Halaman

TERSENYUM DEMI KEGEMBIRAAN ORANG LAIN



Salam 2.30 Pagi..
Malam ni entah kenapa mata papa rasa sukar nak dilelapkan. Tapi apa yang pasti semua ni terjadi kerana papa terasa sunyi dan sepi. Papa rasa seakan-akan dunia ini jauh dari hati papa. Disudut ruang tamu ini papa duduk memencilkan diri. Ketenangan... ke mana pergi? Ia dah tak setia! Ketenangan yang papa harapkan hanya datang sewatu papa tertipu pada kepalsuan dunia. Papa cuba pandang sekeliling, apa yang papa nampak hanyalah kekosongan. Papa pandang kehadapan langsung tiada arah tujuan. Papa pandang pula kiri dan kanan, lalu papa teringat akan dosa dan pahala yang telah papa lakukan..
Saat ini hati papa sedang berkira-kira..
Apa yang pasti papa akan ke sana jua. menemani Insan  yang pernah papa sayangi suatu ketika dahulu. Argh.. kenapa malam ini perasaan papa padanya cukup sangat tebal. Tak mengapa. Esok lusa atau mungkin dalam masa yang telah ditentukan olehNYA aku pasti akan kesana menemui PENCIPTA YANG MASA BESAR dan juga dirinya... Insan yang pernah bertakhta di hati ini.
notaKAKIpapa: 
ada saatnya SENYUMAN papa begitu berat sekali. Orang disekeliling papa bagaikan hakim menjatuhkan hukum sesuka hati. Tanpa mendengar sebarang penjelasan dari papa lagi. Mungkin itu saatnya untuk papa jatuh. Tapi papa harap jangan biarkan papa rasa sakit sendirian.
Tapi..
Tuhan tu sentiasa ada. Di mana-mana. Jika manusia zalimi papa. Papa hanya mampu mendoakan. Papa tak akan menabur jiwa dengan amarah dunia. Papa akan cuba untuk memastikan hati tidak dibajai syaitan durjana kerana papa boleh pilih untuk hidup TERSENYUM DEMI KEGEMBIRAAN ORANG LAIN..

Tiada ulasan: