Halaman

TUJUAN BERBLOGING!!!!


Salam 9.29 Malam

Kabare semua.. Waras malam ni? Papa ok je. sihatttt Siuman... Akcely N3 papa kali ni nk terangkan kat SEMUA orang apa tujuan papa BERBLOGGING sebenarnya.. COZ papa dah naik jemu la nak menjawab pertanyaan orang kenapa mengapa sebab apa bagaimana papa BERBLOGGING ni.. ok ok.. tak nk buang masa lagi biar papa jelaskan ok.. sebelum tu papa nak tanya korang tahu tak apa itu NASKAH HIDUP? haa tahu ke tak? kalau tak tahu biarlah papa perjelaskan ok.. disebabkan NASKAH HIDUP ni juga la yang mendorong papa BERBLOGGING.
NASKAH HIDUP bagi papa adalah satu kepercayaan, tujuan, falsafah dan keinginan kita. Kesemuanya papa rangkumkan menjadi satu NASKAH HIDUP. Naskah ini kadangkala tertertulis melalui setiap kejadian yang kita lalui setiap hari, setiap pengajaran yang kita terima tertulis menjadi bait perkataan didalam NASKAH HIDUP.

Tetapi papa nak habaq NASKAH HIDUP papa masih belum sempurna lagi ok. papa kata masih belum sempurna kerana ia masih di cetak dalam otak papa. untuk makluman korang la kan ketika kita mencapai tahap kesedaran yang betul2 memuaskan, setiap perkara yang tertulis kat dalam otak kita akan berubah sepenuhnya menjadi NASKAH HIDUP,

Hinggalah satu ketika kita melalui suatu pengalaman yang baru, secara automatik sel-sel ingatan di akal kita mencari part naskah yang sesuai dan mengambil keputusan berdasarkan naskah yang telah disimpan. Dan last sekali, naskah perlulah di zahirkan.. maksud papa ditulislaa.. agar tujuan hidup menjadi lebih jelas. bagi papa lah kan. sekiranya takder naskah ni, sebuah perjalanan kehidupan akan menjadi tidak terurus dan kelam kabut. Begitu jugak dengan kehidupan, naskah yang ada perlulah di susun di atur dan dirancang elok-elok. pastikan setiap tujuan, kepentingan, harapan, impian disunting dan diPUBLISHkan dalam kehidupan seharian.

Tapi cara untuk mengadaptasikan dalam kehidupan itu terpulang pada diri masing-masing dan bagi papa. papa meggunakan medium BLOGGER ni tuk mentafsirkan dan menzahirkan segala naskah papa yang lepas dan insya allah akan datang. ok. faham?

so papa harap korang faham le dengan penerangan papa ni. kalau tak faham gak. susah la papa nk cakap lagi.. huhuh

ok la.. dah penat nak xplain.. papa akan sambung lagi N3 papa di masa2 akan datang ok...

SALAM


notaKASUTpapaQ;
tidak salah untuk kita berkongsi kisah hidup kita yang lepas sekiranya ia mendatangkan kebaikan kepada orang lain... bak kata member papa yang papa gelar USTAD "JOM JADI BIJAK!!!!

Tiada ulasan: