Halaman

~KETENANGAN~

Salam semua, hari ni papa nak wat posting yang biasa-biasa je. Bile Papa perhatikan Picture yang Papa Attach kat posting papa ni. rasa tenang je.. bile melihat keindahah pemandangan diwaktu senja.. hurmm.. pandai sungguh orang yang capture pictrue ni..

ok berbalik pada tajuk posting papa. KETENANGAN~ rasa-rasanya semua orang dalam dunia ni ingin kan ketenangan tul tak? tak kesah lah ketengan dari segi minda, fikiran, jiwa dan juga perasaan. semua orang impikannya. tapi sejauh mana kita memperolehi ketenangan yang kita impikan?... hurmm.. susah nk jawab kan.. kerana Papa sendiri sampai sekarang tidak dpt mencari ketenangan yang Papa inginkan... walaupun kita Bersujud kepada-NYA. walaupun kita pergi bercuti, walaupun kita merehat kan minda. tetapi ketenangan yang kita betul-betul inginkan tidak dpt seperti yang kita harapkan.....

Apa yang papa boleh katakan... cuba fahami diri sendiri, cari apa yang kita inginkan.. keselesaan macam mana yg kita idamkan.. kebahagiaan seperti mana yang kita impikan.. sekiranya dah dapat atau kenal pasti. cuba untuk hargai apa yang telah kita miliki.. jangan sesekali bersikap inginkan LEBIH dari apa yang kita telah perolehi..dan kalau boleh.... cuba berbuat baik pada semua orang disekeliling kita. tak kesah la sama ada orang disekeliling kita menyukai dgn diri kita atau pun tidak... insya allah... segalanya akan berjalan seperti yang dirancang.. dan pada masa itu lah ketenangan yang kita impikan berada didalam diri kita.....

Tiada ulasan: