Halaman

Lelaki Sejati

*gambar sekadar hiasan
Salam 12.20 pagi,

Mesti korang semua terkejut pasal papa buat N3 tetengan malam buta ni. hurmm itu bermakna papa tak boleh tidur.. kekeke.. Jadi untuk memenatkan mata papa ni papa nak bercerita kat korang semua pasal LELAKI SEJATI. Pelikkan bunyinya.. Akcely ini cuma pendapat papa mengenai lelaki sejati, kerana bagi papa dalam zaman sekarang ni memang susah nak mencari lelaki yang betul-betul sejati.. walaupun dari segi paras rupanya sempurna tapi belum tentu tingkahlakunya mulia dan begitu juga sebaliknya. so kat sini papa nak buat satu cerita agar korang semua faham apa itu ERTI LELAKI SEJATI....

Kisahnye bermula macam ini...

Ada seorang budak lelaki yang bertanyakan soalan kepada ibunya. "Ibu, bagaimana.. abang(saya) boleh menjadi seorang lelaki sejati?" lantas si ibu menjawab.

"Abang....,
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari tubuh badannya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya kepada orang yang berada disekelilingnya...
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang garau dan lantang, tetapi dari kelembutan tutur katanya mengatakan kebenaran....
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari berapa ramai jumlah sahabat di sekelilingnya, tetapi dari sikapnya bersahabat pada generasi anak muda dan bangsa....
Lelaki Sejati bukan lah dilihat dari bagaimana cara dia dihormati ditempat kerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumahnya sendiri...
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kehebatannya berlawan, tapi dari sikap bijaknya memahami segala persoalan yang mendatang...
Lelaki Sejati bukan lah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hatinya yang berada disebalik dadanya itu....
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kemerduannya membaca kitab suci, tetapi dari kefahaman dan kosistennya dia membaca apa yang dia baca...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari berapa ramai wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya... dan
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah berat DUMBEL yang diangkat, tetapi dari ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan...."

Si Ibu meneruskan kata...
"Jadi sekarang ini abang dah faham erti Lelaki Sejati" soal si Ibu..

Budak lelaki hanya merenung melihat si ibu berkata-kata. Dia sendiri tidak pasti adakah dia boleh mejadi Lelaki Sejati seperti mana yang si Ibu katakan padanya..

notaKASUTpapaQ:-

Kalau anda rasa anda da cukup sempurna menjadi seorang LELAKI SEJATI, papa nasihatkan renung2kan lah kembali.... opsss alamak terlebey suda.....

Tiada ulasan: