Salam 9.10 pagi,,
Salam 1 Ramadhan, Salam 1 Ogos, Salam 1 Malaysia..
Terlebih dahulu papa nak mohon ampun dan maaf sebab dah berbulan-bulan papa tak update Blog papa ni. Jenuh gak nak membersihkan sesawang yang banyak kat dlm blog ni. Ok.. lupakan hal berkenaan sawang sawang yang ada kat dlm blog papa ni. Apa yang paling penting apa N3 papa pada kali ini. Well Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah. Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.
Papa yang melalui hari pertama puasa pada tahun ini, tak banyak bezanya dengan tahun-tahun sebelum. Perut yang bergendang, dan mengantuk yang tiba tanpa diundang;senario lazim bagi papa tiap kali Ramadhan menjelang. Hari-hari biasa juga papa biasa menyeksa perut membiar kosong tanpa diisi. Kerap pula papa perlakukannya begitu..Tapi Ramadhan kali ini begitu berlainan sekali rasanya. Ianya bukan lagi tentang lapar dan dahaga semata. Jauh dan lebih dalam lagi, di bulan inilah kita boleh menyaksikan penyatuan umat Islam baik di masjid mahupun di bazar-bazar Ramadhan.
Ada yang rancak berjaga sepertiga malam memohon keampunan dari Allah. Ada yang berbondong-bondong mengerjakan sunat terawih di madrasah..Tak kurang, ada yang sibuk melakukan persiapan sempena Syawal walaupun masih terlalu awal. Di bulan Ramadhan inilah, akan terlihat segala macam manusia mengisi 30 hari yang dihadiahkan Tuhan. Apa pun caranya, puasa tetap meriah mengikut cara masing-masing asalkan tidak melanggar syariah. Dan waktu puasa di perantauan begini, banyak benda yang aku rindu untuk lakukan. Hummm papa harap mudah-mudahan ada kesempatan untuk pulang berbuka bersama mereka.
Apa pun berpuasa bersama kawan-kawan di sini pun ok juga. Merayau ke serata Pantai Dalam untuk mendapatkan menu terbaik untuk berbuka. Ada banyak makanan yang aku suka santap waktu berbuka kat sini. Macam, Karipap Putar Inti Sardin wajib dibeli tiap kali bulan puasa. Air kelapa muda, otak-otak, ayam percik yang memang cukup menyelerakan.
Biasalah waktu berbuka semua pun nak dicuba. Tapi kalau sahur secawan Milo pun sudah lebih dari mencukupi.Memang banyak yang menyeronokkan. Papa harap bukan keseronokan itu saja yang aku dapat.Moga-moga di bulan penuh barakah ini dosa-dosa aku diapunkan Tuhan. Terlalu banyak rasanya kalau mahu dihitung.
Buat kalian semua.
Papa ucapkan selamat berpuasa!