Halaman

Sungguh Bererti


Salam 7.50pagi..salam

Salam kepada semua. Papa terlebih dahulu ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog. bukan pe lately ni papa bz dikit. banyak kerja sangat2.. ok la papa tak nak lah cerita bebanyak kat sini. cuma papa nka buat N3 yang bagi papa SUNGGUH BERERTI....

Setiap daripada kita mempunyai IMPIAN didalam hidup. Betul tak? Bermacam-macam usaha kita lakukan untuk menggapai impian tersebut. Semua waktu dan fikiran kita gunakan untuk menggapainya. Tetapi disaat KEGAGALAN menjenguk kita, KEKECEWAAN yang amat mendalam akan merajai kita...

Ketika itu mungkin kita terlupa.
Bahawa setiap perkara kecil di dalam hidup kita juga amat bererti

Ramai yang terasa kehilangan kita disaat kita mula absent untuk makan bersama dirumah. Ada yang merindui kita, saat kita tidak lagi membacakan kisah dongeng dan mengucapkan selamat malam padanya....

Ada juga yang memikirkan kita, dikala kita seharusnya telah baring disisinya. Kita juga mungkin pernah melakukan satu kesalahan dalam meraih impian kita. Hinggalah kita menemui kegagalan. Mungkin itu bukan kesalahan besar. Kerana kita masih lagi boleh mencuba dan terus mencuba.


Tapi yang paling penting ialah kita selalu melakukan sesuatu perkara dengan berlandaskan CINTA

Membancuh secawan kopi untuknya dengan cinta, membaca kisah dongeng untuk si kecil dengan penuh cinta. Cuba tinggalkan semua kerja untuk sementara, dan pergi baring disampingnya dengan penuh CINTA. Siapkan sarapan pagi untuk keluarga dengan CINTA. Tinggalkan pesanan untuk si dia, katakan betapa kita mencintainya. Seterusnya cuba kita kira, berapa perkara yang kita lakukan dalam sehari dengan penuh cinta.

Dan cuba lihat hasilnya yang pasti sungguh menakjubkan.. Kerana setiap perkara kecil yang kita lakukan, adalah peraka yang amat besar maknanya untuk kita di masa hadapan...

Jadi Renung-renungkan.. Selamat Berfikir...

JOM JADI BIJAK!!! (pinjam ayat member papa) huhuhh

Tiada ulasan: