Halaman

Balik Kampung!!!!!!!

Urm.... hari ni seawal jam 12tghari aku dah ada kat LCCT. walaupun flight aku pada pukul 3 tetapi dek krana semangat hari raya... aku datang awal ke airport.

bile masa aku sampai ke airport LCCT.. aku hanya mampu tergamam... ya allah... ramapi giler manusia yang nak pulang ke kampung.... perghh.. dah serupa pudu raya daaaa....


actully keluarga aku tak tahu langsung pasal kepulangan ku.. aku cuma bagi tahu mereka yang aku tak dapat beraya kali ni kerana tiket lambat BOOKING... hahaha.. mesti dorang gempak bile tgok aku balik nnt..

tapi bile sampai tawau. aku tak kan terus balik ke rumah. tetapi aku akan stay di hotel terlebih dahulu... kerana aku nak gempak kan lagi suasana pagi raya aku.. bile aku nak muncul di pagi raya... pergh.. macam nak buat drama la pulak....

hehe.. apa pun.. raya kali ni aku sambut dengan serba sederhana sahaja.. ye lah.. almaklum lah.. dah r bonus tahun ni.. ciput je... jadi... faham2 lah... apa yg pastu aku dah bg adik2 aku duit belanja tuk beli baju raya. mak aku lak.. aku dah bnelikan siap2 kuih raya.. tapi takder r sebanyak seperti tahun lepas. huhuhuh..


apa pun... di sini..
aku ingin mngucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir & Batin...

Ikhlas Dari
The Ministry of Soul.
Shahrisal Nordin
Unit komunikasi Korporat..
kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan

syawal dirantauan...

azan berkumandang syahdu
memecah hening subuh yang membisu
disusul gema takbir bersenandung merdu
pengungkapan ke atas sebuah kemenangan

Pagi yang indah di hari lebaran
mengundang keinsafan didalam jiwa
utusan rindu buat ayah bonda
pohon kemaafan dari perantauan

alunan takbir sayup berkumandang
seolah memanggil ku pulang ke desa tercinta
tidak terdaya untuk ku tunaikan
sekalung kemaafan ku pohon ke ampunan

airmata perantau bergenang dipagi syawal
bila teringatkan wajah ayah dan bonda.
perasaan hiba yang tak dapat dikawal
mengundang hiba didalam jiwa

terkenang suasana desa
riuh rendah sanak saudara
bergembira menyambut syawal
tapi ku jauh nun diperantauan

Ku memohon maaf serta ampun
Salamkan ku kirim pengganti diri
Doa restu ayah dan juga ibu
Menjadi penawar duka
untuk menempuhi syawal dirantauan.

Dialog antara abang & adik ( Hiba di bulan Ramdhan )



Sayu... bile mengenangkan keluarga di kampung... teringat mak yang merindui anaknya di perantauan, terkenangkan adik-adik yang sentiasa menantikan kepulangan abangnya dipagi raya. pegharapan mereka cukup menebal pada aku untuk pulang berhari raya besama2.

saat ini hanya airmata seorang lelaki mampu mengalir.. bila terbacakan kata2 dari adik kesayangan ku...pada mulanya aku hanya bertanyakan tentang baju raya yang dia posting di blognya.. then aku terbaca tajuk 1 ramadhan yang dia posting gak.. hiba... aku rasakan...

"kenapakah ahrus besedih. kenapa teralu beremosional?.. "kata ku pada adikku,,

"hurmm.. tak taw gaklah kenapa beremosi skang.. klu nak taw..kalau kawan2 citer pasal abg dorang pulang masa beraya kat kelas...adikmu ni nagis taw.. cepat tersentuh...mabye pasal bulan pose la tu kan.. "katanya


aku terdiam seketika... terpaku membaca apa yg dia tulis... tak ku sangka ingin sgt mereka aku balik beraya dgn dorang... tapi apakan daya ku...

aku minta maaf sgt.. jgn la bersedih... insya allah.. ada rezeki raya tahun depan aku akan kembali....

cuma satu aku nak kamu adik2 ku ingat.. walaupun aku jauh diperantauan.. aku tetap menyayangi kalian.. aku tetap ingat kalian dipagi raya... aku tetap mengenangi kenangan kita bersama meraihkan hari raya yang lepas...

Terkenang-Kenang

Urmm... Dah lama rasanya TMoS tak update blog. almaklum lah.. baru2 ni TMoS sakit teruk disebabkan virus BINATANG tu.. huhuhuhu... apa pun, walaupun aku tak update blog aku.. aku sentiasa memantau p=blog2 adik beradik aku yang lain... yang terbaru aku pi masuk ke blog adik aku RoI. sedih gak bile baca coretan hatinya.... dia inginkan semua adik beradik berkumpul bila menjelang syawal nanti. selain tu, dia siap pasang angan2 nak sepasang baju kurung baru untuk raya nanti. sebak aku rasakan. almaklumlah... dia hanya mampu berharap...

pas tu pulak aku masuk ke blog Life's Understanding Home. pun sama gak. kisah sedih menjadi lakaran di dada blognya... uhuk uhuk.lagi meruntun hatiku sebagai seorang follower dan juga sbg seorang anak...

arghh... apasal la semua terlalu beremosional ni.. adakah disebabkan bulan puasa? ataupun disebabkan nak menyambut bulan syawal?

urmm...