Dialog Hati
Ada satu ketika, aku teringin sekali bertanya… Dimanakah
sebenarnya kau letak hati ku didalam dirimu?
Adakah hatiku kau letak betul-betul berada didekat jantungmu?
Ataupun disatu tempat dimana semua perasaan menjadi nafsu hidup? Aku benar-benar
ingin tahu, kerana kau selalu katakana bahawa kau saying pada diriku.
Jadi, dimanakah sebenarnya kau tempatkan aku didalam dirimu?
Kadangkala aku tertanya sendirian. Adakah aku cukup berharga
seperti intan mutiara? Ataupun tak ternilai seperti cinta yang setiasa membara?
Aku harap janganlah kau marah bila aku ajukan persoalan yang ingin aku lontarkan ini, kerana insan
yang tak sempurna seperti aku ini amat memerlukan jawapan ikhlas darimu. Aku
akui aku bukanlah sebijak dirimu dalam mengawal perasaan, mengemas pelbagai
perasaan dalam satu uncang yang indah mempersona. Aku tahu aku bukanlah insan
yang memenuhi piawaian yang kau inginkan didalam mengurai kata menguntai rasa,
menyatakan perkara yang boleh menjadi terlalu istimewa.
Jujur aku betul-betul ingin bertanya kepada dirimu, dimanakah
sebenarnya kau meletakkan diriku didalam dirimu?
Adakah aku sekadar pengisi masa bila resah melanda ataupun aku
hanya sebagai penyegar matamu bila lelah dating menggoda?
Atau… adakah aku sekadar patung boneka yang bernafas dengan suhu
hangat yang akan kau perlukan disaat harimu mendung kedinginan?
Aku ingin bertanya kepadamu. Apakah sebenarnya makna hubungan kita
selama ini?
Adakah kau akan membiarkan namaku terukir dibenak fikiranmu? Ataupun
sekadar menampal lubang nafsu yang mengalir dinadimu? Adakah diriku masih hadir
didalam mimpi-mimpi disetiap malammu?
Adakah aku masih seistimewa seperti awal perkenalan kita? Saat
pelukan pertama yang kau hadiahkan kepadaku, saat ciuman pertama yang kau curi
dariku, saat kata cinta menjadi mantera penglipur lara.
Jadi, dimanakah ?