cinta..
Sedapat mungkin terciptakan rasa..
Keinginan saling memiliki

Namun bila,
Itu semua dapat terwujud
Dalam satu ikatan cinta
Tak semudah seperti yang pernah terbayang..
Menyatukan perasaan....

Chorus:
Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..

Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini

Chorus

Music

Menjadi saksi kita berdua....

Sakit Kepala!!!!

arghhh... sakit benor kepala aku ni. dah berapa hari ni aku asyik balik kerja lewat. kerja makin bertambah. kerja terkini yg aku kena buat. aku kena finalize kan bunting yang telah dipilih oleh TKSU (kebudayaan). mula2 tak sangka juga akunye design terpilih. almaklum lah. aku ni takder pengalaman langsung dalam design mendesign ni.. hari ni aku balik dalam jam 8.30 malam. seperti biasa, balik aku dah takder mood. mbe disebabkan sakit kepala aku ni kot. mbe kurang tidur agaknya..

sampai di rumah je. aku terus terlentang disofa, rehatkan badan sekejap. bosan2 aku bukak laptop aku then baca Novel GENANG & GENANG 2. jalan cerita memang agak menarik. cuma mungkin pengisian pot cerita tu terlalu berat. tapi tak pe... baca je lah..

kesan dari bacaan tu buat kepala aku bertambah sakit... alih2 aku dapat sms dari Puan Suzie. dia suh aku dtg awal pagi kerana bunting yg aku buat tu ada silap lg.. arghhh.. susahnye nak bg kepuasan pada orang nie...


lantak pi lah.... yg pasti aku nak layan kepala aku yg dah sakit amat ni..

baik tidoooo....

Kem "1Malaysia"


Hari ni TMoS buat kerja luar. lokasi kat Memorial Tun Abdul Razak. Jam 8.30 pagi bertolak dari angkasapuri. memula TMoS pergi salah lokasi.. hehe ingat kan kat Memorial Tun Abdul Rahman rupa2nya kat Memorial Tun Abdul Razak.



Sampai je kat MTAR TMoS dipelawa oleh pihak urusetia untuk minum pagi. alhamdulillah... rezeki... tambah2 perut dah mula berirama keroncong dah...

pastu, tugas diteruskan. akunye tugas, aturkan MEDIA. buat checklist kehadiran media. edarkan Press KIT's pada media...

semasa media sibuk mendaftar. aku perhatikan la buku aturcara. bila aku belek2... Mak Oi!!! sampai pukul 4.00 petang?!!! berkampung la gamaknye aku kat MTAR ni. nak buat cam ne... dah tugas....

T.M.o.S vs R.o.I

gambar ni aku curik dari blog adik aku.. heheh

huargh huargh huargh.. cam gempak je kan? sebenarnya takder apa2 pun.. actually tu adaah antara blog aku dgn adik aku yg baru je dia buat semalam...

exited gie dia aku tgok nak berblog.. harap2 perjalanan blog dia tu berjalan dgn lancar lah...

jgn sekerat sekerat jaan je macam aku.. hahaha hangat hangat tahi ayam... huhuu...

apa pun kepada adik ku.. R.o.I guud uck for u blogging...

enjoy ok...

Design untuk PERSEMBAHAN SENI BELADIRI

contoh design banting persembahan seni beladiri malaysia

Contoh 1


contoh 2

Pura2 @ LUPA @ Buat2 LUPA?

urmm.. itulah topik yang akan kita kupaskan hari ini.. hehehe...
actually aku nak bercerita mengenai seorang hamba allah ni. Hamba Allah ni boleh dikatakan amat rapat juga dgn aku sebelum ni. tai memandangkan dia berpindah ke opis baru di KL. kami terus lost contact.

Dijadikan cerita, hari ini. dia datang ke opis lama tempat aku bekerja lah.. so, masa dia sembang dgn aku seolah2 takder apa yang berlaku. actually Hamba Allah ni pernah pinjam sejumlah wang dengan aku. tapi tak lah banyak mana. cuma aku pelik.. dia boleh buat tidak tahu dgn aku. seolah2 takder apa2 yg berlaku... bukan aku nak mengahrap sgt dgn duit tu. pasal aku pun takder rsesak mana.. cuma benda ni dah lama berlaku... dia tak fikir ke... aku tak kesah sbnrnya.. tapi bila dia lafazkan perkataan "PINJAM" so kena r pandai2.. aku tak kan tuntut.. coz aku tahu satu hari nnt.. hutang tu akan tertuntut gak nnt. mbe bukan di dunia.. tapi di akhirat.. heheh


tu je...

LAZY MONDAY (OTAKKU GILA)

hahahahha... gile betul tajuk posting TMoS tu.. dah r LAZY MONDAY siap blek tulis OTAK KU GILA tuu... actually takder apa2 sebenarnya.. bukan apa, pagi2 lagi aku dah terpaksa menghadap newspaper untuk buat analisis media.. klu satu paper jer tak pi.. ni tak semua newspaper aku kena pantau.. arghhh.. naik gila gak r.. rasa2nya cam aku nak bakar je newspaper ni sumer. satu lg, entah kenapa pagi2 lagi aku dah buang tabiat, pi layan lagu BOLLYWOOD.. hahah tak pernah2nya aku buat... tapi best gak lagu hindi ni bila bosan2 cam nie..



tu belum lg masa aku pi BREAKFAST pagi tadi. dah r geng aku dah takder pinda opis baru kat BSAS. aku pi r sarap dengan di RUSYDI. hehe bukan budak tu tak bagus.. masalahnye terlebih bagus... susah tuk aku nak mengadakan sesi kutuk mengutuk.. hahahah.... waaaa.. windu r kat MAYA n SYAFIQ.. hehehe.... apa lah dowang tgh buat skrg ni...



so, dipendekkan cerita, aku takder keje pi r snap pic muke kebosanan aku sendiri.... so nak tgok hayati lah... hahahah

The Ministry of Soul