Hurmm... mesti korang naik muak kan.. blog papa ni asyik tukar header tukar url je kan.. huhuh apa nak wat. Pasa bagi papa, selagi blog papa ni tak jad seSIMPLE yang boleh selagi tu la papa akan tukar.. jangan marah ye.... o ye... kalau tak suke dgn wajah baru blog papa ni.. Tak pe IGNOREkan je la ye.. huhu papa tak marah pun... malah sukeee lagi ada lah.. hahaha... contoh?
ok apa pun sempena meraikan wajah blog papa yang baru ni. kai sini dikesempatan ini papa ingin mengucapkan congrats tu ma lovely sista yang juga dah mula pandai berblogging. nak tgok blog dia klik disini. Apa pun kepada Nciea, jangan hangat-hangat tahi MANUK ye.. huhu.. kalau boleh updatelah hari-hari, jadi papa dapat gak tahu perkembangan di sana.. huhuh
OK. dah cukup entry mengenai TUKAR LAGI.. Now papa nk sembang pasal aktiviti harian papa pada hari ini.. seperti yang korang sedia maklum papa masih lagi demam. Tak kebah-kebah lagi demam papa ni.. so, dipendekkan cerita untuk meredakan demam ni, papa buat la aktiviti mengemas rumah, dari ruang tamu, ke ruang makan, bilik tidur utama, bilik tamu, stor dan dapur. semuanya papa sapu bersih.. hahaha.. dengan harapan peluh demam kat dalam di badan papa ni keluarlah.. well, nampak macam tak sia-sia... baju yang papa paki habis basah lenjun termasuklah seluar dan seluar kecik papa.. wopss....... ada aku kesah..!!!!
so pas sesi kemas mengemas ni.. papa ingatkan nk turun le ke NITE MARKET. sekali tengok cuaca tak mengizinkan la plak.. HUJAN turun dengan lebatnya.... adeh....... nampak gayanya terpaksa la malam ni masak MAGGIE je.. ye la.. nk turun g pasar malam beli barang2 basah tak dan la plak.. sat lagi papa plak yang basah.. tak pasal-pasal demam berlarutan lagi.. sapa nak tanggung? papa jugak kan? dah la hidup berseorangan kat dalam teratak ni... sakit pening sendiri yang tanggung....
tapi kan bile papa fikirkan balik... sampai bila lah papa ni nak hidup menDUDA je kan.. lagi pun rasanya dah bertahun-tahun dah papa ni hidup single.. bukan tak nk cari penganti, bukan tak nk cari isteri baru.. cuma hati tu tak terdetik lagi tuk masuk semula ke alam rumah tangga..huhuh.. jadi kat sini papa nk bagi tahu kat korang semua.... jangan lagi tanya pada papa kenapa tak kawin2 lagi ye... huhuh... kang tak pasal-pasal ada yang kena sarapan hamun dari papa... ok?
dah lah.. papa tak nak la mengarut mencarut melalut yang bebukan kat dalam blog papa ni.. apa pun... kita ENJOY!!!!!
Peluk & Cium
Tiada ulasan:
Catat Ulasan