Luahan Hati
Aku juga ingin lari
menangis dan menjerit
tanpa perlu menoleh ke belakang
biarkanlah airmata ini berderai
agar suka duka ini berlalu hilang
namun aku tak berdaya
hanya kerana aku seorang lelaki
aku juga ingin lari
menangis...
menangis untuk hilangkan duka
menangis untuk mencari ketenangan
menangis untuk luahkan kesalan ku
aku ingin menjerit
sekuat dan sehebat duka yang melanda
biar bergegar di dalam hati
biar pecah jantung yg berdegup
agar dada ini tak terasa sesak
agar sebak ini kembali hilang
aku ingin meratap
pada sekeping hati yg ku abaikan
namun aku tak berdaya
untuk terus memujuk
kerna aku semakin lemah....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan