Bagaimana perasaanmu jika seseorang yang kamu minati rupa-rupanya meminati orang lain? dan orang lain itu kawan /sahabat kamu sendiri??????
Ada sekelumit kecewa bercambah. Andai dulu aku menaruh perasaan padanya dan bertindak lebih awal, pasti aku yang
bahagia dengannya,begitulah bisik hatiku.
Kini, aku melihat dia cuba untuk merapati dengan teman baikku.Aku harus rela; ikhlas. Mungkin
dia memang lebih baik bersama dengan kawanku. walaupun kecewa telah berbunga, aku
tetap cuba membantu dia untuk lebih rapatkan mereka berdua. Sedangkan hati aku masa tu......?
Cuba kita renungkan bersama. Mungkin kita pernah berkunjung ke kedai pakaian. Kita memilih
pakaian yg sesuai untuk diri kita. Mungkin sales girl/man mencadangkan, “ini pakaian yg sesuai untuk
kita.” kita membawa pakaian itu ke fiiting room, mencubanya. Betulkah pakaian itu
sesuai untuk kita? kita teliti bahannya, jahitannya, ukurannya. Setelah memeriksa dgn
teliti, kita merasa kurang selesa dgn pakaian itu. Dengan kata maaf pada sales girl/man,
kita kembalikan pakaian itu ke tempatnya. Kita beralih ke kedai pakaian lain. Hal yg
sama mungkin berulang; pakaian yg menurut orang lain sesuai untuk kita, atau pakaian yg
sepadan menurut menurut pandangan kita, ternyata tidak tepat setelah diteliti.
Sehelai pakaian, mungkin sesuai untuk orang lain, tapi tak sesuai untuk diri kita.kita mungkin tak sesuai
membeli pakaian warna gelap krn faktor warna kulit. kita tak sesuai mengenakan kemeja
dgn motif garis lurus, krn faktor size badan kita. kita harus bijak dgn situasi dan keadaan.
Tetapi yakinlah ada pakaian yg sesuai disebuah kedai pakaian tertentu yg padan untuk setiap
orang.. Memang ada seseorang yg begitu masuk ke satu kedai pakaia terus jumpa dengan
pakaian yg tepat untuknya. Ada juga yg harus berputar-putar, keluar-masuk dr satu
kedai ke satu kedai yang untuk menemukan pakaian yg tepat, sampai kaki lenguh dan peluh
menganak sungai. Banyak hal yg membuat pakaian itu tak tepat untukmu, mungkin kerana bahan,
motif, warna, model bahkan harga. Selera orang berbeza.
Ada juga seseorang yg tak yakin dgn sehelai pakaian, tapi ia tetap mencubanya. Ia
bertanya-tanya, padankah pakaian ini untukku? Ia meneliti dgn berhati-hati. Ia menemukan
fakta bahwa tak ada hal yg membuat ia harus menolak pakaian itu. Apalagi pakaian itu
hadiah seorang yg dihormatinya, orang yg dikasihinya atau mungkin sedang ada mega
sale! Beli sekarang atau menyesal kemudian. Bertahun-tahun setelah mengenakan
pakaian itu, baru terasa, pakaian itu memang sesuai untuknya.
Pakaianmu, pasangan untukmu. mungkin sesuai untuk orang lain, tapi tidak dgn mu. Maka,
tak perlu bersedih jika seseorang yg kau kira tepat untukmu sedang berbahagia dgn orang
lain; orang yg dekat denganmu. Yakinlah pasangan yg tepat ada di suatu tempat dan
kau akan berjumpa dgnnya disuatu masa tertentu. Mungkin Yang Esa sengaja
menyimpannya, agar bila saat bertemu, kau benar-benar siap berdampingan dgnnya. Sesuatu yg
baik bagimu, belum tentu baik menurut-Nya. Terus berusaha dan berdoa. Perbaiki
diri sampai akhirnya kau temukan pakaian yang sesuai untukmu.
Sebenarnya sudah lama aku memerhatikan insan ini. perhatikan dari jarak jauh.. bila sudah ada kesempatan, aku cuba untuk mengenali hati dan budinya. pada mulanya hati ku cukup berbunag riang. kami saling bertukar-tukar akaun facebook, malah dia telahpun membaca Blog yg menjadi teman setiaku.. rupa-rupanya, pada dia membaca blog ku dan mengintai Facebook ku. dia berkenan kepada insan yang ku gelar sebagai kawan/ sahabat. hati ku meruntun hiba.. tapi aku terima secara positif.. aku tidak mahu menunjukkan kekecewaan hatiku padanya...
Apa yang mampu aku lakukan dan harapkan ketika itu hanyalah mendoakan agar mereka bahagia... kerana aku yakin dan aku sedar. aku bukanlah untuk mu.....
p.s:- kepada insan yang selama ini aku minati. maafkan aku. mungkin aku terlalu lambat bertindak untuk memenangi hatimu.. walau apa pun yang akan terjadi. aku tetap akan mendoakan kebahagiaanmu. kerana au mahu kau tahu. bahawa aku pernah mencintai dan menaruh perasaan padamu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan