UNTUK HARI INI...
Untuk hari ini aku akan hidup, maka wahai masa lalu yang telah pergi dan menghilang, terbanglah seperti angin. Aku tidak akan menangisi kepergianmu dan engkau tidak akan melihatku duduk merenung untuk mengingatmu walau sejenak pun, kerana engkau telah meninggalkanku, hijrah dari diriku dan pergi dariku untuk selamanya tanpa kembali.
Wahai masa depan engkau masih ada di alam ghaib, maka aku tidak akan berinteraksi dengan mimpi-mimpi. Aku tidak akan menjual diriku kepada ilusi dan bayangan dan aku tidak akan menyegerakan kelahiran yang tiada. Hari esok masih belum ada, kerana ia belum diciptakan dan masih belum disebut-sebut keadaannya.
AKU LELAKI BIASA...
Kadang kala akupun kuat seperti karang dihentam gelombang diterpa badai di tiup angin tak goyah tak juga bersua dalam diriku berakar kekuatan cinta, cinta dari ibu, adik2ku dan bapaku, walaupun aku hidup dalam kesederhanaan yang tidak pernah menikmati rekreasi taman permainan tapi aku bahagia kerana bagiku melihat ibu dan adik –adik ku sihat aku sudah bersyukur.
Aku ini lelaki biasa yang tak pandai bergaul dan tak pandai bersosial tapi aku memiliki teman-teman walaupun sedikit mereka tulus sayang padaku yang tulus membantuku dalam kesusahan.
Aku ini lelaki biasa yang belum bisa memberikan kenikmatan tulus kepada orang2 yang aku sayangi tapi yang aku boleh berikan adalah kenikmatan dimana mereka boleh menikmati dengan riang gurau senda yang aku buat dengan rasa sayang dan cinta
Aku ini lelaki biasa yang tak pandai kerana IQ ku kecil tapi aku tak juga bodoh kerana aku masih bisa menjawab setiap pertanyaan yang di ajukan kepadaku.
Aku ini lelaki biasa yang tidak menginginkan populariti dan kedudukan tinggi yang ku inginkan adalah menjadi insan yang boleh menggembirakan semua orang.
Aku ini lelaki biasa yang tak pernah mengharapkan memiliki isteri yang boleh memberikan harta wang ringgit yang aku inginkan adalah isteri yang boleh memberikan aku kebahagiaan dan ketenangan batin, aku tidak mengharapkan memiliki isteri yang boleh mengajakku keliling dunia tapi yang ku inginkan adalah isteri yang boeh mengajariku akan lebih mencintai tuhanku.
Aku ini lelaki biasa yang penuh dengan lumuran dosa yang penuh dengan kemaksiatan yang sering melakukan kesalahan tapi aku lelaki biasa yang berusaha untuk mencari redha Tuhan ku yang berusaha untuk memperbaiki akhlakku yang berusaha untuk melakukan kewajipanku sebagai umatNYA.
Kamu bilang aku munafik aku sombong, ya inilah aku,aku yang dengan kemunafikan, aku yang dengan serba kekurangan, aku yang dengan kesederhanaan aku yang dengan kebodohan, dan aku yang dengan kemiskinan, aku hanya ingin teman yang tulus yang tidak melihat dari banyaknya kekurangan yang aku miliki dan aku hanya ingin cinta sejati yang bisa menerima aku apa adanya yang tidak meninggalkanku karena aku ini lelaki biasa….
Aku Lelaki Biasa...
Aku ini lelaki biasa yang punya hati dan nurani yang mudah tersentuh dengan kebaikan. Aku juga lelaki biasa yang rapuh mudah terluka, aku seperti helang terbang tinggi melayang tanpa rasa lelah melewati langit menjelajahi saat sayapnya patah helang terluka tidak bisa mengepakkan sayapnya lagi ya akulah helang itu.
Kadang kala akupun kuat seperti karang dihentam gelombang diterpa badai di tiup angin tak goyah tak juga bersua dalam diriku berakar kekuatan cinta, cinta dari ibu, adik2ku dan bapaku, walaupun aku hidup dalam kesederhanaan yang tidak pernah menikmati rekreasi taman permainan tapi aku bahagia kerana bagiku melihat ibu dan adik –adik ku sihat aku sudah bersyukur.
Aku ini lelaki biasa yang tak pandai bergaul dan tak pandai bersosial tapi aku memiliki teman-teman walaupun sedikit mereka tulus sayang padaku yang tulus membantuku dalam kesusahan.
Aku ini lelaki biasa yang belum bisa memberikan kenikmatan tulus kepada orang2 yang aku sayangi tapi yang aku boleh berikan adalah kenikmatan dimana mereka boleh menikmati dengan riang gurau senda yang aku buat dengan rasa sayang dan cinta
Aku ini lelaki biasa yang tak pandai kerana IQ ku kecil tapi aku tak juga bodoh kerana aku masih bisa menjawab setiap pertanyaan yang di ajukan kepadaku.
Aku ini lelaki biasa yang tidak menginginkan populariti dan kedudukan tinggi yang ku inginkan adalah menjadi insan yang boleh menggembirakan semua orang.
Aku ini lelaki biasa yang tak pernah mengharapkan memiliki isteri yang boleh memberikan harta wang ringgit yang aku inginkan adalah isteri yang boleh memberikan aku kebahagiaan dan ketenangan batin, aku tidak mengharapkan memiliki isteri yang boleh mengajakku keliling dunia tapi yang ku inginkan adalah isteri yang boeh mengajariku akan lebih mencintai tuhanku.
Aku ini lelaki biasa yang penuh dengan lumuran dosa yang penuh dengan kemaksiatan yang sering melakukan kesalahan tapi aku lelaki biasa yang berusaha untuk mencari redha Tuhan ku yang berusaha untuk memperbaiki akhlakku yang berusaha untuk melakukan kewajibanku sebagai umatNYA.
Kamu bilang aku munafik aku sombong, ya inilah aku,aku yang dengan kemunafikan, aku yang dengan serba kekurangan, aku yang dengan kesederhanaan aku yang dengan kebodohan, dan aku yang dengan kemiskinan, aku hanya ingin teman yang tulus yang tidak melihat dari banyaknya kekurangan yang aku miliki dan aku hanya ingin cinta sejati yang bisa menerima aku apa adanya yang tidak meninggalkanku karena aku ini lelaki biasa….
P.S: CJL ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa didalam setiap kata2 yang CJL luahkan. Kepada teman2 yang sentiasa berada disisi ku tika suka dan duka CJL ucapkan JUTAAN terima kasih. Tanpa kalian hidup CJL takkan bermakna.....
Menunggu....
Sebenarnya, Tuhan mengetahui mana yang terbaik
Akan memberi kesusahan untuk menguji kita
Kadang kala, Tuhan pun melukai hati kita
Supaya hikmahnya boleh tertanam dalam diri
Jika kita kehilangan cinta..
Maka ada alasan dibaliknya
Alasan yang kadang kala sulit untuk difahami
Namum kita tetap harus percaya
Bahwa ketika TUHAN akan mengambil sesuatu
TUHAN telah siap memberi yang lebih baik…
MENGAPA MENUNGGU????
Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan
Kita tak ingin tergesa-gesa…
KERANA…..
Walaupun kita inginpercepatkan, kita tak ingin sembarangan…
KERANA…..
Walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai…
Kita tak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian cinta
Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu…
BAGIKU….
Lebih baik menunggu orang yang kita inginkan…
pertimbangkan apa yang ada
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai
pertimbangkan kepuasan diri dengan apa yang ada
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat
Kerana hidupku terlampau singkat untuk dilewatkan bersama
PILIHAN YANG SALAH
Kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan seuatu yang tak dijangka
PERLU KAU KETAHUI
Bahwa bunga tidak mekar dalam semalam
Kehidupan dicambah dalam rahim selama 9 bulan
Cinta yang agung terus tumbuh selama kehidupan ini
Walaupun menunggu memerlukan banyak hal iman, keberanian dan pengharapan….
Penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan
PADA AKHIRNYA TUHAN…
Dalam segala hikmah dan kasihnya….
Meminta kita menunggu….
KERANA
Alasan yang penting!!!!!!
PS:- Tolonglah fahami... kalau anda fahami apa yg CJL tulis ni.. Anda pasti tahu siapa diri CJL sebenar....
Kesah Ku Malam Ini....
Sayap Cinta
Saat hatiku rapuh
Sayap ini membawaku mengarungi samudera hati
Sayap ini membawaku melayang mencari tempat berteduh
Ruang hati ku jelajahi satu demi satu
Namun ku tak temui kedamaian di hati
Namun ku tak temui kehangatan di jiwa
Namun ku tak temui ketenangan di kalbu
Sampai akhirnya sayap rindu ini
Membawaku menuju hatimu
Menuju hatimu yang lembut
Menuju jiwamu yang tenang
Pencarianku usai sudah…
Kutemukan kedamaian saat indah sayapmu merengkuh hatiku
Kutemukan kehangatan saat indah sayapmu merengkuh jiwaku
Kutemukan ketenangan saat indah sayapmu merengkuh kalbuku
Kini…
Izinkan sayap rinduku merengkuh dirimu saat kau terluka
Izinkan sayap rinduku mengubati hatimu yang terhiris
Izinkan sayap rinduku mengeringkan lukamu yang masih basah
Kupastikan kini sayap rinduku hanya akan terbang ke arahmu
Sayap rinduku hanya akan mengembang tuk merengkuh dirimu
Terbanglah bersamaku, melayanglah denganku
Kita jelajah dunia baru dengan harapan yang baru…
Keterbatasan
Walau dengan segala keterbatasan
Walau dengan segala ketidak sempurnaan
Walau dengan segala kelemahan
Bukankah itu hanyalah sebuah refleksi kehidupan
Dan kenyataan si mahluk yang bernama manusia..?
Sepanjang tak menjadikannya berhala
Nikmati saja sahabatku
Kerana cinta adalah anugrah
Cinta adalah petanda kita masih mempunyai hati
Cinta petanda masih ada kehidupan..
Pergilah Cinta......
Lama gak cjl tak menjengah blog cjl nie... Maklumlah, lately nih memang cjl agak sibuk sikit dengan rutin harian dan kerja kerja di pejabat... Saje je cjl sibukkan diri cjl nie... Lagipun, semua nie dah memang tanggungjawab cjl... Hendak tak nak, cjl kene buat juga... Begitulah hakikat kerja makan gaji ini...
Tadi, masa cjl keluar dengan kawan baik cjl, selepas abis keje td; cjl tersentap kejap... cjl tak sangka dan macam tak percaya dengan apa yang cjl dengar dari mulut rakan cjl ini... Dalam hati, berkecamuk dengan pelbagai perasaan... Perasaan yang tak tahu macam mane hendak cjl luahkan... cjl bersyukur, even bila dia bercerita, cjl tak kisah sebab cjl sudah stabil... Jauh dalam benak hati cjl, perasaan yang selama ini cjl jaga dan simpan kian lama kian pudar dan hilang... Biarlah, cjl rela dengan semua ini... Sekurang kurangnya, cjl tak perlu nak fikir pasal semua ini... cjl tak perlu nak menempuh hari hari suram yang membelenggu hidup cjl sebelum ini... cjl redha dengan ketentuanNya... Mungkin tiada rezeki cjl dapat bersamanya dan kalian selepas ini tak perlu lah mendengar kisah sedih dan membosankan ini lagi... No more sad story yaa.....
cjl rasa happy sangat sebab rakan baik cjl ini telah menemui apa yang dicarinya selama ini... Jelas terpancar diwajahnya kegembiraan dan kepuasan... Sampai bawak kereta pun tersengeh sengeh... cjl tumpang gembira kerana selama ini dia banyak bermuram muka... Tidak ceria sepanjang masa... Makan hatilah katakan... Tulah nasib badan... Kadang kala apa yang kita lalui tidak semestinya indah belaka... Terima hakikat dengan seadanya...
Bila cjl lihat akan perubahan dirinya sekarang, adakalanya cjl jadi cemburu... Bukan kerana tidak suka, tapi kerana apa yang dia ada sekarang... Bilalah masa cjl akan begitu? Akan tibakah hari itu? Waktu itu? cjl sendiri tidak pasti dan tidak tahu... Biarlah keadaan yang menentukan...
Saban hari cjl memikirkan, akhirnya cjl faham... cjl tahu dia bukan milik cjl... Walau apa pun cjl lakukan, tidak akan merubah keadaan... Jika dulu, mungkin cjl terseksa tapi tidak lagi kini... cjl sudah dapat menerima hakikat bahawa 'cinta' hanya hadir sekali dan sukar untuk kembali lagi... Seperti yang telah cjl nukilkan sebelum ini, cjl mohon... cjl serahkan segalanya padaMu Tuhan... Kau lebih mengetahui...
cjl letakkan titik noktah disini agar ianya tidak akan berlanjutan lagi... Lagipun, sampai bila kalian nak mendengar celoteh macam nie kan? Naik muak dah membacanya... Ape ape pun, ibarat kata Siti Nurhaliza; "Biarlah Rahsia"...Biarlah semua ini menjadi rahsia hidup cjl... Untuk si dia, cjl doakan semoga dia bahagia dan berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya....
"Pergilah Cinta... Hapuslah Airmata.........."
Beza antara CINTA SAYANG & SUKA
Bagi pendapat CLJ ,perasaan kita pada insan lain ada 3 tahap..
1. suka
2. sayang
3. cinta
suka xsemestinya syg
syg xsemestinya cinta
dan cinta adalah tahap tertinggi..
klu dah cinta, mestilah ianya dimulai dgn suka, syg dan kemudiannya barulah cinta....
CLJ penah tanya seseorang soalan ni:
Ada 3 tahap perasaan awk pada saya iaitu
1. suka
2. sayang
3. cinta
yg mana satu jawapan awk?
dan dia jawab jwpn yg no 2...so drpd situ kita dpt tau yg dia suka dan sygkan CLJ tp tak cintakan CLJ. CLJ terima jwpn dia wpun tahap perasaan CLJ pd dia waktu tu adalah no 3....
ok selamat malam...
renung2kan lah
KaDanGkaLa oRaNg yANg PaLinG mENciNTaiMu aDaLah oRaNg YanG tak pERnaH MeNyaTakaN CinTaNya PaDaMu kERaNa oRAng itu TaKut Kau BeRpALinG dan MeNjaUhinYa.. Dan BiLa SuATu MaSa Dia HiLanG DaRi pANdaNGanMu... Kau aKan MeNYeDaRi Dia aDAlaH CiNta YanG TiDaK PeRnaH Kau SeDaRi...
CiNTa LuKiSaN JiWa
ERTI CINTA BAGIKU..
cinta itu luas takrifannya dan dalam pula maksudnya..
cinta tidak buta seperti penilaian sesetengah org..
yg buta adalah mata dan fikiran org tersebut..
cinta dtg nya dari Allah, pintu hati kita terbuka kerana d bukakan oleh Allah..
setiap org ada pandangan tersendiri mengenai cinta..
cinta tidak d butakan dan tak akn membutakan..
manusia yg buta kerana tidak tahu menilai erti cinta sebenar..
andai lautan dalam boleh d terokai,
angkasa lepas boleh d jelajahi,
pastinya cinta tidak akan dapat d selami andai tidak punya cinta d hati..
kekuatan cinta terletak pada hati si pencinta..
andai teguh cinta d hati,
maka tegarlah keutuhan cinta tersebut..
manusia sering d butakan dengan angan2 kosong, janji2 manis
sehingga melupakan apakah yg perlu d buat untuk mengindahkan cinta tersebut..
memang indah bersatu d alam khayalan, mencipta mahligai untuk d realisasikan,
tp sayang sesungguhnya hakikat hidup ini x seindah mimpi2..
cinta ibarat baby belajar berjalan..
adakalanya jatuh lalu tersungkur, menangis hingga mengeluarkan air mata..
tapi baby itu tidak pernah mengalah, menanam tekad d hati untuk terus berdiri
dan melangkah semula sehingga akhirnya berjaya..
cinta itu...ibarat mata dan tangan.Ketika mata menangis,tangan menghapus air mata.Ketika tangan terluka,mata menangis.Ketika mata tidak bisa melihat,tangan membantu untuk meraba.Tetapi,bagaimana jika tangan tiada?ia tidak akan sempurna...
Kata orang cinta itu...ibarat kupu-kupu.Makin kau kejar, makin ia menghindar.Apabila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduganya.Tetapi,jangka hayat bagi kupu-kupu tidaklah lama seperti yang diharapkan..ia tidak akan berkekalan..
Kata orang cinta itu...ibarat sebiji bola.Ia dijulang,diagung-agungkan di seluruh dunia.Semua orang berebut-rebut mendapatkannya,sehinggakan sanggup cedera.Tetapi,kenapa ia disepak-sepak,ditendang-tendang,dilontar-lontar,dipijak-pijak dan dibuang apabila sudah buruk jika benar-benar ia disayangi?
Kata orang cinta itu...ibarat kayu dan api.Api memerlukan kayu untuk terus hidup.Kayu sedia berkorban untuk api terus marak.Tetapi,berbaloikah pengorbanan kayu yang akhirannya menjadi abu?api tidak sedikitpun kesal membakar temannya....
Beginilah cinta manusia sesama manusia...Akan tetapi cinta Maha Agung kepada hambanya ibarat udara yang tidak bisa dilihat,tidak bisa disentuh,tidak bisa dimakan.Tetapi di kala siang,tengah hari,petang,senja,dan malam ia sentiasa menemani manusia.Biarpun manusia itu sering mencemarkan udara,tetapi ia tetap memberikan ruang bagi manusia itu bernafas.Pujalah tuhanmu,Ia tidak akan mengecewakan kamu.Cintailah Dia Yang Kekal tiada sudahnya..
INDAH PADA WAKTUNYA
CLJ minta pada Allah setangkai bunga segar,,
Dia beri CLJ kaktus berduri...
CLJ minta pada-Nya haiwan yang cantik,,
Dia beri CLJ ulat bulu...
CLJsedih,kecewa ,,,
dan CLJ bertanya,,
betapa tak adilnya ini,,,
namun kemudian kaktus itu berbunga indah,,
bahkan sangat indah,,
dan ulat bulu itu menjelma menjadi kupu2 nan elok...
CLJ terpesona dan tersedar...
Itulah jalan Allah,,
Indah pada waktunya...
Allah tidak memberi apa yang kita inginkan,,
tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan..
Kita tak mengetahui jauh d atas segalanya,,
Dia memberi yang terbaik tuk hidup kita....
Makna Kehidupan
Engkau yang menciptakan alam maya dengan segala keindahannya…
Engkau memberi kehidupan dalam setiap nafasnya…
Melimpahkan cinta dan kasih-Mu …
Dan hanya kepada-Mu ku persembahkan cinta yang hakiki…
Aku mencari apa makna kehidupan…
Yang ku tahu bahwa hidup sebuah perjalanan panjang menuju Syurga-Mu…
Setiap kehidupan yang kau ciptakan…
Akan kembali kepada-Mu….
Satu sama lain seolah berlumba-lumba…
Berlari mengejar kebahagian yang sementara cuma…
Seakan terlupa akan makna hidup sesungguhnya…
Seakan terbuai oleh pesona dunia fana…
Dan tertawan dalam kelamnya dunia…
Kumerenung dalam hati…
Kubertanya dalam diri…
Memikirkan apa diri ini layak menghadap-Mu…
Tak terhitung lakaran qalam hitam mewarnai diri ini…
Kadang tak mengindahkan perintah-Mu…
Lidah yang berucap pahit…
Hati memendam amarah…
Tangan berlumur noda…
Ya Rabbi…
Sebelum penyesalan hadir melanda batin…
Sebelum raga ini tak mampu bersujud…
Sebelum jiwa ini kau pinta kembali…
Berikan kesempatan untuk menyerukan nama-Mu…
Melantunkan ayat-ayatMu…
Mengindahkan semua perintah-Mu…
Ya Rabbi…
Ampunkanlah kami yang sering melupakanMu…
Terangilah jalan kami…
Beri setitik cahaya dihati kami…
KHALI
Lagu ni khas tuk my new prennnn N i N a
Khali (persian)
daftare khateratamo har shab varagh mizanam
esme to too har safhase, mikhoonam o mishkanam
khalkoobi kardam esmeto roye tamame badanam
ta bavaret she oni ke har lahze yadete manam
har ki miporse halamo, migam hame chiz aliye
hishki nemidoone cheghad jaye to inja khaliye
hala mifahmam khali yani che hes o hali
khali yani bi to, bi to yani khali
fekr mikonam naboodanet addi mishe farda baram
farda miyad baz mibinam hichi be jooz to nemikham
ba hishki harf nemizanam, hich jooki khande dar nist
bade har zemestooni malome ke bahar nist
EMPTY - WITHoutYOU (English)
I leaf my diary notebook every night
your name is on every single page of it, I read and break(inside)
I did tattoos of your name all over my body
so you believe, that one who is always remeber you is me
whoever asks me: how are you, I answer everything is great
nobody knows how much your place is empty here(how greatly your are missed)
now, I understand how is empty (how it feels)
"empty" means "witout you", "without you" means "empty"
I always think your absence would become okay for me tomorrow(it wont be bothering anymore)
tomorrow comes and I see I want nothing but you
I dont talk to anybody, there is no funny joke
it is obvious that there is no spring after all winters
JIWA KESEPIAN
Kau sesusuk jiwa yang terbenam…
Terhanyut oleh masa lalu mu sendiri…
Banyak rahsia yang tak terungkap oleh mataku…
Di matamu menyimpan banyak kata…
Yang tak bisa terbaca olehku…
Di balik senyummu tersirat makna…
Dan tak seorangpun mengerti apa yang terungkai dari bibirmu…
Mungkin senyum itu membawa bahagia…
Namun ternyata mengisyaratkan luka…
Luka yang mungkin masih tersisa oleh masa lalumu sendiri…
Tiap orang memandangmu berbeza…
Terlihat aneh…tingkahmu…katamu…tawamu…
Tak ada satupun yang tahu makna sesungguhnya…
Hanya dirimu yang mengerti…
Kerna kau memang wanita yang pandai menyimpan rasa…
Namun kau tak pandai dalam hal cinta…
Kau memilih menyimpan dalam hati…
Mengapa kau biarkan cinta pergi darimu…
Hingga kau menyadari arti kehilangan…
Kau bebas berjalan menelusuri duniamu…
Begitu pula cintamu…
Kau bebas memilih cintamu sendiri…
Kerna kau wanita…
Banyak hal yang tak ku mengerti darimu…
Maka biarkanlah waktu yang memberitahuku…
Siapa dirimu… N i N a
STILL GOT THE BLUES
Bila CLJ dengar lagu ni.. memang cukup menyentuh perasaan.. dengan bait lirik lagunya yang cukup indah dan mendalam ditambah pula dgn susunan irama blues yg cukup melayan perasaan...
klu nak tahu lagu ni clj selalu gak bawak masa karok. feeling2 blues laaa juga.. hehehe..
apa pun.. CLJ harap anda semua enjoy ok..
Sesuatu telah tertunda !
SIAL.... semua telah berlalu begitu saja,
ya semua memang salahku
membiarkan semua berlalu begitu saja
jadi biarkan saja aku memaki,
maki diriku sendiri pada akhirnya...
Sesal...ketika waktu seolah berjalan di titik noda
tanpa perubahan, ketika aku mencuba melawan
waktu hanya sampah dan sepertinya aku terbunuh sebagai si kecundang!
Apakah aku mati?, Persetan !, aku tak akan menyerah
aku telah memulakan, dan tak akan berhenti sampai disini !
Apa yang kumulakan... pasti akan ku akhiri
selesaikan semua...
SIAL... waktu terbuang percuma kerana kelalaianku
membiarkan semua berlalu begitu saja
sampai ku sedari, aku tak ingin kalah sebagai si Lemah
Apakah aku mati?, Persetan !, aku tak akan menyerah
aku telah memulai, dan tak akan berhenti sampai disini !
Apa yang kumulai... pasti akan ku akhiri
selesaikan semua...
walau terlambat !
akan ku selesaikan semua
Metamorfosa Dari Sebuah Keangkuhan Jiwa
Sendiri ku menepi
Pada sudut kotamu ini
Lelah menyelami
Kehancuran hati
Jiwa ini tak mengeri
Mengapa mimpi-mimpi yang terukir
Kini hancur berserakan dimana-mana
Dan membuat sepanjang jalan kita ini buntu
Disini aku terhenti oleh jejak kakimu
Mencuba mengharungi sudut-sudut
Keramaian dan kesunyian tempat singgahmu
Yang memaksa aku terjerat kenangan pahitmu
Tanpa menjilati sisa kenangan manismu
Kamu dimana aku tak tahu
Entah kau disana diatas langit ketujuh
Entah kau disini di bawah kaki bukit meriuh
Tetap aku tak tahu keberadaan ragamu
Entah kau masih hidup dengan penuh kegembiraan atau kesedihan
Entah kau telah mati dengan meninggalkan sejuta nyanyian
Yang belum sempat kau dendangkan untuk duniamu
Jauh ragamu terlalu jauh ku rengkuh
Jelas suaramu terlalu jelas bersenandung
Dekat jiwamu terlalu dekat menyelimutiku
Tapi aku tetap tak bisa mengerti
Warkah Cinta ...
Cinta itu seperti lukisan yg indah dan agung,
Cinta kebahagian yg pernah mendapatkannya miskipun tidak abadi
Cinta tidak membuat dunia berputar
Cinta inilah yang membuat perjalanan tersebut berharga
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain
Tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.
Loceng tidak berbunyi sebelum engkau membunyikannya
Lagu bukanlah lagu sebelum engkau menyanyikannya
Cinta di dalam hatimu tidak diletakkan untuk tinggal di sana
Cinta bukanlah cinta sebelum engkau memberikannya
Nafsu adalah emosi
Cinta adalah pilihan
Cara untuk mencintai sesuatu adalah dengan menyadari
Bahawa sesuatu itu mungkin hilang
Cinta adalah kunci induk yang membuka Gerbang kebahagiaan
Kekasih yang bijaksana tidak menghargai hadiah dari kekasihnya
Sebesar cinta dari si pemberi
Jika anda ingin dicinta, mencintailah
dan jadilah orang yang pantas dicinta
Di antara mereka yang saya sukai atau kagumi
Saya tidak dapat menemukan suatu kesamaan
Tetapi di antara mereka yang saya kasihi
Saya dapat menemukannya: mereka semua membuat saya tertawa
Persahabatan sering berakhir dengan cinta
Tetapi cinta tidak pernah berakhir dengan persahabatan
Kita harus sedikit menyerupai satu sama lain
Untuk mengerti satu sama lain
Tetapi kita harus sedikit berbeza
Untuk mencintai satu sama lain
Cinta yang belum matang berkata:
"Aku cinta kamu karana aku mengenali mu"
Cinta yang sudah matang berkata:
"Aku mengenali mu karana aku cinta kamu"
Cinta memasukkan kesenangan dalam persamaan
Kesedihan dalam perpisahan
Harapan pada hari esok
Kegembiraan di dalam hati
Siapa pun yang mempunyai hati penuh cinta
Selalu mempunyai sesuatu untuk diberikan
Cinta sejati dimulai ketika tidak sesuatu pun diharapkan sebagai balasan
Segera sesudah kita belajar bercinta
Kita akan belajar untuk hidup
Cinta...
Jika anda memilikinya Anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain
Dan jika anda tidak memilikinya
Apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti
Cinta tidak dapat dipaksakan
Cinta tidak dapat dipujuk dan digoda
Cinta muncul dari Surga tanpa topeng dan tanpa bicara
Cubalah manipulasi tentang cinta dan engkau pun
Akan kehilangan manipulasimu ...
Apa itu Cinta???
berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN
Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana
pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa
setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak
terfahami ... menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain
tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA
Sungguh Menyakitkan Mencintai Seseorang
Yang Tidak Mencintaimu,
Tetapi Lebih Menyakitkan Adalah Mencintai Seseorang Dan Kamu Tidak Pernah Memiliki Keberanian Untuk Menyatakan Cintamu Kepadanya..
Sekarang Tiba Masanya Untuk Menjadi Proaktif
Tips ringkas saya untuk menjadi lelaki/wanita proaktif :
Jangan jadi lelaki/wanita yang suka menunggu sesuatu terjadi kepada diri sendiri.
Jangan jadi lelaki/wanita yang hanya melihat rakan kamu keluar dengan lelaki/wanita menarik.
Jangan jadi lelaki/wanita yang membiarkan hidup kamu berlalu begitu sahaja dan menyesal di kemudian hari.
Jangan jadi
JEMARI KU MENARI LAGI
Dalam keheningan dan kedinginan siraman mutiara langit ini, aku merindui padamu..........rindu yang sukar untuk kuterjemahkan kerana hanya dunia kita yang memahami hakikat kerinduan ini. Aku digoda dan tergoda,Aku jatuh cinta ,ya aku jatuh !cinta yang bagaimana ya?.... cinta anak kepada ayahnya? cinta abang kepada adiknya atau mungkin cinta hati yang setulusnya untukmu wahai Sang Putera di Pintu Mahligai hatiku yang jauh di mata.
Guruku pernah menyindirku di saat mata kulayu ketika belajar, " Shah cinta itu terlalu indah dan sukar untuk dilukis pada kertas namun warna-warnanya pasti akan menyerikan hidupmu andainya tetap pilihanmu kerana kita dilahirkan atas rasa cinta kedua orang tua kita, ingin saya berpesan padamu, bahawa cinta itu diibaratkan semangkuk air yang penuh,walau kepada siapapun engkau beri namun air itu tidak pernah berkurang kerana cinta itu tetap berbeza antara satu insan kepada satu insan"'.Mataku hanya terkebil-kebil ketika sindiran tajam guru itu, mungkin dia hanya perasan yang aku sedang jatuh cinta dikala itu aku tidak pusing jauh sekali untuk menterjamahkan cinta dalam kehidupan.Kerana aku adalah kasanova dunia cinta ketika itu.Tapi kini cintaku lain dan sukar kujelaskan kerana tabir yang suram gelap itu menjadikan diriku kaku berkata-kata tentang cinta kita! aku terpegun dan aku mengerti pesanan guruku, ya aku mengerti cinta itu tidak sama dan tidak pernah pudar selagi ada hembusan nafas di jasad ini.
Aku tidak pernah menyesal kalaupun aku jatuh cinta lagi kerana hidup yang indah ini akan lebih berseri bersama cintamu kerana aku telah disuratkan pandai menghargai cintadan kukini kuharap warna-warna cintamu akan menyerikan hidup kita.Terima kasih untukmu yang jatuh cinta menyintaiku dan aku ingin menyintaimu di atas sejadah kejujuran dan keikhlasan hati ini..........
~ Cinta tak semestinya memiliki ~
Bila kita jatuh cinta pada
seseorang, jangan menyiksa diri dengan
Menggangap bahawa cinta kita
tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak
kerana, setiap insan memerlukan,
menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan
memberikan sesuatu bukan
Mengharapkan akan sesuatu
sebab, apa yang dibe...rikan kerana
Cinta selalu datang pada
hati kita disaat itu juga.
Kebahagian memberi jauh
lebih sempurna daripada kebahagiaan
Kerana menerima.
Tapi….lain bila kita
menginginkan sesuatu yang kita cintai.
Keinginan itulah yang
memberikan pahit manis yang menghiris dada
Jangan menyiksakan diri
dengan menginginkan sesuatu…
Jangan siakan cinta dengan
beban yang berat mengharap mampu
dipikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin
tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri sendiri…
Selalunya cinta yang kita
berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk
sebelah tangan….
by - IR APAI
Apa Itu Cinta ? S1
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
... See More
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedi
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakanny
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
~CINTA LUKISAN JIWA~
- Saidina Umar Ibnul Khattab -
Hati Lelaki
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.... See More
Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.
Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.
8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.