Halaman

APA NAK JADI NI?

APA lah dah nak jadi kat aku ni...
hehe.. takder apa lah.. cuma rasanya dah lama aku tak update blog aku ni.. cerita Sebening cinta 69 pun dah lama terkandas... tapi tak per.. insya allah.. ada masa dan kesempatan.. TMoS akan cuba postingkan semula sambungan cerita itu.. biasalah lately ni banyak sgt keje...

apa pun...
SALAM AIDILADHA.. tuk sEMUA

LISTEN

Love is CINTA

Kau bukan saja terindah, tapi juga terdalam
dalam hidupku. Tak salah lagi,aku memilih mencintaimu.
Di suatu hari. aku rela menunggu jawapan cintamu. Kini, atau nanti, tiada bezanya.

Aku terlalu lelah mengejar hari tanpa sandaran cinta pasti. Hanya sepi yang tersisa,
selebihnya adalah wajahmu yang kucipta.
Tak l...elah ditebas mimpi semua, tak
hilang disembunyikan langit hitam. Cinta atau bukan, yang pasti kau tetap yang
terindah dalam hidupku.
Tak pernah ada kata terlambat untuk mengatakan cinta.
Ungkapkan saja, biar semua menjadi nyata. Kerana LOVE is CINTA.
Yang kuharap
malam ini hanya tenangmu. Yang kuinginkan saat ini hanya damaimu. Yang kupinta
detik ini hanya bahagiamu. Percayalah, aku selalu gelisah bila tidurmu
diselimuti gundah.

Ku ingin katakan sesuatu pada mu, walaupun cinta kita Cinta Antara Benua…ku
harap kau dapat menunggu ku untuk sedetik masa jua…masa untuk kita bersama....

by - IR APAI

~ Cinta tak semestinya memiliki ~

Bila kita jatuh cinta pada

seseorang, jangan menyiksa diri dengan

Menggangap bahawa cinta kita
tak diterima.

Cinta itu tak pernah ditolak
kerana, setiap insan memerlukan,

menginginkan untuk dicintai.

Wujudkan cinta itu dengan
memberikan sesuatu bukan

Mengharapkan akan sesuatu
sebab, apa yang dibe...rikan kerana

Cinta selalu datang pada
hati kita disaat itu juga.

Kebahagian memberi jauh
lebih sempurna daripada kebahagiaan

Kerana menerima.

Tapi….lain bila kita
menginginkan sesuatu yang kita cintai.

Keinginan itulah yang
memberikan pahit manis yang menghiris dada

Jangan menyiksakan diri
dengan menginginkan sesuatu…

Jangan siakan cinta dengan
beban yang berat mengharap mampu

dipikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin
tak kesampaian…
Tapi…

Percayalah pada diri sendiri…

Selalunya cinta yang kita
berikan seadanya

Takkan pernah bertepuk
sebelah tangan….


by - IR APAI

C.I.N.T.A

C.I.N.T.A semua insan pasti tahu erti dan maksudnya.C.I.N.T.A semua insan mmengejar perkara tersebut.C.I.N.T.A semua insan dahagakannya TETAPI adakah C.I.N.T.A perlu balasan dan berkira dalam segala hal.Mengalah bukan bererti kalah,mengalah bukan bererti salah lantas dengan mengalah kita kan di pandang mulia kerna kita... sabar menghadapi segala cabaran dan rintangan yg datang.Jadi apakah C.I.N.T.A memerlukan sebab?Adakan C.I.N.T.A perlu berkira?Adakah C.I.N.T.A perlu di salahkan?

by- Danny Syah

Mengapa Perpisahan Berlaku?

Mengapa berlaku perpisahan setelah anda semakin intim dengan si dia?

Sebagai manusia, kita tentu ada membuat kesilapan. Langkah sebaiknya ialah mencari silap yang membawa kepada berlakunya perpisahan itu.

Kadang-kadang, kesilapan itu memang disedari cuma masih tiada jalan penyelesaiannya.

Untuk tidak mengulangi kesilapan, pelajari sesuatu daripada kesilapan itu kemudian, bertindak segera supaya tidak berterusan.

Renungkan perkara berikut jika ia pernah berlaku pada diri anda, sekali gus menjadikannya kayu pengukur supaya anda berhati-hati melakar jalinan hubungan seterusnya.

# Si dia tidak menyintai aku

Perasaan kasih dan sayang memang perlu wujud bagi setiap pasangan yang mengaku dilamun cinta.

Ingin tahu sejauh mana kasih dan sayang si dia, anda pun menguji dirinya.

Malangnya, setiap ujian diberi memberikan jawapan mengecewakan. Lantas anda mula ragu-ragu walaupun sudah berulang kali si dia melafazkan kasih sayangnya. Anda sangka menguji si dia dapat membantu, tetapi berlaku sebaliknya.

# Si dia tidak memenuhi syarat

Jika ditanya, banyak syarat untuk si dia, antaranya tampan, bergaya, kaya, jujur, penyayang, bertahi lalat, penyabar dan bermisai.

Tetapi pertama kali bertemu, hati sudah terpaut. Jantung bergetar setiap kali bertentang mata dengannya.

Saat itu, syarat ditetapkan bukan lagi menjadi ukuran lalu anda mula berkata pada diri sendiri, si dia di depan mata kini bukanlah kekasih yang dicari selama ini.

Sebenarnya anda keliru. Syarat yang ditetapkan hanya impian yang memang ada pada naluri setiap manusia. Sekiranya anda terus mencari kekasih yang dapat memenuhi syarat itu, sampai bila-bila pun anda mungkin tidak akan menemuinya.

# Terpaksa berpura-pura

Memang bahagia jika anda dan si dia sering sehaluan. Apa saja yang dibuat semuanya senada dan seirama. Ini yang dikatakan sehati sejiwa terutama dalam soal percintaan.

Diajak makan di restoran atau menonton wayang, dia mengangguk. Tiada langsung bantahan, tetapi adakah ia benar pada hakikatnya?

Atau anda terpaksa berlakon sekadar memuaskan hati masing-masing?

Sebenarnya anda menyembunyikan 'identiti diri' sendiri kerana apa saja yang diputuskan, anda mengiyakan saja. Sepatutnya anda tidak perlu berpura-pura demi menjaga hati masing-masing. Berterus terang antara jalan terbaik untuk menjaga hubungan dengan si dia.

# Aku boleh jadikannya kekasih pilihan hati.

Sebelum menjalinkan percintaan, mungkin anda sudah ada senarai mengenai beberapa perkara yang perlu diubah dalam dirinya.

"Aku mahu dia menjadi kekasih terbaik untuk diriku." Itu janji anda pada diri sendiri.

Anda memang boleh berbuat demikian, tetapi tidak dalam semua perkara. Anda tidak boleh sentiasa berkeras dan tidak perlu memberitahunya setiap lima minit mengenai perkara yang anda tidak sukai.

Jika masih ingin mengubahnya, perubahan itu mestilah disertai sokongan moral anda sendiri. Dorongan itu akan lebih meyakinkan dirinya.

# Dibiarkan sendiri

Sejak bercinta, anda sering bersama si dia. Apabila ada salah faham, ia menyebabkan pertengkaran. Ini antara kesilapan yang sering dilakukan setiap pasangan dan kesudahannya pasti berakhir dengan kemusnahan.

Anda sebenarnya dipengaruhi perasaan 'takut' kerana anda menganggap si dia sebagai pelindung lalu perasaan bimbang mula menguasai diri setiap kali berenggang dengannya.

Anda sepatutnya bertanggungjawab untuk membentuk kegembiraan pada diri sendiri. Belajar berdikari dan pasti anda akan menjadi kebanggaannya.

Aku ingin menjadi aku

Aku ingin menjadi aku,
Yang rindu simpulan benang senja
Yang dendam seribu kesumat hati
Yang kasih kembang berjela layu
Yang sayang putih padu tabir

Aku ingin menjadi aku
Yang menanti mutiara embun mentari
Yang mengejar asmara tengkujuh
Yang menagih kasih hujung nafas
Yang memohon jiwa lara membara

Aku ingin menjadi aku,
Yang senyum madu tualang pekat
Yang ketawa pudar hambar sendiri
Yang menjerit batin suara merdu
Yang tangis suara hati sepi lara

Aku ingin menjadi aku
Yang melakar sejarah kudus hitam
Yang melukis mulus seribu liku
Yang mewarna suram kelam gelap
Yang mempamer seribu wajah rindu

Aku ingin menjadi aku,
Yang memujamu alam pasti jati
Yang memuji cintamu menerangi diri
Yang menyintaimu sepenuh hati pasti..

CLJ

Pengetahuan Asas Tentang Cinta

Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dankeserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain.

Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utamahubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.

Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.

Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gmebira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.

Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita.

Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.

Cinta sering dikaitkan dengan puisi, madah, cerita cinta dan pelbagai lagi hasil karya sejati sejak dari zaman dahulu lagi. Kini, pelbagai maklumat tentang cinta boleh didapati di internet. Ramai penulis cerpen menulis terus dari jiwa mereka dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja terutamanya pengguna internet.