Halaman

Buah Fikiran

Salam 10.25 pagi,

Akcely papa rasa jangkal sedikit untuk menulis N3 kali ni. Hurmm al maklum la dah lama tak update, memandangkan sejak akhir-akhir ini papa busy dengan cuti dan kerja papa. Tapia pa pun rasanya sedikit pelik ketika papa mencuba untuk kembali menulis di blog kesayangan papa ini dan entah sudah berapa lama tidak ada satu N3 pun yang terpampang dari blog yang sering papa gunakan sebagai tempat bercerita tentang perjalanan seharian dan mencuba untuk menzahirkannya. Mungkin tidak ada satupun alasan yang boleh papa huraikan kenapa blog papa ini akhirnya tak terjamah, hinggakan saat ini kenapa papa membuat N3 baru? Jawapan papa senang je sangat simple untuk diri papa. Dimana papa sendiri secara jujurnya RINDU dengan nikmat untuk membuat N3 di media ini dan juga ingin mengasah lagi setiap inci pemikiran yang ada didalam fikiran papa untuk papa zahirkan kedalam sebuah tulisan yang papa rasa munkin nanti akan menjadi sebuah lakaran sejarah dalam blog papa ni, bahawasanya papa PERNAH belajar untuk membuat N3 di sini.

Kehidupan papa setiap hari sejak kebelakangan ini diisi dengan aktiviti biasa dan bersosial di Facebook dan banyak posting demi posting kengkawan yang mengupdate N3 mereka di blog masing-masing dengan ragam dan cara tersendiri. Adakah wujud rasa cemburu dan malu? Sudah pasti!! Kerana banyak perkara yang telah tertunda, bermula dari untuk memperluaskan WAWASAN dalam BERINTERAKSI dan mencari REFERENSI. Pucuk pangkalnya tak pernah jauh dari ERTI kata MALAS dan MENGELAK. La kenapa plak MENGELAK? Sebenarnya MENGELAK dari fikiran papa ini terbahagi kepada beberapa bahagian, dimana papa sendiri inginkan konsentrasi hingga tugasan akhir papa selesai.

Walau seberapa besar niat papa ini untuk menupdate N3 di blog ini. Selalu je terhenti dek hal-hal yang berada diluar kehendak dan keinginan papa. Papa seringkali mendengar ungkapan” Tulislah apa sahaja yang ingin ditulis.” Dan papa rasa perkara ini selalu bermain-main di dalam kepala dan menuntut untuk secepat mungkin untuk dijadikan tulisan dari pemikiran papa. Tapi masalahnya bolehkah papa menulis lagi jejak jejak kehidupan seharian papa dan menzahirkannya kembali didalam blog ini? Tak pe mari kita lihat sejauh mana niat papa untuk belajar menulis dan membuat N3 di blog ini dan berapa besar keyakinan papa untuk meneruskan blog papa ini. DAN dari sini juga papa ini belajar dan belajar lagi untuk menulis, bukan berniat untuk menarik pengunjung ataupun meningkatkan PAGERANK, tetapi ingin mencuba lebih prihatin lagi terhadap setiap tulisan yang papa zahirkan……

Tiada ulasan: