Malam semalam aku menerobos pekatnya malam,menyusuri sepanjang jalan yang sesak, melintasi sekumpulan manusia yang tampak mempamerkan riak riak lakonan mereka di sela sela tangis yang aku sembunyikan malam itu. Letih, dan akhirnya aku memutuskan untuk berhenti berjalan dan duduk di sebuah meja di sebuah restoran mamak di sudut penjuru BB Plaza sambil di riuhkan dengan sorak porak org bercerita.
Aku memesan sepinggan mee goreng mamak dan segelas air milo ais, dan menunggunya di sebuah meja kecil di sudut ruangan sambil membelek-belek handphoneku. Segelas air milo ais pun datang. Aku memandangnya, menerawang jauh ke dalamnya, khayalan ku terbang kesana kemari dan hinggap pada memori memori dimana aku telah membazirkan banyak hari bahagia di kota ini. Aku merangkum tawa dengan teman teman seperjuangan ku untuk membahagikan kegembiraan bersama. Subhanallah, tiada yang lebih nikmat selain melihat teman-teman ku bergembira ketawa suka bersama. Tapi adakah mereka merasakan apa yang aku rasakan? Apa yang telah aku lalui?. Lamunan ku terhenti ketika seorang pelayan mengantarkan pesanan ku, dan tanpa ku sedari, ternyata sejak dari tadi beberapa pasang mata memandang ku dengan pandangan yang agak pelik. Ehm, aku memeriksa kelopak mataku mana tahu ada tahi mata, aku menyentuh lubang hidungku, mana tahu ada tahi hidung yang tersangkut dan mengelus pipi tetapi semua taida.,apa yang peliknya.? ah… aku rasa tidak! semua ok je. Sampai akhirnya ketika aku mula menelan suap demi suap mee goreng mamak itu, terlintas di benak ku.Apakah aku kelihatan pelik kerana aku sendirian dan mereka tidak?Adakah aku kelihatan pelik kerana aku makan sambil diam sedangkan mereka makan sambil ramai-ramai bergurau senda dengan teman teman mereka, dengan kekasih mereka, dengan keluarga mereka dan sebagainya???
Oh,, tanpa ku sedari air mata JANTAN ku mula bergenang di hujung mataku, sedih sungguh aku sekiranya itu yang mereka fikirkan. Malam itu aku makan malam bersendirian, terduduk di sudut tanpa teman tanpa kawan. Dan satu suap lagi, sebelum akhirnya aku menghela nafas panjang dan mula menenangkan diri ku perlahan. “Bismillah….I am trying to be strong…….always try to be strong…yes…..i am strong!!!!”
Tidak ada yang salah dengan kata “sendirian” bukan??tidak ada yang salah dengan “kesepian” bukan?? Selagi aku kuat, akuya pasti boleh mengubah kesendirian itu menjadi indah. Sendiri tidak selalu bererti terperuk meratapi sepi sepi sunyi sendiri dalam hidup. Ketika ku sendiri, aku semakin banyak belajar berdiri tegak di atas kaki ku sendiri. Perlahan tapi pasti aku berjaya membentuk diriku menjadi seorang lelaki yang tabah. Aku tidak perlu bergantung dengan orang lain. Tidak harus menunggu seseorang untuk membangunkan ku sekiranya aku terjatuh, semua boleh ku lakukan dengan sendiri, bilamasa, dimanapun sesuka hati ku tanpa terikat dengan peraturan yang orang lain ciptakan lain. yup! I am free!! and i’m independent! ^_^
Selain itu aku juga bebas, aku bebas mahu keluar bila-bila masa. bahkan aku juga bebas kalau aku ingin pergi sendiri seperti malam semalam. Aku tidak terikat! Aku boleh melakukan banyak lagi perkara positif, dan yang nyata, perkara yang telah terjadi banyak mengajar aku erti kehidupan. Banyak hikmah yang aku ambil ketika aku bersednirian. Dan banyak kejadian kejadian luar biasa yang terjadi ketika aku sendiri. Dari sendiri itu pula, aku menyedari bahawa hanya ada 1 hal yang tidak pernah membiarkan aku kesepian,hanya ada 1 hal yang selalu membimbing tangan ku, hanya ada 1 hal yang tak pernah meninggalkan aku dan tak pernah membiarkan aku terjatuh ke lembah nestapa. DIA lah ALLAH,….. Tuhan Ku, dan tiada Tuhan selain DIA…
Suap demi suapan meluncur cepat ke mulutku, dan aku susul dengan segelas air milo ais yang belum ku hirup sedari tadi. Makan malam ku sudah selesai. ….. sekali lagi aku menarik nafas….da perlahan….. lalu melepaskannya perlahan-lahan sambil berkata pada diri ku sendiri….“semangat indah…. lonely is so lovely….”….. dan aku mengakhiri makan malam ku dengan seulas senyum yang aku berikan kepada orang orang yang merenungiku dengan mata pelik malam itu. Sayang sekali mereka tidak tahu betapa sendiri itu indah… ketika kita menikmatinya,mensyukurinya.