Halaman

Its all about me...

Ketika saat sunyi di dinding malam
Ku lakarkan segala persoalan
Tentang resah di bibir tirai subuh
yang terjejak di setiap pijakkan kaki..

Pada tahkta yang ku semat di kaki bumi
tentang aku dan waktu yang berjalan
yang tersengat kata tentang wakti
dan aku tahu aku salah..

pudarlah malamku
ketika jejak ini mula goyah
pada setiap kata yang tergubah
menjadi syair di hening malam

dan bila ini adalah akhir kalam
biarkan waktu yang menjawab segala mimpi
menata diri dalam cebisan warna
ketika diri tersedar tentang masa

Bengang
pada rasa yang tersembam
kala sedar itu bangkit
hidup bukan hanya sekadar kata semata-mata

dan ketika subuh kian menjelang
tangkup jari jemari diertikan bermakna
pada resah dibibir malam
pada jiwa di dinding sang malam

Biarkan lah bertahkta  begitu saja..
pada hitungan dengan sejuta makna
tentang aku dan langkah
yang tersalah di batasan waktu..

pun pada setiap detik yang berlalu
makna menjadi erti dihampasannya
ketika anging menghembus sayu egoku
tentang waktu dan keresahanku..

Dan malam
dimaksudkan belukar gelap
berkolaborasi dalam bingkai terindah
pada hidup yang tersenyum dalam cetusan warna

PAPA MARAH!!


Salam 7.50 malam.. 
Dah lama rasanya papa tak berpuisi.. ok kali ni papa nk cuba plak berpuisi.. memandangkan perasaan papa saat ni sungguh bengang.. so better papa luahkan dengan puisi.. sbb klu papa luahkan dengan penzahiran ayat atau penceritaan. tak pasal-pasal ada yang terasa.... so... kali ni biar papa marah dengan berbahasa puisi...

Marah…
Ya, papa marah!
Dan marah papa bukan tanpa alasan
Dan marah papa bukan tanpa sebab
Marah terasa diabaikan
Marah terasa tidak dipedulikan
Marah terasa tidak diperhatikan
Dianggap tidak ada
Dianggap tidak bererti
Dianggap tidak berguna
Marah…
Ya, papa marah!
Ketika kesabaran sudah melebihi batas
Ketika ketengangan sudah merasa terusik
Dalam marah, keluar kata-kata yang buruk
Dalam marah, keluar kata-kata tak patut
Kata-kata dari hati terkesan menyakiti
Namun mengandungi ketulusan dan kejujuran
Papa marah kerana cinta,
Papa marah kerana  sayang,
Papa marah kerana ambil berat,
Papa marah kerana  bimbang,
Marah…
Ya, Papa marah!
Supaya kamu mengerti bahawa papa juga mempunyai perasaan,
Supaya kamu  tau bahawa papa juga mempunyai keinginan
Marah, kerana kamu tetap tidak dapat membaca isi hati papa.
Berdebat sihat, untuk mencari penyelesaian dari segala permasalahan.

SUGAR DADDY PAPA ...LOVE HIM SO MUCH

Salam 1.08 Petang

Gempak tak dgn tajuk N3 papa kali ni.. haha.. nape tak percaya ke? haa kau ade? kau takder kan.. ahaks..
by the way.. papa nak cerita pasal Sugar Daddy papa ni... Dia sebenarnya telah membesarkan papa sedari kecil lagi... dialah Ayah papa.. uhuks...

kalau nak diceritakan mengenai ayah papa ni.. rasanya tak cukup dengan satu N3 je.. tapi tak pe papa cuba ringkaskan untuk tatapan semua. Bagi papa ayah papa seorang yang tegas, berwibawa dan berani.. itu la yang mampu papa gambarkan mengenai dirinya.. Secara  jujurnya papa bersyukur sangat-sangat kerana mempunyai seorang ayah seperti dia... Papa masih ingat lagi waktu kecik-kecik dahulu. kalau papa dengan adik beradik yang lain ada buat salah pasti akan kena belasah dengan ayah papa.. tak kira la masa tu masih kecik ke dah besar ke. ayah tak pernah nak pilih kasih dalam memberikan kasih sayangnya... Dulu papa hanya la seorang driver lori balak.. masuk keluar kem untuk memandu lori balak... betapa besar risiko yang terpaksa dia tanggung semata-mata untuk mencari rezeki untuk kami adik beradik... tapi dia langsung tidak pernah mengeluh... kerana dia tahu itu adalah tanggung jawabnya sebagai seorang ayah.... dan syukur alhamdulillah.. berkat kesabaranya,  sekarang dia berkerja dengan kerajaan. jadi tak perlulah sudah dia berhadapan dengan risiko yang besar untuk mencari rezeki..

ada satu peristiwa ni yang papa langsung tidak boleh lupakan.. kalau ikutkan memang salah papa pun.. sebab masa tu, papa nakal sangat-sangat.. ceritanya macam ni.. masa tu papa masih lagi bersekolah (mengengah) dimana untuk pergi kesekolah ayah papa telah menyewakan sebuah van sekolah untuk papa dan kami yg lain.. so setiap bulan ayah papa akan berikan duit sewa van kepada papa untuk diserahkan pada pemandu van tersebut. TETAPI disebabkan kenakalan papa.. papa tak serahkan duit sewa tersebut. sehinggalah 3 bulan berlalu.. masa tu pemandu van tersebut jumpa ayah papa yang sewa van sudah tergangguh selama 3 bulan... papa pada masa tu toksa citer la.. perasaan papa masa tu mmg gemuruh sgt2. kompom pas ni akan kena sebijik dengan ayah papa... ahaks... dan masa yang ditunggu2 telah pun tiba. selepas je pemandu van tu balik.. ayah terus panggil papa... tak banyak tanya ayah papa terus bagi pelempang kat papa.. pergh... berdesing kepala papa masa tu.. huhu.. menangis..? kompom menangis la.. haha.. pas tu tak cukup kena penampar... papa di sepak lagi oleh ayah papa.. haha ganas tak ganas ayah papa masa tu.. pas kena belasah cukup2 baru la ayah papa tanya kemana duit sewa van tu papa gunakan.. dengan selamber je papa jawab.. duit tu papa gunakan tuk beli komik.. dann.. pangg!!! sekali lagi pelempang gaban diberikan KHAS buat papa.. huhuh... tapi pas insiden tu.. ayah papa pandai memujuk papa... kalau papa tak silap la.. pas kena belasah tu malam tu ayah papa bawak papa dgn adik beradik yang lain g jenjalan kat bandar tawau. dan belanja kami makan malam.. huhuh.. bila ingat semua tu kelakar pun ada.. tapi sebagai seorang anak. papa tak pernah nak simpan didalam hati pasal dah terang memang salah papa pun...

satu lagi perkara yang papa rasa cukup berbangga mempunyai ayah seperti dia ialah.. Ayah papa langsung tak pernah mengabaikan papa sbg anaknya. walaupun sampai sekarang ni.. papa dah kerja, dia masih membantu papa.. maksud papa.. time papa NAZAK POKET PUASA dia la yang selalu menghulurkan bantuan.. huhuh (malu seketika)  papa rasa... papa adalah orang yang paling beruntung di dunia ni kerana mempunyai seorang ayah seperti dia.. love u so much pak...!!! 

papa nk cerita lagi pasal Sugar Daddy papa ni tapi biarlah cukup menjadi kenangan buat diri papa.. apapun.. disini papa nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada bapak sebab telah membesar kan papa hingga kini... papa akui, jasa yang telah bapak berikan pada papa memang tak akan terbalas... tapi Insya Allah. andai ada rezeki yang menyebelahi papa, papa akan cuba membalasnya... apa pun buat bapak.. jangan sesekali merasa jemu dan bosan dengan melayan karenah anak mu ini.... dan minta maaf sebab banyak menyusahkan bapak selama papa hidup dimuka bumi ni.... I LOVE YOU SO MUCH MY SUGAR DADDY... (NORDIN HJ NUSU)




SALAM PELUK CIUM DARI ANAKMU
`KECIK`

DICINTAI atau MENCINTAI?




Salam 10.54 malam..

HUrmm... Papa nak minta maaf sebab dah beberapa hari papa stop membuat N3 kat blog papa ni.. Akcely, disebabkan papa kurang sihat lately menyebabkan akal fikiran papa tak boleh menzahirkan sebarang N3 untuk semua...

Ok.. malam ni papa nak story mory pasal pertanyaan yang selalu membuat kita ragu untuk menjalinkan sesuatu hubungan.. walaupun mood papa masih dalam keadaan yang tak mengizinkan.. tapi papa cuba untuk mengertikan semua perkara tentang " MENCINTAI ataupun DICINTAI"

Sebelum papa cuma menjelaskan semuanya, papa rasa ada baiknya kita bertanya pada diri kita sendiri. untuk apa sebenarnya kita  menjalinkan sesuatu hubungan... adakah untuk mengecapi kebahagiaan? atau untuk mengundang penderitaan ? ataupun sekadar suka-suka?

Kadangkala saat kita kecundang dalam satu hubungan kita akan merasa sangat kecewa.. kekecewaan yang sangat memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita. dan kadangkala juga ada yang berfikir dan berniat untuk mengakhiri kehidupannya hanya disebabkan kegagalan tersebut. So, mari kita berfikir dan buka fikirkan kita.. apa kah penyebab semua itu terjadi? (persoalan ini jawapannya ada pada diri memasing.. bila kita membuka fikiran untuk menjawab persoalan itu... Insya Allah pasti akan ada jawapannya..)



Ada yang mengatakan sekadar untuk SUKA SUKA. bermakna menjalinkan hubungan dengan lebih dari 1 orang pasangan. dimana mereka tidak pernah puas dengan sesorang yang berada disisinya.. ok disini papa akan cuba untuk membuka fikiran korang semua agar lebih menghargai sesuatu perhubungan  tanpa perlu menyakiti pasangan korang dan menjadikan korang lebih bersifat matang dalam menghargai pasangan masing masing. soalan papa untuk korang semua..." Pernahkah korang menduakan pasangan korang? untuk apa? kenapa? dan mengapa korang buat macam tu..? dan apa kesudahannya? papa akui mungkin korang merasa selesa bila dikelilingi wanita ataupun lelaki. cuba korang fikirkan.. disebabkan tindakkan korang macam tu.. akan membuatkan pasangan korang lebih kecewa. cuba kita renungkan lagi.. walau banyak mana sekali pun kita jalinkan hubungan dengan orang lain. tapi pada penghujungnya kita pasti akan kembali lagi kepada pasangan yang setia pada diri kita. kenapa? kerana kita semua ni BODOH, kenapa BODOH? kerana kita tidak boleh melihat siapa yang mencintai diri kita dan memahami diri kita sebenar2nya...

MENCINTAI dan DICINTAI... tentu semua orang tahu jawapannya, SEANDAINYA kita berfikir dengan matang dan ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius untuk menggapai sinar bahagia. Bila sesuatu hubungan itu dijalinkan tanpa dilandaskan dengan cinta  pasti akan menyiksa hati dan naluri kita. contohnya... bila kita dijodohkan dengan sesorang yang tidak kita kenali dan tidak kita sayangi mahupun cintai kita terpaksa hidup bersama dengannya dan kita terpaksa redha dengan seuatu yang kita tidak rehdai...


OK ok ok dah dah dah biar papa teruskan dengan tajuk N3 papa pada kali ni ok..

DICINTAI? orang yang memegang teguh tentang pendapat ini bagi papa adalah orang yang sungguh EGO!! orang yang tidak mengerti ERTI kasih sayang yang sebenarnya.  orang dikalangan ini hanya ingin diperhatikan tetapi tidak pernah memerhatikan kita. Ingin di hargai  tetapi tidak pernah menghargai. betapa angkuhnya orang ni kan.. haha.. orang yang hanya memikirkan kesenangan diri sendiri sahaja langsung tanpa memikirkan pasangan hidupnya. bagi papa orang seperti ni memang tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka miliki, selalu je merasakan kekurangan dan langsung tidak pernag mensyukuri apa yang mereka miliki dan tidak  mustahil mereka ini akan menyakiti pasangan mereka dengan berlaku curang.

MENCINTAI? bagi papa gud la kalau ada orang yang berfikiran seperti ini.. 100x LIKES untuk korang. bila satu-satu hubungan dilandaskan dengan perasaan mencintai Insya Allah kita akan menemui sinar kebahagiaan yang kita cari.orang yang mempunyai prinsip seperti ini akan sentiasa ada disaat kita ada masalah di timpa musibah atapun disaat kita didalam kesusahan, mereka akan cuba untuk meringankan beban dengan kehadiran mereka disisi kita, seolah-olah beban yang kita pikul selama ini terasa ringan. SO!!! itu masa kita susah.. kala kita SENANG.. kita akan merasakan dunia ini sungguh indah rasa seperti kebahagiaan bersama orang yang kita sayangi.

Ok... cukup dengan penjelasan dari papa? huhuh maaf la kalau sepatah kata pun korang tak faham..  tapi kat sini papa nak bagi tahu... bila korang nak menjalinkan sesuatu hubungan... ada baiknya hubungan tu dilandaskan dengan perasaan mencintai dan bukan dicintai... saling menghargai bukan di hargai serta saling memahami ukan di fahami...

semoga N3 papa ini dapat memberikan maanfaat buat korang semua... papa hanyalah insan biasa... andai ada salah dan silap dalam N3 papa ni... papa minta maafg ok.....


N3 SAHABAT LAGI

 
*sekadar gambar hiasan
Salam 12.53 pagi..

Entah kenapa malam ni papa susah sgt nk tido... dah siap guling-guling lagi kat atas katil. but still tak leh tido...
so jalan terbaik melayan mata yang tak leh tido ni ialah berblogging.. huhu... akcely.. papa suka bila buat n3 mengenai sahabat.. rasanya banyak yang ingin papa bicarakan mengenai sahabat.. seperti n3-n3 papa yang lepas rasanya sudah terlalu banyak papa mengulas mengenai sahabat... Tapi malam ni, papa nak cuba huraikan dengan lebih jelas mengenai sahabat...

Ok... papa nak tanya korang.. Apa sebenarnya erti PERSAHABATAN bagi korang?

Persahabatan bagi papa tak selalu indah... kadang kala sungguh membengangkan, menyakitkan dan penuh dengan rasa ketidak puasan hati dan lain lain lagi lah...

Persahabatan tidak terjadi macam tu saja,Dimana untuk menjalinkan hubungan persahabatan kenalah melalui tahap tahap atau dalam bahasa omputehnya LEVEL yang cukup banyak.

Level itulah yang membuatkan persahabatan tidak boleh disia-siakan..

Sahabat yang arkab tidak akan pernah untuk cuba bermaksud untuk menyakitkan hati kita, tetapi itu hanya satu petunjuk demi kebaikan kita..

Sahabat yang rapat tidak akan cuba untuk menutupi kesalahan kita, tetapi mereka akan cuba untuk mengingatkan kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama..

Sahabat yang setia juga tidak akan meletakkan kesalahannya pada diri kita, tetapi mereka akan mengaku dan meminta maaf serta berusaha untuk tidak mengulanginya lagi..

Mungkin sebahagian daripada kita menganggap persahabatan itu indah dan ada juga diantara kita merasakan persahabatan itu amat menyakitkan dan susah untuk diterima dan dimaafkan... tapi atas dasar apa mereka berfikiran seperti itu?

Tetapi ingatlah…

Siapa yang berada disisi kita saat kita menghadapi masalah keluarga yang terasa berat untuk kita tanggung bersendirian….?
Siapa yang menemani diri kita saat teman kita selalu mementingkan dirinya sendiri..
Siapa yang berada disamping kita saat pasangan kita curang dan membuat kita merasa menyesal…
Siapa yang mengasihi kita disaat kita merasa sudah tidak memiliki siapa-siapa lagi…
Siapa yang masih tetap berada disamping kita saat kita sudah tidak memiliki apapun…
Siapa yang menjadi pendorong disaat kita merasa sudah tidak boleh lagi bertahan…

Sahabatlah yang berusaha untuk selalu ada untuk kita….

Jadi...Sahabat papa sekalian…
Jagalah dan peliharalah apa yang sudah kita ada selama ini…
Jagalah perasaan papa seadanya kerana papa juga sentiasa berusaha menjaga perasaanmu…
Maafkanlah diri papa kerana papa juga akan selalu memaafkanmu…

Sahabatmu…
Papa Q..

nOtAkAkI: kepada semua sahabat2 papa di BPR, SKP, SSM, INFLECTION, FB's dan dimana saja.. Papa minta maaf andai papa ada pernah menyinggung perasaan korang semua....

Lara...Hannah (Bahagian akhir)

"Nama penuh suami puan.."

"Assraf bin Halimi.."

"Alamat.."

"Kampung Bahagia, Teluk Intan..

"Puan ada bawa gambar suami puan yang boleh kami kenal pasti..?"

Hannah segera menyerahkan gambar Assraf kepada pegawai polis tersebut. sejenak kemudian pegawai polis wanita itu mengamati gambar yang diberikan oleh Hannah sebentar tadi. Tiba-tiba dia berdiri dan berjalan memasuki sebuah bilik.Beberapa ketika Hannah menunggu sambil menenangkan Razey, anak lelakinya yang berusia dua tahun itu yang asyik meragam dari tadi. Pegawai polis wanita itu tadi mempersilakan Hannah masuk untuk berjumpa dengan Chief Inspektornya.

"Silakan duduk..."

Hannah terpaku di depan pintu... Fozi....? Suaranya perlahan tetapi disebabkan ruang bilik itu sungguh hening Chief Inspektor itu dapat mendengar suara Hannah. Dia mengangkat wajahnya... Sejenak dia  terpana... Hannah..!! Dia segera berdiri dan mempersilakan Hannah duduk lalu dia menutup pintu.

"Jadi selama ini awak tak pernah menggugurkan kandungan itu..?Dan Razey ni anak saya, Hannah..?" Mata Fozi tajam memandang Razey.. Hannah tidak mampu untuk menjelaskan renungan Fozi.. Entahlah...

"... Bukan... Ini anakku.!!" dan sudah pasti Fozi tidak mempercayai kata-kata Hannah. Kerana saat dia melihat budak lelaki yang berusia 2 tahun didalam dakapan Hannah, dadan Fozi berdebar, seperti ada sesuatu ikatan batin yang tak mampu dia terjemahkan. Hannah pula masih belum boleh menenangkan perasaannya. Sebagai gadis kampung yang dungu dia tidak pernah menghadapi situasi seperti ini. Apatah lagi, saat ini hatinya masih berkata bahawa dia masih mencintai Fozi meskipun Fozi telah mencampakkannya 3 tahun yang lalu.

"Ehmm.. Assraf Halimi adalah salah seorang mangsa penculikan lanun di Semporna, Sabah seminggu yang lalu. Tetapi Assraf Halimi....., Suami awak kami temui mati terdampar di pantai berhampiran dan dia meninggal kerana ditembak dikepalanya dari jarak yang dekat.. dan jenazahnya dikuburkan di..."

Hannah hampir jatuh terduduk dan pada masa yang sama Fozi sempat menyambut Razey yang terlepas dari dakapannya. dan Hannah pun pengsan didalam dakapan Fozi. Dengan bantuan beberapa pegawai polis yang bertugas pada ketika itu, Hannah dibawa berehat di bilik rawatan balai polis tersebut. Ketika telinganya sayup mendengar sesorang sedang bergurau dan bermain dengan Razey dia segera bangun dan berjalan menuju ke ruangan menunggu.

"Oh.. Awak sudah sedar Hannah.." Hannah melihat Fozi sedang tersenyum sambil mendukung Razey... Ya Allah.. Mata mereka sama. Hannah terus meraih razey dan berniat untuk terus keluar dari balai polis itu. Tetapi seorang pegawai polis yang kebetulan berada disitu sempat menahannya.

" Puan.. Kami harap puan dapat tunggu sebentar untuk memberikan keterangan.." Fozi memberikan isyarat kepada pegawai bertugas untuk meninggalkan ruang tersebut.

"Hannah.. Saya minta maaf jika selama ini saya pernah menyakiti hatimu.. Tapi pada saat ini saya mohon kerjasama dari Hannah untuk memberikan keterangan mengenai suami Hannah.. Apa tujuan dia pergi ke sana.. untuk apa dan sebagainya." Fozi mengamati wajah sayu yang dulu pernah dekat dengannya. Sayang masa itu dia masih terlalu muda dan kerjayanya baru saja bermula.

"Baik..Tapi buat masa ini saya kena balik dulu. Kerana dah seharian saya bawa razey di balai ini. Kesian dia dah kepenatan. Esok.. InsyaAllah saya datang semula.." Fozi mendengar jawapan Hanna sedikit keras. Dia faham dan sangat mengerti, Hannah pasti sangat membenci dirinya saat ini.

"Humm.. Baiklah, Mari saya hantar awak balik..." Fozi mempelawa untuk menghantar Hannah tapi dengan penuh angkuh Hannah menolak.

"Terima kasih.. saya naik teksi saja.." Hannah segera beredar dari balai tersebut dan tanpa sepatah kata meninggalkan Fozi dengan  pelbagai fikiran yang berkecamuk dikepalanya.

—–

Walaupun hatinya hancur berkecai, Hannah tetap berusaha kuat. Di rumahnya, Dia mengambil upah menjahit untuk menyara kehidupannya dua beranak.

Sementara itu, keterangan Hannah beberapa hari lepas dapat membantu pihak polis menangkap lanun-lanun yang giat aktif di perairan Semporna.

Hingga ke saat ini, Hannah masih tidak percaya dengan kenyataan takdir yang Assraf sudah pun pergi meninggalkannya.. Dia sangat menghormati Assraf dengan sifat soleh, sabar dan bertanggungjawab terhadap dirinya selama mereka bersama. Tidak pernah sekalipun Assraf cuba untuk menyakiti hatinya malahan Assraf selalu cuba untuk membahagiakannya.Tapi ajal dan maut di tangan tuhan.. Assraf pergi meninggalkan dirinya untuk selamanya...

Manakala Fozi.. berpangkat chief Inspektor yang  disegani kerana mampu memberkas dan menyelesaikan masalah lanun di negeri Sabah. Namun ketika ini, dia amat menyesal dengan tingkahlakunya dahulu dimana dia merayu Hannah untuk menggugurkan kandungan..Dia tidak menyangka yang dia sungguh tidak berperikemanusiaan dulu.

—–

Enam bulan berlalu... Hannah kembali merenung lara diri... Sungai ditepi hutan kembali menjadi saksi hidupnya.. Burung burung dihutan itu kembali diperhatikannya ketika sedang mencari ikan dari sungai... Hidup ini memang harus diteruskan dan dihadapi dengan tabah... seperti burung itu tetap berkeliaran disekitar sungai... Hembusan angin senja meniup dedaun dai hutan yang menerpa kewajahnya...

Hannah tidak mau terlena dengan kejadian yang baru sahaja menimpanya.. Dia berjanji akan tetap menyayangi Razey sepenuh hati, sepertimana Assraf menyayangi anaknya walaupun bukan dari darah dagingnya...Dia akan bekerja untuk menyara kehidupan sehariannya. Kenangan bersama Assraf biarlah dia sematkan rapi didalam hatinya. kerana dia tahu rahman selalu mengajarnya erti cinta dan sayang.... dan Fozi..

"Hannah..." Fozi berjalan menghampirinya. Dengan perlahan lelaki itu duduk di sebelahnya.

"Dari mana awak tahu..." Fozi menutup mulut Hannah dengan jarinya..

"Sekali lagi saya pohon kemaafan pada Hannah..Sudikah awak menerima maaf dari ku, Hannah??"

Suara kepakan sayap burung-burung dihutan itu semakin menambahkan Lara di hati Hannah... Dia hanya mampu terdiam... Memandang mata Fozi yang merenunginya... Angin petang kembali berhembus lembut menyentuh kalbu dan membiarkan dua insan yang duduk diatas batu di tepi sungai itu saling memandang antara satu sama lain......………………….
 (TAMAT)

Lara...Hannah (Bahagian 2)

Proses perjalanan Ijab Kabul secara sederhana telah dilaksanakan dengan sempurna. Tak ada satu kecurigaan yang wujud diatas pernikahan tersebut. Hannah tampak anggun dengan kebaya putih milik ibunya dan Assraf juga tampak gagah dengan persalinan baju melayu satin berwarna putih. Sedari awal sehingga berakhir majlis, Hannah tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Malah dia semunyikan segalanya di sebalik senyuman manisnya, Sejak kali pertama berjumpa hingga saat ini dia memang tidak pernah berbicara walau sepatah kata pun dengan Assraf yang kini sudah sah menjadi suaminya.

Petang itu Hannah duduk di anjung rumahnya sambil makan mangga muda. Hari ini hari yang ketiga dia menjadi isteri Assraf yang sah. Hannah masih juga enggan membuka sebarang dialog dengan Assraf, hanya ayat-ayat pendek yang terpaksa dia lafazkan. Assraf pula kelihatan tidak mahu memaksa isterinya. Hinggakan sampai hari ini Assraf tetap tidur di ruang tamu. Kebetulan di depan tv ada tempat tidur yang memang selalu diguna oleh ayahnya tidur, dan sekarang Assraflah yang menggunakan tempat itu. pada sediap malam Hannah selalu mendengan suaminya itu mengaji.

"Han, esok saya akan ke kuala lumpur.. Ada undangan ceramah. Kalau saya ajak Han ikut sekali nak tak..?" Itullah ajakan pertama Assraf sejak menjadi suami Hannah.

Hannah memandang Assraf sekilas dan menggangukkan kepalanya. Biarlah dia ikut suaminya, pada masa yang sama dia dapat meghilangkan kebosanannya yang asyik berada di rumah sahaja.

Keesokkan harinya, dengan memandu sebuah kereta proton, mereka berangkat ke Kuala lumpur yang mengambil masa selama 3 jam dari kampung mereka. ceramah keagamaan yang disampaikan oleh suaminya itu cukup mengagumkan Hannah. Banyak ilmu dan panduan yang dia dapat sebagai bahan renungan. Setelah selesai Ceramah disampaikan, Assraf memperkenalkan Hannah kepada teman-teman Assraf masa pengajian dulu. Sebagai teman kepada Assraf, mereka seolah tidak percaya yang Assraf sudah pun berkahwin.. Ada dikalangan teman Assraf yang bergurau mengatakan dahulu Assraf mempunyai teman wanita yang ramai... Hannah hanya mampu tersenyum sejenak menghapuskan lara dihatinya. Dia akui bayang-bayang Fozi masih belum pudar dari sirna matanya. Antara cinta dan benci bercampur didalam hatinya.

Dalam perjalanan pulang, mereka berhenti di perhentian rehat dan rawat untuk singgah makan, tapi Hannah asyik merasa mual dan akhirnya muntah-muntah, dengan sabar Assraf membantu isterinya yang sedang hamil itu dengan memicit bahunya supaya pening dan mual boleh hilang.

--

Kehamilan Hannah sudah memasuki bulan yang ke sembilan, sejak dua bulan yang lalu Hannah tidak lagi pernah ikut Assraf menyampaikan ceramah yang diadakan sebulan sekali. Dia hanya duduk dirumah membuat persiapan sementara menunggu hari kelahiran anaknya. Assraf pula kelihatan sungguh bersemangat untuk menyambut kehadiran anak pertama mereka, kerana setiap kali Assraf pulang dari Kuala Lumpur ada saja barang yang dibelikannya untuk bakal anak yang lahir. Setiap kali selesai solat, dia selalu membacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran di depan perut isterinya yang membuncit dan selepas itu dia akan membelai halus dan memberikan ciumannya..

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Seorang bayi lelaki yang kecil dan comel menambahkan keahagiaan keluarga kecil itu. Assraf semakin giat berkerja, duit hasil upah ceramahnya dikumpul sedikit demi sedikit sehingga dia membina sebuah rumah yang selesa tak jauh dari rumah ayah dan ibu mereka.

Sejak kehadiran cucu mereka juga, ayah dan ibu mereka akan datang setiap hari menjenguk cucu mereka Razey.. kadangkala mereka membawa Razey pulang kerumah mereka dengan alasan untuk menghiburkan hati mereka.. ahh.. Razey memang memawa sinar kebahagiaan didalam keluarga mereka..

—–

Suatu hari, Assraf meminta izin Hannah untuk pergi ke Semporna, Sabah. Dia akan berada di sana selama seminggu atas urusan kerja. Sebelum dia berangkat dia sempat mengucup kening isterinya dan mencium anaknya.

Dan itulah kucupan yang terakhir bagi Hannah kerana sejak saat itu Assraf tidak pernah pulang. Entah apa yang telah terjadi kepada Assraf yang sehingga kini sudah 3 tahun menjadi suaminya. Hannah ada bertanyakan kepada teman-teman yang rapat dengan Assraf ketika zaman pengajian mereka dulu. Tetapi mereka hanya menjawab tidak tahu.

Ayah mertuanya juga tidak mengerti mengapa anak lelakinya pergi begitu saja meninggalkan keluarganya. Sambil berjalan hannah memikirkan nasibnya ketika ini... Adakah ini pengakhiran dari kebahagiaan yang dia bina bersama Assraf? Adakah Assraf sudah merancang untuk meninggalkan dirinya? Hannah mengakui yang dia telah pun menyemaikan benih cintanya kepada Assraf
Dia telah membuat keputusan yang dia akan berusaha untuk melupakan segala kisah silamnya dan menerima Assraf dengan sepenuh ikhlas dihatinya... Tapi belum sempat dia melafazkan semua itu kepada Assraf. Assraf pula pergi meninggalkan dirinya....

Sambung lagi...

Lara.....Hannah (Bahagian 1)

Desiran air mengalir di sungai di tepi hutan itu seakan menjadi saksi keresahan di hati hannah. Dia duduk dengan kaki dibengkokkan di atas batu besar dan meletakkan kepala di atas lututnya... matanya merenung jauh memandang ke awan biru yang berarak perlahan. Seekor burung Raja Udang yang sedari tadi diperhatikan berpusing-pusing di sekitar sungai, tiba-tiba meluncur tajam ke dalam sungai.... beberapa saaat kemudian burung itu muncul dengan seekor ikan yang cukup besar diparuhnya lalu terbang menghilang di balik pepohon.


Sudah hampir sejam gadis itu duduk di atas batu.. Mengenangkan nasibnya.. Dia masih runsing bagaimana caranya untuk dia

menyampaikan berita ini kepada kedua orang tuanya yang dia telah berbadan dua dan yang paling tak guna, ayah kepada anak di dalam kandungannya telah lari meninggalkan dirinya. Hanya dengan berbekalkan sejumlah wang ringgit lelaki itu memintanya untuk menggugurkan kandungannya. Hurmm... Hannah mengeluh lemah memikirkan nasibnya. Dia yang hanya berkerja sebagai kerani di salah sebuah firma guaman begitu takut untuk mengugurkan kandungannya yang bermakna dia akan membunuh anaknya sendiri.. Dan dia tahu itu adalah dosa besar.. Hhhhhh.... gadis itu menghembus nafas yang panjang... seolah ingin melepaskan beban yang amat berat menghimpit nya..

Setelah lama berada di tepian batu di sungai itu dia berjalan meninggalkan sungai. Kaki yang beralaskan selipar jepun itu terus melangkah menyusuri jalan denai menuju hamparan bendang di kampungnya.. Dia terus berjalan menyusuri permatang sawah dan berhenti di sebuah dangau kecil yang dibuat daripada bambu. Dia mengemas bekas-bekas makanan yang dibawanya untuk ayahnya tengah hari tadi. Hari sudah menginjak Senja... Kawasan bendang semakin lama semakin sepi. Ayahnya pun pasti sudah pulang sedari tadi. Dengan langkah yang lemah, gadis itu kembali meneruskan perjalanannya menyusuri permatang sawah itu..


Di pertengahan jalan dia berselisih dengan shah... teman sepermainannya sejak kecil lagi...Shah tidak menyambung persekolahannya hingga ke Universiti. Selepas SPM dia memilih jalan untuk membantu orang tuanya bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakkan.. Kesian Shah.. sedangkan dia tergolong dalam budak yang pandai. Argh... Nasibnya tidak seburuk nasibku... keluh hatinya....

"Hannah... Ibu cari tadi.. Hannah pergi mana je, dah senja macam ni baru nak pulang.." Shah berjalan di sebelah Hannah sambilmemikul seikat rumput untuk makanan kambing ternakkannya.

"Takde pergi mana-mana pun Shah, saja je Hannah pergi ke sungai sana, dah lama tak pergi.."

Di separuh jalan, Shah membelok menuju ke rumanya, sementara Hannah tetap meneruskan perjalanan. Rumahnya masih jauh.. Dia harus melalui Balai raya dan Surau. Ketika dia menghampiri Balai raya, dia dikejutkan dengan Pakcik Halimi, Guru mengajinya sejak dia kecil..

"Hannah... malam karang datanglah ke surau ye.. Ada ceramah kerohanian dari anak pakcik yang baru tamat pengajian dari Universiti Islam Malaysia...

"Wah.. Iya ke Pakcik...? Insyaallah pakcik.. saya akan datang.." Hannah memang tak pernah menolak setiap kali ada undangan kuliah ceramah dan acara keagamaan di tempatnya..

—–

" Asstaghafirullah alazhim... Kelakuan kamu memang sungguh memalukan ayah Han.. Ayah didik kamu dengan landasan agama yang baik di rumah... Tapi mengapa kamu melakukan perkara terkutuk itu!!.... Kamu tak takut sama azab ke, Han..!?

" Maafkan Hannah, Ayah.. Han Khilaf..." Hannah bersimpuh di kaki ayahnya sambil beruraian air mata..

"Sudahah abang, walau apapun yang terjadi, Hannah satu-satunya anak kita... lebih baik kita cari jalan penyelesaian supaya anak didalam kandungannya tidak lahir sebagai anak haram...." Ibu Hannah seperti biasa selalu akan menjadi Malaikat penyelamat didalam keluarganya..

"Tapi... Anak itu tetap anak haram, Mah... Sekiranya dia mempunyai ayah... itu hanya untuk menutub aib saja.. Di hadapan Allah tetap dianggap haram....." ucap lelaki yang separuh usia itu..


“ Assalamu’alaikum……. “ Seseorang mengetuk pintu rumah kami.

“ Waalaikumsallam..” Ibu menjawab dan membuka pintu.

“ Oh, Abang Mi…. Silakan masuk bang….” Ayah mempersilahkan Pakcik Halimi masuk, Pakcik Halimi datang bersama dengan anak lelakinya, Assraff.

“ Takpe Mail.. Di anjung ni je da cukup…. Saya cuma nak singgah sekejap je… Petang tadi saya ada undang Hannah untuk mendengar ceramah di surau tapi dia tak datang.. Dia dah balik ke Kuala Lumpur ke Mail?.."

"Eh... Taklah Bang Mi... Hannah ada kat sini lagi... cuma...." Ayah Hannah terdiam mati kata..

" Cuma apa Mail.. Kenapa dengan Hannah?.." Pakcik Halimi melihat tingkah laku yang pelik dari Ayah dan ibu Hannah.

" Masuk dulu la Bang Mi.. Nanti saya ceritakan di dalam..."

Dari dalam biliknya, Hannah sedang mendengar ayahnya bercerita tentang dirinya kepada Pakcik Halimi. Dia hanya mampu mengusap airmata ketika Pakcik Halimi mengucap Istighafar berulang ulang kali... Hannah semakin merasa berdosa... Air matanya semakin deras mengalir sehingga dia tak mampu mendengar perbincangan kedua orang tuanya dengan Pakcik Halimi dan anak lelakinya..

" Baiklah... Macam ni... Kita tanya dulu pada Hannah..Sebab segala keputusan terletak di tangannya.." Suara pakcik Halimi terdengar lagi..

Suara langkah kaki ibu memasuki biliknya dan meminta dia keluar berjumpa dengan Pakcik Halimi.. Ibu menyatakan keinginan Pakcik Halimi untuk membantu menyelamatkan bayi yang berada dirahimnya.. Anak Pakcik Halimi, Assraf mahu menikah dengannya paling tidak sehingga bayi itu lahir... Hannah sudah tiada pilihan selain menyerahkan nasibnya kepada orang tuanya.....

BERSAMBUNG......

Bersendirian

Malam ni papa takder mood nak mengarang atau menzahirkan isi fikiran papa. sebab malam ni papa tak berapa sihat sangat.. demam mulai menjengah diri papa.. huhuh apa pun. papa tak akan mengecewakan setiap pengunjung log papa.. so kat sini, papa nak lakar sedikit penzahiran akal ketika papa bersendirian.. so khas untuk anda semua...


Bersendirian bukanlah perkara yang aku inginkan...
Ada saat yang sukar untuk aku lalui..
Disaat aku bersendirian, aku merasa kesepian,
Pertemuan yang begitu indah dan perpisahan yang amat menyiksakan.. itulah realiti kehidupan..

Salahkah bila aku mencintai seseorang, salahkah aku untuk meyayangi seseorang, dan salahkah aku antai melakukan yang teraik untuk seseorang...
Kisah cinta tak semuanya berakhir dengan kebahagiaan, keindahan dan bukan juga bererti dunia akan berakhir andai tiada cinta. Esok masih ada untuk kita mencari cinta..

Gapailah hari esok, jangan dipersia-siakan, kejarlah harapan dan impian kerana ia sentiasa menunggu dimana-mana..

MALAM PERTAMA....


Salam 8.34 Malam

Apa khabar sahabat papa semua..??
Mungkin ada diantara kita yang sudah lama tidak bertegur sapa
Papa yakin bukan kerana kebencian mahupun dendam diantara kita
dan papa pun yakin bukan kerana sebab lain-lain
Tapi rutin kesibukkan yang telah menjadikannya
Satu hal papa nak kongsi sebagai bahan renungan kita bersama..
Untuk menghayati indahnya malam pertama
Tapi bukan malam yang penuh dengan kenikmatan dunia semata-mata
Bukan juga malam pertama pelayaran bahtera ADAM dan HAWA
TETAPI... malam pertama kita dengan sang AJAL
Sebuah malam yang akan meninggalkan esak tangisan sanak saudara sahabat handai
Hari itu... mempelai akan dimanjakan...
Sehinggakan nak mandi pun.. harus dimandikan
Seluruh badan kita teruka...
Tanpa ada sehelai benangpun yang menutupinya
Tanpa ada sedikitpun rasa malu..
Seluruh badan di gosok dan dibersihkan
Kotoran dari setiap lubang-lubang yang ada di tubuh kita akan dikeluarkan
sehingga lubang-lubang yang ada ditutupi dengan kapas putih..
Itulah badan kita..
Itulah jasad kita pada masa itu
setelah dimandikan...

Selepas itu, kita pun akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik berwarna putih
pakaian itu memang jarang orang nak memakainya...
kerana pakaian itu berjenama terkenal bernama KAFAN
Haruman disemburkan ke baju kita...
Bahagian kepala... badan... dan kaki diikat rapi..
Seterusnya pengantin dibiarkan bersendirian didalam keranda..
pengantin di arak menuju ke istana keabadian sebagai simbol asal usul kita.
Diiringi langkah lemah longlai seluruh ahli keluarga kita
Serta rasa hiba rakan dan taulan.

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah kudus
Akad nikah dari bacaan Talkin mulai di baca..
berwalikan liang lahad...dan bbersaksikan batu-atu nisan yang telah tia terlebih dahulu.
Siraman air mawa.. pengutus akhir kerinduan
dan akhirnya...
Tiba masa pengantin....
menunggu dan ditinggalkan sendirian..
untuk malam pertama bersama KEKASIH...
Ditemani gelap dan cacing tanah
Di ruang beradu yang bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah itu telah pergi..
Kita pun akan ditanya oleh sang Malaikat..
Kita tak tahu.. adakah kita akan memperolehi nikmat kubur
Ataupun kita akan menikmati siksa kubur..
Kita tak tahu.. dan tiada siapa pun yang tahu...
Tetapi yang peliknya kita tak pernah keresahan ketakutan..
sedangkan nikmat atau siksa yang akan kita terima
kita enggan menitiskan air mata..
seolah-olah ia satu barang yang amat berharga..
dan Dia Kekasih itu..yang akan
meletakkan mu ke syurga ataupun melemparkan dirimu ke neraka..
yang pasti.. kita mesti berharap menjadi ahli syurga..
Tapi.. adakah kita layak dengan sikap kita selama ini..
untuk digelar seagai ahli syurga..??

Sahabat.. papa minta maaf andai malam itu papau tidak menemanimu..
bukan kerana papa tak setia...
Bukan juga kerana papa khianat kepadamu..
Tapi itulah komitmen azali tentang hidup dan kehidupan..
Percayalah... papa pasti akan mendoakan dirimu...
kerana papa sungguh menyayangimu..
Ketahuilah rasa sayang papa padamu leih dari apa yang kau jangkakan...
Papa berdoa semoga kau akan menjadi ahli syurga...
Amin...

Sahabat... andai ini adalah bahan bacaanmu yang terakhir
dan jika ini adalah renungan peringatan dari kekasimu..
Ambillah hikmahnya.
Tetapi andai ini adalah salah papa.. maafkanlah papa...
Halalkan dan maafkan seluruh Khilaf papa
Yang pernah menyakiti atau mengecewakan hatimu..

Cuma satu pinta papa padamu.(SAHABAT).
TOLONG DOAKAN PAPA...

nOtAkAkI: maaf andai N3 kali ni buat korang tak selesa.. sekadar renungan bersama....

Mungkin 3 Hari...



Pertama : Semalam

Papa tak boleh mengubah apa pun yang telah terjadi
Papa tak boleh menarik semula kata yang telah dilafazkan
Papa tak mungkin lagi boleh menghapus setiap kesalahan papa dan
mengulangi semula kegembiraan yang telah papa lalui semalam.
Papa hanya mampu membiarkan hari semalam pergi; Lepaskan saja....

Kedua : Esok

Sehingga hari esok mentari terbit,
Papa tak tahu apa yang bakal terjadi
Papa tak boleh melakukan apa-apa pun pada esok hari.
Papa tak mungkin sedih atau ceria pada esok hari.
Kerana esok hari belum tiba: jadi biarkan saja...

Yang ada kini hanyalah : Hari ini

Jalan masa lalu sudah pun tertutup
Jalan masa depan pun juga belum tiba..
Patrikan saja diri papa untuk hari ini..
Kerana hari ini banyak perkara yang telah papa pelajari..
Bila papa mampu memaafkan hari semalam dan melepaskan ketakutan untuk hari esok.
Hiduplah untuk hari ini. Kerana, Masa lampau dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang cukup merumitkan.
Hidupkah sebaik-baiknya pada hari ini. Kerana yang ada hanyalah hari ini, dan hari ini ada lah hari yang nyata.
Layanilah setiap orang yang berada disisi dengan ketulusan hati dan rasa hormat, walaupun mereka melakukan perkara buruk pada diri papa.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati hari ini, kerana mungkin hari esok babak kisahnya berganti cerita.

Papa akan ingat, bahawa papa menunjukkan penghargaan kepada orang lain bukan kerana siapa diri mereka sebenarnya. Tetapi kerana siapa diri papa. Kita adalah mahkluk yang mempunyai peribadi yang mulia.
Jadi, papa tak akan membiarkan masa lalu mematas atau masa depan membuatkan papa bingung..Lakukan yang terbaik HARI INI dan kalau boleh lakukan lah sekarang...seandainya masa masih ada.....

Untitled -


Salam 12.35 Tengah Hari..

Hari ni masuk hari ke-5 dalam Kalendar tahun baru 2012. Tapi, seperti biasa, seperti tahun yang lepas. masih tiada keje yang diberikan kepada papa.. Takpe, apa yg boleh papa lakukan hanyalah bersabar. tunggu tunggu dan terus menunggu..... so dikesempatan yang ada ni, papa sempatlah mengukir bait kata untuk tatapan semua.... cuma apa yang boleh papa katakan kat sini, puisi yang papa wat ni menunjukan macam mana keadaan hati papa sekarang... mean.. sendiri mau ingat la... :P

Entah dimana nak memulakan kisah ini...
Kadang kala aku cuba untuk menjadi kuat sekukuh batu karang
Tapi secara perlahan batu karang itu rapuh...
Rapuh dek pukulan teriakan ombak yang menghempas...
Ternyata aku tidak lagi sekuat yang dulu...

Hati ini mula berubah....
Sakit...
Perih yang tidak terlihat...
Akan duka yang kian menyiksa jiwaku...

Namun segalanya masih boleh terkawal..... walaupun
Tidak ada siapa yang tahu dan tiada siapa yang ambil peduli..
Tiada seorang pun yang mendengar jeritan hati ini...
Aku terdiam membisu, hanya bertemankan air mata..

Kau tahu apa?!
Tentang duka yang menyiksa batin...
Sesak.... Resah....

Lagi sakit!!!

Cukuplah aku berbicara pada dunia!!
Aku tak tahuan dengan semua dusta!
Dunia ini FANA!
Dan kini, Rasanya aku ingin Menjerit!!


DIA.... Siapa DIA?


Salam 8.39 Malam..

New n3. Dia.. Siapa Dia? yang pasti papa boleh katakan ni takder kena mengena dengan DRAMA TENTANG DHIA. :P... Akcely Dia yang papa maksudkan ni merupakan seorang insan(LELAKI) yang papa rasa, kehadirannya dalam kehidupan papa melengkapkan lagi diri papa sebagai seorang ABANG.... jujur sejak dari kecil lagi papa tidak pernah merasakan bagai mana perasaan mempunyai seorang adik lelaki.. nak bergurau nak bermanja nak bergaduh dan sebagainya la..


Kebanyakkan kehidupan papa membesar lebih bergaul dengan kakak2 dan adik2 perempuan papa.. bukan tak best. cuma kekadang tu, ada part2 lelaki yang kena sembang dengan lelaki gak. betul tak?


Ok berbalik kepada tajuk N3 papa kali ni. Dia.. Siapa Dia... Papa mula kenal dengan dia ni kira lama gak la. masa tu papa masih keje di opis lama, maksud papa di Bahagian Perhubungan Raya lagi.. But, masa kenal dulu takder la nak bertegur sapa, bertepuk tampar dan sebagai nya. takat lalu, senyum sengih je.. macam tu je la.. Sampai la satu ketika papa ditukarkan ke bahagian dia ni kerja. SEKSYEN KEWANGAN & PENTADBIRAN... pada mulanya papa pun masih tak rapat lagi dengan dia ni. cuma bertegur2 biasa je... sama gak dengan staf2 SKP yang lain. Tapi alhamdulillah.. hari berganti hari.. bulan berganti bulan sehinggalah berganti tahun.. Papa mula closer dengan dia... Tapi papa nak bagi tahu kat sini. dia ni memang WORKAHOLIC punya person.. bila dah keje.. pergh langsung tak ingat dunia.. pernah satu ketika tu.. dia boleh stay kat opis sampai 48jam.. katanye banyak n terlalu banyak keje yang ni di settelkan..

tak kesah la, as long dia happy buat keje tu..

tapi kan kalau korang nak tahu la.. Dia ni jenis yang BENDUL. bukan maksud papa lurus bentul like STUPID GUY. cuma dia ni jenis, bila di suruh buat tu.. buat. buat ni.. buat.. tidak pernah nak kata TIDAK... ahhh tak kisah lah.. yang penting dia tak pernah nak menyusahkan hidup orang lain.... Dia ni sebenarnya banyak mengajar papa erti kehidupan sebenar... tah lah. nak explain macam mana pun tak tahu.. biarlah papa sorg je yang tahu.. tapi ada satu part yang papa sendiri tak boleh tahan tang perangai dia ni.. n paling papa TAKUTI.. hahaha. iaitu bila dia merajuk or marah.. pergh.. masa tu dia tak kan buat pe2 bercakap pun tidak...
DIAM je.. macma silent killer... sampaikan papa ni rasa bersalah sangat2.. tapi dia takder la nk marah smpi berkurun2.. sehari dua dah ok balik.... kalau nak tahu dia dah ok.. senang je.. bila LALOK dia dah kuar.. pala GILE2 dia dah kuar.. tu bermakna dah ok la tu.. haha...


Pernah sekali papa ikut dia balik ke kampung dia kat PERAK. punya la papa happy. mana tak nye, terubat la gak hati papa tuk balik kampung. walaupun bukan kampung papa.. hehe.. bila papa kat kampung dia.. pergh layanan mmg TERBAEK.... sedikitpun papa tak terasa seperti orang asing.. papa dilayan macam ahli keluarga mereka sendiri... banyak gak la aktiviti yang kami buat kat sana.. DAN perkara yang paling papa tak bleh lupa bila g amik gambar kat BENDANG.. terlompat sana.. terlompat sini.. berlari sana berlari sini.. sampaikan TOK WAN dia kata kami ni terGEDIK2 hahah(rindu kat TOK WAN).. pas tu.. kami sempat gak g mandi air terjun.. then g cari DURIAN tuk SANTAPAN budak2 opis yang dtg pas g kenduri kawin.. hurmm.. bila di kenangkan semula.. tersenyum sorang2 papa kat sini.. tah bile la lagi dapat balik sana.. main kat bendang, mandi air terjun n etc..

Kalau nak diceritakan semuanya kompom tak cukup blog papa ni nak menanggung cerita.. apa pun yang papa boleh katakan.. mengenali Dia memang cukup memberikan seribu makna buat papa.. apa yang papa harapkan.. agar hubungan ni kekal la sampai selamanya... Aku bersyukur dapat mengenali Dia..
Fozi Saad

nOtAkAkI: jangan pulak korang rasa pelik... bila aku bercerita tentang Dia ni.. bagi aku, aku dah anggap dia macam adik aku sendiri... not more than that.. kalau ada mulut yang LONGKANG dok mengata.. lantaq pi la.... as long as papa tahu apa yang papa buat....

REPOST : Surat Papa Untuk.....Shue

*sekadar gambar hiasan.

N3 ni pernah papa posting tahun lepas... papa posting sekali lagi kerana, saat ini papa betul-betul rasa DOWN... entah kenapa dan tak perlulah tanya kenapa.. apa pun... pengunjung bolg papa yang setia. maaf andai N3 kali ni buat korang semua rasa tak selesa....

Malam ni setelah kepenatan berjalan2 dengan Azie Pelangi, Papa ingatkan hendak merehatkan diri sahaja. Tetapi entah kenapa Fikiran papa asyik melayang jauh. Jauh mengenangkan kenangan terindah yang pernah papa lalui.. Lantas papa ringankan jari jemari papa untuk menekan keyboard lappy papa untuk menulis sedikit kenangan yang terindah pernah papa lalui. Mesti korang tertanya mengenai tajuk N3 papa kali ni kan? dah tak perlu nk tertanya-tanya lagi ok. just baca je.. kerana kali ni papa nk kongsikan sat indah itu untuk korang semua.... selamat membaca.....

Malam semakin dingin, angin malam meniup sepoi bahasa sehingga menusuk menyentuh kedalam tulang. Aku bangun dari pembaringanku, lantas pergi ke sudut meja tulis dan menggapai diariku. Seperti biasa, ku gapai sebatang pen dan ku coretkan segala kisah yang terdetik di mindaku....

'Sayangku Shue, dah satu malam aku asyik gelisah, Sejak malam semalam, hinggalah pagi ini. Shue nak tahu tak? Aku ada menulis surat untukmu. Kelakarkan... Kerana aku sendiri tidak tahu, adakah aku dapat memberikan helaian surat ini kepadamu. Tapi dengan harapan yang nipis aku harap Shue dapat membacanya disini.

Aku juga tidak tahu, bilakah masanya Shue akan membaca catatan ini. Tapi selagi aku hidup, selagi aku ada ruang untuk menulis, aku akan selalu mencari masa untuk menulis untukmu Shue. Tentang Shue dan juga tentang diri kita..

Shue nak tahu? inilah isi kandungan surat yang aku tulis untukmu..

Shue ku Sayang,
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kerana menulis warkah ini untukmu. Aku juga harap ini bukanlah surat yang terakhir untukmu.. dan rasanya ini adalah kali kedua aku menulis sesuatu untukmu. Shue masih ingat yang pertama kan? Betul, tulisan diatas sehelai kad ucapan saat pertama kali aku memberikan hadiah untukmu. Sayang sekali kad itu dah takder dah hilang. Kad itu juga merupakan satu tanda permulaan di mana kita mula merangkai kasih..

Shue,
Aku nak kau tahu bahawa hari ini merupakan hari yang amat sukar bagi aku sejak aku mengenalimu.. Sejak malam semalam, masa kali terakhir Shue berikan sms kepadaku, aku menjadi sedih. Tengah hari semalam aku pergi ke shopping complex, keluar masuk kedai memerhati setiap rak meja kaca. Meneliti, menilai, memilih supaya aku boleh mencari untuk mu sebentuk cincin. Dan membelinya, meletakkannya didalam kotak baldu kecil. Saat itu hatiku cukup gembira kerana membeli cincin itu. Cincin dengan permata berwarna UNGU warna kegemaran kitakan Shue.. dan hanya kita berdua sahaja yang tahu kenapa kita meminati warna UNGU.. Shue tidak tahu perasaan aku masa membawa cincin itu balik bersamaku. berdebar debar Shue, berdebar saat akan menyarungkan cincin itu ke jarimu. Berdebar saat membayangkan ekspresi mukamu ketika Shue menerima cincin pemberian ku ini. Namun Shue, Beberapa jam kemudian, hanya beberapa minit setelah aku bagi tahu Shue melalui sms, Kesedian memenuhi ruang hatiku. Saat aku menulis kepadaku agar aku tidak perlu membalas sms darimu. Aku menjadi bingung, Tapi kenapa? aku tahu hatimu sedih. hinggalah sekarangkan..?

Shue...
Aku cuba untuk tidak mengingati semua ini. Kesedihan, kegelisahan, kebingunganku kerana seharian tadi aku tidak dapat menghubungimu. Arggghh... Shue pun tahukan macam mana rasanya. Saat segalanya bercampur aduk, fikiran berserabut, saat petanyaan demi pertanyaan muncul satu persatu di fikiranku. Dan Shue nak tahu? satu pertanyaan pun tak ada yang terjawab. Aku hanpir mencampakkan henponku, ketika berkali-kali aku cuba menghubungimu tetapi gagal. ARGHHHH... kenapa harus aku tulis semua ini? untuk apa aku mengulangi kembali kesakitan hatiku ini? terus terang hatiku bertambah sakit. langusng tidak meredakan derita hari ku ini. Shue tahu tak apa yang aku rasa?!!! CUKUPLAH.. Semua ini tidak membantu aku mahupun dirimu...

Shue ku sayang,
Mungkin aku tidak dapat memahami hatimu sepenuhnya, perasaanmu, kesedihanmu, KETAKUTANmu untuk kehilangan diriku. Aku sedar perbezaan diantara kita. Kau juga ada menyatakannya ketika kau memberikan surat kepadaku. berkali-kali kau nyatakanya. Aku faham dan aku tahu.. walaupun kau tidak pernah memberitahu aku. Aku betul betul bersimpati kepada dirimu Shue. Sekalipun rasa takut kehilanganmu terus membanyangi diriku. Shue ingat lagi kali pertama Shue bagi tahu aku pasal sakitmu? Malam itu aku cukup takut dan amat takut akan kehilangan dirimu. Tetapi setelah Shue tenangkan hatiku bahawa Setiap insan yang hidup dimuka bumi ini tetap akan pergi, saat itu juga aku harus terima kenyataan yang kehadiran diriku tidak dapat merubah TAKDIR. Masa itu aku rasakan dunia ini KOSONG. tiada apa-apa maknanya sudah Shue.... Adakah kau juga merasakan apa yang aku rasa saat ini? Tetapi lebih terbeban bagimu? Apakah kau merasa yang aku tidak akan berada didalam hatiku lagi? Adakah kau fikir aku tidak akan mengingatimu lagi? Apakah aku akan melupakanmu untuk selama-lamana bila kau sudah tiada? Tidak Shue.. Langsung tidak... Hingga saat ini aku tetap akan menyayangi dirimu Shue.. Tetap dan tidak akan pernah berubah...

Shue,
Aku nak tanya Shue satu soalan. Andai kata Shue tidak melalui segala penderitaan yang DIA berikan, Adakah aku akan selalu berada dekat dengan dirimu? Kalau semua yang kau perlukan aku akan penuhi, adakah kau akan menyayangiku? Cuba pula Shue tanyakan soalan itu kembali kepadaku. Mengapa aku menyayangimu? Untuk apa aku menaruh hati kepadamu? Aku akan jawab, KERANA kau memenuhi kekeosongan yang ada di hatiku. I Love You Because I Love You!! Aku tak tahu bagaimana lagi untuk aku menjelaskan kepadamu lagi. Aku hanya mencintaimu... Aku hagai, aku menikmati setiap saat pengalaman yang kita lalui bersama. Shue tahu tak? aku rasa kita masih lagi menyayangi antara satu sama lain. Cuma berlainan keadaan dan dunia. Tanpa ada sebarang sentuhan tanpa sakit hati, tanpa rasa bersalah. Aku yakin Shue. kita akan tetap saling menyayangi.

Shue,
Saat aku berfikir tentang hubungan kita? aku melihat bahawa ketakutan untuk kehilangan yang kita miliki merupakan satu perkara yang cukup menyiksakan... Apapun Shue, hatiku, perasaanku, sayangku, cintaku kepadamu tidak akan berubah walau pun kau sudah tiada lagi di dunia ini. Ia tetap akan terus macam ini selamanya. NO MATTER WHAT!!! WE WILL FOREVER LOVE EACH OTHER!! Itu yang aku mahu. Itu yang aku harapkan.

I Love you so much, i still and always do. I will always care for you, FOREVER. I will always think and pray for you. I Believe it is my destiny to be your special person in your life...

Aku doakan semoga Shue berbahagia di sana.. dan ditempatkan bersama dengan golongan hambanya yang dikasihi...


notaKASUTpapaQ:-
papa berharap sangat apa yang papa tuliskan ini dapat dibaca olehnya.. WALAUpun ia agak MUSTAHIL untuk difikirkan dengan AKAL yang SIHAT.....

DIALAH TEMAN WANITA PAPA UNTUK SEPANJANG HAYAT!!!


Salam 10.58 malam.



Malam ni, papa terdetik untuk melakarkan luahan isi hati papa kat blog kesayangan papa ni..Bukan nak luahkan perasaan putus cinta atau dikecewakan ataupun yang sewaktu dengannya. tapi nak meluahkan rasa RINDU YANG TERAMAT sangat pada MAK papa yang berada di KAMPUNG... Apa pun, semua ni gara2 masa pas makan malam aku call mak papa, biasalah bertanyakan khabar dan etc... dan sudah menjadi satu kebiasaan tiap hujung tahun papa akan balik ke kampung, luang kan masa bersama keluarga tercinta. tapi tahun ni. disebabkan kekangan masa kerja dan ....... papa terpaksa batalkan niat papa untuk balik kampung... sedih? memang AMAT AMAT sedih... apa pun.. kiasan kata-kata kat bawah ni papa tujukan KHAS buat MAK papa yang tercinta.....


Mak! Kaulah hidupku, Kaulah Semangat hidupku.
Yang selalu menjadi sinar didalam langkah gelapku
Di saat ku jatuh kau sambut aku dengan kasih dan sayang mu...

Kecantikanmu tidak pernah hilang kerana ia selalu terpancar dek kasih sayangmu...
Keihklasanmu menjagaku di setiap waktu..
hingga kini aku membesar menjadi dewasa.
ketahuilah Mak.. Kau tiada duanya..

Maafkan aku Mak kerana aku belum lagi boleh membahagiakanmu
Maafkan anakmu ini kerana selalu membuatmu rasa kesal dan marah
Maafkan anakmu ini selalu membuatmu menangis kerana tingkah dan lakuku.
Aku belum mampu membahagiakanmu Mak...
Dan aku takkan.. takkan pernah mampu membalas segala jasa dan pengorbananmu...
Menjaga aku sejak dari dalam rahimmu hinggalah aku menjadi begini.

Mak.. aku sayang Mak..
Aku akan cuba berusaha untuk membuatkan kau tersenyum bahagia.
memberikan sinar kegembiraan dan kesenangan hidup untukmu.

Ya.. Allah... berikanlah aku kekuatan, semangat dan kesempatan untuk membahagiakan beliau..
I Love U MAK!!!!

ANAKMU;
Shah @ Kechik..

BUKAN AKU -



Hannah menghempaskan tubuhnya di atas katil biliknya. Matanya mulai berkaca, masih tidak percaya. Fozi, jejaka yang berkulit sawo matang dan mempunyai rupa paras yang agak tampan. Orang yang selama ini dia kena sebagai teman lelaki kepada Ayu, Salah seorang sahabat karibnya. Dan dia tahu, Ayu sangat mencintainya, walau apa pun yang terjadi Ayu akan bermati-matian akan mempertahankan cintanya terhadap Fozi. Tetapi, kejadian yang tak disangka tiba-tiba terjadi. Fozi menyatakan cintanya kepada Hannah. Ini pasti akan menjadikan sebuah delima cinta..

"I sayang U. I love U..??"
"Apakah aku salah. Hannah..?"
"I rela putuskan hubungan I dengan Ayu, sebab I tak boleh tipu perasaan I pada U Hannah."
Kata-kata itu selalu terniang di telinganya. Beberapa jam yang lalu Fozi mengatakan semua yang ada di dalam hatinya. Masih tak habis berfikir, Hannah merasakan dunia tidak adil. Gadis yang sekarang bekerja di salah sebuah syarikat guaman menangis semahunya. walaupun tidak mengeluarkan suara. Moodnya untuk menyemak kes-kes anak guamnya hilang begitu saja. Nasib baik esok hari cuti, yang mana dia fikir adalah hari kebebasan ntuk meluangkan waktu dan membuang segala penat lelah yang dialami setelah 5 hari bekerja dengan kes-kes mahkamah.
"Ya.. Allah.. What happen with me..?" desis hatinya yang sering tertanya-tanya.
"Arghhh... Kenapa semua ini terjadi kepadaku?"
"Apa yang akan Ayu katakan kepadaku jika dia tahu semua ini? Apa pula yang akan teman-teman ku fikirkan pasal perkara ini?"
"Aku tak boleh... Aku bukan perampas teman lelaki orang! aku bukan perosak kebahagiaan orang!"


***


Lalu Hannah mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Assraf, sahabat sekali gus sepupu yang paling rapat dan paling sempoi dalam segala perkara dan yang paling penting cukup memahami dan mengerti setiap kali dia mengeluh kisah padanya.

“Tuutt… Tuutt… Tutt…”
“Hello, selamat malam, Rumah Mayat, sedia membantu”
“Kami akan melayani anda sebaik yang mungkin. Semua jenis mayat kami akan terima”. Hehehe…. Suara gurauan Assraf dengar dari kejauhan. Tetapi ia belum boleh berkata-kata, bibirnya masih kaku untuk meluahkan bicara. Suaranya serak, kerana hampir dua jam dia menangis.

“Hello, selamat malam, Rumah Mayat, sedia membantu”
“Kami akan melayani anda sebaik yang mungkin. Semua jenis mayat kami akan terima”. Hehehe…. Assraf mengulangi kata-katanya. Dan barulah dia mengucapkan kata-kata yang terdengar serak.
“Aku nak bersembang dengan kau Raff. Aku bingung, tak tahu nak buat macam mana..??”

Dan terus saja Assraf, dengan gurauannya menjawab.
“Waah,, mesti ada yang tak kena ni. Makan salah ubat ke.??”

Dengan nada malas serta suara serak Hannah menjawab.
“Aku serius ni, Kau ada masa tak nak dengar masalah aku?”

Dengan rasa ringan hati,menjunjung tinggi rasa persahabatan & persaudaraan. Tentu dengan versinya sendiri. “Ia… ada… maaf, buat sahabatku a.k.a sepupuku. apa yang tak kena ni.??”
“Macam ni Raff, kau kenal Fozi kan?”
“Ha ah, kenal. Boifren si Ayu kan? kenapa dengan mamat tu?”
“Tadi dia ada datang ke sini, dia kata, dia suka kat aku, dia memaksa aku jadi teman wanitanya.”
“Yess..!!”
“HUH, Yess. Tapi kenapa?”
“Aku bakal dapat sepupu ipar yang hensem” hehehe
“Arggghhh,, Assraffffff… tak nak laa gurau macam ni?? aku serius niiii!!!”. Suara tegas dan ada sedikir marah keluar dari mulut Hannah.
“Ok ok baiklah,, maaf sekali lagi ok. Tapi kenapa dengan kau ni memilih sangat,walaupun si Fozi tu rendah ayam serama, tapi tetap ada rupaa, boleh tahan apa?” kata Assraf menghiburkan hati Hannah.
“Bukan tu masalahnya, Kau tahu tak Ayu sangat sangat menyintai si Fozi.?? Dia sanggup bermati-matian mempertahankan cintanya hanya untuk Fozi seorang.”
“Ooo… begitu, jadi macam mana?”
“Aku bingung Raff, aku tak tahu, apa yang harus aku lakukan”.
“ahh tak yah fikirkan sangat lah, esok aku temankan kau ke rumah Ayu, setelkan masalah ini baik-baik. OK?”
“Hah,, kau gila ke apa Raff!!. Nak cakap perkara ni pada Ayu. Tak pasal-pasal aku dengan Ayu kan perang dunia ke tiga”. cepat saja Hannah mengeluarkan kata-kata emosinya. Dengan santai dan bijaksananya Assraf menjawab.
“habis tu... sampai bila kau nak pendamkan semua ni? Kalau Ayu sudah tahu pasti semuanya akan rasa aman & masalah clear...nak tak?, kebetulan esok cuti, aku pun cuti gak. Kalau tak nak tak pe!”.
fikiran Hannah menjadi buntu. Sama ada nak ikut cadangan Assraf atau tidak.
“OK, baiklah, tapi kau yang tolong cakapkan ok..??
“Aik. kenapa aku plak yang kena, ni masalah kau kan?”
Hannah memujuk manja . Dia tahu kelemahan Assraf. Dia tahu Assraf tak akan biarkan dia dalam kesusahan, tambahan dia tahu yang Assraf menaruh kasih kepadanya...
“Boleh lahhh, please. Tolong aku ye.., Kau kata kau sayang kat aku kan....”
"Sayang memanglah sayang. tapi kau tu je yang tak pernah nak sayang kat aku..."
Hannah hanya membisukan dirinya... bila Assraf perasan dengan situasi itu, Assraf terus bersetuju dengan permintaannya.
“Oklah, Aku nak tidur dah ni. Mengantuk sangat-sangat ni.”
“Ok,, makasih Raff. esok pagi terus datang ke rumahku ok..??”
“Ok.. OK... sok pagi buta lagi aku pegi rumah kau.. OK? Selamat malam. battery Hp da nak habis da ni. Bye.." "Tut..tut..tut..."
Assraf memutuskan talian. Dah menjadi perkara biasa, Assraf akan memutuskan talian sebelum dia...
Tetapi, Hannah tahu yang Assraf kepenatan setelah kerja seharian. Tambahan pula Assraf berkerja di bahagian kedoktoran, pasti sangat penat. berhadapan dengan 1001 macam ragam orang, tapi dia selalu membuat dirinya tersenyum seperti sekarang ini. Dan disebabkan itu jugalah dia menjadikan Assraf sebagai sahabat dan sepupu yang paling baik baginya. Walaupun dia tahu Assraf mengganggap dirinya lebih dari seorang sahabat dan sepupu.

Akhirnya, Hannah Bangun dari katilnya, lantas ke bilik mandi untuk mencuci mukanya yang kusam oleh air mata yang telah kering. Lalu merebahkan badan serta memejamkan mata. Kerana Hannah juga kepenatan, setelah seharian melayan 3 kes anak guamnya di mahkamah. Ditambah lagi Fozi yang baru je buat dirinya resaht, hampir terkeluar jantungnya.

***

Sabtu yang cerah adalah hari yang seronok bagi anak-anak muda. apatah lagi bagi mereka yang sudah mempunyai pasangan. Mereka pasti akan memanfaatkan momentum itu untuk berjalan-jalan atau mungkin untuk aktiviti lain. Tetapi, tidak bagi Hannah sekarang, yang sedang dilanda dengan sejuta masalah baginya. Ketika dia bangun, merasakan sungguh malas untuk membuat sebarang aktivti. Padahal kebiasaan di hari cuti begini adalah hari yang paling istimewa dalam hari-harinya. Dengan langkah lesuh, dia menuju bilik mandi untuk menyegarkan badan sebelum menanti Assraf datang. Hannah tidak mahu, Assraf membebel ketika dia datang, meihat dia belum mandi. Lagi pun Assraf janji nak datang awal pagi ni.

***

“Assalamualaikum… tok… tok… tok…”.
Suara Assraf memberi salam dan mengetuk pintuh rumah Hannah, Dan Shah, abang kepada Hannah yang sedang berada di ruang tamu menonton televisyen bangun untuk membuka pintu.
“Waalaikumsalamm..,,,, Haa kamu Assraf, dah takder keje ke, pagi-pagi ni mengetuk pintu rumah orang”. Dengan gurauan Shah berseloroh dengan Assraf. Tapi, seperti kebiasaan Assraf hanya melontarkan senyum khasnya untuk abang kepada Hannah itu, seolah tak mempunyai perasaan malu walau sedikitpun.
“Hehehehe… maaf, Abang Shah. Hannah ada..??”
“Hannah? Kenapa kau nk cari Hannah..!! Ada kat atas, baru selesai mandi kot”
“Dah. dok tercegat kat depan pintu je ke? Tak nak masuk?”
“Ok.. Ok.. Ok... apa la abang ni.. pepagi dah bising. hehe, cepat tua nanti. Hehehehe”
Kata Assraf sambil bergurau.
“Iskk.. budak ni...,kang ada gak yang aku bagi sarapan siku ni”
“Peace… Abang Shah. Peace… Maaaaafffff!!” Rayu Assraf kepada Shah agar melepaskan tangan dari tengkuknya.
“Hey.. Kenapa ni? Ada apa ni? pepagi lagi dah riuh setaman... macam budak-budak kecik aje”. Tiba-tiba Hannah muncul dari dalam.
“Dah.. dah.. abang pegi layan je tv tu..”, lalu abang Hannah kembali duduk di sofa melayan cerita di kaca TV. Hannah sudah faham betul dengan perangai Assraf dengan abangnya tu. al maklumlah sepupu yang paling rapat. Hannah langsung mengutarakan masalahnya kepada Assraf, dan mengajaknya ke rumah Ayu.
“Jadi,macamana..?? nak pergi rumah Ayu sekarang ke..??” tanya Hannah kepada Assraf.
“Tak lah, Bulan depan je boleh?”Assraf menjawab dengan gurauan. Akhirnya mereka berdua menuju ke rumah Ayu.

***

Tapi apa yang terjadi, tanpa disangka, tanpa dirancang, dan di luar senario, kalau bahasa drama tv. Sesampainya di rumah Ayu, Fozi dan Ayu sedang duduk di ruang tamu berdua seperti larut dalam kesedihan. Hannah melangkah lemas, ketika Ayu mempersilakannya duduk. Macam mana tak lemas... sahabat yang selama ini jadi pendengar setia ketika Hannah sedang dilanda masalah dalam hidupnya. Sekarang dia bersedih kerana dilema yang melanda dirinya. 10 minit mereka berempat membisu. Suasana menjadi sangat amat dramatik seperti di dalam filem OMBAK RINDU. Atau mungkin seperti babak di Ayat-Ayat Cinta ketika seorang lelaki itu dihadapkan kepada dua perempuan yang dicintainya. Assraf yang kuat bergurau senda itu pun hanya diam ikut larut dalam suasana pagi itu.
“Hannah… aku akan ikhlas jika semua ini yang terbaik untuk Fozi, semua ini memang sudah suratan. Hannah jauh lebih baik daripada Ayu. Please Hannah, bahagiakan dia. Kita akan tetap bersahabat.dan yang pasti pilihanya BUKAN AKU. Aku hanya nak mohon 1 permintaan saja, jangan pernah kau sakiti dia”. Ayu memecah kebisuan sambil meneteskan air mata.
“Tapi Ayu..??” belum selesai Hannah bersuara, sudah dipotong dulu oleh Fozi.
“Hannah, U percaya..kan. Semua akan jadi indah jika U menerimanya dengan tulus..?? Cinta ini akan mengalir seperti air di sungai. Cinta ini akan abadi jika U memang sayang dengan persahabatan ini. Ayu sudah terima dengan rela bahawa I untuk U, I hanya tinggal menunggu keputusan U”.
Pada masa yang sama Ayu tak mampu berkata-kata lagi, kepalanya berat untuk mendongak melihat Fozi berhadapan melafazkan kata-katanya sebentaru tadi. Jiwanya seperti akan keluar dari raganya.
Suara handphone berbunyi, Hannah dengan separuh sedar mengambil dan melihat “Fozi memanggil..”. Hannah baru sedar ternyata semua yang dialaminya adalah mimpi. Jantungnya masih berdegup dengan kencangnya. Darahnya mengalir dengan derasnya. Keringat dinginpun keluar. Adakah ini tanda akan bermulanya segala mimpi itu. Hanya Hannah dan Tuhan yang tau.


Tamat.....

notaKAKI: jangan marah ye. ending tak berapa superb.. biasalah tgh lalok pepagi buta ni. mata tak leh lelap n otak pun tak bekerja dengan baik. so terhasil lah cerpen pendek yang tak masuk akal ni.. haha...

2-1-2012

Salam 1.59 pagi...

Selamat Tahun Baru 2012 untuk teman-teman bloger semua :) (masih dalam suasana tahun baru kan..) semoga tahun ini memberikan lebih warna dan makna berbanding tahun-tahun yang lepas...

Rasanya sudah lama papa tak melakar coretan di blog ni :( apa pun.. Akhir tahun 2011 yang lepas memang banyak kesibukan yang menYITA waktu papa seharian.. Disamping pekerjaan yang menuntut perhatian ada juga masalah-masalah lain yang tak mergerti kalah menuntut perhatian lebih... :D. Apa pun papa bersyukur sangat-sangat, tahun lepas banyak memberikan KEGEMBIRAAN buat papa....


Apa Azam korang tahun ni?

Perlu ke azam 2012 sedangkan azam 2011 ataupun tahun-tahun yang lalu tidak dicapai dan dilakukan sebaiknya... Untuk azam papa kali ni rasanya sama je seperti tahun-tahun yang sudah. seperti orang lain gak.. papa ingin jadi yang terbaik dari yang sebelum ini..Apa yang papa nak, papa cuba dan usaha sebaik yang mungkin untuk mendapatkannya.. Berfikir di luar kotak sebaiknya untuk mendapatkan sesuatu kepuasan yang tak ternilai harganya... Begitulah azam papa... yang mana yang sebelum ni belum dilaksanakan dengan sebaiknya, cuba bawa tahun yang penuh keberkatan ni..:P

Tapi yang pasti, azam atau niat kita untuk maju kehadapan, itu ada lah yang lebih penting. Jangan biarkan diri kita dijajah orang. Sebaiknya kita mengawal diri kita daripada dijajah.. Azam yang baru pemikiran yang baru...

WASSALAM...

Nota Kaki:- apa pun thnks bebanyak kepada Assraf, Hannah & Safrina diatas kesudian membantu papa n team BPRaya RTM masa AMBANG 2012.. Tak sabar nak abadikan gambar2 yang kita amik masa malam tu... tak lupa gak pada fozi yang sanggup tenga2 pagi buta amik papa n d geng kat dataran, walaupun dah penat menjadi PENGAPIT raja sehari...