Halaman

DIKALA KEMATIAN MENYAPA SALAM KEPADAKU...

..... sebelum membaca cerita ini. cuba tenangkan jiwa... kosongkan fikiran.... kalau tengah pasang lagu kat PC or LAPPY offkan seketika.. dan cuba hayati cerita ini....



Aku terpegun melihat susuk tubuh dengan wajah yang pucat dan disumbat dengan kapas pada mulut, hidung dan telinganya. yang terbujur kaku dihadapanku. diselimuti dengan kain berlapis. DIa begitu mirip denganku. Disekelilingnya orang ramai sedang teresak-esak sambil membacakan surah yassin untuknya. Seorang perempuan yang mirip ibuku menangis tersedu-sedu ketika membuka kain penutup mukanya. Lalu dua perempuan lain yangs ebaya dengannya menenangkan dia. Dan di sekitar rumahnya ada orang ramai yang menyesali kematiannya yang dianggap begitu cepat. ada yang tidak percaya kalau dia telah pergi. Ada orang yang merasa kasihan pada dia dan kerluarga yang ditinggalkannya. suasana disitu begitu riuh oleh esak para pelawat. Di luar rumahnya seorang bapa meanhan tangis lirih airmatanya. dia mencuba untuk mengawal emosi walaupun sebenarnya hatinya begitu lemah untuk menerima kenyataan yang ada. Disisinya seorang anak perempuan juga merupakan seorang kakak sulung kepadanya uba menemaninya dan hal itu agak meringankan kesedihannya. Dia masih ingat, ketika dulu anaknya selalu tidak diberi perhatian yang sepenuhnya daripada anak lelakinya yang satu lagi. Walaupun begitu dia begitu bangga. Betapa anaknya itu akan membersar menjadi seorang yang boleh diharap. Tak prnah dia berfikif kalau semua itu akan lupus pada usia anaknya yang masih 28 tahun. sungguh tragik.Tiba-tiba, sesuatu aneh bergerak didalam kepalaku. Ada sesuatu. Ini seperti rumahku. Hey!! Aku ingat. AKu kenal Orang- orang yang beada disekelilingku ini. Perempuan yang menangis ketika membuka penutup muka itu ada lah IBUku, Bapa itu... itu adalah BAPAku, perempuan yang menemati Bapaku itu adalah KAKAK sulungku.. dan yang sedang teresak sambil membaca Yassin itu adalah kakak dan adik-adik perempuanku.. Dan jasad yang terbaring itu... itu JASADku.. Aku bingung. Benar-benar bingung. Aku sudah mati? Tidak ini pasti mimpi. iya.. ini pastu mimpi.Lalu tiba-tiba aku merasa panas pada tubuhku. SAngat panas, lalu kemudian perlahan-lahan mulai sejuk. Seketika itu muncuk sesusuk tubuh lelaki bercahaya dan berwajah tampan yang mengenakan jubah putih serta serban yang juga berwarna putih di kepalanya.. Dia menghampiri diriku...."Siapakah gerangan tuan? tanyaku kebingungan. " Aku adalah amalmu yang akan menemanimu dalam kuburmu." jawabnya, lalu tersenyum padaku.Aku masih bingung.Lalu di halaman rumahnya, terdapat sebuah pagar kain yang berbentuk segi empat 3x3m.Sepertu itu adalah tempat bekas untuk memandikan jasadku. Tanahnya masih basah. Didalamnya masih terdapat sebuah altar yang beralaskan kain batik. Arima sabun masih menyengat didalamnya. Di situlah jasadku dimandikan, di WUDHUkan sampai bersih dari segala najis dan kotoran.Semakin banyal orang yang datang berkunjung mengucapkan takziah. Ada yang hanya melihat sahaja, ada yang sibuk mempersiapkan kain kafan dan lain-lain. Semua perabot diruang tamu dikeluarkan. lalu tak lama selepas itu, enam orang lelaki datang sambil memikul sebuah keranda jenazah. Orang-orang yang menghalangi jalan segera ketebi beri laluan. lalu keranda itu diletakkan di[inggir jasadku. Setelah semua selesai membaca surah Yassin untukku. jasadku dikafankan dan diletakkan pada keranda itu. kemudian orang-orang yang ku kenali adalah kenalan pakcik dan jiran tetangga mengangkat keranda itu dan membawanya ke masjid berdekatan rumahku untuk disembahyangkan. Dibelakang lelaki lelaki yang mengangkat keranda itu ada sepupuku, Zai, dia memegang payung hitam yang gagangnya disambung dengan tongkat yang biasa digunakan untuk acara kematian. Setelah disembahyangkan, seorang Kiai mula berdoa dan bersuara meminta keikhlasan dari orang-orang yang ku kenali."... berkemungkinan arwah punya hutang mohon diikhlaskan. Bagi yang hutangnya cukup besar dan tidak ikhlas jika merelakannya silalah suarakan sahaja sekarang, agar arwah merasa ringan di alam sana."Setelah, keranda yang berisi jasadku itu dihantar menuju ke tanah perkuburan yang berhampiran. Di sana sudah pun disiapkan liang kubur untuk jasadku dengan ukuran 2 x 1.2 meter dan dalam sekitar 2 meter. ramai yang mengiringi kepergianku. sampai ada yang aku tidak kenali juga turut sama sekali. Dan diantara orang-orang itu adalah teman-temanku yang turut menghantar jasadku. Dan hampir semua teman-teman perempuan dan lelakiku menangis. Diantaranya ialah seorang lelaki yang sangat ambil berat akan diriku. Insan yang cukup menjaga aku seperti adik kandungnya sendiri dan juga insan yang aku anggap seperti Abang kandungku sendiri. Dimana masa aku susah dan senang, sedih dan tawa dia sentiasa ada disisiku memberi sokokngan pada ku yang hidup di KOTA METROPOLIS KUALA LUMPUR.Sampai di tanah perkuburan, jasadku dikeluarkan dari keranda dan didalam liang kubur itu sudah menunggu orang - orang BAPA ku SEPUPU ku SAUDARA ku yang akan menerima jasadku untuk mereka letakkan di tempat perisirehatan terakhirku.. DAn setelah doa dan azan dikumandangkan. secara perlahan tanah kuburan itu diletakkan pada jasadku, sampai akhirnya tertimbuslah jasadku di tanah itu. Jasadku terkubur disitu. kemudian Kiai membacakan lagi doa untukku. Dan orang ramai mulai beredar pergi meninggalkan kuburku.. satu persatu mereka pergi. dari orang yang tidak aku kenali. jiran-jiran tetangga, saudara mara dan teman-temanku. Dan disitu hanya yang tinggal hanya Ibu dan Bapaku serta kakak dan adik beradiku... ibuku masih menangis teresak-esak, sedangkan bapaku mencuba untuk menenangkan ibuku. ingin rasanya aku memanggil mereka berdua, tapi aku tahu ia adalah sia-sia.. Kakak ku. NORMAH, NORSIA saling berpelukan antara satu sama lain juga menangis dan memujuk hati masing-masing. sementara adik-adikku SARINA, NAZIERA, NADIERA terkaku diam menahan sebak dihati walau mereka cukup tabah menahan rasa sedih tetapi air mata mereka tetap mengalir dengan deras tanpa diringi dengan suara tangisan...... semua kenangan ku bersama mereka bermain segar di otak fikiran mereka.... aku hanya mampu melihat.. tidak mampu bersuara....Akhirnya sepi, tempat itu menjadi sepi. hanya timbunan tanah yang masih basah dimana jasadku disemadikan didalamnya. kini aku sudah mati. Mungkin untuk beberapa hari aku akan masih diingati dan dikenangi dan masih banyak orang yang akan menziarahi ke rumahku. tapi aku yakin itu tidak akna lama. pasti aku akan dilupakan. Aku tahu itu. waktulah yang akan menjawabnya....Selamat jalan untuk diriku yang telah MENINGGAL DUNIA. Selamat tinggal untuk kedua orang tuaku yang aku sanjungi, kakak-kakak ku yang aku hormat serta adik-adiku yang aku sayangi.. semoga kepergianku ini tidak memberikan kesan yang mendalam didalam kehidupan kamu semua....... aku mencintai dan menyayangi kamu semua.... Innalillahi wa inna illahi rojiun......

P.S:- cerita ini adalah rekaan semata-mata. entah kenapa aku tiba-tiba boleh menzahirkan cerita yang takmungkin akan difikir oleh akal2 yang sihat.... apa pun... ini sekadar luahan perasaan dan imaginasi ku sahaja... jangan fikir bukan-bukan ok... segalanya ketentuan TUHAN yang MAHA ESA..... juga ucapan takziah untuk ALLAHYARHAM BAKAR HJ NUSU yang meninggal dunia pada pagi 26 Ogos 2010. PAKCIK SAM dalam KENANGAN....

kalau nak share NOTE ni. pls minta izin terlebih dahulu dari empunya badan ok.... ini adalah satu amanah.....

Tiada ulasan: