Halaman

Yang Terbaik..

Yang Terbaik... Semua orang nak yang terbaik dalam kehidupan harian mereka. tak kisah la dari aspek pekerjaan, rumahtangga, kehidupan harian, kewangan, pergaulan semua nak yang sempurna kan?... macam tu la gak dengan Papa.. kalau boleh papa nak segalanya sempurna segalanya terbaik. Tapi kita ni hanyalah insan biasa yang punya hati dan perasaan. yang tetap akan melakukan kesilapan secara sengaja mahu pun tak sengaja... tapi apa yang Papa pelik plak kat sini hari ni dari sudut kerjaya papa.. terus terang papa dah buat yang terbaik untuk memberikan kepuasan yang maksima kepada semua orang. semua orang maksud papa ialah pelanggan dalaman dan pelanggan luaran.. Tapi bile papa buat baik seringkali disalah tafsirkan. ada sahaja yang tak kena.. itu tak kena ini tak kena! entahlah...!!!

Kadangkala perasaan putus asa tu WUJUD dalam diri Papa. yelah.. mana tak nye kita dah buat yang sehabis baik kot.. tapi langsung tak dipandang... Bukan niat papa untuk mengharapkan menghargaan atau pujian pada setiap kerja yang papa lakukan tapi cukuplah dengan memberi sedikit senyuman atapun ucapan terimakasih diatas hasil kerja yang kita lakukan... betul tak? ini tidak... buat benda betul KENA sebijik buat benda tak betul kena berbijik-bijik. kuikuikui dunia dunia.. manusia manusia... mana letaknya akal yang waras..? mana letaknya hati dan perasaan yang sempurna? apakah dah takder nilai-nilai murni tu didalam diri manusia sekarang?

Papa akui, papa masih baru dalam dunia kerjaya ini. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. masih banyak lagi yang perlu dipelajari... "HELLO" FYI jika dibandingkan dengan pengalaman kerja papa dengan orang itu.. papa lagi banyak pengalaman ok.. bukan nk membanggakan diri tapi itu kenyataan... terus terang papa katakan.. takat lepasan DEGREE kat U dah nka berlagak tak guna kalau OTAK kosong takder pengalaman... betul tak? baik lagi papa ni yang tak study tinggi-tinggi, tak amik diploma tak amik degree bagai tapi masih lagi boleh buat kerja... dan sekurang-kurangnya papa kerja dari bawah.. pengalaman kerja dari bawah tu lah yang banyak mengajar papa erti menghormati erti menyanjungi orang lain... tak susah lah nak ucapkan terima kasih... bukan papa minta KAU bagi aku duit pun sebagai upah.. sebab papa ada gaji papa sendiri... dan rasanya KAU pun sama gak!!! berfikirlah secara profesional... apa guna amik degree kalau otak macam otak udang...!!!!

just papa nk maklumkan la... bagi papa darjat kasta pangkat dan sebagainya yang menunjukkan perbezaan taraf ni takder makna bagi papa. Nak tahu kenapa? sebab bagi papa kita semua sama... punya hati punya akal dan esok lusa bila semua dah tutup mata semua ditaraf yang sama cuma yang membezakan kedudukan kita melalui iman dan akidah kita je.. sejauh mana kita memberikan sedekah kat dunia ni.. sejauh mana kita mengingati diri Maha Pencipta dan sejauh mana kita membuat amalan dan pahala kat dunia ni.. itu yang akan membezakan kita kat dunia akhirat nanti. so tak perlu la nak BERLAGAK ok...!!!!! Papa hormat kau sebagai orang berpelajaran, berpendidikan tinggi.. tapi jangan sampai papa anggap kau orang yang berpendidikan tinggi tapi takder guna LOSER!!!!! ingat ok.. selagi papa boleh respect, boleh bertegur sapa, boleh berikan senyuman pada kau, papa akan buat semuanya. tapi jangan sampai semua rasa tu hilang dalam diri papa dah le...

LETIHLAH!!! LETIH DENGAN ORANG YANG PANDANG PADA PANGKAT NI!!!!!

Tiada ulasan: