Kadang kala akupun kuat seperti karang dihentam gelombang diterpa badai di tiup angin tak goyah tak juga bersua dalam diriku berakar kekuatan cinta, cinta dari ibu, adik2ku dan bapaku, walaupun aku hidup dalam kesederhanaan yang tidak pernah menikmati rekreasi taman permainan tapi aku bahagia kerana bagiku melihat ibu dan adik –adik ku sihat aku sudah bersyukur.
Aku ini lelaki biasa yang tak pandai bergaul dan tak pandai bersosial tapi aku memiliki teman-teman walaupun sedikit mereka tulus sayang padaku yang tulus membantuku dalam kesusahan.
Aku ini lelaki biasa yang belum bisa memberikan kenikmatan tulus kepada orang2 yang aku sayangi tapi yang aku boleh berikan adalah kenikmatan dimana mereka boleh menikmati dengan riang gurau senda yang aku buat dengan rasa sayang dan cinta
Aku ini lelaki biasa yang tak pandai kerana IQ ku kecil tapi aku tak juga bodoh kerana aku masih bisa menjawab setiap pertanyaan yang di ajukan kepadaku.
Aku ini lelaki biasa yang tidak menginginkan populariti dan kedudukan tinggi yang ku inginkan adalah menjadi insan yang boleh menggembirakan semua orang.
Aku ini lelaki biasa yang tak pernah mengharapkan memiliki isteri yang boleh memberikan harta wang ringgit yang aku inginkan adalah isteri yang boleh memberikan aku kebahagiaan dan ketenangan batin, aku tidak mengharapkan memiliki isteri yang boleh mengajakku keliling dunia tapi yang ku inginkan adalah isteri yang boeh mengajariku akan lebih mencintai tuhanku.
Aku ini lelaki biasa yang penuh dengan lumuran dosa yang penuh dengan kemaksiatan yang sering melakukan kesalahan tapi aku lelaki biasa yang berusaha untuk mencari redha Tuhan ku yang berusaha untuk memperbaiki akhlakku yang berusaha untuk melakukan kewajipanku sebagai umatNYA.
Kamu bilang aku munafik aku sombong, ya inilah aku,aku yang dengan kemunafikan, aku yang dengan serba kekurangan, aku yang dengan kesederhanaan aku yang dengan kebodohan, dan aku yang dengan kemiskinan, aku hanya ingin teman yang tulus yang tidak melihat dari banyaknya kekurangan yang aku miliki dan aku hanya ingin cinta sejati yang bisa menerima aku apa adanya yang tidak meninggalkanku karena aku ini lelaki biasa….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan