Halaman

Lara...Hannah (Bahagian akhir)

"Nama penuh suami puan.."

"Assraf bin Halimi.."

"Alamat.."

"Kampung Bahagia, Teluk Intan..

"Puan ada bawa gambar suami puan yang boleh kami kenal pasti..?"

Hannah segera menyerahkan gambar Assraf kepada pegawai polis tersebut. sejenak kemudian pegawai polis wanita itu mengamati gambar yang diberikan oleh Hannah sebentar tadi. Tiba-tiba dia berdiri dan berjalan memasuki sebuah bilik.Beberapa ketika Hannah menunggu sambil menenangkan Razey, anak lelakinya yang berusia dua tahun itu yang asyik meragam dari tadi. Pegawai polis wanita itu tadi mempersilakan Hannah masuk untuk berjumpa dengan Chief Inspektornya.

"Silakan duduk..."

Hannah terpaku di depan pintu... Fozi....? Suaranya perlahan tetapi disebabkan ruang bilik itu sungguh hening Chief Inspektor itu dapat mendengar suara Hannah. Dia mengangkat wajahnya... Sejenak dia  terpana... Hannah..!! Dia segera berdiri dan mempersilakan Hannah duduk lalu dia menutup pintu.

"Jadi selama ini awak tak pernah menggugurkan kandungan itu..?Dan Razey ni anak saya, Hannah..?" Mata Fozi tajam memandang Razey.. Hannah tidak mampu untuk menjelaskan renungan Fozi.. Entahlah...

"... Bukan... Ini anakku.!!" dan sudah pasti Fozi tidak mempercayai kata-kata Hannah. Kerana saat dia melihat budak lelaki yang berusia 2 tahun didalam dakapan Hannah, dadan Fozi berdebar, seperti ada sesuatu ikatan batin yang tak mampu dia terjemahkan. Hannah pula masih belum boleh menenangkan perasaannya. Sebagai gadis kampung yang dungu dia tidak pernah menghadapi situasi seperti ini. Apatah lagi, saat ini hatinya masih berkata bahawa dia masih mencintai Fozi meskipun Fozi telah mencampakkannya 3 tahun yang lalu.

"Ehmm.. Assraf Halimi adalah salah seorang mangsa penculikan lanun di Semporna, Sabah seminggu yang lalu. Tetapi Assraf Halimi....., Suami awak kami temui mati terdampar di pantai berhampiran dan dia meninggal kerana ditembak dikepalanya dari jarak yang dekat.. dan jenazahnya dikuburkan di..."

Hannah hampir jatuh terduduk dan pada masa yang sama Fozi sempat menyambut Razey yang terlepas dari dakapannya. dan Hannah pun pengsan didalam dakapan Fozi. Dengan bantuan beberapa pegawai polis yang bertugas pada ketika itu, Hannah dibawa berehat di bilik rawatan balai polis tersebut. Ketika telinganya sayup mendengar sesorang sedang bergurau dan bermain dengan Razey dia segera bangun dan berjalan menuju ke ruangan menunggu.

"Oh.. Awak sudah sedar Hannah.." Hannah melihat Fozi sedang tersenyum sambil mendukung Razey... Ya Allah.. Mata mereka sama. Hannah terus meraih razey dan berniat untuk terus keluar dari balai polis itu. Tetapi seorang pegawai polis yang kebetulan berada disitu sempat menahannya.

" Puan.. Kami harap puan dapat tunggu sebentar untuk memberikan keterangan.." Fozi memberikan isyarat kepada pegawai bertugas untuk meninggalkan ruang tersebut.

"Hannah.. Saya minta maaf jika selama ini saya pernah menyakiti hatimu.. Tapi pada saat ini saya mohon kerjasama dari Hannah untuk memberikan keterangan mengenai suami Hannah.. Apa tujuan dia pergi ke sana.. untuk apa dan sebagainya." Fozi mengamati wajah sayu yang dulu pernah dekat dengannya. Sayang masa itu dia masih terlalu muda dan kerjayanya baru saja bermula.

"Baik..Tapi buat masa ini saya kena balik dulu. Kerana dah seharian saya bawa razey di balai ini. Kesian dia dah kepenatan. Esok.. InsyaAllah saya datang semula.." Fozi mendengar jawapan Hanna sedikit keras. Dia faham dan sangat mengerti, Hannah pasti sangat membenci dirinya saat ini.

"Humm.. Baiklah, Mari saya hantar awak balik..." Fozi mempelawa untuk menghantar Hannah tapi dengan penuh angkuh Hannah menolak.

"Terima kasih.. saya naik teksi saja.." Hannah segera beredar dari balai tersebut dan tanpa sepatah kata meninggalkan Fozi dengan  pelbagai fikiran yang berkecamuk dikepalanya.

—–

Walaupun hatinya hancur berkecai, Hannah tetap berusaha kuat. Di rumahnya, Dia mengambil upah menjahit untuk menyara kehidupannya dua beranak.

Sementara itu, keterangan Hannah beberapa hari lepas dapat membantu pihak polis menangkap lanun-lanun yang giat aktif di perairan Semporna.

Hingga ke saat ini, Hannah masih tidak percaya dengan kenyataan takdir yang Assraf sudah pun pergi meninggalkannya.. Dia sangat menghormati Assraf dengan sifat soleh, sabar dan bertanggungjawab terhadap dirinya selama mereka bersama. Tidak pernah sekalipun Assraf cuba untuk menyakiti hatinya malahan Assraf selalu cuba untuk membahagiakannya.Tapi ajal dan maut di tangan tuhan.. Assraf pergi meninggalkan dirinya untuk selamanya...

Manakala Fozi.. berpangkat chief Inspektor yang  disegani kerana mampu memberkas dan menyelesaikan masalah lanun di negeri Sabah. Namun ketika ini, dia amat menyesal dengan tingkahlakunya dahulu dimana dia merayu Hannah untuk menggugurkan kandungan..Dia tidak menyangka yang dia sungguh tidak berperikemanusiaan dulu.

—–

Enam bulan berlalu... Hannah kembali merenung lara diri... Sungai ditepi hutan kembali menjadi saksi hidupnya.. Burung burung dihutan itu kembali diperhatikannya ketika sedang mencari ikan dari sungai... Hidup ini memang harus diteruskan dan dihadapi dengan tabah... seperti burung itu tetap berkeliaran disekitar sungai... Hembusan angin senja meniup dedaun dai hutan yang menerpa kewajahnya...

Hannah tidak mau terlena dengan kejadian yang baru sahaja menimpanya.. Dia berjanji akan tetap menyayangi Razey sepenuh hati, sepertimana Assraf menyayangi anaknya walaupun bukan dari darah dagingnya...Dia akan bekerja untuk menyara kehidupan sehariannya. Kenangan bersama Assraf biarlah dia sematkan rapi didalam hatinya. kerana dia tahu rahman selalu mengajarnya erti cinta dan sayang.... dan Fozi..

"Hannah..." Fozi berjalan menghampirinya. Dengan perlahan lelaki itu duduk di sebelahnya.

"Dari mana awak tahu..." Fozi menutup mulut Hannah dengan jarinya..

"Sekali lagi saya pohon kemaafan pada Hannah..Sudikah awak menerima maaf dari ku, Hannah??"

Suara kepakan sayap burung-burung dihutan itu semakin menambahkan Lara di hati Hannah... Dia hanya mampu terdiam... Memandang mata Fozi yang merenunginya... Angin petang kembali berhembus lembut menyentuh kalbu dan membiarkan dua insan yang duduk diatas batu di tepi sungai itu saling memandang antara satu sama lain......………………….
 (TAMAT)

Tiada ulasan: