Halaman

ALASAN.....

Setiap orang selalu memiliki satu harapan tersendiri. Harapan yangmerupakan suatu cita-cita agar keadaan menjadi lebih baik. Mungkin semua orang di dunia ini bermimpi menjadi orang yang mereka hendak ingin jadi. Seorang yang mempunyai kelebihan atau keistimewaan dibanding orang kebanyakan.Orang seperti ini tentu bisa menjadi apa saja yang dia inginkan tak kira keadaan tempat ataupun yang berkenaan dengannya.

Tepis rasa kecewa dan kebengangan bila dihadapkan pada kegagalan. Kerana suatu yang berhasil belum tentu sebuah kejayaan, dan sesuatu yang tak menjadi belum tentu pula sebuah kegagalan atau sebaliknya. Jangan bilang "Aku bukan pilihan", kerana bukan tanpa alasan mengapa tidak menjadi yang terpilih.

Kerana suatu alasan,
tak menjadi yang terpilih
walau sangat ingin.
Mungkin Tuhan memiliki alasan lain
mengapa tak terpilih,
mungkin bukan sebagai itu.

Tetapi pasti...
Itu bukan kekalahan,
itu adalah kemenangan.
Kemenangan kerana sebuah kekalahan.

Semua terjadi kerana suatu alasan.
Tetap, hidup untuk bersyukur pada Tuhan,
kerana tak semua doa dikabulkan-Nya.
_***_

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

design blog yg sgt2 berkarisma...ermmm mmg cntek..respect kt en shah!! ag 1 kotak2 tu..mmg cntek la..