NAK UBAH WAJAH
MAAF
Sahabat
Bertanyalah berkenaan malam-malammu yang lalu,
atau tentang kelenaan yang tak pernah terganggu,
berceritalah sekali-kali tentang kebisuanmu,
atau tentang jarum-jarum yang selalu menggigilkan tubuhmu,
Kadangkala kita menjadi seorang pelakon yang memainkan watak didunia
berkisah tentang dusta yang selalu tumpah
Aku memang tak pernah tajam mengenalimu,
Namun, sesekali sampaikanlah pesan padaku
tentang matamu yang selalu sembunyi
juga hatimu yang selalu berhati-hati
Jika kelak kita akan bertemu
saling bertamu
kita saling bercerita tentang pelarian kita dari tanah penderitaan
jangan terbahak ketawakan kewajiban yang tak pernah engkau habiskan
sebab dengan begitu engkau menggelakkan kebohonganmu tentang kebebasan
juga jangan sekali-kali engkau teresak menangisi apa yang belum engkau lunaskan
sebab dengan begitu engkau kencundangkan dirimu dengan alasan hutang janji yang tak pernah engkau tepati,
Bukankah begitu, Sahabat?
PS:
Sesekali aku meminjam matamu
untuk mengenalimu dalam pecahan-pecahan ngilu
Keletihan..
Aku ingin menongkah kegelapan malam ini…Aku inginkan sangat-sangat, tapi aku tak berdaya. Aku ingin berlari, berlari sekuat-kuatnya.. Meredah angin, agar dinginnya meresap ke setiap relung jiwaku, ke setiap rongga ditubuhku, agar dinginya menyegarkan jiwaku yg keletihan.
Aku ingin menjerit…Menjerit sekuat hatiku, agar semua bebanan ini boleh hilang, Agar aku boleh menjalani kehidupan harian ku seperti biasa. Aku rindu pada satu jiwa yang boleh menemaniku. Satu jiwa yang boleh memahami diriku. Satu jiwa yg boleh mengiringiku untuk menjalani hari- hariku. Ataupun sekadar satu jiwa yang boleh mendengarkan jeritan hatiku.. Yang semakin lama semakin membuatku hilang arah.
Tapi sekarang aku hanya sendiri, meratapi semuanya sendiri. Melaluinya juga sendiri, mencari jalan sendiri. Tapi aku ikhlas melalui itu semua. Aku rindu jiwaku yg dulu…Jiwa yg tenang, bebas, dan penuh sukacita, damai… Perasaan yang sudah lama meninggalkanku, atau aku yg meninggalkannya ???
Entahlah !!!
Kepekatan Malam
Dalam pekat malam ku sendiri..
Mencuba mencari jawapan,
Kemana lagi akan ku arahkan langkahku seterusnya..
Kemana lagi akan kubawa mimpiku yg seterusnya..
Dalam pekat malam ku sendiri…
Mencuba menyatukan lagi semangat yang telah menguap ditelan pekat..
Kemana lagi akan ku cari dia…
Sudah cukupkah semua babak lakonan ini ??
Watak yang aku sendiri ciptakan?
Melepaskan jiwa-jiwa yg rindu akan kesunyian malam, dan dakapan erat sang kabus dingin..
p.s: maaf kalau entry kali ini membingungkan anda.. kerana aku sendiri tak pasti apa yang aku tulis..PUISI BISU DI PAGI SABTU
Harapan…
Impian…
Angan….
Harapan, tak pernah mati…
Bolehkah?
Impian, kau saja yang pergi…
Mampukah?
Angan, Syurgaku diatas pelangi…
Layakkah?
Ha? hu’? nyanyian bisu, ilham bisu,puisi bisu…
Perlunya Seorang Sahabat
Sejak akhir-akhir ini, entah mengapa aku sering membuat entry mengenai seorang Sahabat, Kawan mahupun dalam erti kata lain Teman.. Aku akui Entry aku kali ini banyak dipengaruhi oleh rakan-rakanku di Facebook. Terutama sekali kawan yang baru aku kenali Fizz Fzi. Walaupun aku baru je mengenali Kawan ini. Tapi aku seolah-olah dapat memahami permasalahan yang dia hadapi didalam berSahabat.
Ok, untuk entry aku kali ini, aku ingin menerangkan erti Sahabat dari sudut kaca mata ataupun sudut padangan aku.
Mempunyai seorang sahabat sejati sangatlah berharga dibandingkan dengan seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Kadang kala apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan meluatkan, tetapi itulah yang membuat perhubungan persahabatan mempunyai nilai yang sangat indah. Persahabatan sering memberikan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya… Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapimemerlukan proses yang panjang seperti Tukul Besi menajamkan bilah besi menjadi sebilah keris, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.. Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur – disakiti, diperhatikan – dikecewakan, didengar – diabaikan, dibantu – ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.. Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, Oleh yang demikian kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa jua keadaan. Sahabat tidak pernah memberi pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah. Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi berusaha memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya. Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik. Semua orang pasti memerlukankan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya. Ingatlah bila terakhir kali anda berada dalam kesusahan. Siapa yang berada di sisi anda ??? Siapa yang mengasihi anda saat anda tidak merasa dicintai ?? Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak dapat memberikan apa-apa ??
Renungkanlah sahabatku …
semoga engkau benar-benar menjadi sahabat sejatiku …..
Sahabat Kau Teristimewa
Sahabat aku ingin kau selalu di sini
Menemani hari sepiku
Membahagiakan diriku dikala sedih
Bagiku semuanya sangat bererti
Sahabat dengarlah aku
Andai esok aku bersalah, maafkanlah aku
Andai esok aku jatuh sakit, doakanlah aku
Andai esok aku telah tiada, kenangilah aku
Kerana aku tak tahu bila masa tuhan memanggilku
Sebelum itu terjadi aku ingin kamu tahu
Betapa bahagianya aku dapat mengenalimu
Tapi entah bagaimanakah diriku bila tanpa dirimu
Yang aku gelar SAHABAT
Puisi Untuk Mu Kawan
Kawan
Aku sayang kamu semua
Aku rindukan kamu
Aku cintakan kamu
Kawan
Kamu terlalu baik kepadaku
Kamu terima aku seadanya
Kamu buatku bahagia
Kawan
Ingatkah waktu itu?
Ketika kamu membuatku tertawa
Saat kamu buatku tersenyum
Ketika kamu buatku keletihan
Saat kamu buatku sedih
Ketika kamu buat aku menangis
Saat kamun buatku terdiam
Tahukah kawan?
Itulah waktu terindah dalam hidupku
Aku yang selalu mengecewakan kamu
Aku yang selalu sakiti kamu
Aku yang selalu menyusahkan kamu
Aku yang selalu tidak mengerti pada kamu
Aku yang selalu membuat acuh tak acuh pada kamu
Aku minta maaf
Kawan
Maafkan aku kerana tidak mampu membalas
Namun izinkanlah aku
Untuk ingat kamu sepanjang usiaku
Untuk simpan kamu dalam hidupku
Aku sayang kamu Kawan..
(to all ma FB's friends yang setia)
Disampingmu...
Aku takut
Bila dunia menyentuhi aku
Aku serik
Bila dunia mengecewakan aku
Aku derita
Tak mampu untuk ku mempercayai lagi
Keinginanku telah pergi
Jiwaku teramat letih
Ku tutup pintu hati
Semua berbeza
Ketika kau hadir
Tunjukkan keindahan dunia
Runtuhkan tembok batu dalam hati
Mengubahku jadi yang terbaik
Bersamamu
Aku jatuh cinta
Bersamamu
Aku bahagia
Bersamamu
Aku jadi yang terbaik
Walau seketika cuma
Kau mengajarku betapa indahnya pedih
Ketika aku tahu
Cintamu bukanlah untukku
Aku terjatuh jatuh
Bukan salahmu
Bodohku kerana inginkan lebih perhatian darimu
Biarlah aku pergi
jagalah dirimu...
____Aku Sendiri___
Aku ALONE
Tersiksa dalam sepi
Berbalut derita tak bertepi
Mencari suatu yang bererti
tidak jumpa dengan apa yang di cari
Hidup dijajahi
Tinggalkan yang di cintai
Pertahankan jati diri
Harga di bawa mati
Aku di sini
Menunggu masa yang tak pasti
Jenuh menghantui
Luka tak terubati
Noktah
Noktah
Aku cinta kamu
Noktah
Aku rindu kamu
Noktah
Kau bintang di hidupku
Noktah
Kau segalanya untukku
Noktah
Kaulah yang terhebat
Noktah
Kaulah nafasku
Noktah
Kau hujan jantungku
Noktah
Kau pahlawanku
Noktah
Tak biasa ku tanpamu
Noktah
Tak ingin ku jauh darimu
Noktah
Takkan ku sakiti kamu
Noktah
Noktah
Full Stop!!
CiSakTI...(Cinta Sakti Hati)
Cinta bukanlah dari paras rupa
Kerana paras mampu memberi kata dusta
Paras rupa hanyalah sekadar TOPENG
Yang bila di sentuh akan berubah
Rapuh,kedut oleh waktu
Cinta Sejati lahir dari hati
Sebab hati adalah Sakti
Bila di sentuh, kita akan terpukau
Sakti itulah yang akan mengajarmu
Melabuhkan cintamu di hatinya
Ditempatkan jauh didalam dasar hati
Tunggulah dan rasakanlah
Sakti akan bekerja untukmu
Cintamu akan abadi selamanya
Dan kau tak perlu membayarnya
Kau hanya memrlukan pengorbanan
Pengorbanan itulah yang akan melayakkan
Good Bye Sahabat..
Aku pengecut dan
Aku memanglah pengecut
Kerana inilah aku
Aku adalah seorang yang kecundang
Tak mampu untuk hadapi kenyataan
tapi izinkan aku untuk mencuba
Hanya ucapkan maaf
Atas segala sifat sombongku
Untuk semua egoku
Salah dan khilafku
Hasad dan iri hatiku
Bohong dan bodohku
Hanya untuk ucapan terima kasih
Atas segala kebaikan
Atas segala perhatian
Untuk segala masa kita bersama
Untuk segala suka dan duka
Dan segala kisah
Darimu padaku
Waktu takkan berhenti
Inilah waktu yang tepat
hanya untuk kata
Aku minta maaf dan terima kasih
Selamat tinggal Sahabat
..::Biarlah.::..
Aku pergi seperti debu
Aku lupakan semua yang ada di dalam hidupku
Aku hilang dengan meninggalkan teka-teki
Aku tutup kisahku sampai di sini
Aku dan kebenaranku tidak tersentuh
Aku menahan perih walau tak ada daya
Aku terkulai meratapi takdirku
Aku rasa sakit hingga akhir waktu
Aku menangis hingga air mata tak mengalir
Aku ketawa untuk tawakan hidupku
..Kau...
Maafkan aku
Yang terlambat memahami tingkahmu
Bencilah aku
Yang tak mengerti kehendakmu
Lupakan aku
Yang tak peduli padamu
Aku ragu
Benarkah kau cintai aku?
Kau beriku harapan
Janji esok lebih baik
Tapi
Mana mulutmu?
Cukup aku melihat kau membisu
Aku pergi
Hati telah terkunci
Buang aku dari fikirmu
Hapus aku dari hatimu
Sehingga cinta tak lagi berbekas
....Aku Tak akan Dan Aku Akan,,,,
Aku tak akan menangis
Bila badai menghentam diriku
Aku tak akan bersedih
Bila bahagia pergi meninggalkan diriku
Aku tak akan berduka
Bila dunia mencampakkan diriku
Aku tak akan mengeluh
Bila pisau menghunus ke dalam jantungku
Aku tak akan peduli
Bila orang memperkotak katikkan diriku
Tapi...
Aku akan selalu tersenyum
Walau hati berbalut pedih
Aku akan selalu tertawa
Sekiranya ia mampu menceriakan dunia
Aku akan selalu berjuang
Walaupun jasad tak lagi bernyawa
....Aku Mohon....
Jangan pergi
Temani aku
Di sini aku takut
Aku mohon
Aku sungguh kedinginan
Hariku sia-sia dan hampa
Diri ku rasa tersiksa
Membayangkan dirimu bahagia
Tak peduli akan diriku
Membuat aku lebih merana
Tolong
Jemputlah aku
Bawalah aku pergi
Izinkan aku bersarang di hatimu
Akan ku jaga dirimu
Aku berjanji
Aku rindu senyuman mu
Senyuman mu semarakkan hariku
Nafasmu sempurnakan hariku
Aku mohon
Raihlah jemariku
Dan bawa aku pergi
Aku Tidak Menyesal...
Aku tidak menyesal
Semuanya pergi dariku
Tinggal aku tak berdaya
Kerana salahku
Jatuh dalam gelap
Lemah untuk berdiri
Hanya luka di hati
Aku telah mati
seperti hidup layaknya tiada
hanyut dalam waktu
Memberontak tapi tak merasa
Jiwa terkurung
Dalam patung tak bermakna
Dunia khayal hanya mengejar
Mimpi datang untuk menyusahkan
Siapakah aku?
Bukanlah suatu yang berharga
Rupa debu di bumi
Seperti lumpur
Menyesal pun tak bererti
Bila...?
Mataku tak mampu ku pejam
Hati sukarkan untuk ku bernafas
Semua kerana dia
Tak mampu ku selindungkan
Jujur aku masih miliki rasa
Cinta tak mampu ku padam
Sungguh aku benci dia
Pesonanya hentam jiwaku
Cinta luka, nama dia terguris di hati
Ku tunggu sang waktu
mengharap memadam dia dari dalam ingatanku
Aku hitung hari
Aku semakin bosan
Waktu permainkan perasaanku
Aku lelah cintai dia
Hati tak sanggup lagi
Sampai bilakah aku mampu bertahan?
Aku Bukanlah Insan Teristimewa
Tidak perlu aku tangis darah baru kau kembali
Tidak perlu aku sakit parah baru kau mengerti
Adakkah cukup dengan semua itu buat kau rasa bersalah
Tidak perlu perlu aku muntah darah baru kau fahami
Tidak Perlu ada kematian baru kau mahu menoleh
Tidakkah itu perkara yang lemah
Ya...!!!
Aku memang lemah,
Namun aku tak mahu dilihat lemah
Aku memang menangis
Namun aku tak mahu kau ikut menangis
Aku memang mampu berdiri sendiri
Namun rasanya tak lengkap hati ini tanpamu
Tidak ada yang salah
Dan tidak ada yang perlu disalahkan
Aku tak ingin menyalahkan salah satu diantara kita
Walaupun sebenarnya, semua ini memang salah kita
Namun apakan daya kita?
Jika sebenarnya, aku bukanlah insan teristimewa…
Ma' Keyboard....
Bukan sekali aku merasakan begitu bosan… Dan seperti biasa aku coretkan semua rasa pada Diari MAYA ku... Dan aku tak pernah merasakan keyboard yang begitu hidup.. Yang membuat tanganku bergerak menguntai benang2 kusut yang melilit menjerat nadi hingga ku tak berdaya akannya..
Dan kaulah keyboardku, membuatku berkata jujur dalam luahan kenaifan, hidup tatkala sakit mengintai, membuatku tersandar dan tersedar.. Kaulah keyboard terindah yang pernah ku miliki.. Yang menggoreskan tinta abjad di kertas MAYA.. Dan menyedarkan aku bahawa sakit tak akan pernah tertulis hingga kau tahu bahagia menunggumu..
Aku Disini...
Bingkiskan hati seuntai mimpi Yang tersemat pada dedaunan layu tak berbunga Aku tak mengerti irama hati Yang dinyanyikan para pencinta di tengah sepi
Hanya terduduk, hanya berharap Dalam kelam malam yang semakin membisu Katupkan bibir ungkapkan rasa Disini tertumpah semuabaitnya berebut tempat di dinginnya hati Bersamanya ku menanti Suatu masa yang tak akan disakiti Dan disana ku ingin berdiri