Sejak akhir-akhir ini, entah mengapa aku sering membuat entry mengenai seorang Sahabat, Kawan mahupun dalam erti kata lain Teman.. Aku akui Entry aku kali ini banyak dipengaruhi oleh rakan-rakanku di Facebook. Terutama sekali kawan yang baru aku kenali Fizz Fzi. Walaupun aku baru je mengenali Kawan ini. Tapi aku seolah-olah dapat memahami permasalahan yang dia hadapi didalam berSahabat.
Ok, untuk entry aku kali ini, aku ingin menerangkan erti Sahabat dari sudut kaca mata ataupun sudut padangan aku.
Mempunyai seorang sahabat sejati sangatlah berharga dibandingkan dengan seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Kadang kala apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan meluatkan, tetapi itulah yang membuat perhubungan persahabatan mempunyai nilai yang sangat indah. Persahabatan sering memberikan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya… Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapimemerlukan proses yang panjang seperti Tukul Besi menajamkan bilah besi menjadi sebilah keris, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.. Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur – disakiti, diperhatikan – dikecewakan, didengar – diabaikan, dibantu – ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.. Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, Oleh yang demikian kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa jua keadaan. Sahabat tidak pernah memberi pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah. Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi berusaha memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya. Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik. Semua orang pasti memerlukankan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya. Ingatlah bila terakhir kali anda berada dalam kesusahan. Siapa yang berada di sisi anda ??? Siapa yang mengasihi anda saat anda tidak merasa dicintai ?? Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak dapat memberikan apa-apa ??
Renungkanlah sahabatku …
semoga engkau benar-benar menjadi sahabat sejatiku …..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan