Pergilah Cinta......
Lama gak cjl tak menjengah blog cjl nie... Maklumlah, lately nih memang cjl agak sibuk sikit dengan rutin harian dan kerja kerja di pejabat... Saje je cjl sibukkan diri cjl nie... Lagipun, semua nie dah memang tanggungjawab cjl... Hendak tak nak, cjl kene buat juga... Begitulah hakikat kerja makan gaji ini...
Tadi, masa cjl keluar dengan kawan baik cjl, selepas abis keje td; cjl tersentap kejap... cjl tak sangka dan macam tak percaya dengan apa yang cjl dengar dari mulut rakan cjl ini... Dalam hati, berkecamuk dengan pelbagai perasaan... Perasaan yang tak tahu macam mane hendak cjl luahkan... cjl bersyukur, even bila dia bercerita, cjl tak kisah sebab cjl sudah stabil... Jauh dalam benak hati cjl, perasaan yang selama ini cjl jaga dan simpan kian lama kian pudar dan hilang... Biarlah, cjl rela dengan semua ini... Sekurang kurangnya, cjl tak perlu nak fikir pasal semua ini... cjl tak perlu nak menempuh hari hari suram yang membelenggu hidup cjl sebelum ini... cjl redha dengan ketentuanNya... Mungkin tiada rezeki cjl dapat bersamanya dan kalian selepas ini tak perlu lah mendengar kisah sedih dan membosankan ini lagi... No more sad story yaa.....
cjl rasa happy sangat sebab rakan baik cjl ini telah menemui apa yang dicarinya selama ini... Jelas terpancar diwajahnya kegembiraan dan kepuasan... Sampai bawak kereta pun tersengeh sengeh... cjl tumpang gembira kerana selama ini dia banyak bermuram muka... Tidak ceria sepanjang masa... Makan hatilah katakan... Tulah nasib badan... Kadang kala apa yang kita lalui tidak semestinya indah belaka... Terima hakikat dengan seadanya...
Bila cjl lihat akan perubahan dirinya sekarang, adakalanya cjl jadi cemburu... Bukan kerana tidak suka, tapi kerana apa yang dia ada sekarang... Bilalah masa cjl akan begitu? Akan tibakah hari itu? Waktu itu? cjl sendiri tidak pasti dan tidak tahu... Biarlah keadaan yang menentukan...
Saban hari cjl memikirkan, akhirnya cjl faham... cjl tahu dia bukan milik cjl... Walau apa pun cjl lakukan, tidak akan merubah keadaan... Jika dulu, mungkin cjl terseksa tapi tidak lagi kini... cjl sudah dapat menerima hakikat bahawa 'cinta' hanya hadir sekali dan sukar untuk kembali lagi... Seperti yang telah cjl nukilkan sebelum ini, cjl mohon... cjl serahkan segalanya padaMu Tuhan... Kau lebih mengetahui...
cjl letakkan titik noktah disini agar ianya tidak akan berlanjutan lagi... Lagipun, sampai bila kalian nak mendengar celoteh macam nie kan? Naik muak dah membacanya... Ape ape pun, ibarat kata Siti Nurhaliza; "Biarlah Rahsia"...Biarlah semua ini menjadi rahsia hidup cjl... Untuk si dia, cjl doakan semoga dia bahagia dan berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya....
"Pergilah Cinta... Hapuslah Airmata.........."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan