Halaman

BUATLAH YANG TERBAIK DAN BERBAHAGIALAH UNTUK HARI INI



Salam 10.26 malam..... selamat malam pada semua pengunjung blog papa... semoga hari ini memberikan seribu kebahagiaan kepada korang.... sedikit kata dari papa untuk korang
semua...

" Kita langsung tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada hari esok, yang boleh kita lakukan ialah buat kebaikan sehabis boleh dan cuba untuk mengecapi kebahagiaan pada hari ini"

Semoga kata-kata papa diatas dapat memberikan inspirasi kepada korang dan diri papa sendiri untuk buat yang lebih terbaik pada hari ini, esok dan pada hari-hari seterusnya. Let's do the best we can do and Lets be Smart(Jom Jadi Bijak), bergembiralah dan bersyukurlah kerana kita masih di beri kesempatan.....



Papa 26042011102645

Sungguh Bererti


Salam 7.50pagi..salam

Salam kepada semua. Papa terlebih dahulu ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog. bukan pe lately ni papa bz dikit. banyak kerja sangat2.. ok la papa tak nak lah cerita bebanyak kat sini. cuma papa nka buat N3 yang bagi papa SUNGGUH BERERTI....

Setiap daripada kita mempunyai IMPIAN didalam hidup. Betul tak? Bermacam-macam usaha kita lakukan untuk menggapai impian tersebut. Semua waktu dan fikiran kita gunakan untuk menggapainya. Tetapi disaat KEGAGALAN menjenguk kita, KEKECEWAAN yang amat mendalam akan merajai kita...

Ketika itu mungkin kita terlupa.
Bahawa setiap perkara kecil di dalam hidup kita juga amat bererti

Ramai yang terasa kehilangan kita disaat kita mula absent untuk makan bersama dirumah. Ada yang merindui kita, saat kita tidak lagi membacakan kisah dongeng dan mengucapkan selamat malam padanya....

Ada juga yang memikirkan kita, dikala kita seharusnya telah baring disisinya. Kita juga mungkin pernah melakukan satu kesalahan dalam meraih impian kita. Hinggalah kita menemui kegagalan. Mungkin itu bukan kesalahan besar. Kerana kita masih lagi boleh mencuba dan terus mencuba.


Tapi yang paling penting ialah kita selalu melakukan sesuatu perkara dengan berlandaskan CINTA

Membancuh secawan kopi untuknya dengan cinta, membaca kisah dongeng untuk si kecil dengan penuh cinta. Cuba tinggalkan semua kerja untuk sementara, dan pergi baring disampingnya dengan penuh CINTA. Siapkan sarapan pagi untuk keluarga dengan CINTA. Tinggalkan pesanan untuk si dia, katakan betapa kita mencintainya. Seterusnya cuba kita kira, berapa perkara yang kita lakukan dalam sehari dengan penuh cinta.

Dan cuba lihat hasilnya yang pasti sungguh menakjubkan.. Kerana setiap perkara kecil yang kita lakukan, adalah peraka yang amat besar maknanya untuk kita di masa hadapan...

Jadi Renung-renungkan.. Selamat Berfikir...

JOM JADI BIJAK!!! (pinjam ayat member papa) huhuhh

Surat Papa Untuk.....Shue

Salam 02.03 pagi.

Malam ni setelah kepenatan berjalan2 dengan Azie Pelangi, Papa ingatkan hendak merehatkan diri sahaja. Tetapi entah kenapa Fikiran papa asyik melayang jauh. Jauh mengenangkan kenangan terindah yang pernah papa lalui.. Lantas papa ringankan jari jemari papa untuk menekan keyboard lappy papa untuk menulis sedikit kenangan yang terindah pernah papa lalui. Mesti korang tertanya mengenai tajuk N3 papa kali ni kan? dah tak perlu nk tertanya-tanya lagi ok. just baca je.. kerana kali ni papa nk kongsikan sat indah itu untuk korang semua.... selamat membaca.....

Malam semakin dingin, angin malam meniup sepoi bahasa sehingga menusuk menyentuh kedalam tulang. Aku bangun dari pembaringanku, lantas pergi ke sudut meja tulis dan menggapai diariku. Seperti biasa, ku gapai sebatang pen dan ku coretkan segala kisah yang terdetik di mindaku....

'Sayangku Shue, dah satu malam aku asyik gelisah, Sejak malam semalam, hinggalah pagi ini. Shue nak tahu tak? Aku ada menulis surat untukmu. Kelakarkan... Kerana aku sendiri tidak tahu, adakah aku dapat memberikan helaian surat ini kepadamu. Tapi dengan harapan yang nipis aku harap Shue dapat membacanya disini.

Aku juga tidak tahu, bilakah masanya Shue akan membaca catatan ini. Tapi selagi aku hidup, selagi aku ada ruang untuk menulis, aku akan selalu mencari masa untuk menulis untukmu Shue. Tentang Shue dan juga tentang diri kita..

Shue nak tahu? inilah isi kandungan surat yang aku tulis untukmu..

Shue ku Sayang,
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kerana menulis warkah ini untukmu. Aku juga harap ini bukanlah surat yang terakhir untukmu.. dan rasanya ini adalah kali kedua aku menulis sesuatu untukmu. Shue masih ingat yang pertama kan? Betul, tulisan diatas sehelai kad ucapan saat pertama kali aku memberikan hadiah untukmu. Sayang sekali kad itu dah takder dah hilang. Kad itu juga merupakan satu tanda permulaan di mana kita mula merangkai kasih..

Shue,
Aku nak kau tahu bahawa hari ini merupakan hari yang amat sukar bagi aku sejak aku mengenalimu.. Sejak malam semalam, masa kali terakhir Shue berikan sms kepadaku, aku menjadi sedih. Tengah hari semalam aku pergi ke shopping complex, keluar masuk kedai memerhati setiap rak meja kaca. Meneliti, menilai, memilih supaya aku boleh mencari untuk mu sebentuk cincin. Dan membelinya, meletakkannya didalam kotak baldu kecil. Saat itu hatiku cukup gembira kerana membeli cincin itu. Cincin dengan permata berwarna UNGU warna kegemaran kitakan Shue.. dan hanya kita berdua sahaja yang tahu kenapa kita meminati warna UNGU.. Shue tidak tahu perasaan aku masa membawa cincin itu balik bersamaku. berdebar debar Shue, berdebar saat akan menyarungkan cincin itu ke jarimu. Berdebar saat membayangkan ekspresi mukamu ketika Shue menerima cincin pemberian ku ini. Namun Shue, Beberapa jam kemudian, hanya beberapa minit setelah aku bagi tahu Shue melalui sms, Kesedian memenuhi ruang hatiku. Saat aku menulis kepadaku agar aku tidak perlu membalas sms darimu. Aku menjadi bingung, Tapi kenapa? aku tahu hatimu sedih. hinggalah sekarangkan..?

Shue...
Aku cuba untuk tidak mengingati semua ini. Kesedihan, kegelisahan, kebingunganku kerana seharian tadi aku tidak dapat menghubungimu. Arggghh... Shue pun tahukan macam mana rasanya. Saat segalanya bercampur aduk, fikiran berserabut, saat petanyaan demi pertanyaan muncul satu persatu di fikiranku. Dan Shue nak tahu? satu pertanyaan pun tak ada yang terjawab. Aku hanpir mencampakkan henponku, ketika berkali-kali aku cuba menghubungimu tetapi gagal. ARGHHHH... kenapa harus aku tulis semua ini? untuk apa aku mengulangi kembali kesakitan hatiku ini? terus terang hatiku bertambah sakit. langusng tidak meredakan derita hari ku ini. Shue tahu tak apa yang aku rasa?!!! CUKUPLAH.. Semua ini tidak membantu aku mahupun dirimu...

Shue ku sayang,
Mungkin aku tidak dapat memahami hatimu sepenuhnya, perasaanmu, kesedihanmu, KETAKUTANmu untuk kehilangan diriku. Aku sedar perbezaan diantara kita. Kau juga ada menyatakannya ketika kau memberikan surat kepadaku. berkali-kali kau nyatakanya. Aku faham dan aku tahu.. walaupun kau tidak pernah memberitahu aku. Aku betul betul bersimpati kepada dirimu Shue. Sekalipun rasa takut kehilanganmu terus membanyangi diriku. Shue ingat lagi kali pertama Shue bagi tahu aku pasal sakitmu? Malam itu aku cukup takut dan amat takut akan kehilangan dirimu. Tetapi setelah Shue tenangkan hatiku bahawa Setiap insan yang hidup dimuka bumi ini tetap akan pergi, saat itu juga aku harus terima kenyataan yang kehadiran diriku tidak dapat merubah TAKDIR. Masa itu aku rasakan dunia ini KOSONG. tiada apa-apa maknanya sudah Shue.... Adakah kau juga merasakan apa yang aku rasa saat ini? Tetapi lebih terbeban bagimu? Apakah kau merasa yang aku tidak akan berada didalam hatiku lagi? Adakah kau fikir aku tidak akan mengingatimu lagi? Apakah aku akan melupakanmu untuk selama-lamana bila kau sudah tiada? Tidak Shue.. Langsung tidak... Hingga saat ini aku tetap akan menyayangi dirimu Shue.. Tetap dan tidak akan pernah berubah...

Shue,
Aku nak tanya Shue satu soalan. Andai kata Shue tidak melalui segala penderitaan yang DIA berikan, Adakah aku akan selalu berada dekat dengan dirimu? Kalau semua yang kau perlukan aku akan penuhi, adakah kau akan menyayangiku? Cuba pula Shue tanyakan soalan itu kembali kepadaku. Mengapa aku menyayangimu? Untuk apa aku menaruh hati kepadamu? Aku akan jawab, KERANA kau memenuhi kekeosongan yang ada di hatiku. I Love You Because I Love You!! Aku tak tahu bagaimana lagi untuk aku menjelaskan kepadamu lagi. Aku hanya mencintaimu... Aku hagai, aku menikmati setiap saat pengalaman yang kita lalui bersama. Shue tahu tak? aku rasa kita masih lagi menyayangi antara satu sama lain. Cuma berlainan keadaan dan dunia. Tanpa ada sebarang sentuhan tanpa sakit hati, tanpa rasa bersalah. Aku yakin Shue. kita akan tetap saling menyayangi.

Shue,
Saat aku berfikir tentang hubungan kita? aku melihat bahawa ketakutan untuk kehilangan yang kita miliki merupakan satu perkara yang cukup menyiksakan... Apapun Shue, hatiku, perasaanku, sayangku, cintaku kepadamu tidak akan berubah walau pun kau sudah tiada lagi di dunia ini. Ia tetap akan terus macam ini selamanya. NO MATTER WHAT!!! WE WILL FOREVER LOVE EACH OTHER!! Itu yang aku mahu. Itu yang aku harapkan.

I Love you so much, i still and always do. I will always care for you, FOREVER. I will always think and pray for you. I Believe it is my destiny to be your special person in your life...

Aku doakan semoga Shue berbahagia di sana.. dan ditempatkan bersama dengan golongan hambanya yang dikasihi...


notaKASUTpapaQ:-
papa berharap sangat apa yang papa tuliskan ini dapat dibaca olehnya.. WALAUpun ia agak MUSTAHIL untuk difikirkan dengan AKAL yang SIHAT.....

Nantikan surat papa untuk kali terakhir untuk Shue... Insya Allah papa akan masukkan pada N3 yang akan datang......




Detik Sedih

Salam 9.00 malam

Sedih terasa malam ni. Bile terpaksa berpisah lagi dengan keluarga. Papa akui sepanjang 2 minggu papa berada di kampung memang cukup menggembirakan hati papa. Manakan tidak papa berada disamping keluarga yang tercinta, mak ayah, adik beradik semua. Walaupun xbanyak aktiviti yang paa buat kali ni. Tapi papa seronok sgt, dapat buat family gathering sampai 3 kali. Heehe.. gempak tak gempak...

Akcely papa skrg ni berada di airport tawau. Tengah bersiap sedia untuk berlepas ke kuala lumpur. Tadi sempat la juga family papa hantar papa pergi airpot. Tapi memandangkan flight delay so terpaksalah papa suh dorang balik dulu. Kesian plak terpaksa menunggu lama kan. Mase salam bersalaman tadi seperti biasa lah airmata tidak akan ketinggalan untuk mengiringi pemergian papa. Hurmm nak wat cm ne kan, rezeki papa di tempat orang.. hummm akcely gak papa takder mood nak update blog paa ni. Memandangkan semalam merupakan tarikh keramat buat papa. Tarikh pe cerita pe. Cuba baca n3 papa yang lepas....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Buat Insan Yang Pernah Ku Sayangi..

Buat Insan yang pernah PAPA sayangi... Intan Shureyana bt Mohd Kamal. ..ketahuilah walaupun kau sudah berada jauh dari alam maya ini. Kasih Papa pada mu tetap akan utuh sampai bila-bila...

1+4+3+7 = I Love You Forever...

Udara dingin menemaniku

Angin berhembus dengan lembut

Dengan suara itu aku termenung

Sementara daun-daun ketika itu telah basah

Derap langkah kaki terdengar nyata

Dan aku waspada pada bahaya

Ternyata ia menghampiriku

Di malam yang sungguh sunyi

Rupanya aku tak sendirian

Aku ditemani oleh nisan manisnya

Aku hanya ingin bersamanya

Tiada yang lain di hatiku

Selain dirinya

Aku terus berkhayal

Angin tiba-tiba bertiup kencang

Terdengar keras salakan anjing

Ternyata ia semakin dekat

Ia menghampiriku

Aku tersenyum

Ia juga tersenyum

Aku menundukkan kepala

Adakah ia tak mau meninggalkan dunia ini?

Untuk apa dia kembali?

Ya, Tuhan,

Tenangkanlah dia

Tempatkan dia di tempat yang indah

Aku ingin pergi saja

Sudah cukup untuk malam ini

Aku mulai melangkah

Dan ia pun tersenyum

Aku membalas senyumannya

Lalu ia menghilang

Selamat tinggal kekasihku

14/04/2011~2.30am~bilik papa

Lelaki Sejati

*gambar sekadar hiasan
Salam 12.20 pagi,

Mesti korang semua terkejut pasal papa buat N3 tetengan malam buta ni. hurmm itu bermakna papa tak boleh tidur.. kekeke.. Jadi untuk memenatkan mata papa ni papa nak bercerita kat korang semua pasal LELAKI SEJATI. Pelikkan bunyinya.. Akcely ini cuma pendapat papa mengenai lelaki sejati, kerana bagi papa dalam zaman sekarang ni memang susah nak mencari lelaki yang betul-betul sejati.. walaupun dari segi paras rupanya sempurna tapi belum tentu tingkahlakunya mulia dan begitu juga sebaliknya. so kat sini papa nak buat satu cerita agar korang semua faham apa itu ERTI LELAKI SEJATI....

Kisahnye bermula macam ini...

Ada seorang budak lelaki yang bertanyakan soalan kepada ibunya. "Ibu, bagaimana.. abang(saya) boleh menjadi seorang lelaki sejati?" lantas si ibu menjawab.

"Abang....,
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari tubuh badannya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya kepada orang yang berada disekelilingnya...
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang garau dan lantang, tetapi dari kelembutan tutur katanya mengatakan kebenaran....
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari berapa ramai jumlah sahabat di sekelilingnya, tetapi dari sikapnya bersahabat pada generasi anak muda dan bangsa....
Lelaki Sejati bukan lah dilihat dari bagaimana cara dia dihormati ditempat kerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumahnya sendiri...
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kehebatannya berlawan, tapi dari sikap bijaknya memahami segala persoalan yang mendatang...
Lelaki Sejati bukan lah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hatinya yang berada disebalik dadanya itu....
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kemerduannya membaca kitab suci, tetapi dari kefahaman dan kosistennya dia membaca apa yang dia baca...
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari berapa ramai wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya... dan
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah berat DUMBEL yang diangkat, tetapi dari ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan...."

Si Ibu meneruskan kata...
"Jadi sekarang ini abang dah faham erti Lelaki Sejati" soal si Ibu..

Budak lelaki hanya merenung melihat si ibu berkata-kata. Dia sendiri tidak pasti adakah dia boleh mejadi Lelaki Sejati seperti mana yang si Ibu katakan padanya..

notaKASUTpapaQ:-

Kalau anda rasa anda da cukup sempurna menjadi seorang LELAKI SEJATI, papa nasihatkan renung2kan lah kembali.... opsss alamak terlebey suda.....

MEMAAFI BUKAN PERKARA MUDAH!!!!

Salam 2.00 pagi

Maaf, papa menulis lagi dipagi yang dingin ini. akcely papa tak boleh nak melelapkan mata. entah kenapa malam ni papa rasa perasaan papa seperti ada yang tak kena. tambahan pula ditambah dengan insiden yang betul-betul membarakan hati papa. selepas tu senang-senang nak minta maaf. papa pernah buat N3 mengenai MAAF cuba rujuk disini.

kadang kala kita sebagai manusia biasa pasti pernah melakukan kesalahan kan? Sebagai manusia kita memang tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan dan mulut kita juga pasti tidak pernah lekang dari mengucapkan kata maaf. ye lah selepas melakukan kesalahan, memalukan orang lain, menghina orang lain, memburukkan orang lain pas tu minta maaf. kita sebagai insan yang berhati lembut pula mudah untuk memaafi. walhal perkara tersebut cukup mengguriskan hati dan perasaan kita.

Saat kita merasa bersalah kepada orang lain seharusnya kita meminta maaf pada orang tersebut diatas segala kesalahan yang telah kita lakukan. begitulah juga sebaliknya, ketika kita menyedari ada orang lain yang melakukan suatu kesalahan terhadap diri kita. sudah tentu ada keinginan dalam diri kita agar orang itu meminta maaf diatas kesalahan yang telah dia lakukan. dan apa yang paling penting adalah untuk tidak mengulangi segala kesilapannya lagi. TAPI... bagaimana sekiranya kesalahan itu seringkali diulangi lagi dan lagi? pas tu minta maaf minta maaf minta maaf berkali-kali.. perlukah kita memaafkannya lagi? apakah MUDAH untuk kita MEMAAFI dan ADAKAH mudah untuk MENGULANGI kesilapan itu lagi. bagi papa, MAAF ITU BUKAN MUDAH UNTUK DILAFAZKAN!!! dan BUKAN MUDAH UNTUK PAPA MEMAAFKAN!!

Sejujurnya minta maaf itu memang amat mudah. Tapi apa yang kita lakukan setelah meminta maaf itu yang susah. boleh ke kita tidak mengulangi kesalahan yang sama? sia-sia saje kita meminta maaf sekiranya maaf itu hanya keluar dari ucapan sahaja.sedangkan sikap kita tidak menunjukkan perubahan, tak ada penyesalan atas apa yang telah kita lakukan..

Jadi, Moral of the story Jangan kita hanya mampu mengucapkan kata maaf. Tapi cuba untuk tunjukkan bahawa kita sudah menyesal dengan kesalahan yang telah kita lakukan dan kita buktikan penyesalan kita dengan cara tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama.. Ada faham....?


notaKASUTpapaQ:-

KEPADA 'COW' kali ni tiada maaf lagi untuk mu... aku dah jemulah. bosan na muak dengan perangai COW. kenapa mesti COW nak canangkan satu dunia ni pasal diri aku? apa salah aku? aku tak pernah nak usik kau dan keluarga kau. so plss jangan ganggu aku dan keluarga aku...


KEADAAN KEWUJUDAN KENYATAAN Bhgn 2

Salam 11.05 malam..


Semalam papa ada bercerita mengenai KEADAAN KEWUJUDAN KENYATAAN tapi tak sampai habiskan kira PART 1 je. huhuh so malam ni PAPA cuba merungkaikan dengan lebih lanjut mengenai N3 papa. so kepada sesapa yang membaca N3 papa semalam tu yang tak faham. Papa minta maaf bebanyak sebab itu bermakna anda semua belum lagi menemui kendiri ataupun kehidupan anda. BUWERKK.... OK OK OK papa tak nk buang masa. biar papa sambung semula ok....

Samb:- KEADAAN KEWUJUDAN KENYATAAN

Pengetahuan terhadap sebab KEWUJUDAN sesuatu adalah sangat membantu kita untuk mengungkap dan menyelesaikan sesuatu yang dianggap MASALAH. Jawapan diatas persoalan 'mengapa kita merasa sangat kecewa bila dibohongi ataupun ditipu?' dan 'perlukah kita merasa kecewa hanya kerana perkara tersebut?' yang akan menjadi petunjuk utama didalam keupayaan menjawab persoalan tersebut adalah ' APAKAH hikmah yang kita dapat dari perasaan bosan, kecewa, cemas, takut, binggung, putus asa dan menyesal dari apa yang kita rasakan?

PAPA boleh menganggap bahawa perasan perasaan itu sebagai RUANG. RUANG yang telah disediakan oleh TUHAN, agar kita berkeinginan untuk berfikir sejenak dan berhenti dari sebarang rancangan kehidupan yang kita sendiri susun dan dan berfikir semula dengan apa yang telah kita jalani dan telah kita capai. RUANG agar kita berhenti sejenak untuk mengerti dan memahami kisah kita dimasa silam dan masa kini dan apa yang perlu kita harapkan untuk masa-masa yang akan datang serta melakukan perancangan dan pencapaian.

Papa sendiri boleh menikmati rasa bosan, kecewa dan sebagainya, perasaan yang telah papa rasakan sebagai keupayaan didalam mencapai pengetahuan, pengertian dan pemahaman tentang perkara tersebut. Andai kata perasaan itu diiringi dengan satu hikmah, maka papa tak ingin kehilangan segala nikmat yang telah TUHAN berikan. Segala perasaan yang Tuhan WUJUD kan, hinggakan kebanyakannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata, tentu lebih bererti jika kita mensyukuri dan menikmatinya. Hanya dengan itu kita sanggup menggapai ketenangan dan merancang percalanan menuju kebahagiaan. KERANA "dengan mengeluh sahaja hanya akan membatasi dan menghalang diri kita dari CAHAYA KEBAHAGIAAN'.

Papa fikir, naik dan turunnya keyakinan diri dimulakan dengan ke-BINGUNG-an, ke-GELISAH-an, ke-RISAU-an dan ke-KECEWA-an. Kerana sebelum naik atau turun ke suatu tahap, diri kita akan mengalami PERUBAHAN.(disini PAPA anggap PERUBAHAN sama dengan RUANG) dan masa PERUBAHAN inilah kesempatan paling penting untuk menjawab segalanya. ADAKAH kita hendak berada di-ATAS ataupun berada di-BAWAH?

Jadi fikir-fikirkanlah, Papa bukanlah sesempurna manusia yang diciptakan. tetapi berdasarkan pengalaman yang telah dilalui papa rasa tak salah untuk papa berkongsi pendapat dengan anda semua kan? so.. JOM JADI BIJAK!!!!!

p.s: Papa minta maaf kalau penulisan ini membuatkan anda semua kurang selesa.... kalau ada kesilapan atau kesalahan didalam N3 papa kali ni.. tolong2 la tegur ok...

KEADAAN KEWUJUDAN KENYATAAN Bhgn 1

Salam 10.12 malam..

PAPA dah berfikir panjang... Atas sokongan kawan2 papa, mulai saat ini papa akan kembali kepada corak penulisan papa yang lama.. Walaupun cara penulisan papa yang lama agak berat. Tetapi bagi papa, melalui penulisan itu akan membuat sesorang itu akan lebih berfikir dengan lebih mendalam. Insya Allah...

So untuk permulaan N3 pada kali ini papa nak buat N3 yang akan membawa kita untuk merenung kembali kepada perjalanan kehidupan seharian kita.. ok..

Setiap hari, Siang akan berganti malam kemudian bersilih pagi dan kembali malam semula begitulah keadaan akan berterusan. Menjalani kehidupan harian, penat, tidur, dengan sedikit ketenangan, kehadiran sesuatu yang amat menyenangkan dan berbagai persoalan timbul, dan berulang kembali.

Bangun dari tidur, tersedar dari lamunan, dan kita perasan yang kita berada dalam kehidupan yang lain dari semalam. kita berada didalam kehidupan yang mungkin wujudnya hubungan dengan teman, sahabat, keluarga ataupun seseorang yang baru kita kenali. Dan kehidupan ini lah kadangkala membuatkan kita cepat merasa bosan, kecewa, gelisah, takut, bingung, putus asa, menyesal dan sebagainya.

Papa fikir, memang tiada satu makhluk pun di muka bumi ini yang ingin berada didalam kesusahan - diantaranya seperti merasakan dan melalui seperti yang papa nyatakan diatas tadi. Dapat dipastikan bahawa setiap tingkahlaku kita seringkali merujuk kepada harapan kebahagiaan kita, menikmati kehidupan seperti didalam kesah dongeng dan berupaya untuk mencipta suasana yang cukup aman dan damai. Hinggakan perasaan kita susah dianggap sebagai satu perkara yang menjadikan kita murung. Tetapi percayalah bahawa setiap perasaan yang dinyatakan diatas akan membuatkan diri singgah pada setiap yang mempunyai perasaan dan akal fikiran, tak kiralah dimana seekali pun.

Kebanyakan orang disekeliling kita, tak kira lah siapa pun - termasuk papa sendiri - seringkali hendak mengusir, menafikan, malahan menghancurkan perasaan-perasaan seperti itu. Sedangkan,"Tiada satupun ke-WUJUD-an di ada-kan dan meng-ada-kan tanpa hikmah", tidak terkecuali ke-WUJUD-an perasaan tersebut. Bukankah semua yang diciptakan oleh TUHAN YANG MASA ESA itu cukup bermanfaat untuk sesiapa saja yang tekun melakukan tafakur?(betulkan PAPA kalau PAPA salah)

Jika setiap ke-WUJUD-an itu dsertai ataupun memiliki hikmah, jadi bagaimana dengan BOSAN, KECEWA, GELISAH, TAKUT, BINGUNG, PUTUS ASA, MENYESAL dan sebagainya?

Keupayaan untuk menjawab persoalan itu dapat kita mulakan dengan mencuba mengetahui, Mengerti dan Memahami sebab kenapa munculnya perasaan tersebut. oleh yang demkian, kita harus memberikan renungan kepada sikap dan tingkahlaku kita sendiri didalam menjalani kehidupan; bagaimana kita menyapa persekitaran dan melaluinya. Bagaimana kita menilai setiap respon dipersekitaran kita; Mengapa kita rasa kecewa bila kita dibohongi? perlukah kita merasa kecewa hanya kerananya?

bersambung...

notaKASUTpapaQ;-
KENYATAAN adalah satu perkara yang harus kita TERIMA dengan REDHA... n thnks to ZAIDI JPM coz bg support kat PAPA. siap kalau tak KOMEN!!!

TUJUAN BERBLOGING!!!!


Salam 9.29 Malam

Kabare semua.. Waras malam ni? Papa ok je. sihatttt Siuman... Akcely N3 papa kali ni nk terangkan kat SEMUA orang apa tujuan papa BERBLOGGING sebenarnya.. COZ papa dah naik jemu la nak menjawab pertanyaan orang kenapa mengapa sebab apa bagaimana papa BERBLOGGING ni.. ok ok.. tak nk buang masa lagi biar papa jelaskan ok.. sebelum tu papa nak tanya korang tahu tak apa itu NASKAH HIDUP? haa tahu ke tak? kalau tak tahu biarlah papa perjelaskan ok.. disebabkan NASKAH HIDUP ni juga la yang mendorong papa BERBLOGGING.
NASKAH HIDUP bagi papa adalah satu kepercayaan, tujuan, falsafah dan keinginan kita. Kesemuanya papa rangkumkan menjadi satu NASKAH HIDUP. Naskah ini kadangkala tertertulis melalui setiap kejadian yang kita lalui setiap hari, setiap pengajaran yang kita terima tertulis menjadi bait perkataan didalam NASKAH HIDUP.

Tetapi papa nak habaq NASKAH HIDUP papa masih belum sempurna lagi ok. papa kata masih belum sempurna kerana ia masih di cetak dalam otak papa. untuk makluman korang la kan ketika kita mencapai tahap kesedaran yang betul2 memuaskan, setiap perkara yang tertulis kat dalam otak kita akan berubah sepenuhnya menjadi NASKAH HIDUP,

Hinggalah satu ketika kita melalui suatu pengalaman yang baru, secara automatik sel-sel ingatan di akal kita mencari part naskah yang sesuai dan mengambil keputusan berdasarkan naskah yang telah disimpan. Dan last sekali, naskah perlulah di zahirkan.. maksud papa ditulislaa.. agar tujuan hidup menjadi lebih jelas. bagi papa lah kan. sekiranya takder naskah ni, sebuah perjalanan kehidupan akan menjadi tidak terurus dan kelam kabut. Begitu jugak dengan kehidupan, naskah yang ada perlulah di susun di atur dan dirancang elok-elok. pastikan setiap tujuan, kepentingan, harapan, impian disunting dan diPUBLISHkan dalam kehidupan seharian.

Tapi cara untuk mengadaptasikan dalam kehidupan itu terpulang pada diri masing-masing dan bagi papa. papa meggunakan medium BLOGGER ni tuk mentafsirkan dan menzahirkan segala naskah papa yang lepas dan insya allah akan datang. ok. faham?

so papa harap korang faham le dengan penerangan papa ni. kalau tak faham gak. susah la papa nk cakap lagi.. huhuh

ok la.. dah penat nak xplain.. papa akan sambung lagi N3 papa di masa2 akan datang ok...

SALAM


notaKASUTpapaQ;
tidak salah untuk kita berkongsi kisah hidup kita yang lepas sekiranya ia mendatangkan kebaikan kepada orang lain... bak kata member papa yang papa gelar USTAD "JOM JADI BIJAK!!!!

Bukan Aku Tapi Dia....

Salam 2.33 Petang

Terlebih dahulu papa nk say maaf coz sebenarnya papa baru je recover semula mood papa dari berduka.. hurmm betul gak kata member-member papa, setiap yang ada di dunia ni hanyalah sementara hanya dipinjamkan sahaja.. so apa pun papa kena teruskan gak kehidupan..

Tapi, saat papa dah mula recover balik mood dan semangat papa, ada plak kejadian yang tak diingini terjadi. apa lah nasib kan.. ya, papa tak kisah dah tak kisah pasal soal hati ni. biarkan la. kalau betul-betul ada jodoh insya allah tuhan akan berikan gak. tul tak? so kepada dia yang pernah papa kasihi dan sayangi terima kasih atas segalanya. memang papa akui sungguh berat untuk papa menerima kenyataan ini. tapi nak wat cam mana kan. soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa... apa pun yang akan terjadi dan bakal terjadi, kena lah terima dengan hati yang terbuka....

Ok ok. tutup kisah kisah sedih dan duka. kali ni papa nk cerita aktiviti papa pagi tadi. akcely pagi tadi seawal 5.30 pagi lagi papa dah kuar pergi ke PASAR TAKADA dengan ma mom, ma sista, ma bro in law ma nephew awal gile kot. huhuh hari masih gelap lagi. huhuh. tapi ma sista kata klu tak pegi awal pagi kompom susah nk cari parking. nah kau memang betul pun seawal 5.30 tu pun dah ramai orang kat pasar takada tu. akcely Pasar takada ni seperti pasar minggu la.. jual barang2 basah like ikan, sayur etc. selain tu jual kuih muih, pakaian bundel dan yang paling best jual pets. huhu so bile papa tengok ada rabbit terus papa teringat kisah sedih.. :(( so apa lagi papa terus GRAB 2 ekor rabbit dari baka angora jenis lion head dengan bulu carpet. :) comel sgt2. huhuh.. so kira pagi tadi heppy sangat-sangat. so pas jenjalan kat pasar takada tu 2 3 round terus balik rumah. balik rumah asyik melayan BEN & BENNY tak sedar papa terlelap. huhuh almaklum r semalaman tak tido.. huhuh... sedar2 je ma older sista dtg dengan anak2 dia. pergh kecoh bisng bingit.. huhuh so dengan perasaan malasnya papa bangun. hehe tgok BEN dengan BENNY asyik je main kat atas meje.. huhuh.. budak baik sungguh... huhuh.. ok la cukup r citer tuk petang ni. nnt sambung lagi klu ada story menarik ok. sebelum tu pa pa nk hidangkan korang semua dengan lagu yang papa boleh katakan jadi tajuk drama tuk kisah papa dengan orang itu.. lagu dari nyanyian JUDIKA - BUKAN AKU TAPI DIA. dengar2kanlah ye.. lirik dia sungguh2 menyentuh perasaan..



BUKAN AKU TAPI DIA

berulang kali kau menyakiti
berulang kali kau khianati
sakit ini coba pahami
ku punya hati bukan tuk disakiti
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* ku akui sungguh beratnya
meninggalkanmu yang dulu pernah ada
namun harus aku lakukan
karena ku tahu ini yang terbaik

ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

repeat *

reff:
ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

cintaku lebih besar darinya
mestinya kau sadar itu
bukan dia, bukan dia, tapi aku

begitu burukkah ini
hingga ku harus mengalah

ku harus pergi meninggalkan kamu
yang telah hancurkan aku
sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

(cintaku) cintaku
(lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
cukup aku yang rasakan
(jangan dia) jangan dia
(jangan dia) jangan dia cukup aku

(jangan dia jangan dia) cukup aku
(jangan dia)
notaKAKIpapaQ
Thnks to ma fb frns yang sudi melayan papa chat semalam. smpi ke pagi dow. hehe.. rasa2nya dia terlelap kot kat depan lappy dia.. hehehe one more things BEN dan BENNY tu merupakan nama kepada RABBIT yang papa baru beli pagi tadi.. hehe.. ok...




TERKESIMA... TERKEDU...SEDIH..SEBAK

PAPA MENDAPAT CALL DARI SESEORANG YANG MENGATAKAN DIA YANG PAPA SAYANG TELAH MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR....

PAPA TERKEDU, TAK BOLEH NAK BERKATA-KATA, TETIBA PERASAAN SEBAK MELANDA DIRI PAPA. SEDIH RASA MACAM NAK BALIK KL JUGA SEKARANG NI...


R.I.P

DALAM KENANGAN.....

PAPA MINTA MAAF PASAL TAKDER DISISI MASA DIA MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR..

PAPA SANGAT2 RASA SEDIH....

PAPA TERASA KEHILANGANNYA SANGAT-SANGAT MASA NI...


............................................

LAZY, CANCELED, RAINING

Salam 7.02 malam.

malam yang sungguh meLAZYkan huhuh, takder la. cuma keadaan cuaca yang tak mengizinkan sejak dari pagi sampai lah sekarang. hujan hujan hujan. tak henti-henti. nak buat sebarang aktiviti outdoor pun tak menjadi. semua di CANCELED. kerja kerja PENAMBAKKAN laman tertangguh, Projek hangout kat luar malam ni pun tertangguh. semua tertangguh. Tapi apapun papa tetap rasa bersyukur kerana hujan turun almaklum lah dah beberapa hari papa kat tawau ni panas terik je..

akcely papa baru je mencelikan bijik mata . huhuh pagi tadi pas kuar g maxis repair tetapan internet, papa n family g cari hadiah tuk PAK papa.. cadangan pertama nk belikan JAM TANGAN tapi disebabkan perkara yang takdapat dielakkan kami tukar plan beli hadiah lain. so papa n da family ditemani adengan kak norma n asben pergi ke ESTERN PLAZA. cari lah hadiah apa yang sesuai. pusing punya pusing putar punya putar naik turun tingkat akhirnya kami sepakat belikan sepasang baju casual, seluar khakis dan sepasang kasut. harap harap PAK papa suke lah dengan hadiah pemberian kami tu. hehe.. so dah kebetulan cari hadiah tu PAPA dapat tahu anak FRUIT papa pun akan menyambut hari kelahirannya gak. huhuh adeh adeh ini bermakna..." Kacing kacing kacing" cduit kuar lagi. huhuh tak per bukan sellalu pun papa balik tawau ni kan. so papa dengana yang lian g la ke bahagian toys department. cari apa2 hadiah yang sesuai. tapikan sebenarnya bukan mudah nk mencari hadiah ni. WALAUPUN hanya untuk bebudak banyak perkara yang kita kena fikirkan sebelum membeli. so as usual pusing putar naik turun kami beli CAR REMOTE CONTROL. Rasanye itu yang sesuai kot tuk budak2 lelaki. kuikuikui.

dah selesai mencari hadiah SANG PERUT pulak membuat onar. bukan kerana memulas tapi kerana meraung KELAPARAN. so songgah jap kat food court bawah tu makan tengahari. pas makan berborak dan sebagainya papa n d famili amik keputusan balik je terus ke rumah, memandangkan hujan pun tak reda-reda lagi. so sukar dikit nak bergerak. sampai rumah je, papa terus balut hadiah yang telah dibeli. pas tu papa ZZZZZZzzzzzzzZZZZZZZ hehe until lah beberapa minit tadi papa bangun dan terus mengadap pc update blog papa ni.

akcely takder apa cerita yag menarik pun yang papa nk buat entry kat sini. tapi saje je nak buat entry untuk tatapan pengunjung2 blog papa. ahehe. lagipun rasa macam pelik pula bila papa tak update blog ni. coz bali papa blog ni merupakan diari papa. huhuh pelikkan? sepatutnya diari tu tuntuk bacaan dan simpanan peribadi bukan untuk tatapan UMUMkan? tapi papa tak kesah selagi papa boleh ceritakan dan kongsikan untuk semua. papa akan teruskan menulis. tapi kalau terlalu perbadi sangat papa takka la kongsikan disini ye... huhuh jan mara.....

Okaey la para pengunjung semua. takat n je la kot papa bercerita ceriti. nnt ada masa kita story mory lagi ok... apa pun jomlayan MUKA BUKU....

notaKASUTpapaQ:-
cubalah menggembirakan hati orang lain walaupun kita tengah berduka, insya allah apa yang kita cuba berikan kita akan dapat kembali... WHAT U GIVE u WILL GET it BACK!!! TRUST ME.....

SABTU ~ HUJAN

Salam 9.39 pagi

Kepada semua pengunjung Blog Papa Q. thnks atas sokongan anda selama ini.. Papa Hargai sangat-sangat. apa pun korang semua RAWK laa.. hehe.. tapi kepada orang orang yang suke nk buat semak kat blog papa ni. yang tak suke pada setiap entry papa ni.. dipersilakan dengan rasa TAK HORMATnya pergi jejauh ok... Papa tak luak pun klu korang tak kunjungi blog papa ni.. haih dah dah nak bebising plak papa pepagi ni...

Neway hari ni papa nk g Maxis center TETAPAN TENET MAXIS papa problem lagi. huhu susah tul la pakai hp canggih ni.. huhu jap lagi papa nk kuar sama ma sista CIEA. huhu tetiba lak ma mom kata nk ikut.. kuikui pantang anak duda nye ni g kuar jenjalan nak je ikut. haha.. ikut la mak tak salah pun.. hehe...

hari ni gak merupakan hari jadi pak papa.. PAK NORDIN SELAMAT ULANG TAHUN YA PAK!! MOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI... so memandangkan nak kuar jap lagi so ingat nak terus g cari hadiah tuk PAK papa ni.. hurmm nk bagi hadiah apa erk? nnt la cari now mmg no idea.. kuikuikui.... TAPI SPOIL betul la pagi ni.. huhu HUJAN LA PULOK!!!! kenapa!!!! kenapa mesti hari ni.. kenapa tidak semalam ke kelmarin ke... adeh... membantutkan plan papa je.. arghhh tak kesah la... hujan kek sajli kek panas kek.. papa tetep mau libur.. kahkahkah...

Ya Allah.. tetiba lak budak sorang ni menjerit terkejut papa.

"KECIK!!!!!!!! IKUT BA... huhuh"

na amik mu sorang lagi mau ikut.. kuang kuang kuang... dah ikut la ikut la satu lori ya... huhuh dah siap cepat..!!!!!


apa pun nnt papa story mory lagi ok.. ma sista dah nak kuar da.. dah memanggil dah tu.. ok cinchau soya bandung...


notaKASUTpapaQ:-

PADA YANG TAK SUKE BLOG PAPA TU. PAPA TAU KORANG TERTARIK PADA SETIAP POSTING PAPA. KALAU TAK MANA MUNGKIN KORANG SENTIASA JENGUK BLOG PAPA DAN BACA SETIAP KALI KAN....

RINDU & KEPENATAN

Salam 9.35 malam.. hurm.... ingat nk rest buat entry malam ni tapi jari jemari ni gatai nak menaip plak. akceli aku rindu banget ama aku punya PET's SIGEE ma IGUANA, CHOKIE ma SNAKE n JACK ma RABBIT. huhuh.. aku tak worry sgt pasal JACK tu pasal KAK ITA yang jaga. cuma aku worry kan si sigee n chokie je.. member yang jaga pets aku yg 2 kekor ni nak g kursus kat langkawi on 10 april ni. so macam mana ni.. adeh... aku plak tanggal 15 april baru sampai kl. huhuh macmamana la dengan makan minum dorang nnt.. ADA VOLUNTEER nak jaga ma PETS tuk 5 hari.. huhu klu ada sapa2 berminat hubungi PAPA ok... A.S.A.P.. petang tadi papa dengan satu famili bekerja keras menambak laman kat depan rumah. huhu gigih ni angkat batu-batu kerikil. saje nak cantikkan laman yang dah BECAK habis.. huhu. nak pijak pun penuh dengan air je. so bile dah letak batu2 tu takder lah becak lagi depan rumah tu.so disebabkan terpaksa membuat kerja2 buruh tu papa keletihan yang teramat sangat..sampai kan tangan papa ni melecet dah..tapi tak per demi keluarga papa sanggup berkorban..huhuh akcely papa dah lama tak buat kerja2 berat macam tu.. huhu almaklum la kerja opis duk bawah ekon je.. so bile dah buat kerja berat tu.. sesak gak la nafas.. huhu tambah2 lagi papa ni kaki rokok.. semput dehhh... apa pun malam ni papa nk bantai tido puas2. sok nak bangun bile matahari dah terpacak kat atas pala.. huhhuh bleh? ok la papa nk tito dulu.. niteee


KOSONG!!!!

*Aku nak menulis




*Tapi Sial




*Tidak ada sesuatu yang boleh aku tuliskan




*BLANK . . . . . . BLANK . . . . BLANK . . .

*Malam ni Rest dari membuat en3

Phanassshhh!!!!!

Salam 2.10 Petang..

Mak aih, cuaca kat tawau ari ni sungguh PANAS TERIK!!! pasa rasa macam nk terjun je kat dalam sungai.. akcely ari ni takder apa2 yang menarik pun yang papa buat. just membantu apa yang patut je.petang karang plak nak angkat batu nak timbus laman rumah yang becak.. hhuuh nampak gayanya papa terpaksa jadi buruh kasar la hari ni.. KONTRAKTOR.. kahkahkahkah... Oye papa nk habaq kat sini. semalam papa tido agak lewat gak la dalam kul 3 pagi macam tu kot. bukan kerana tak leh tido cuma papa smlm bergayut kat phone dengan someone yang pernah hadir dalam hidup papa. masa mula-mula sembang tu rasa macam pelik je. ye lah, antara kami dah takder apa2 dah. tup tup dia call plak. masa dia call plak lam jam 1pagi. huhuh layan je la lg pun papa tgh bosan sgt2. hehe. so banyak gak la yang diceritakan.. itu ini begitu begini sana sini. bla bla bla...sampai tak sedar dah kul 3 pagi.. apa pun seronok gak sembang dengan dia semula. tapi nak kembali semula dengan dia "SAY NO" Coz hati ku dah tertutup untuk dirimu.. akahssss


notaKASUTpapaQ
CARIlah INSAN yang benar2 mencintai dirimu. kerana dicintai adalah lebih baik dari menyintai... :P

KISAH DONGENG


Salam 10.59 malam..

mesti tertanya-tanyakan apa kisah dongeng yang papa nk ceritakan.. huhu.. takder pe la.. cuma papa nk kongsikan kat sini LIRIK lagu terbaru Stacy yang berjudul KISAH DONGENG.akcely lagu ni digubah sepenuhnya oleh EDRY ABDUL HALIM. bile mula2 papa tgok tajuk lagi ni papa fikir satu lagi lagu RANCAK yang akan stacy nyanyikan. tapi bile dah dengar lagu ni. mak aih ada kelainan dalam corak persembahan lagu stacy untuk single beliau kali ni.. lagu single stacy kali ni berentak ballad.. perghh.. memang sedap r... berulang2 kali papa dengar dan fahami lirik lagu ni.. memang menyentuh perasaan... so kat sini papa hidangkan korang dengan lirik lagu terbaru stacy ok.. KISAH DONGENG


KISAH DONGENG - STACY ANGIE

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Hari Yang Amat Meletihkan & Menggembirakan


Salam 8.01 Malam..

Hari ni seperti biasa, Takder benda sg nak wat. so celik bijik mata bersiap2 kuar. then dalam jam 10.00am macam tu ajak ma sista's n ma mom g bakery shop. g beli barang2 buat CUPCAKE's tah kenapa tetiba papa teringin plak nk buat cupcakes. so bila dah beli semua bahan2 tuk buat cupcakes tu balik umah dengan perasaan nebes memulakan projek. haha.. NEBES gak, coz ini 1st time papa buat cupcakes. risau menjadi tau tak... kuikuikui..

But alhamdulillah, berkat ketekunan dan kesabaran papa membuat satu2 kerja akhirnya berhasil... hahhahaha... comelll gak la cupcakes untuk orang amatur seperti papa ni.. huhu....kat sini papa upload pic cupcakes yang papa buat petang tadi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Amacam chumel tak..

maaf la klu tak menarik tertarik da boom.. tapi bagi papa memang menarik.. huhu rasanya pun sodappp...... lama gak papa selesaikan buat cupcakes ni. huhu.. sampaikan badan rasa letih sangat2. huhuh tah la pas ni nk buat lagi tau tak.. kuikuikui... tgok la klu papa ada mood.. papa uat la lagi.. klu tak... huhu oder je la yang dah siap..

pas tu, papa rehat jap layan FB, tgok komen2 member... chat dengan member kat FB.. pada masa yang sama adik aku plak RYNA tgh buat CAKE CHOCOLATE plak.. kukuku.. tak nk kalah tu.. anyway ok la.. huhuh sedap gak.. pic tak dpt nk upload pasal tak sempat snap cake dah abis.. haa ada satu cerita... sedang pasa asyik melayan cake coklat tu n berfb. papa dapat sms dari someone yang telah lama papa tidak hubungi... hurmm.. terkesima gak bila baca sms yang dia bagi kat papa...

SMS DIA
"Salam awak, p kbr? lama menyepi. sy nk minta maaf pasal menyepikan diri slma ni. takder niat laina cuma sy nk elakkan dari selalu call, sms malah berjumpa dgn awak. coz sy takut nnt sy t'suka kat awak."

SMS PAPA
"CONTOH?!"

dia ada balas lagi. but papa tak nk la tulis kat sini.. hehe biar jadi simpanan papa je. but pas tu papa tak balas dah.. coz bagi papa.. Dia yang mula-mula datang dalam hidup papa.. then pergi hilangkan diri macam tu je... so no needed papa nk terhegeh2 bagai tul tak.. lantaq le.... suka dia la nk wat pe. suka papa la nak wat pe.. tak kacau sapa-sapa pun..

notaKASUTpapaQ:
Sekali ko buat pearangai dengan aku. selama2nya aku tak kan bagi peluang ke2 untuk ko... Sekali Hidup Sekali je Peluang yang aku berikan... NO MORE!!!!!!

KENANGAN LALU....


Salam 5.43 petang....

kali ni papa nk buat entry mengenai kenangan lalu. akcely, papa buat entry ni coz terbaca posting kawan lama papa kat facebooknye. walaupun posting tu takder kena mengena adengan papa tapi ada gak le sedikit cerita yang terusik semasa dia buat posting tu.. sepanjang kehiudpan papa ni. memang tidak dinaafikan terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit dalam hidup papa. tapi semua tu membuatkan hidup papa lebih matang lagi. bila papa fikirkan semula kenangan yang lalu hingga membuatkan papa tergelak sendirian, terkedu, terkesima dan segala perasaan wujud dalam diri papa.

seperti contoh, kehidupan papa diawal perantauan dahulu. terpaksa menyewa bilik, berpindah randah, buat kerja itu kerja ini. yang penting dapat menyara hidup papa yang bersendirian masa tu di KL. hehe.. setelah bersabar dengan ketentuan akhirnya papa dapat meneruskan kehidupan papa diperantauan dengan lebih stabil. tempat tinggal, makan minum pakaian dan sebagainya...

part dalam berkawan plak, toksa citer la terlalu ramai manusia yang telah papa kenal dan berkawan. ada manusia yang benar2 ikhlas, jujur, bermuka-muka, talam dua muka dan sebagainya lagila... tapi apa pun papa bersyukur sangat2 kerana kini papa punya kawan yang betul2 boleh papa anggap sebagai kawan... :).. sebab kala papa susah dorg ada disisi papa, gembira pun sama2. senang cerita, ibarat cubit pha kiri peha kanan terasa. dah seperti adik beradik da... tapi kawan2 yang selalu mengambil kesempatan pun ramai gak, TERLALU ramai... hinggakan papa rasa rimas.. rimas adengan karenah dorang semua. hadir dalam hidup papa saat papa gembira je. tapi masa bersedih berduka susah... semua hilang.. hilang menyembunyikan diri... apa da punya kawan... tapi papa tak kesah.. yang penting papa tetap anggap mereka sebagai kawan papa...

PERCINTAAN pula? no KOMEN... biarlah ia menjadi rahsia papa... huhuh no sharing2 ok.. hehe cuma yang betul2 closer dengan papa je tahu pasal dunia percintaan papa.. kuikuikui TETTTTTTT

tapi apa pun... semua kenangan tu tidak mungkin papa akan luput kan dari ingatan papa. walaupun pahit papa tetap jadikan ia kenangan yang terindah... heheh...

kepada semua kawan2 yang pernah berKAWAN dengan papa. dan masih lagi berKAWAN dengan papa... ingatlah satu perkara.. PAPA SAYANG KAMU SEMUA<3 ..........

SPOIL BETUL LA!!!!

SALAM 10.20 Malam..
Akcely mood papa malm ni geram sgt2.. bedebah tul punya kawan.. hurmm ni la masalahnye bila berkawan.. tak tolong kata tak ingat kawan bila dah tolong lain pulak jadinya... akcely papa kenal kawan ni dah lama dah... zaman papa kerja kat supermaket dulu lg.. so kebetulan terjumpa pagi tadi masa papa reronda pagi tadi kat bandar tawau. so dipendekkan cerita sikawan ni ada masalah le.. katernye lah... masalahnye kad atm dia ni tertelan dgn mesin ATM MAYBANK. so dia urgent nk guna duit. so disebabkan papa kenal kawan ni, papa bantu la apa yg patut.. so papa bagi la pinjam sejumlah wang kat kawan papa ni. dia kata akan pulangkan pas dia g amik kat dia yg tertelan tu kat MAYBANK. paling lewat pun 2 jam.. so papa ni dok la menunggu.. alih2 dah lambat sangat papa kata kat dia tak per nanti papa akan call dia je... tanya klu2 dah boleh pulangkan duit tu. alih2.. bile papa call dai sejak petang tadi smpi la LA ni.. langsung tak angkat PHONE.. SMS pun tak jawab.. adeh.. apa kes... huhuh.. last2.. dia offkan henpon.. huhuh.. so nak dikategorikan papa ni dalam mangsa penipuan la ye? huhuh.. tapi macam tak percaya plak.. coz dia tu kawan papa.. kenapa buat macam tu.. adeh.. sedih sedih.. SPOILkan MOOD papa je...!!!