Halaman

Papa Kepenatan



Salam 8.25 pagi... papa harap hari ini menjanjikan lebih kegembiraan untuk korang semua..

Setitis harapan dalam kemelut hari ini, membuatkan papa membeliakkan mata, betapa hari ini hanya penuh dengan perasaan ketidak pastian untuk mengatur langkah ini..

Cuaca yang Jerebu mengiringi keredupanj mentari pagi yang seolah-olah malu untuk menunjukkan sinar kehangatan pagi..

Ada apa dengan hari ini?

Sejambak bunga mengukirkan senyuman menyambut butir-butir embun yang menitis diatas dedaunan sambil diiringi hembusan angin pagi yang dingin.

papa lalui rimbun hutan kota yang mungkin papa rasa sama seperti dalam cerita 20 tahun akan datang, adakah ini sebuah kepenatan, kelelahan dalam percikan bunga dalam kemelut hati?

Risau dan bimbang meradang, merindukan segunung harapan yang meredakan gelisah di hati..

Papa masih disini menanti dengan penuh harapan dalam buaian cerita nanti...

Hinggakan papa tiada kata untuk mentafsirkan segala interpirasi yang membeku di kotak fikiran papa... Papa Kepenatan. Papa Keletihan..

Celoteh Pagi



Salam 8.05 pagi uolss… hurm ari ni awal papa tiba di opis. Tak tahu apa angin papa ari ni bangun awal. Alah tak kesah la yang penting papa datang kerja kan? Akcely papa nak tanya uolss semua la..

Korang pernah tak jatuh didalam kemurungan?

Korang pernah tak merasa keseorangan?

Sejauh mana korang rasa pengorbanan korang selama ini adalah sia-sia?

Adakah itu boleh membuatkan hidup korang menjadi tidak beerti atau merasakan diri seperti tidak berharga?

Uolss, sekecil mana atau pun sebesar mana sekalipun masalah korang, yakinlah bahawa korang semua masih boleh bangkit semua. Yakinlah bahawa korang tidak akan sendiri dan juga segala pengorbanan korang tidak akan sia-sia, MELAINKAN ia merupakan satu pengajaran yang amat amat berharga sekiranya korang menyedarinya.. betul tak? Papa harap, jangan sesekali korang merasa kehidupan ini susah dan tidak bererti disaat Tuhan masih memberikan kesempatan kepada korang. Setiap daripada kita papa pasti pernah megalami kegagalan dan jatuh didalam kesilapan yang kita sendiri ciptakan. Jadi apa yang paling penting seberapa pantas kita BANGUN dan SEDAR untuk memperbaiki keadaan dan mulakan semula dari awal dan jangan sesekali akan jatuh kedalam lubang yang sama untuk kali yang kedua.

Setiap langkah kaki korang, akan selalu bererti JIKA korang tahu untuk mensyukuri setiap nikmat yang Tuhan berikan, bukan hanya meriakkan diri sendiri bahawa semua ini hasil dari diri anda sendiri. Ok, senang cerita macam ni… cuba fahami apa yang papa ingin katakana disini…

Tidak jelas walaupun hanya sepintas lalu… saat butiran hujan membasahi tanah kosong

Cuba untuk hampiri diri dan renung keperibadian diri yang telah jatuh didalam kesalahan, tidak pelik jika kita gagal…

Tidak pelik jika kita jatuh di dalan yang licin. Persoalannya boleh kah kita bangkit semula?

Bisikan-Nya akan sedarkan kita yang masih lelap didalam gelap kerana ini semua ada lah pengajaran untuk kita..!!

Untuk korang semua…. Semoga proses kematangan diri boleh mendewasakan pemikiran korang….

Buah Fikiran

Salam 10.25 pagi,

Akcely papa rasa jangkal sedikit untuk menulis N3 kali ni. Hurmm al maklum la dah lama tak update, memandangkan sejak akhir-akhir ini papa busy dengan cuti dan kerja papa. Tapia pa pun rasanya sedikit pelik ketika papa mencuba untuk kembali menulis di blog kesayangan papa ini dan entah sudah berapa lama tidak ada satu N3 pun yang terpampang dari blog yang sering papa gunakan sebagai tempat bercerita tentang perjalanan seharian dan mencuba untuk menzahirkannya. Mungkin tidak ada satupun alasan yang boleh papa huraikan kenapa blog papa ini akhirnya tak terjamah, hinggakan saat ini kenapa papa membuat N3 baru? Jawapan papa senang je sangat simple untuk diri papa. Dimana papa sendiri secara jujurnya RINDU dengan nikmat untuk membuat N3 di media ini dan juga ingin mengasah lagi setiap inci pemikiran yang ada didalam fikiran papa untuk papa zahirkan kedalam sebuah tulisan yang papa rasa munkin nanti akan menjadi sebuah lakaran sejarah dalam blog papa ni, bahawasanya papa PERNAH belajar untuk membuat N3 di sini.

Kehidupan papa setiap hari sejak kebelakangan ini diisi dengan aktiviti biasa dan bersosial di Facebook dan banyak posting demi posting kengkawan yang mengupdate N3 mereka di blog masing-masing dengan ragam dan cara tersendiri. Adakah wujud rasa cemburu dan malu? Sudah pasti!! Kerana banyak perkara yang telah tertunda, bermula dari untuk memperluaskan WAWASAN dalam BERINTERAKSI dan mencari REFERENSI. Pucuk pangkalnya tak pernah jauh dari ERTI kata MALAS dan MENGELAK. La kenapa plak MENGELAK? Sebenarnya MENGELAK dari fikiran papa ini terbahagi kepada beberapa bahagian, dimana papa sendiri inginkan konsentrasi hingga tugasan akhir papa selesai.

Walau seberapa besar niat papa ini untuk menupdate N3 di blog ini. Selalu je terhenti dek hal-hal yang berada diluar kehendak dan keinginan papa. Papa seringkali mendengar ungkapan” Tulislah apa sahaja yang ingin ditulis.” Dan papa rasa perkara ini selalu bermain-main di dalam kepala dan menuntut untuk secepat mungkin untuk dijadikan tulisan dari pemikiran papa. Tapi masalahnya bolehkah papa menulis lagi jejak jejak kehidupan seharian papa dan menzahirkannya kembali didalam blog ini? Tak pe mari kita lihat sejauh mana niat papa untuk belajar menulis dan membuat N3 di blog ini dan berapa besar keyakinan papa untuk meneruskan blog papa ini. DAN dari sini juga papa ini belajar dan belajar lagi untuk menulis, bukan berniat untuk menarik pengunjung ataupun meningkatkan PAGERANK, tetapi ingin mencuba lebih prihatin lagi terhadap setiap tulisan yang papa zahirkan……