Halaman

Perbezaan kawan, teman dan sahabat


Arrgghhh!! Aku bengang sangat... Yaa, sangat bengang. Eh! Hehe.. Hello! Kali ni aku nak cerita pasal kawan-kawan pulak kat blog ni. Saje nak luah perasaan. Kalau taknak dengar aku buat luahan perasaan, takpe la.. Tapi jangan lak keluar dulu. Hehe.. Sambil-sambil geram bercampur bengang ni, ade 1 benda aku nak kongsi dengan korang. Nak tau apa dia benda tu? Baca entri ni sampai habis ye.

Tadi aku baru je dibagi tahu dengan my boss bahawa khidmat aku dah tak diperukan lagi. so maksudnya, aku kena kembali ke unit aku yang asal. cuma yang menjadi persoalan... kenapa tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut. Malah bukan aku seorang lagi mengejutkan. Kak Ita sekali kena terminate dari bertugas di unit tu... bila di risai di siasat... rupa-rupanya member kami senidri yang kami percayaai mumbuat khianat pada kami.... dia buat macam tu kerana mahu duduk di tempat Kak Ita duduk sekarang..... alooooo minah.... kot ye pun ko nak kan kerusi tu.. buat r cara baik.......... tak perlulah nak mencanang satu dunia yang kami ni terlalu buruk dan jahat dimatamu..... huhuhuh.... yang aku tak tahan tu.... minah ni pakai tudung.. muke nampak baikkkkkk je ( muke joker ) tapi tu ah memaukan kaum hawa lain yang bertudung je.... Bila aku ingat balik peristiwa tu, tiba-tiba rasa bengang lak. Bukan tidak dapat menerima kenyatan cuma cara tu tak betullll.....itu namanya jenis kawan makan kawan, tikam kawan dari belakang, cakap tak serupa bikin, and macam-macam lagi lah. perumpamaan tu aku maksud dia. tapi sesuai la kot sebab bunyinya sangat jahat. Hahaha..

Ramai manusia sekarang ni tak tau apa erti persahabatan yang sebenar. Diorang ingat persahabatan tu cukup dengan mengenali dan jadikan sesorang tu sebagai tempat berkongsi ketawa, masalah dan bergurau. Dalam persahabatan ada banyak istilah iaitu kawan, teman dan sahabat. Bagi aku, ianya memang banyak beza. Kalau korang tanya kat sape-sape, mungkin diorang jawab perbezaan tu hanya pada sebutan dan ejaan. Pastu mesti diorang pakat dok gelak-gelak. Jadi bahan ketawa lak kawan, teman dan sahabat ni. Hmmm..

Bagi aku, istilah teman, kawan dan sahabat ni ada makna tersendiri dan berbeza dari segi penggunaannya. Yang membezakannya mungkin kekuatan dalam perhubungan tu. Tengok perbezaan dia kat bawah ni:

  • Teman
    - orang yang boleh menjadi tempat untuk berkongsi suka dan duka. Contohnya teman belajar, teman bermain, teman ketawa, teman hidup dan lain-lain.

  • Kawan
    - seseorang yang sama peranannya seperti teman, cuma mungkin ikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman. Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan". Takde istilah "teman makan teman". So, terbukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.

  • Sahabat
    - seseorang yang boleh memahami diri kita pada setiap situasi. Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.

    - Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa.

  • Di sini, aku nak simpulkan bahawa sahabat adalah teman, tapi teman bukanlah sahabat. Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat daripada perhubungan teman atau kawan.

    Takde apa dah aku nak tulis kat sini. Korang sila la komen bagi pendapat korang lak pasal kawan, teman atau sahabat ni. Lain orang lain pendapatnya kan? kan?

    Tiada ulasan: