Halaman

DIKALA KEMATIAN MENYAPA SALAM KEPADAKU...

..... sebelum membaca cerita ini. cuba tenangkan jiwa... kosongkan fikiran.... kalau tengah pasang lagu kat PC or LAPPY offkan seketika.. dan cuba hayati cerita ini....



Aku terpegun melihat susuk tubuh dengan wajah yang pucat dan disumbat dengan kapas pada mulut, hidung dan telinganya. yang terbujur kaku dihadapanku. diselimuti dengan kain berlapis. DIa begitu mirip denganku. Disekelilingnya orang ramai sedang teresak-esak sambil membacakan surah yassin untuknya. Seorang perempuan yang mirip ibuku menangis tersedu-sedu ketika membuka kain penutup mukanya. Lalu dua perempuan lain yangs ebaya dengannya menenangkan dia. Dan di sekitar rumahnya ada orang ramai yang menyesali kematiannya yang dianggap begitu cepat. ada yang tidak percaya kalau dia telah pergi. Ada orang yang merasa kasihan pada dia dan kerluarga yang ditinggalkannya. suasana disitu begitu riuh oleh esak para pelawat. Di luar rumahnya seorang bapa meanhan tangis lirih airmatanya. dia mencuba untuk mengawal emosi walaupun sebenarnya hatinya begitu lemah untuk menerima kenyataan yang ada. Disisinya seorang anak perempuan juga merupakan seorang kakak sulung kepadanya uba menemaninya dan hal itu agak meringankan kesedihannya. Dia masih ingat, ketika dulu anaknya selalu tidak diberi perhatian yang sepenuhnya daripada anak lelakinya yang satu lagi. Walaupun begitu dia begitu bangga. Betapa anaknya itu akan membersar menjadi seorang yang boleh diharap. Tak prnah dia berfikif kalau semua itu akan lupus pada usia anaknya yang masih 28 tahun. sungguh tragik.Tiba-tiba, sesuatu aneh bergerak didalam kepalaku. Ada sesuatu. Ini seperti rumahku. Hey!! Aku ingat. AKu kenal Orang- orang yang beada disekelilingku ini. Perempuan yang menangis ketika membuka penutup muka itu ada lah IBUku, Bapa itu... itu adalah BAPAku, perempuan yang menemati Bapaku itu adalah KAKAK sulungku.. dan yang sedang teresak sambil membaca Yassin itu adalah kakak dan adik-adik perempuanku.. Dan jasad yang terbaring itu... itu JASADku.. Aku bingung. Benar-benar bingung. Aku sudah mati? Tidak ini pasti mimpi. iya.. ini pastu mimpi.Lalu tiba-tiba aku merasa panas pada tubuhku. SAngat panas, lalu kemudian perlahan-lahan mulai sejuk. Seketika itu muncuk sesusuk tubuh lelaki bercahaya dan berwajah tampan yang mengenakan jubah putih serta serban yang juga berwarna putih di kepalanya.. Dia menghampiri diriku...."Siapakah gerangan tuan? tanyaku kebingungan. " Aku adalah amalmu yang akan menemanimu dalam kuburmu." jawabnya, lalu tersenyum padaku.Aku masih bingung.Lalu di halaman rumahnya, terdapat sebuah pagar kain yang berbentuk segi empat 3x3m.Sepertu itu adalah tempat bekas untuk memandikan jasadku. Tanahnya masih basah. Didalamnya masih terdapat sebuah altar yang beralaskan kain batik. Arima sabun masih menyengat didalamnya. Di situlah jasadku dimandikan, di WUDHUkan sampai bersih dari segala najis dan kotoran.Semakin banyal orang yang datang berkunjung mengucapkan takziah. Ada yang hanya melihat sahaja, ada yang sibuk mempersiapkan kain kafan dan lain-lain. Semua perabot diruang tamu dikeluarkan. lalu tak lama selepas itu, enam orang lelaki datang sambil memikul sebuah keranda jenazah. Orang-orang yang menghalangi jalan segera ketebi beri laluan. lalu keranda itu diletakkan di[inggir jasadku. Setelah semua selesai membaca surah Yassin untukku. jasadku dikafankan dan diletakkan pada keranda itu. kemudian orang-orang yang ku kenali adalah kenalan pakcik dan jiran tetangga mengangkat keranda itu dan membawanya ke masjid berdekatan rumahku untuk disembahyangkan. Dibelakang lelaki lelaki yang mengangkat keranda itu ada sepupuku, Zai, dia memegang payung hitam yang gagangnya disambung dengan tongkat yang biasa digunakan untuk acara kematian. Setelah disembahyangkan, seorang Kiai mula berdoa dan bersuara meminta keikhlasan dari orang-orang yang ku kenali."... berkemungkinan arwah punya hutang mohon diikhlaskan. Bagi yang hutangnya cukup besar dan tidak ikhlas jika merelakannya silalah suarakan sahaja sekarang, agar arwah merasa ringan di alam sana."Setelah, keranda yang berisi jasadku itu dihantar menuju ke tanah perkuburan yang berhampiran. Di sana sudah pun disiapkan liang kubur untuk jasadku dengan ukuran 2 x 1.2 meter dan dalam sekitar 2 meter. ramai yang mengiringi kepergianku. sampai ada yang aku tidak kenali juga turut sama sekali. Dan diantara orang-orang itu adalah teman-temanku yang turut menghantar jasadku. Dan hampir semua teman-teman perempuan dan lelakiku menangis. Diantaranya ialah seorang lelaki yang sangat ambil berat akan diriku. Insan yang cukup menjaga aku seperti adik kandungnya sendiri dan juga insan yang aku anggap seperti Abang kandungku sendiri. Dimana masa aku susah dan senang, sedih dan tawa dia sentiasa ada disisiku memberi sokokngan pada ku yang hidup di KOTA METROPOLIS KUALA LUMPUR.Sampai di tanah perkuburan, jasadku dikeluarkan dari keranda dan didalam liang kubur itu sudah menunggu orang - orang BAPA ku SEPUPU ku SAUDARA ku yang akan menerima jasadku untuk mereka letakkan di tempat perisirehatan terakhirku.. DAn setelah doa dan azan dikumandangkan. secara perlahan tanah kuburan itu diletakkan pada jasadku, sampai akhirnya tertimbuslah jasadku di tanah itu. Jasadku terkubur disitu. kemudian Kiai membacakan lagi doa untukku. Dan orang ramai mulai beredar pergi meninggalkan kuburku.. satu persatu mereka pergi. dari orang yang tidak aku kenali. jiran-jiran tetangga, saudara mara dan teman-temanku. Dan disitu hanya yang tinggal hanya Ibu dan Bapaku serta kakak dan adik beradiku... ibuku masih menangis teresak-esak, sedangkan bapaku mencuba untuk menenangkan ibuku. ingin rasanya aku memanggil mereka berdua, tapi aku tahu ia adalah sia-sia.. Kakak ku. NORMAH, NORSIA saling berpelukan antara satu sama lain juga menangis dan memujuk hati masing-masing. sementara adik-adikku SARINA, NAZIERA, NADIERA terkaku diam menahan sebak dihati walau mereka cukup tabah menahan rasa sedih tetapi air mata mereka tetap mengalir dengan deras tanpa diringi dengan suara tangisan...... semua kenangan ku bersama mereka bermain segar di otak fikiran mereka.... aku hanya mampu melihat.. tidak mampu bersuara....Akhirnya sepi, tempat itu menjadi sepi. hanya timbunan tanah yang masih basah dimana jasadku disemadikan didalamnya. kini aku sudah mati. Mungkin untuk beberapa hari aku akan masih diingati dan dikenangi dan masih banyak orang yang akan menziarahi ke rumahku. tapi aku yakin itu tidak akna lama. pasti aku akan dilupakan. Aku tahu itu. waktulah yang akan menjawabnya....Selamat jalan untuk diriku yang telah MENINGGAL DUNIA. Selamat tinggal untuk kedua orang tuaku yang aku sanjungi, kakak-kakak ku yang aku hormat serta adik-adiku yang aku sayangi.. semoga kepergianku ini tidak memberikan kesan yang mendalam didalam kehidupan kamu semua....... aku mencintai dan menyayangi kamu semua.... Innalillahi wa inna illahi rojiun......

P.S:- cerita ini adalah rekaan semata-mata. entah kenapa aku tiba-tiba boleh menzahirkan cerita yang takmungkin akan difikir oleh akal2 yang sihat.... apa pun... ini sekadar luahan perasaan dan imaginasi ku sahaja... jangan fikir bukan-bukan ok... segalanya ketentuan TUHAN yang MAHA ESA..... juga ucapan takziah untuk ALLAHYARHAM BAKAR HJ NUSU yang meninggal dunia pada pagi 26 Ogos 2010. PAKCIK SAM dalam KENANGAN....

kalau nak share NOTE ni. pls minta izin terlebih dahulu dari empunya badan ok.... ini adalah satu amanah.....

KERANA INI AIRMATAKU


Aku telah banyak menangis, dan jika bukan kerana hari ini aku takkan dapat berhenti. Seperti yang dulu kau katakan padaku untuk jangan pernah bersedih saat ia pergi dan takkan pernah kembali lagi.
Jadi biarkan cinta…
Simpan saja dalam kenangan. Hargai lah dengan apa yang telah kau miliki. Terangi dengan sepenuh cahaya yang hidup telah diberikan padamu.


Telah kau ajarkan padaku, cara menghargai kehidupan. Telah kau ajarkan pula padaku, cara mencintai. Terima kasihku untuk semua itu, untuk yang telah kau alirkan di setiap denyut nadiku.
Jadi biarkan cinta…
Simpan saja dalam kenangan. Rasakan saja disetiap degup jantungmu. Hiasi dengan sepenuh cahaya yang hidup telah dberikan padamu.

Aku telah banyak menumpahkan air mata, dan jika bukan karena hari ini aku takkan dapat berhenti.
Jadi biarkan cinta…
Lihatlah tempat ia tumbuh menjadi… Seperti yang saat ini kau lihat menjadi yang pantas dicintai. Hargai saja dengan apa yang telah kau miliki. Berikan dengan seluruh pengharapan yang ingin kau miliki.

(dari yang terlupakan)

ALASAN.....

Setiap orang selalu memiliki satu harapan tersendiri. Harapan yangmerupakan suatu cita-cita agar keadaan menjadi lebih baik. Mungkin semua orang di dunia ini bermimpi menjadi orang yang mereka hendak ingin jadi. Seorang yang mempunyai kelebihan atau keistimewaan dibanding orang kebanyakan.Orang seperti ini tentu bisa menjadi apa saja yang dia inginkan tak kira keadaan tempat ataupun yang berkenaan dengannya.

Tepis rasa kecewa dan kebengangan bila dihadapkan pada kegagalan. Kerana suatu yang berhasil belum tentu sebuah kejayaan, dan sesuatu yang tak menjadi belum tentu pula sebuah kegagalan atau sebaliknya. Jangan bilang "Aku bukan pilihan", kerana bukan tanpa alasan mengapa tidak menjadi yang terpilih.

Kerana suatu alasan,
tak menjadi yang terpilih
walau sangat ingin.
Mungkin Tuhan memiliki alasan lain
mengapa tak terpilih,
mungkin bukan sebagai itu.

Tetapi pasti...
Itu bukan kekalahan,
itu adalah kemenangan.
Kemenangan kerana sebuah kekalahan.

Semua terjadi kerana suatu alasan.
Tetap, hidup untuk bersyukur pada Tuhan,
kerana tak semua doa dikabulkan-Nya.
_***_

Sayup Di Cuping Telinga Membekas Rongga Di Dada

Tak seharusnya kau hanya terdiam dan hanya menunggu disaat jiwa dahaga ini begitu sabar. Mungkin yang harus ku mulakan sekarang adalah berharap melihat kembali fajar pagi. Saat kau bermimpi dalam tidur yang damai, aku bahkan takkan pernah bisa tertidur. Saat kau terbangun ku akan mencuba ceritakan semua yang telah kualami.

Dan malam malam begitu gelapnya dalam diri ini, hingga akhirnya dapat kumengerti: “Dengan cinta yang telah kau berikan, kau bisa menerangi langitku selamanya”. Itulah caramu memberi kebebasan, itulah caramu mengambil jiwaku. Ku hanya meminta matahari bersinar cerah agar bisa melihat senyummu lagi.

Akan kutulis dan kubuat seluruh dunia mendengar, dalam keheningan yang hanya untukmu, yang tak seorang pun bisa mendengar. Dan akan kubangun semua cinta yang terjaga selamanya.

Akan kita lakukan hal-hal yang kita inginkan, seperti yang sepasang kekasih sedang lakukan. Berlarian di jalan setapak dan mulai menari segilanya. Kerana kau hanya ingin merasakan kebahagiaan dalam cinta yang memberi. Maka kita akan memberi warna dunia kita, mewarnai pula semuanya, dahan, ranting, daun, semuanya. Warna pelangi untuk semua yang kau inginkan, warna bahagiamu.

Dan kita akan bermain di taman bunga, membuat jalan hidup di awal musim penghujan. Membuat sebuah tempat di mana cinta berpadu, terbang dengan cara seperti yang cinta ketahui. Kerana kita akan terbang ke langit dan kita akan memilih dua buah bintang, dan kembali melewati celah bintang, cinta yang kita miliki, milik kita.

Kasih, kita berbagi manisnya kasih sayang yang kita tahu adalah nyata adanya; “Bahawa cinta bukanlah mimpi, tapi akhir sebuah kehidupan yang panjang”. Kerana kau cintaku, ku akan memberi senyatanya dari semua yang kita perlukan. Kerana cinta yang telah kita dapatkan, untuk kita, untuk kau dan aku.

Sebab cintamu bagiku bukan awal, bukan pula akhir.
Cintamu, cintaku, cinta ini, bagiku selamanya.....
Cinta untuk selamanya.....

p.s :- sekadar luahan dari minda papa Q. Disaat papa Q berangan-angan mempunyai kekasih hati. tetapi itu semua hanyalah angan-angan sahaja...

Bintang Selatan

kekagumanku pada dirimu sungguh tak pernah surut….
kekaguman pada hakikimu takkan pernah hilang..
ketika kekeliruan selalu ada …

ketika kesungguhan selalu berpaling..
satu sisi fatamorgana sulit di sentuh…
satu sisi imajinasi berputar…

berjuta khayalan selalu melintas dalam otak..
satu detik saja aku menyentuh dimensi….
kuingin menyentuh dimensi yang sulit dipahami manusia…

kuingin menyentuh hati yang penat…
kuingin berbicara pada kebenaran yang tersembunyi…ya…!
kebenaran yang benar-benar tersembunyi dalam ruang dan waktu manusia…

engkau bintang selatan…gelap menyelimuti pandangan…engkau bintang selatan…deras arus kehidupan…

bintang selatan, apakah engkau wanita yang RUMIT……???!!!!!

Pelik..

PELIK … malam yang serasa sangat membosankan, bersandar pada sendi-sendi nadi yang terperangkap dalam penat, Mohon maaf kiranya jika aku ada salah, Maafkan ya Allah . . . . engkau tempat segala peluh ku mengadu, walaupun begitu sering terlupa, aku masih hambamu yang berjalan pada bumimu…

“terpejam” sanubari mendengarkan samar-samar takbirmu bergema, di ramadhan ini bulan ini, bimbang melanda hati, akan hidup yang terus melangkah, menilik hati serasa hitam kelam, pekat, ada cahaya di bulan ini yang benderang di kala malam, cahaya akan hadirmu ya Allah, jasadku nan pilu tercemar nafsu duniawi, aku inginkan mati . . ..

Mati dalam dakapmu yang suci, mengajipun ku lupa, seiring malam yang berganti aku disini menikmati butir-butir air mata hati yang menitis dari dalam alunan hati… aku menangis dalam, ketika ku bayangkan aku tak lagi suci, “sujudku di hadapmu”

bersimpuh dalam peluh, dan yang terjadi terjadilah, kehendakmu yang kuasa, Engkau maha besar, dan aku hanya secuil hambamu yang tak berharga, dan malam ini aku cuba kembali ber -epilog- kepadaMU, berbicara dari kehati ke hati berharap engkau mendengar meski samar, berharap engkau melihat meski hitam.

Maafkan segala khilaf yang selama ini aku buat, dan dalam harapku, kau tuntun kembali aku dalam jalanmu ya Allah ya Tuhanku . . . terima kasihku untukMU . ..

untukmu bayangku.

Cuba dengar denyut nadi yang berdetik si helai hela nafas yang berhambur di gigi malam, Rasakan degupannya Ketika bernyanyi di tengah sepi kau hadir membawaku ketepian rindu yang semakin mendalam, Sambut seruannya Berkumandang mengiringi suara malam yang pekat, pejamkan matamu dan katakan adanya Hanya ini yang kumiliki, akankah kau mengerti dan memahami, menerima sejatinya Cinta yang berhujankan rindu yang semakin dalam, keluarkan rasanyaDi saat ku gundah kau temani, aturkan rasa terimakasih untukmu, Berjanjilah padaku Bahawa kau kan selalu menjadi sahabat, kekasih yang selalu mengiringi langkahku Dalam terkial kau mampu buatku kembali berdiri dan membasuh lukaku Dikala semua menghilang kau masih setia menemaniku Dan nanyikan lagu untuk menghibur penatku...

MENGGELINJANG PERIH

Tak terasa seminggu sudah berlalu waktu mengiringi Ramadhan tahun ini, bahagia rasanya menyambut pagi di setiap harinya, selebihnya diwaktu magrib. aku masih terpesona pada alam yang bergema, pada bumi yang berubah bijak di setiap sisinya, memang tak dinafikan karisma Ramadhan, orang berubah jadi baik, entah nyata atau hanya budaya, namun itu semua indah . . . biarlah hati mereka dan Tuhan yang tahu, semua saling memberi, bertukar juadah, kerana Rezeki menimpah ruah di bulan ini, entah kenapa aku masih tak faham, mungkin langit menangis sendu di setiap malamnya dan menghembuskan angin ketenangan jiwa, sehingga mendamaikan bagi setiap yang merasakan hembusnya . ..

Namun diriku terasa aneh, menggelinjang perih mengingat kembali dosa yang telah ku nikmati di waktu lalu, kerap sekali aku mengingkari, sehingga ada rasa aneh diketika ku mengingatMU, entah itu rasa bersalah, malu, asing . . . ya Allah . . . aku merasa asing padaMU, kerana jarangnya aku menyapamu, terlalu sibuk dengan duniaku, sehingga tak terasa cinta kasih yang telah kau tanamkan dalam jiwaku sedari dulu, pagi ini diiringi embun nan sejuk ku bersimpuh, mengingat kembali butiran tasbih yang hilang, mengimbau kembali sajadah yang lusuh, membasuh kembali nadi yang kering, ku dirikan jasad di hadapmu, berharap kau melirik walau sejenak, aku sedar, tak pantas kau cintai diri ini, terlalu sombong dan angkuh di hadapmu.

kau MAHA PENYAYANG, aku sedari itu, walau hitam aku selalu berkeyakinan satu “BAHWA ENGKAU ADALAH SESUAI PERASANGKA HAMBAMU”, di bait ini aku terpaku, sedar sesedar-sedarnya bahwa kau masih di dalam diriku, menyayangiku, menjagaku, meski ku pelupa, berdosa, namun di saat ku meyakini sesuatu, ENGKAU Mengtahui, dan ENGKAU MEMBERI, Subhanallah . . . . serasa berat ku meneruskan kataku, serasa tak layak aku, ku pejamkan mata dan berdoa kiranya jadikan diri ini PENCINTA SEJATIMU YA ROHMAN . . . ku bergantung pada-MU.