Halaman

BERSALAH... BUKAN NIATKU..

Salam 9.12 malam..

Malam ni papa tetiba je tersedar dari lamunan. lamunan yang cukup menghayalkan diri papa sehingga papa terlupa kepada satu perkara.. Perkara yang paling besar bagi papa iaitu janji. JANJI yang pernah papa lafazkan pada seseorang yang papa cintai dimasa hidupnya. Papa janji akan meRINDUi dirinya walaupun dia sudah tiada lagi di alam maya ini.

Kenapa...? Kenapa papa boleh lupa pada janji papa. Sungguh papa tak sangka kuat sungguh pengaruh hati dan perasaan. Tapi perlukah papa lupakan pada janji papa pada arwah. hanya kerana untuk merindui insan yang papa tak pasti sama ada benar dia juga merindui papa?

Papa betul-betul dalam dilema. kenapa papa harus merasakan semua ini. kenapa harus papa lalui semua ini. kenapa semua ini terbeban didalam hati dan fikiran papa. atau adakah papa yang yang sengaja tidak mau melupakan kisah silam hinggakan papa tak membuka hati papa pada orang lain..atau juga papa terlalu memikirkan hati dan perasaan papa sehinggakan papa melupakan arwah yang dulu amat2 papa cintai?

AKU DALAM DILEMA..

teringat bait lirik lagu ni..
"MUNGKINKAH... KITAKAN SELALU BERSAMA..
WALAU TERBENTANG JARAK ANTARA KITA...
KAU KU SAYANG... SELALU KU JAGA...
TAK KAN KU LUPA SELAMANYA...."

satu lagu kegemaran aku dan juga arwah suatu ketika dulu. sehingga kini aku tetap akan dgr lagu ni..

p.s: Syg.. papa tetap meRINDUi dirimu walaupun kau sudah berada jauh di sana.. doa ku sentiasa mengiringi perjalananmu dialam sana... Al-Fatihah... 

CINTA, PAPA, KAU, AIRMATA, HATI & KEBAHAGIAAN

SALAM 2.46 pm

PAPA sudah katakan yang papa tak boleh menjadi pelangi hidupmu..
Papa tak kan bisa menjadi matahari yang menyinari hati mu. Papa hanya mampu menjadi guruh didalam hatimu.

Apa yang PAPA boleh lakukan?
Papa hanya dapat merubah senyuman mu menjadi airmata.. betul tak?
Betapa bodohnya diri Papa.

Cukup jelas sekali apa yang kau berikan pada papa hari ini ada lah KEBAHAGIAAN, tapi untuk mengukir senyuman Papa tak mampu.
Cukup jelas sekali apa yang kau berikan pada papa hari ini adalah CINTA, tapi papa hanya dapat melafazkan kekaguman.

Sungguh.. papa langsung tak faham
Apa yang Papa rasakan sekarang hanyalah..
Bila papa bersamamu seperti menghisap lolipop, tapi kemanisan langsung tak terasa
Bila papa bersamamu berdua duaan, papa rasa papa bersendirian dan kesunyian
BIla papa bersamamu seperti bahagia, tapi hati papa terasa seperti ingin menangis.

Sungguh...

Ternyata  CINTA, KAU, PAPA, AIR MATA, HATI dan KEBAHAGIAAN cukup membuatkan fikiran papa berserabut... bingung..

Adakah mungkin papa patut pergi jauh lari dari dirimu...


YAKINLAH PADA DIRI!!!


Salam 8.48 Malam

N3 kedua papa untuk malam ni. Saja je nak berkongsi pendapat mengenai CINTA, PERTEMUAN,
JODOH dan PERPISAHAN.. mungkin pengunjung blog papa boleh jadikan panduan dan renungan bersama.. mana tahu kan... :P

Ok. Dalam sesuatu hubungan Apabila dua orang yang telah ditakdirkan akan hidup bersama. SEJAUH mana pun mereka berada, Sebanyak manapun rintangan yang harus mereka lalui. Sebesar mana pun jurang yang tercipta diantara mereka. WALAUPUN mereka tidak pernah berkomunikasi antara satu sama lain. WALAUPUN mereka tidak pernah melihat rupa paras  masing-masing dan WALAUPUN mereka tidak pernah bertegur sama selama ini. "PASTI" mereka akan bersatu akhirnya. Pasti ada satu perkara atau kejadian yang akan mendekatkan mereka berdua dan akhirnya bersatu....
.
TETAPI harus diingat... APABILA dua orang yang telah ditakdirkan untuk tidak bersama ataupun tiada jodoh bersama... SEBESAR manapun usaha mereka untuk cuba saling hidup berdekatan, SEKUAT manapun orang disekeliling untuk menyatukan mereka berdua. SEERAT manapun perasaan yang ada diantara mereka dan SEBANYAK manapun komunikasi dianta mereka."PASTI" akan ada satu perkara yang akan membuatkan mereka saling berjauhan. Pasti ada sesuatu perasaan yang membuatkan mereka rasa tidak sepadan. Pasti ada sesuatu yang membuat mereka sedar bahawa mereka bukanlah yang terbaik. Pasti ada kejadian yang akan menghalang mereka dari bersatu WALAUPUN tarikh pernikahan telahpun ditetapkan..
.
TETAPI...YAKINLAH
Bahawa yang telah dikurniakan oleh Allah
Bahawa yang telah ditakdirkan oleh Allah
Bahawa yang telah ditulis oleh Allah didalam kitabNya 

ADALAH

Yang terbaik buat kita.
Yang paling tepat untuk kita
Yang paling sesuai untuk kita
dan Yang paling membuatkan kita rasa lebih bahagia..

Kerana Dialah.. Yang paling mengerti siapa kita sebenarnya lebih dari diri kita sendiri. Yang lebih menyayangi diri kita. Yang paling mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita..
.
.
Dan satu perkara yang perlu kita ketahui dan fahami..

Jika kita tidak mendapatkan sesuatu yang kita inginkan
Itu bukan bererti kita tidak layak untuk mendapatkannya
Tetapi ia bererti bahawa kita layak untu mendapatkan sesuatu 
yang lebih baik dari yang sepatutnya. 

Walaupun ketika ini pandangan kita sebagai manusia tidak pernah ingin memahami
Walaupun ketika ini Perasaan kita  memandangnya dengan sebelah mata
Walaupun ketika ini otak kita memikirkannya sebagai sesuatu perkara yang buruk.

Oleh yang demikian 
Jangan la kita sesekali terburu-buru untuk menilaikan sesuatu perkara dengan negatif yang mana kita tidak layak untuk semua itu.

Sebab satu hari nanti
dengan perlahan kita akan menyedari bahawa
apa yang telah hilang dari kita
apa yang tidak pernah kita dapat
bukanlah yang terbaik untuk diri kita
dan ia bukanlah yang layak untuk diri kita.

Satu cara yang terbaik
Ukirkanlah senyuman diatas perih yang menggores hatimu saat ini
sebab pasti akan ada sinar pelangi yang indah menanti dirimu....

WAKTU...

Salam 8.20 PM semua..
Mak aih.. lama juga rasanya papa tak update blog papa ni.. kali terakhir rasanya papa update blog ni pada bulan Julai tu pun sebab papa nak meluahkan rasa ketidak puasan hati papa terhadap sesseorang..Dan entah kenapa malam ni jari jemari papa rasa ringan je untuk menaip setiap punat papan kekunci lappy papa ni. Akcely tiada apa sangat yang papa nak ceritakan pada malam ni. Cuma papa nak cerita kan sedikit mengenai waktu... waktu yang papa lalui setiap hari.

Bagi papa walaupun musim demi musim berganti, Papa tetap cuba setia menantikan satu cinta. Cinta tulus yang entah bila akan tiba mengetuk pintu hati papa. Papa cuba untuk tidak memperdulikan siapa kah yang cuba untuk memikat hati papa sebab papa tahu orang yang akan menyintai diri papa adalah orang yang betul-betul ingin memiliki diri papa.

Waktu tetap berlalu.. Tetapi cinta yang papa harapkan tetap berlalu pergi tanpa singgah di hati ini walaupun hanya seketika. Adakah semua CINTA itu cuba untuk menghindar pergi sejauh yang mungkin.? Diri papa seringkali memujuk hati ini agar tidak untuk membawa rajuk. Kerana papa yakin sejauh manapun cinta itu pergi pasti akan ada satu yang singgah mengetuk hati ini.

Tetapi... adakah Waktu akan terus bersama mengiringi hati papa untuk mencari cinta yang papa inginkan? 



Kau Bukan Untuk Ku

"Ego! Hati Keras! I Hate U!" Itulah cara kau melampiaskan amarahmu pada ku! Hey.. Apa yang kau fikirkan? Kau ingat kau adalah segalanya bagi ku? Kau ingat kau adalah orang yang terbaik dalam hidupku? Bagi ku kau NOTHING!! dan berkenalan dengan kau adalah satu kesilapan  yang cukup besar dala sejarah hidupku.... Aku sudah jelaskan segala-galannya pada dirimu... Antara kita tidak akan wujud perasaan cinta.. Bukan sekali juga bukan dua kali.. Tapi berkali-kali hangga aku naik bosan. Tapi kau tetap denngan kedegilanmu.. Tetap menunjukkan kesungguhanmu untuk mendekatiku.. untuk meraih cinta dariku.... Alih-alih bila aku menolak keinginanmu... Makian Cacian yang aku dapat? Patut ke?

Aku cuba untuk bersabar dengan ko... layan setiap sms yang kau kirim padaku.. layan setiap call yang kau buat padaku.. untuk apa? sebab aku ank jaga hati ko, supaya ko tak terasa aku sisihkan. Sebab aku layan ko sebagai kawan aku... Tapi tak mengapa... aku cuba untuk tidak membenci dirimu dan aku juga tidak akan cuba berdendam denganmu... Aku akan cuba melupakan semua kata-kata kesat yang kau lemparkan kepadaku... dan aku nekad akan cuba menjauhkan diriku dari dirimu.. dan selepas ini.. aku harap jangan lagi kau sms ataupun call aku lagi.. tak perlulah kau nak ambil berat pasal diriku..  makan ku minum ku segalanya lah.. kerana aku tahu untuk jaga diriku dan aku sudah muak dengan semua pe'el mu..

Tolonglah fahami... Dunia kita berbeza, mustahil untuk kita meneruskan kehidupan bersama berdua. Menjarakkan diri darimu, memBLOCK nombor henpon mu adalah satu satunya jalan yang terbaik yang boleh aku berikan kepadamu..Apa pun aku ingin memohon maaf andai melukakan hati dan perasaan mu.... sesugguhnya... cinta yang kau cuba berikan kepadaku ada lah CINTA YANG TERLARANG dan Kau Bukanlah Untuk Ku.....


Sarang Hae

Ku tahu hatimu, kau selalu mencintaiku
Thank you for your love
Thank you for your heart, for loving me
… … …
Thank you for your love
Thank you for your heart, for loving me
For loving me, for loving me
Kau ada untukku
Saranghae saranghae dekatlah padaku
Rasakan jantungku berdetak untukmu
For loving me, for loving me
Kau ada untukku
Saranghae saranghae dekatlah padaku
Rasakan jantungku berdetak untukmu
Saranghae saranghae hatiku untukmu
Temani dirimu untuk selamanya

Cintaku selalu kamu

Please give your love to me

I will love you, i will love you
I will love you forever
Saranghae saranghae dekatlah padaku
Rasakan jantungku berdetak untukmu
Saranghae saranghae hatiku untukmu
Temani dirimu untuk selamanya (i will love you forever)
Saranghae saranghae janganlah kau ragu
Meskipun ku jauh ku tetap milikmu
(kau milikku, kau milikku, kau milikku forever)
Oh saranghae (saranghae)

notaKAKI:-MaafpapabukanpeminatlaguK-POP.tapilagunisungguhmenarikperhatianpapa.tapibukanbermakanapapadahsukekanlaguK-POPok.

Aku Kesepian

Senja mulai memerah gelisah kerana malam akan menjelma

Dan mentari pun mula bernaung kerana ia tahu, 

Bulan dan bintang akan bersenandung.

Aku?


Aku masih disini..

Resah

Kerana ada ruang hampa di sudut hati

Kerana yang pasti ada yang pergi menjauh dariku

Walaupun aku tak tahu, bila dan siapa

Aku tetap menunggu sesuatu yang tak pasti

Tapi aku tetap juga tak tahu. bila dan siapa

Aku tidak boleh memahami dengan yakin tentang kehilangan ini

Cubalah ada teman untuk tempat ku meluahkan

Tapi bila ku lihat disekeliling dalam rumahku tiada sesiapa

Ingin rasanya aku menjerit sekuat hati untuk meluahkan rasa isi hati

Arghh... Tapi aku tahu semuanya hanya sia-sia dan tidak akan merubah apa-apa pun

Sepi ini cuma untuk memaut diriku

Sendiri ini cuba untuk menyiksa diriku

Aku kesepian didalam liang mimpi yang ku gali sendiri...

Aku Memang Bodoh

Aku memang bodoh..

 Mengharap pada perasaan yang aku rasakan akan dibalas

 Mengharap semua yang aku lakikan akan dibalas dengan apa yang aku inginkan

 Mengharap Semua yang aku inginkan akan di tunaikan dengan sempurna


 Aku memang bodoh...

 Bodoh kerana aku terlalu lemah dalam mengawal perasaan

 Bodoh kerana aku terlalu luhur unuk seseorang yang aku percaya tidak akan mematri luka dalam hati ku

Bodoh kerana aku sendiri tidak sanggup untuk melukakan hatinya walaupun sedikit.


Aku memang bodoh

Terlalu percaya pada semua kata-kata orang yang aku sayangi 

Aku tak mampu mengawal perasaan sendiri

Aku terlalu yakin pada semua keindahan yang aku berikan kepadamu


Sehinggakan aku..

Terjauh didalam perangkap yang kau buat khas untuk ku..

Terjatuh dalam kebahagiaan yang aku reka sendiri

Terjatuh didalam perasaanmu yang palsu


Sehinggakan aku

Melangkah sendirian didalam langkah bersama indahnya kesakitan

Sembuhkan patrian luka yang tercipta ini tanpa dirimu

Dan bersendirian mengubati gurisan dan menghilangkan perih pedih BERSEORANGAN...

AKAN DATANG (Kembali Bersendirian.....)

KEMBALI BERSENDIRIAN...... SOON...tak tahu nak kata apa.. cuma tengah bersedia untuk hidup bersendirian kembali.. apa yang boleh papa katakan... semoga berbahagia.... notaKAKIpapa:-hanyaMAMPUtersenyumMELIHATkebahagiaanORANGlain..

Kenangan di Balkoni

-Kenangan membuatku terlena- Disudut balkoni itu aku pernah berdiri menghalang angin berhembus seperti teka teki sekali-sekali engkau melirikku lupakan kekusyukan doa kepada keluhuran diiringi semerbak haruman yang melingkar pada lirik kedua, aku terkapar terpana pada paras yang rupawan! aku ingin berdiri lagi di balkoni itu sebagai sebuah kenangan jika itu bermakna tapi siapa lagi yang harus aku temui? jejak engkau pun telah pergi dari tanah di sana dinding atau tiang tampak malu melihatku tak ada khabar walaupun itu khabar angin jadi izinkan aku untuk melangkah pergi yang pasti ada sepotong hati berkarat merinduimu

Berakhir Pengharapan

Ketika Hati tidak mampu lagi berbicara Ketika Lafaz tidak lagi memberi makna Ketika perasaan mula diragui Ketika benih cinta mula kau semai di hati orang lain Saat itulah kau mula nyanyikan irama perselingkuhan Adakah aku kian pudar kau padam kan semua segala tanda Kau diam diatas tanda tanya Kau tanggalkan semua pelangi cinta... hanya kelabu yang tersisa Kau tinggalkan aku didalam gelora yang kau ciptakan Bersamanya... kau ketawa Bersamanya... kau berkasih Bersamanya.. Kau menidakkan kewujudanku.. Disini... Ku terkapai... bersendirian... mencuba mengharungi gelora yang kau ciptakan Disini.. Ku kecewa.. disaat kau tinggalkan ku tanpa kata Sehingga aku tak tahu kemana harus ku lontarkan jeritan perasaan..

Semalam....

Salam 8.45 malam.

Beberapa lagu lewat 80an dan awal 90an menemati papa ketika ini... mengalun mengalir ke rongga telinga papa dan menggetarkan setiap pelusuk hati papa.. Papa termanggu seketika, lalu tersenyum dan kembali membiarkan jari jemari papa lincah meanri diatas keyboard lappy papa.

Papa cuba untuk memainkan pita rakaman difikiran papa dan sambil membiarkan mata papa terpejam seketika untuk mengingat kembali kisah semalam yang terlalu banyak terjadi... Semalam... ya.. semalam semua berkisarkan tentang semalam.

Dalam gelap yang papa rasakan ketika mata papa terpejam... papa merasakan sesuatu yang cukup menenangkan... putaran kipas di siling seolah menjadi melodi indah bagi papa yang tengah mengimbas kembali tentang semalam..

Semalam.... papa masih lagi kecil... tetapi sekarang papa sudah pun menginjak 30 tahun...

Semalam.... Papa masih lagi bersekolah... Tetapi sekarang papa dah pun berkerja...

Semalam.... Papa masih lagi tinggal di kampung halaman... Tetapi sekarang papa berada jauh di perantauan... jauh dari peluk cium mak dan bapak..

Tapi bukan kisah itu yang papa ingin ingat tentang semalam...

Papa cuba sekali lagi memainkan memori fikiran papa ke arah yang lebih tepat... Malam ni papa ingin mengimbas kemali tentang semalam...


Semalam.. papa kehilangan seorang teman yang cukup papa kagumi.... boleh dikatakan setiap doa yang papa pohon akan papa selitkan namanya...

Semalam... papa menangisi pemergiannya dengan hujan renyai dan air mata...

Semalam...papa mendapat hinaan dari keluarga teman papa itu... papa dapat kutukkan... yang mengatakan papa tidak sesuai.. yang mengatakan papa serba serbi kekurangan... yang juga mengatakan papa tak layak diterima didalam keluarga yang berada itu...

Semalam papa... dan semalam.. yaa semalam papa.....argghh.... merah padam muka papa bila mengingatkannya.. dimana semalam papa... patah hati!!! hingga akhirnya papa mengharap semalam dapat diubah menjadi hari ini...

Semuanya tentang Semalam dan hari ini.. semuanya tentang hati dan perasaan... bahagia atau sebaliknya kita yang menentukannya..

Semalam menjadi satu pengajaran dan panduan yang indah bagai papa.. Semalam telah menjadi satu hari yang kelat bagi papa.. dan papa berharap agar hari ini dan esok papa tidak akan terlalu terburu-buru tenggelam dalam lautan air mata yang amat menyakitkan...

Tetapi papa hari ingat... Semalam bukanlah hari yang harus papa lupakan... Tapi cukuplah sekadar menjadi kenangan terindah yang cukup penuh hikmah bagi papa...



p.s: S A K I T I T U M E N Y A K I T K A N

No 1

Salam 11.53 malam

Maafkan papa...  ketika kau bertanya adakah dirimu bergitu berharga buat papa.. papa terpaksa berterus terang... kau bukan la yang pertama atau pun nombor satu bagi papa.. memang betul kehadiran mu begitu penting didalam hidup papa.. tapi sekali lagi papa nak tegaskan disini kau bukan la penting dan nombor satu dalam hidup papa...

Papa juga akui.. tanpa dirimu papa rasakan hari hari papa seolah tidak lengkap.. tapi sekali lagi MAAF kau bukan nombor satu  dan tak kan bisa menjadi nombor satu bg papa.. mungkin benar apa yang kau katakan.. tanpa dirimu sinar bahagia akan berkurangan dalam hidup papa.. tapi itu tidak bermakna papa tidak boleh hidup tanpa dirimu.... kerana papa sudah ada yang nombor satu didalam hidup papa...

Kau menyatakan kesedihanmu.. marah... kecewa dan cemburu... kerana kau tidak boleh jadi nombor satu dalam hati papa.. please jangan buat macam tu ok... kau kena faham dan renungkan kembali kenapa kau tidak boleh jadi nombor satu dalam hidupku... 

Kau nak tahu kenapa? ok baiklah biar papa jelaskan.. kenapa kau tetap tidak boleh jadi nombor satu dalam hidup papa... semuanya adalah kerana...
Tuhan dan agama papa tetap menjadi yang petama bagi papa...
ibu, bapa serta keluarga papa jadi tempat yang kedua bagi papa
kawan sahabat dan teman-teman papa menjadi tempan yang ketiga buat papa
Kerjaya papa menduduki tempat yang ke empat..
dan yang kelima baru lah papa boleh letakkan dirimu...
papa harap kau memahami pendirian papa...

p.s: p l e a s e n o h u r t f e e l i n g d e n g a n d i r i p a p a o k....a w a k s u k  a s a y a t a k?

Papa Bukan Seorang Yang ROMANTIK

Papa memang tidak romantik
Papa tak pantai luahkan kata cinta
Papa juta tak biasa mengungkapkan kata rindu

Papa akui papa bukan lah orang yang romantik
Papa tak pandai menghujani dirimu dengan pelukan hangat dan ciuman mesra untukmu..
Apa yang papa boleh lakukan hanyalah menatap matamu dan mengenggam tanganmu
Tapi itu semua papa dapat lakukan dengan keberanian yang harus papa cari.

Papa hanya mampu mencintaimu dengan hati papa yang tulus
Hanya mampu memastikan dirimu sentiasa baik disetiap waktu
Memberikan semangat setiap masa kepadamu walaupun kau tidak menyedarinya..
dan papa hanya mampu membawa namamu disetiap detik waktu dalam perjalanan harian
 papa, WALAUPUN kau tak pernah MENGAMBIL TAHU...

p.s:-a w a k s u k a s a y a t a k ?

MAD WORLD...


Salam 12.39 pagi

Sekali papa tergerak untuk melakar ilham di blog kesayangan papa ni... Tapi papa rasa takder la nak buat n3 yang beberat cukuplah sekadar menjadi renungan bersama..... akcely apa yang ingin papa maksudkan di n3 papa ni ialah kita tidak pernah tahu dan tak akan tahu apa yang bakal terjadi pada hari esok... apa yang boleh kita lakukan ialah melakukan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.. manfaatkan segalanya dengan kudrat yang kita ada... dan kalau boleh cubalah kecapi kebahagiaan pada hari ini.

Semoga apa yang papa katakan ini dapat memberikan inspirasi pada diri korang dan papa sendiri untuk  membuat yang terbaik dalam kehidupan kita pada hari ini esok dan juga hari-hari yang akan mendatang agar kita dapat kebahagiaan yang kita impikan.... LETS DO THE BEST WE CAN DO.... cubalah bergembira dan bersyukur kerana kita masih diberi kesempatan didalam MAD WORLD ini....

P.S:- tak paham apa yang papa lakarkan di n3 papa kali ini? cubalah fahami dan renungi semula. papa yakin korang bijak untuk mentafsir sesuatu perkara..


KHAS BUAT SILENT READER PAPA


Salam 11.14 malam
Apa khabar pengunjung setia blog papa.. maaflah malam ni papa kurang sihat sedikit. dah masuk 2 malam da demam asyik menemani diri papa.. malam ni rasanya demam papa makin teruk.. hinggakan nak tidur pun susah... so, tuk melayan mata papa ni, papa menjegukla seketika blog papa ni.. Bila papa perhatikan blog papa ni.. rasanya takder yang komen satu pun n3 papa..  mungkin salah satu sebab papa jarang membuat n3.... jarang update blog... jarang blogwalking.. tapi setiap n3 yang melakar helai bingkai kehidupan papa ini seolah-olah tidak pernah selesai....

statistik blog papa jauh dari kata SUPERB... dan jumlah pengunjung yang singgah di blog papa ni pun masih tak dapat dihitung dengan jari sehingga ke saat ini..

Apapun.. luahan dari hati kecil ini, papa persembahkan untuk semua pengunjung blog papa. Wahai "Pembaca Senyap" yang papa hormati.... Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca setiap n3 yang telah papa lakarkan disini... Terima kasih kerana tetap setia dengan Blog papa walaupun tiada sebarang KOMEN yang korang tinggalkan di setiap n3 papa.. Terima kasih juga kerana telah menyelami setiap bait - bait kata yang tida teratur yang telah papa luahkan... Terima kasih kerana setia mengikuti setiap episod demi episod kisah kehidupan papa yang tiada akhirnya ini..

Pembaca Senyap.... Ketahuilah bahawa walaupun korang tak pernah meninggalkan komen atau menyapa untuk memperkenalkan diri kepada papa, bagi papa korang sangat bererti... Tanpa korang.. n3 papa tiada maknanya... kerana tanpa korang PEMBACA SENYAP tiada lagi luahan bisikan yang mengusik di sudut jiwa papa untuk terus dan terus membuat n3.

Pembaca Senyap... siapapun korang.. dimanapun korang berada... Papa harap korang akan tetap setia dengan setiap n3 yang papa posting. dan papa harap korang boleh menjadi sahabat yang sempurna untuk papa.. Semoga juga n3 - n3 papa bisa menjadikan perkara yang baik untuk korang.... semoga segala n3 yang papa lakarkan selama ini bukanlah satu n3 yang sia-sia...

p.s; PEMBACA SENYAP.... just enjoy the silence... becouse i can feel it.. that you're here.. for me...

SIMPANG KEHIDUPAN

Salam 6.22 petang
Hari ini papa menyelusuri hari ini, sekejap melangkah perlahan, sekejap merangkak dan sekejap berlari. Papa tidak menyangka semua ini berlaku dengan pantas. Atas keyakinan diri papa tetap melangkah walaupun waktu tidak mungkin akan terkejar. inilah lumrah kehidupan, semuanya ibarat permainan dan bukan hanya berimaginasi. Hidup yang papa jalani kadangkala tidak berada dilandasan yang sepatutnya. Hidup yang sepatutnya mudah tetapi selalu sahaja sukar untuk dijalani. Kehidupan sebenarnya terlalu banyak simpang. Dimana sebuah kenangan yang telah terjadi, Masalah yang sedang dihadapi dan sejuta angan yang terus diimpikan. Kenangan yang papa lalui tidak selalu menjanjikan keindahan, Selalu sahaja kesedihan bersarang didalamnya. bahkan lebih parah lagi, duka dan nestapa itu yang sering merangkul papa lebih erat sehingga hari esok menjelang. Tetapi adakah itu semua harus menjadi halangan untuk papa tetap bertahan pada satu simpang?  Secara jujurnya TIDAK!! dan MEMANG TIDAK! Apa yang papa harapkan adalah  Hari yang memberikan papa sejuta senyuman. Tetapi Hari hari papa mengajak papa untuk sentiasa berkelana menyonsong mimpi  yang telah papa tanam semalam. Walaupun Jiwa papa akan cuba menemani diri papa untuk melupakan hari yang telah berlalu. Papa berharap jangan la papa berhenti hanya pada satu simpang, kerana papa yakin pasti akan melemahkan hati dan nurani papa. 

Papa cuba untuk mengintai hari esok. dengan harapan bahagia akan menanti papa tanpa ragu. Bahagia mengalukan papa seolah-olah papa adalah tetamu istimewa. Papa berharap hari esok akan dapat membebaskan diri papa untuk dapat berkhayal dan berangan-angan setinggi yang boleh. kerana papa yakin tiada yang salah untuk papa melakukan perkara sedemikian..

Simpang yang banyak selalu sahaja beriringan, bagaikan gelombang ombak yang saling berganti menghempas pantai. Memang nampak sangat mengasyikkan. tetapi pada masa yang sama cukup menakutkan. Ingin direngkuh tetapi pada masa yang sama takut untuk terjatuh.  Simpang yang banyak itu jugalah yang akan membawa diri papa kepada satu simpang yang betul. cuma diri papa yang harus menentukan sama ada ingin berada jauh ketinggalan di belakang. atau  berada berdiri tanpa melangkah ataupun teruskan melangkah. Papa percaya tiada yang abadi dengan simpang-simpang yang berada dihadapan kita.  Aturlah langkah untuk melaluinya, bukan untuk jatuh terjelangkup didalam bayan wajah diri kita sendiri... Simpang yang berliku membawa erti kehidupan yang penuh impian tetapi tiada yang abadi...

P.S:- h a t i t e r l a l u l e t i h u n t u k d i u j i d a n d s a k i t i.....

B E R S E N D I R I A N

Salam 2.53 pagi

Pagi yang hening ini.. Papa bersendirian didalam lubuk sunyi dan berdebu dengan sebuah lampu meja yang kecil. Tanpa teman... bersendirian, sunyi sambil bermain dengan sepi. Papa mengelamun dalam kehampaan melalui waktu yang tidak pernah papa ketahui bila akan berhenti. Tatkala penujuk waktu tidak pernah ada membawa masa berlalu dan terus berlalu.

Lubuk kesunyian semakin mendalam, diri papa pula mula meronta... Namun papa  bersyukur kerana tiada apa yang mampu berhenti...Kalimah mengalis dalam lisan tanda syukur diatas nikmat yag ada. Cukup merasakan nikmat yang ada. Papa rasa bahagia, Dikala menyantap jiwa dan raga dengan ketenangan kerana itu sudah cukup bagi papa mengecapi kebahagiaan...

Walau papa sentiasa merasa bersendirian.. tapi hati papa tak pernah mati, terus bermimpi, terus berangan jiwa dan raga merasa tabah dan mencapai waktu ketenangan yang ABADI....
sehingga 


P.S:- m a s i h m e n c a r i k e t e n a n g a n y a n g a b a d i

KAU SAPA KU DAN BERLALU PERGI

Salam 9.30 malam....

Papa kembali...!!! setelah sekian lama membiarkan blog papa ni bersawang, tak sangka rindu juga papa dengan dunia blog ni.. Tapi disebabkan kekangan masa dan kerja membuatkan blog papa ni jarang ada N3-N3 yang terbaru.. Terus terang papa katakan.. lately ni, papa memang agak sibuk sedikit.. ala tak kesah la kan. as long papa masih boleh berblog lagi...

OK sebenarnya sejak kebelakangan ni papa rasa macam sesuatu yang amat membebankan diri papa.. dari segi keluarga, kerja, percintaan dan juga dari sudut diri papa sendiri... Kadang kala papa sendiri tak tahu mana satu yang harus papa dahulukan.. kerana setiap perkara seolah-olah inginkan perhatian yang terlebih dahulu... Akhirnya.. papa amik jalan singkat BERSERAH saje la....

So.. untuk posting papa kali ni.. papa tujukan KHAS buat seseorang yang papa baru kenali... perkenalan kami takder la lama kira baru menjengah 2 bulan. tapi...... saat perkenalan mulai nak bercambah KEMESRAAN dia terpaksa pergi jauh atas sebab kerja yang dia harus lakukan.. dah nasib badan... tapi bila papa fikirkan semula.... perkenalan kami ni seperti mentari yang cukup indah datang menjengah... tetapi bukan singgah untuk menghangatkan badan papa tetapi sekadar menyapa dan berlalu pergi.... tapi bagi papa semua ini ada hikmahnya.... kerana bagi papa ibarat membiaskan warna pada dada langit... mengintai diantara celah awan yang putih.. menitipkan tawa untuk setiap impian..
 Bukan seperti pelangi yang hanya dari biasan sang matahari... indah hanya seketika dengan 7 pancaran warna...walaupun indah tetapi hanya seketika dan beransur hilang..
 dalam situasi sekarang ni.. papa boleh ibaratkan seperti kau... seperti bahagia yang datang MENYAPA LALU PERGI...

Lakaran Hati Papa

Salam 9.50 malam

Setelah sekian lama menyepi papa kembali.... Tapi kali ni papa melakar isi hati bukan kerana tekanan dalam hati papa. papa bercerita juga bukan keranaada ganguan emosi dalam diri papa dan yang peliknya.. semua ni memberikesan sebak seakan hati ini benar benar sedih pada sesuatu perkara yang papa sendiri tak tahu dari mana awal prosa ini berakar...

Sinar yang terang kian pudar kemudian lenyap menjadi gelap, sirna turut hilang tak berbekas hanya meninggalkan catatan sayu tentang naskah sekeping hati. Papa terduduk lesu tapi langsung tidak gentar untuk menatang waktu, semua berlalu seperti hembusan angin, seperti kabus yang berbaur di udara dan seperti keraguan menjadi keyakinan.

Ya.. papa akui dan yakin menjadi satu hal nanti. dimana papa akan berdiri berseorangan ketika orang-orang disekeliling ketawa selepas meihat diri papa duduk bersedih tentang perkara yang terjadi pada diri papa. Papa hanya mampu melihat mereka dengan penuh semangat kemudian melangkah kehadapan dan berlalu pergi sambil tersenyum. kerana satu harapan adalah jendela untuk papa maju melangkah kehadapan. Papa pernah diajar oleh orang tua papa untuk mengibarkan semangat demi tujuan yang akan dikecapi. Mengundang keceriaan yang diiringi kebahagiaan, lalu memberikan kesenangan tanpa ada meninggalkan secalit senyuman indah tentang perspektif akan keikhlasan hidup..

Papa bersyukur pada segala-galanya, dan kemudian cuba mendapatkan keredhaan dari yang Maha Esa. Kerana papa tahu ia adalah tujuan akhir dalam kehidupan papa....


Its all about me...

Ketika saat sunyi di dinding malam
Ku lakarkan segala persoalan
Tentang resah di bibir tirai subuh
yang terjejak di setiap pijakkan kaki..

Pada tahkta yang ku semat di kaki bumi
tentang aku dan waktu yang berjalan
yang tersengat kata tentang wakti
dan aku tahu aku salah..

pudarlah malamku
ketika jejak ini mula goyah
pada setiap kata yang tergubah
menjadi syair di hening malam

dan bila ini adalah akhir kalam
biarkan waktu yang menjawab segala mimpi
menata diri dalam cebisan warna
ketika diri tersedar tentang masa

Bengang
pada rasa yang tersembam
kala sedar itu bangkit
hidup bukan hanya sekadar kata semata-mata

dan ketika subuh kian menjelang
tangkup jari jemari diertikan bermakna
pada resah dibibir malam
pada jiwa di dinding sang malam

Biarkan lah bertahkta  begitu saja..
pada hitungan dengan sejuta makna
tentang aku dan langkah
yang tersalah di batasan waktu..

pun pada setiap detik yang berlalu
makna menjadi erti dihampasannya
ketika anging menghembus sayu egoku
tentang waktu dan keresahanku..

Dan malam
dimaksudkan belukar gelap
berkolaborasi dalam bingkai terindah
pada hidup yang tersenyum dalam cetusan warna

PAPA MARAH!!


Salam 7.50 malam.. 
Dah lama rasanya papa tak berpuisi.. ok kali ni papa nk cuba plak berpuisi.. memandangkan perasaan papa saat ni sungguh bengang.. so better papa luahkan dengan puisi.. sbb klu papa luahkan dengan penzahiran ayat atau penceritaan. tak pasal-pasal ada yang terasa.... so... kali ni biar papa marah dengan berbahasa puisi...

Marah…
Ya, papa marah!
Dan marah papa bukan tanpa alasan
Dan marah papa bukan tanpa sebab
Marah terasa diabaikan
Marah terasa tidak dipedulikan
Marah terasa tidak diperhatikan
Dianggap tidak ada
Dianggap tidak bererti
Dianggap tidak berguna
Marah…
Ya, papa marah!
Ketika kesabaran sudah melebihi batas
Ketika ketengangan sudah merasa terusik
Dalam marah, keluar kata-kata yang buruk
Dalam marah, keluar kata-kata tak patut
Kata-kata dari hati terkesan menyakiti
Namun mengandungi ketulusan dan kejujuran
Papa marah kerana cinta,
Papa marah kerana  sayang,
Papa marah kerana ambil berat,
Papa marah kerana  bimbang,
Marah…
Ya, Papa marah!
Supaya kamu mengerti bahawa papa juga mempunyai perasaan,
Supaya kamu  tau bahawa papa juga mempunyai keinginan
Marah, kerana kamu tetap tidak dapat membaca isi hati papa.
Berdebat sihat, untuk mencari penyelesaian dari segala permasalahan.

SUGAR DADDY PAPA ...LOVE HIM SO MUCH

Salam 1.08 Petang

Gempak tak dgn tajuk N3 papa kali ni.. haha.. nape tak percaya ke? haa kau ade? kau takder kan.. ahaks..
by the way.. papa nak cerita pasal Sugar Daddy papa ni... Dia sebenarnya telah membesarkan papa sedari kecil lagi... dialah Ayah papa.. uhuks...

kalau nak diceritakan mengenai ayah papa ni.. rasanya tak cukup dengan satu N3 je.. tapi tak pe papa cuba ringkaskan untuk tatapan semua. Bagi papa ayah papa seorang yang tegas, berwibawa dan berani.. itu la yang mampu papa gambarkan mengenai dirinya.. Secara  jujurnya papa bersyukur sangat-sangat kerana mempunyai seorang ayah seperti dia... Papa masih ingat lagi waktu kecik-kecik dahulu. kalau papa dengan adik beradik yang lain ada buat salah pasti akan kena belasah dengan ayah papa.. tak kira la masa tu masih kecik ke dah besar ke. ayah tak pernah nak pilih kasih dalam memberikan kasih sayangnya... Dulu papa hanya la seorang driver lori balak.. masuk keluar kem untuk memandu lori balak... betapa besar risiko yang terpaksa dia tanggung semata-mata untuk mencari rezeki untuk kami adik beradik... tapi dia langsung tidak pernah mengeluh... kerana dia tahu itu adalah tanggung jawabnya sebagai seorang ayah.... dan syukur alhamdulillah.. berkat kesabaranya,  sekarang dia berkerja dengan kerajaan. jadi tak perlulah sudah dia berhadapan dengan risiko yang besar untuk mencari rezeki..

ada satu peristiwa ni yang papa langsung tidak boleh lupakan.. kalau ikutkan memang salah papa pun.. sebab masa tu, papa nakal sangat-sangat.. ceritanya macam ni.. masa tu papa masih lagi bersekolah (mengengah) dimana untuk pergi kesekolah ayah papa telah menyewakan sebuah van sekolah untuk papa dan kami yg lain.. so setiap bulan ayah papa akan berikan duit sewa van kepada papa untuk diserahkan pada pemandu van tersebut. TETAPI disebabkan kenakalan papa.. papa tak serahkan duit sewa tersebut. sehinggalah 3 bulan berlalu.. masa tu pemandu van tersebut jumpa ayah papa yang sewa van sudah tergangguh selama 3 bulan... papa pada masa tu toksa citer la.. perasaan papa masa tu mmg gemuruh sgt2. kompom pas ni akan kena sebijik dengan ayah papa... ahaks... dan masa yang ditunggu2 telah pun tiba. selepas je pemandu van tu balik.. ayah terus panggil papa... tak banyak tanya ayah papa terus bagi pelempang kat papa.. pergh... berdesing kepala papa masa tu.. huhu.. menangis..? kompom menangis la.. haha.. pas tu tak cukup kena penampar... papa di sepak lagi oleh ayah papa.. haha ganas tak ganas ayah papa masa tu.. pas kena belasah cukup2 baru la ayah papa tanya kemana duit sewa van tu papa gunakan.. dengan selamber je papa jawab.. duit tu papa gunakan tuk beli komik.. dann.. pangg!!! sekali lagi pelempang gaban diberikan KHAS buat papa.. huhuh... tapi pas insiden tu.. ayah papa pandai memujuk papa... kalau papa tak silap la.. pas kena belasah tu malam tu ayah papa bawak papa dgn adik beradik yang lain g jenjalan kat bandar tawau. dan belanja kami makan malam.. huhuh.. bila ingat semua tu kelakar pun ada.. tapi sebagai seorang anak. papa tak pernah nak simpan didalam hati pasal dah terang memang salah papa pun...

satu lagi perkara yang papa rasa cukup berbangga mempunyai ayah seperti dia ialah.. Ayah papa langsung tak pernah mengabaikan papa sbg anaknya. walaupun sampai sekarang ni.. papa dah kerja, dia masih membantu papa.. maksud papa.. time papa NAZAK POKET PUASA dia la yang selalu menghulurkan bantuan.. huhuh (malu seketika)  papa rasa... papa adalah orang yang paling beruntung di dunia ni kerana mempunyai seorang ayah seperti dia.. love u so much pak...!!! 

papa nk cerita lagi pasal Sugar Daddy papa ni tapi biarlah cukup menjadi kenangan buat diri papa.. apapun.. disini papa nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada bapak sebab telah membesar kan papa hingga kini... papa akui, jasa yang telah bapak berikan pada papa memang tak akan terbalas... tapi Insya Allah. andai ada rezeki yang menyebelahi papa, papa akan cuba membalasnya... apa pun buat bapak.. jangan sesekali merasa jemu dan bosan dengan melayan karenah anak mu ini.... dan minta maaf sebab banyak menyusahkan bapak selama papa hidup dimuka bumi ni.... I LOVE YOU SO MUCH MY SUGAR DADDY... (NORDIN HJ NUSU)




SALAM PELUK CIUM DARI ANAKMU
`KECIK`

DICINTAI atau MENCINTAI?




Salam 10.54 malam..

HUrmm... Papa nak minta maaf sebab dah beberapa hari papa stop membuat N3 kat blog papa ni.. Akcely, disebabkan papa kurang sihat lately menyebabkan akal fikiran papa tak boleh menzahirkan sebarang N3 untuk semua...

Ok.. malam ni papa nak story mory pasal pertanyaan yang selalu membuat kita ragu untuk menjalinkan sesuatu hubungan.. walaupun mood papa masih dalam keadaan yang tak mengizinkan.. tapi papa cuba untuk mengertikan semua perkara tentang " MENCINTAI ataupun DICINTAI"

Sebelum papa cuma menjelaskan semuanya, papa rasa ada baiknya kita bertanya pada diri kita sendiri. untuk apa sebenarnya kita  menjalinkan sesuatu hubungan... adakah untuk mengecapi kebahagiaan? atau untuk mengundang penderitaan ? ataupun sekadar suka-suka?

Kadangkala saat kita kecundang dalam satu hubungan kita akan merasa sangat kecewa.. kekecewaan yang sangat memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita. dan kadangkala juga ada yang berfikir dan berniat untuk mengakhiri kehidupannya hanya disebabkan kegagalan tersebut. So, mari kita berfikir dan buka fikirkan kita.. apa kah penyebab semua itu terjadi? (persoalan ini jawapannya ada pada diri memasing.. bila kita membuka fikiran untuk menjawab persoalan itu... Insya Allah pasti akan ada jawapannya..)



Ada yang mengatakan sekadar untuk SUKA SUKA. bermakna menjalinkan hubungan dengan lebih dari 1 orang pasangan. dimana mereka tidak pernah puas dengan sesorang yang berada disisinya.. ok disini papa akan cuba untuk membuka fikiran korang semua agar lebih menghargai sesuatu perhubungan  tanpa perlu menyakiti pasangan korang dan menjadikan korang lebih bersifat matang dalam menghargai pasangan masing masing. soalan papa untuk korang semua..." Pernahkah korang menduakan pasangan korang? untuk apa? kenapa? dan mengapa korang buat macam tu..? dan apa kesudahannya? papa akui mungkin korang merasa selesa bila dikelilingi wanita ataupun lelaki. cuba korang fikirkan.. disebabkan tindakkan korang macam tu.. akan membuatkan pasangan korang lebih kecewa. cuba kita renungkan lagi.. walau banyak mana sekali pun kita jalinkan hubungan dengan orang lain. tapi pada penghujungnya kita pasti akan kembali lagi kepada pasangan yang setia pada diri kita. kenapa? kerana kita semua ni BODOH, kenapa BODOH? kerana kita tidak boleh melihat siapa yang mencintai diri kita dan memahami diri kita sebenar2nya...

MENCINTAI dan DICINTAI... tentu semua orang tahu jawapannya, SEANDAINYA kita berfikir dengan matang dan ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius untuk menggapai sinar bahagia. Bila sesuatu hubungan itu dijalinkan tanpa dilandaskan dengan cinta  pasti akan menyiksa hati dan naluri kita. contohnya... bila kita dijodohkan dengan sesorang yang tidak kita kenali dan tidak kita sayangi mahupun cintai kita terpaksa hidup bersama dengannya dan kita terpaksa redha dengan seuatu yang kita tidak rehdai...


OK ok ok dah dah dah biar papa teruskan dengan tajuk N3 papa pada kali ni ok..

DICINTAI? orang yang memegang teguh tentang pendapat ini bagi papa adalah orang yang sungguh EGO!! orang yang tidak mengerti ERTI kasih sayang yang sebenarnya.  orang dikalangan ini hanya ingin diperhatikan tetapi tidak pernah memerhatikan kita. Ingin di hargai  tetapi tidak pernah menghargai. betapa angkuhnya orang ni kan.. haha.. orang yang hanya memikirkan kesenangan diri sendiri sahaja langsung tanpa memikirkan pasangan hidupnya. bagi papa orang seperti ni memang tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka miliki, selalu je merasakan kekurangan dan langsung tidak pernag mensyukuri apa yang mereka miliki dan tidak  mustahil mereka ini akan menyakiti pasangan mereka dengan berlaku curang.

MENCINTAI? bagi papa gud la kalau ada orang yang berfikiran seperti ini.. 100x LIKES untuk korang. bila satu-satu hubungan dilandaskan dengan perasaan mencintai Insya Allah kita akan menemui sinar kebahagiaan yang kita cari.orang yang mempunyai prinsip seperti ini akan sentiasa ada disaat kita ada masalah di timpa musibah atapun disaat kita didalam kesusahan, mereka akan cuba untuk meringankan beban dengan kehadiran mereka disisi kita, seolah-olah beban yang kita pikul selama ini terasa ringan. SO!!! itu masa kita susah.. kala kita SENANG.. kita akan merasakan dunia ini sungguh indah rasa seperti kebahagiaan bersama orang yang kita sayangi.

Ok... cukup dengan penjelasan dari papa? huhuh maaf la kalau sepatah kata pun korang tak faham..  tapi kat sini papa nak bagi tahu... bila korang nak menjalinkan sesuatu hubungan... ada baiknya hubungan tu dilandaskan dengan perasaan mencintai dan bukan dicintai... saling menghargai bukan di hargai serta saling memahami ukan di fahami...

semoga N3 papa ini dapat memberikan maanfaat buat korang semua... papa hanyalah insan biasa... andai ada salah dan silap dalam N3 papa ni... papa minta maafg ok.....


N3 SAHABAT LAGI

 
*sekadar gambar hiasan
Salam 12.53 pagi..

Entah kenapa malam ni papa susah sgt nk tido... dah siap guling-guling lagi kat atas katil. but still tak leh tido...
so jalan terbaik melayan mata yang tak leh tido ni ialah berblogging.. huhu... akcely.. papa suka bila buat n3 mengenai sahabat.. rasanya banyak yang ingin papa bicarakan mengenai sahabat.. seperti n3-n3 papa yang lepas rasanya sudah terlalu banyak papa mengulas mengenai sahabat... Tapi malam ni, papa nak cuba huraikan dengan lebih jelas mengenai sahabat...

Ok... papa nak tanya korang.. Apa sebenarnya erti PERSAHABATAN bagi korang?

Persahabatan bagi papa tak selalu indah... kadang kala sungguh membengangkan, menyakitkan dan penuh dengan rasa ketidak puasan hati dan lain lain lagi lah...

Persahabatan tidak terjadi macam tu saja,Dimana untuk menjalinkan hubungan persahabatan kenalah melalui tahap tahap atau dalam bahasa omputehnya LEVEL yang cukup banyak.

Level itulah yang membuatkan persahabatan tidak boleh disia-siakan..

Sahabat yang arkab tidak akan pernah untuk cuba bermaksud untuk menyakitkan hati kita, tetapi itu hanya satu petunjuk demi kebaikan kita..

Sahabat yang rapat tidak akan cuba untuk menutupi kesalahan kita, tetapi mereka akan cuba untuk mengingatkan kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama..

Sahabat yang setia juga tidak akan meletakkan kesalahannya pada diri kita, tetapi mereka akan mengaku dan meminta maaf serta berusaha untuk tidak mengulanginya lagi..

Mungkin sebahagian daripada kita menganggap persahabatan itu indah dan ada juga diantara kita merasakan persahabatan itu amat menyakitkan dan susah untuk diterima dan dimaafkan... tapi atas dasar apa mereka berfikiran seperti itu?

Tetapi ingatlah…

Siapa yang berada disisi kita saat kita menghadapi masalah keluarga yang terasa berat untuk kita tanggung bersendirian….?
Siapa yang menemani diri kita saat teman kita selalu mementingkan dirinya sendiri..
Siapa yang berada disamping kita saat pasangan kita curang dan membuat kita merasa menyesal…
Siapa yang mengasihi kita disaat kita merasa sudah tidak memiliki siapa-siapa lagi…
Siapa yang masih tetap berada disamping kita saat kita sudah tidak memiliki apapun…
Siapa yang menjadi pendorong disaat kita merasa sudah tidak boleh lagi bertahan…

Sahabatlah yang berusaha untuk selalu ada untuk kita….

Jadi...Sahabat papa sekalian…
Jagalah dan peliharalah apa yang sudah kita ada selama ini…
Jagalah perasaan papa seadanya kerana papa juga sentiasa berusaha menjaga perasaanmu…
Maafkanlah diri papa kerana papa juga akan selalu memaafkanmu…

Sahabatmu…
Papa Q..

nOtAkAkI: kepada semua sahabat2 papa di BPR, SKP, SSM, INFLECTION, FB's dan dimana saja.. Papa minta maaf andai papa ada pernah menyinggung perasaan korang semua....

Lara...Hannah (Bahagian akhir)

"Nama penuh suami puan.."

"Assraf bin Halimi.."

"Alamat.."

"Kampung Bahagia, Teluk Intan..

"Puan ada bawa gambar suami puan yang boleh kami kenal pasti..?"

Hannah segera menyerahkan gambar Assraf kepada pegawai polis tersebut. sejenak kemudian pegawai polis wanita itu mengamati gambar yang diberikan oleh Hannah sebentar tadi. Tiba-tiba dia berdiri dan berjalan memasuki sebuah bilik.Beberapa ketika Hannah menunggu sambil menenangkan Razey, anak lelakinya yang berusia dua tahun itu yang asyik meragam dari tadi. Pegawai polis wanita itu tadi mempersilakan Hannah masuk untuk berjumpa dengan Chief Inspektornya.

"Silakan duduk..."

Hannah terpaku di depan pintu... Fozi....? Suaranya perlahan tetapi disebabkan ruang bilik itu sungguh hening Chief Inspektor itu dapat mendengar suara Hannah. Dia mengangkat wajahnya... Sejenak dia  terpana... Hannah..!! Dia segera berdiri dan mempersilakan Hannah duduk lalu dia menutup pintu.

"Jadi selama ini awak tak pernah menggugurkan kandungan itu..?Dan Razey ni anak saya, Hannah..?" Mata Fozi tajam memandang Razey.. Hannah tidak mampu untuk menjelaskan renungan Fozi.. Entahlah...

"... Bukan... Ini anakku.!!" dan sudah pasti Fozi tidak mempercayai kata-kata Hannah. Kerana saat dia melihat budak lelaki yang berusia 2 tahun didalam dakapan Hannah, dadan Fozi berdebar, seperti ada sesuatu ikatan batin yang tak mampu dia terjemahkan. Hannah pula masih belum boleh menenangkan perasaannya. Sebagai gadis kampung yang dungu dia tidak pernah menghadapi situasi seperti ini. Apatah lagi, saat ini hatinya masih berkata bahawa dia masih mencintai Fozi meskipun Fozi telah mencampakkannya 3 tahun yang lalu.

"Ehmm.. Assraf Halimi adalah salah seorang mangsa penculikan lanun di Semporna, Sabah seminggu yang lalu. Tetapi Assraf Halimi....., Suami awak kami temui mati terdampar di pantai berhampiran dan dia meninggal kerana ditembak dikepalanya dari jarak yang dekat.. dan jenazahnya dikuburkan di..."

Hannah hampir jatuh terduduk dan pada masa yang sama Fozi sempat menyambut Razey yang terlepas dari dakapannya. dan Hannah pun pengsan didalam dakapan Fozi. Dengan bantuan beberapa pegawai polis yang bertugas pada ketika itu, Hannah dibawa berehat di bilik rawatan balai polis tersebut. Ketika telinganya sayup mendengar sesorang sedang bergurau dan bermain dengan Razey dia segera bangun dan berjalan menuju ke ruangan menunggu.

"Oh.. Awak sudah sedar Hannah.." Hannah melihat Fozi sedang tersenyum sambil mendukung Razey... Ya Allah.. Mata mereka sama. Hannah terus meraih razey dan berniat untuk terus keluar dari balai polis itu. Tetapi seorang pegawai polis yang kebetulan berada disitu sempat menahannya.

" Puan.. Kami harap puan dapat tunggu sebentar untuk memberikan keterangan.." Fozi memberikan isyarat kepada pegawai bertugas untuk meninggalkan ruang tersebut.

"Hannah.. Saya minta maaf jika selama ini saya pernah menyakiti hatimu.. Tapi pada saat ini saya mohon kerjasama dari Hannah untuk memberikan keterangan mengenai suami Hannah.. Apa tujuan dia pergi ke sana.. untuk apa dan sebagainya." Fozi mengamati wajah sayu yang dulu pernah dekat dengannya. Sayang masa itu dia masih terlalu muda dan kerjayanya baru saja bermula.

"Baik..Tapi buat masa ini saya kena balik dulu. Kerana dah seharian saya bawa razey di balai ini. Kesian dia dah kepenatan. Esok.. InsyaAllah saya datang semula.." Fozi mendengar jawapan Hanna sedikit keras. Dia faham dan sangat mengerti, Hannah pasti sangat membenci dirinya saat ini.

"Humm.. Baiklah, Mari saya hantar awak balik..." Fozi mempelawa untuk menghantar Hannah tapi dengan penuh angkuh Hannah menolak.

"Terima kasih.. saya naik teksi saja.." Hannah segera beredar dari balai tersebut dan tanpa sepatah kata meninggalkan Fozi dengan  pelbagai fikiran yang berkecamuk dikepalanya.

—–

Walaupun hatinya hancur berkecai, Hannah tetap berusaha kuat. Di rumahnya, Dia mengambil upah menjahit untuk menyara kehidupannya dua beranak.

Sementara itu, keterangan Hannah beberapa hari lepas dapat membantu pihak polis menangkap lanun-lanun yang giat aktif di perairan Semporna.

Hingga ke saat ini, Hannah masih tidak percaya dengan kenyataan takdir yang Assraf sudah pun pergi meninggalkannya.. Dia sangat menghormati Assraf dengan sifat soleh, sabar dan bertanggungjawab terhadap dirinya selama mereka bersama. Tidak pernah sekalipun Assraf cuba untuk menyakiti hatinya malahan Assraf selalu cuba untuk membahagiakannya.Tapi ajal dan maut di tangan tuhan.. Assraf pergi meninggalkan dirinya untuk selamanya...

Manakala Fozi.. berpangkat chief Inspektor yang  disegani kerana mampu memberkas dan menyelesaikan masalah lanun di negeri Sabah. Namun ketika ini, dia amat menyesal dengan tingkahlakunya dahulu dimana dia merayu Hannah untuk menggugurkan kandungan..Dia tidak menyangka yang dia sungguh tidak berperikemanusiaan dulu.

—–

Enam bulan berlalu... Hannah kembali merenung lara diri... Sungai ditepi hutan kembali menjadi saksi hidupnya.. Burung burung dihutan itu kembali diperhatikannya ketika sedang mencari ikan dari sungai... Hidup ini memang harus diteruskan dan dihadapi dengan tabah... seperti burung itu tetap berkeliaran disekitar sungai... Hembusan angin senja meniup dedaun dai hutan yang menerpa kewajahnya...

Hannah tidak mau terlena dengan kejadian yang baru sahaja menimpanya.. Dia berjanji akan tetap menyayangi Razey sepenuh hati, sepertimana Assraf menyayangi anaknya walaupun bukan dari darah dagingnya...Dia akan bekerja untuk menyara kehidupan sehariannya. Kenangan bersama Assraf biarlah dia sematkan rapi didalam hatinya. kerana dia tahu rahman selalu mengajarnya erti cinta dan sayang.... dan Fozi..

"Hannah..." Fozi berjalan menghampirinya. Dengan perlahan lelaki itu duduk di sebelahnya.

"Dari mana awak tahu..." Fozi menutup mulut Hannah dengan jarinya..

"Sekali lagi saya pohon kemaafan pada Hannah..Sudikah awak menerima maaf dari ku, Hannah??"

Suara kepakan sayap burung-burung dihutan itu semakin menambahkan Lara di hati Hannah... Dia hanya mampu terdiam... Memandang mata Fozi yang merenunginya... Angin petang kembali berhembus lembut menyentuh kalbu dan membiarkan dua insan yang duduk diatas batu di tepi sungai itu saling memandang antara satu sama lain......………………….
 (TAMAT)

Lara...Hannah (Bahagian 2)

Proses perjalanan Ijab Kabul secara sederhana telah dilaksanakan dengan sempurna. Tak ada satu kecurigaan yang wujud diatas pernikahan tersebut. Hannah tampak anggun dengan kebaya putih milik ibunya dan Assraf juga tampak gagah dengan persalinan baju melayu satin berwarna putih. Sedari awal sehingga berakhir majlis, Hannah tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Malah dia semunyikan segalanya di sebalik senyuman manisnya, Sejak kali pertama berjumpa hingga saat ini dia memang tidak pernah berbicara walau sepatah kata pun dengan Assraf yang kini sudah sah menjadi suaminya.

Petang itu Hannah duduk di anjung rumahnya sambil makan mangga muda. Hari ini hari yang ketiga dia menjadi isteri Assraf yang sah. Hannah masih juga enggan membuka sebarang dialog dengan Assraf, hanya ayat-ayat pendek yang terpaksa dia lafazkan. Assraf pula kelihatan tidak mahu memaksa isterinya. Hinggakan sampai hari ini Assraf tetap tidur di ruang tamu. Kebetulan di depan tv ada tempat tidur yang memang selalu diguna oleh ayahnya tidur, dan sekarang Assraflah yang menggunakan tempat itu. pada sediap malam Hannah selalu mendengan suaminya itu mengaji.

"Han, esok saya akan ke kuala lumpur.. Ada undangan ceramah. Kalau saya ajak Han ikut sekali nak tak..?" Itullah ajakan pertama Assraf sejak menjadi suami Hannah.

Hannah memandang Assraf sekilas dan menggangukkan kepalanya. Biarlah dia ikut suaminya, pada masa yang sama dia dapat meghilangkan kebosanannya yang asyik berada di rumah sahaja.

Keesokkan harinya, dengan memandu sebuah kereta proton, mereka berangkat ke Kuala lumpur yang mengambil masa selama 3 jam dari kampung mereka. ceramah keagamaan yang disampaikan oleh suaminya itu cukup mengagumkan Hannah. Banyak ilmu dan panduan yang dia dapat sebagai bahan renungan. Setelah selesai Ceramah disampaikan, Assraf memperkenalkan Hannah kepada teman-teman Assraf masa pengajian dulu. Sebagai teman kepada Assraf, mereka seolah tidak percaya yang Assraf sudah pun berkahwin.. Ada dikalangan teman Assraf yang bergurau mengatakan dahulu Assraf mempunyai teman wanita yang ramai... Hannah hanya mampu tersenyum sejenak menghapuskan lara dihatinya. Dia akui bayang-bayang Fozi masih belum pudar dari sirna matanya. Antara cinta dan benci bercampur didalam hatinya.

Dalam perjalanan pulang, mereka berhenti di perhentian rehat dan rawat untuk singgah makan, tapi Hannah asyik merasa mual dan akhirnya muntah-muntah, dengan sabar Assraf membantu isterinya yang sedang hamil itu dengan memicit bahunya supaya pening dan mual boleh hilang.

--

Kehamilan Hannah sudah memasuki bulan yang ke sembilan, sejak dua bulan yang lalu Hannah tidak lagi pernah ikut Assraf menyampaikan ceramah yang diadakan sebulan sekali. Dia hanya duduk dirumah membuat persiapan sementara menunggu hari kelahiran anaknya. Assraf pula kelihatan sungguh bersemangat untuk menyambut kehadiran anak pertama mereka, kerana setiap kali Assraf pulang dari Kuala Lumpur ada saja barang yang dibelikannya untuk bakal anak yang lahir. Setiap kali selesai solat, dia selalu membacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran di depan perut isterinya yang membuncit dan selepas itu dia akan membelai halus dan memberikan ciumannya..

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Seorang bayi lelaki yang kecil dan comel menambahkan keahagiaan keluarga kecil itu. Assraf semakin giat berkerja, duit hasil upah ceramahnya dikumpul sedikit demi sedikit sehingga dia membina sebuah rumah yang selesa tak jauh dari rumah ayah dan ibu mereka.

Sejak kehadiran cucu mereka juga, ayah dan ibu mereka akan datang setiap hari menjenguk cucu mereka Razey.. kadangkala mereka membawa Razey pulang kerumah mereka dengan alasan untuk menghiburkan hati mereka.. ahh.. Razey memang memawa sinar kebahagiaan didalam keluarga mereka..

—–

Suatu hari, Assraf meminta izin Hannah untuk pergi ke Semporna, Sabah. Dia akan berada di sana selama seminggu atas urusan kerja. Sebelum dia berangkat dia sempat mengucup kening isterinya dan mencium anaknya.

Dan itulah kucupan yang terakhir bagi Hannah kerana sejak saat itu Assraf tidak pernah pulang. Entah apa yang telah terjadi kepada Assraf yang sehingga kini sudah 3 tahun menjadi suaminya. Hannah ada bertanyakan kepada teman-teman yang rapat dengan Assraf ketika zaman pengajian mereka dulu. Tetapi mereka hanya menjawab tidak tahu.

Ayah mertuanya juga tidak mengerti mengapa anak lelakinya pergi begitu saja meninggalkan keluarganya. Sambil berjalan hannah memikirkan nasibnya ketika ini... Adakah ini pengakhiran dari kebahagiaan yang dia bina bersama Assraf? Adakah Assraf sudah merancang untuk meninggalkan dirinya? Hannah mengakui yang dia telah pun menyemaikan benih cintanya kepada Assraf
Dia telah membuat keputusan yang dia akan berusaha untuk melupakan segala kisah silamnya dan menerima Assraf dengan sepenuh ikhlas dihatinya... Tapi belum sempat dia melafazkan semua itu kepada Assraf. Assraf pula pergi meninggalkan dirinya....

Sambung lagi...

Lara.....Hannah (Bahagian 1)

Desiran air mengalir di sungai di tepi hutan itu seakan menjadi saksi keresahan di hati hannah. Dia duduk dengan kaki dibengkokkan di atas batu besar dan meletakkan kepala di atas lututnya... matanya merenung jauh memandang ke awan biru yang berarak perlahan. Seekor burung Raja Udang yang sedari tadi diperhatikan berpusing-pusing di sekitar sungai, tiba-tiba meluncur tajam ke dalam sungai.... beberapa saaat kemudian burung itu muncul dengan seekor ikan yang cukup besar diparuhnya lalu terbang menghilang di balik pepohon.


Sudah hampir sejam gadis itu duduk di atas batu.. Mengenangkan nasibnya.. Dia masih runsing bagaimana caranya untuk dia

menyampaikan berita ini kepada kedua orang tuanya yang dia telah berbadan dua dan yang paling tak guna, ayah kepada anak di dalam kandungannya telah lari meninggalkan dirinya. Hanya dengan berbekalkan sejumlah wang ringgit lelaki itu memintanya untuk menggugurkan kandungannya. Hurmm... Hannah mengeluh lemah memikirkan nasibnya. Dia yang hanya berkerja sebagai kerani di salah sebuah firma guaman begitu takut untuk mengugurkan kandungannya yang bermakna dia akan membunuh anaknya sendiri.. Dan dia tahu itu adalah dosa besar.. Hhhhhh.... gadis itu menghembus nafas yang panjang... seolah ingin melepaskan beban yang amat berat menghimpit nya..

Setelah lama berada di tepian batu di sungai itu dia berjalan meninggalkan sungai. Kaki yang beralaskan selipar jepun itu terus melangkah menyusuri jalan denai menuju hamparan bendang di kampungnya.. Dia terus berjalan menyusuri permatang sawah dan berhenti di sebuah dangau kecil yang dibuat daripada bambu. Dia mengemas bekas-bekas makanan yang dibawanya untuk ayahnya tengah hari tadi. Hari sudah menginjak Senja... Kawasan bendang semakin lama semakin sepi. Ayahnya pun pasti sudah pulang sedari tadi. Dengan langkah yang lemah, gadis itu kembali meneruskan perjalanannya menyusuri permatang sawah itu..


Di pertengahan jalan dia berselisih dengan shah... teman sepermainannya sejak kecil lagi...Shah tidak menyambung persekolahannya hingga ke Universiti. Selepas SPM dia memilih jalan untuk membantu orang tuanya bercucuk tanam dan memelihara haiwan ternakkan.. Kesian Shah.. sedangkan dia tergolong dalam budak yang pandai. Argh... Nasibnya tidak seburuk nasibku... keluh hatinya....

"Hannah... Ibu cari tadi.. Hannah pergi mana je, dah senja macam ni baru nak pulang.." Shah berjalan di sebelah Hannah sambilmemikul seikat rumput untuk makanan kambing ternakkannya.

"Takde pergi mana-mana pun Shah, saja je Hannah pergi ke sungai sana, dah lama tak pergi.."

Di separuh jalan, Shah membelok menuju ke rumanya, sementara Hannah tetap meneruskan perjalanan. Rumahnya masih jauh.. Dia harus melalui Balai raya dan Surau. Ketika dia menghampiri Balai raya, dia dikejutkan dengan Pakcik Halimi, Guru mengajinya sejak dia kecil..

"Hannah... malam karang datanglah ke surau ye.. Ada ceramah kerohanian dari anak pakcik yang baru tamat pengajian dari Universiti Islam Malaysia...

"Wah.. Iya ke Pakcik...? Insyaallah pakcik.. saya akan datang.." Hannah memang tak pernah menolak setiap kali ada undangan kuliah ceramah dan acara keagamaan di tempatnya..

—–

" Asstaghafirullah alazhim... Kelakuan kamu memang sungguh memalukan ayah Han.. Ayah didik kamu dengan landasan agama yang baik di rumah... Tapi mengapa kamu melakukan perkara terkutuk itu!!.... Kamu tak takut sama azab ke, Han..!?

" Maafkan Hannah, Ayah.. Han Khilaf..." Hannah bersimpuh di kaki ayahnya sambil beruraian air mata..

"Sudahah abang, walau apapun yang terjadi, Hannah satu-satunya anak kita... lebih baik kita cari jalan penyelesaian supaya anak didalam kandungannya tidak lahir sebagai anak haram...." Ibu Hannah seperti biasa selalu akan menjadi Malaikat penyelamat didalam keluarganya..

"Tapi... Anak itu tetap anak haram, Mah... Sekiranya dia mempunyai ayah... itu hanya untuk menutub aib saja.. Di hadapan Allah tetap dianggap haram....." ucap lelaki yang separuh usia itu..


“ Assalamu’alaikum……. “ Seseorang mengetuk pintu rumah kami.

“ Waalaikumsallam..” Ibu menjawab dan membuka pintu.

“ Oh, Abang Mi…. Silakan masuk bang….” Ayah mempersilahkan Pakcik Halimi masuk, Pakcik Halimi datang bersama dengan anak lelakinya, Assraff.

“ Takpe Mail.. Di anjung ni je da cukup…. Saya cuma nak singgah sekejap je… Petang tadi saya ada undang Hannah untuk mendengar ceramah di surau tapi dia tak datang.. Dia dah balik ke Kuala Lumpur ke Mail?.."

"Eh... Taklah Bang Mi... Hannah ada kat sini lagi... cuma...." Ayah Hannah terdiam mati kata..

" Cuma apa Mail.. Kenapa dengan Hannah?.." Pakcik Halimi melihat tingkah laku yang pelik dari Ayah dan ibu Hannah.

" Masuk dulu la Bang Mi.. Nanti saya ceritakan di dalam..."

Dari dalam biliknya, Hannah sedang mendengar ayahnya bercerita tentang dirinya kepada Pakcik Halimi. Dia hanya mampu mengusap airmata ketika Pakcik Halimi mengucap Istighafar berulang ulang kali... Hannah semakin merasa berdosa... Air matanya semakin deras mengalir sehingga dia tak mampu mendengar perbincangan kedua orang tuanya dengan Pakcik Halimi dan anak lelakinya..

" Baiklah... Macam ni... Kita tanya dulu pada Hannah..Sebab segala keputusan terletak di tangannya.." Suara pakcik Halimi terdengar lagi..

Suara langkah kaki ibu memasuki biliknya dan meminta dia keluar berjumpa dengan Pakcik Halimi.. Ibu menyatakan keinginan Pakcik Halimi untuk membantu menyelamatkan bayi yang berada dirahimnya.. Anak Pakcik Halimi, Assraf mahu menikah dengannya paling tidak sehingga bayi itu lahir... Hannah sudah tiada pilihan selain menyerahkan nasibnya kepada orang tuanya.....

BERSAMBUNG......

Bersendirian

Malam ni papa takder mood nak mengarang atau menzahirkan isi fikiran papa. sebab malam ni papa tak berapa sihat sangat.. demam mulai menjengah diri papa.. huhuh apa pun. papa tak akan mengecewakan setiap pengunjung log papa.. so kat sini, papa nak lakar sedikit penzahiran akal ketika papa bersendirian.. so khas untuk anda semua...


Bersendirian bukanlah perkara yang aku inginkan...
Ada saat yang sukar untuk aku lalui..
Disaat aku bersendirian, aku merasa kesepian,
Pertemuan yang begitu indah dan perpisahan yang amat menyiksakan.. itulah realiti kehidupan..

Salahkah bila aku mencintai seseorang, salahkah aku untuk meyayangi seseorang, dan salahkah aku antai melakukan yang teraik untuk seseorang...
Kisah cinta tak semuanya berakhir dengan kebahagiaan, keindahan dan bukan juga bererti dunia akan berakhir andai tiada cinta. Esok masih ada untuk kita mencari cinta..

Gapailah hari esok, jangan dipersia-siakan, kejarlah harapan dan impian kerana ia sentiasa menunggu dimana-mana..

MALAM PERTAMA....


Salam 8.34 Malam

Apa khabar sahabat papa semua..??
Mungkin ada diantara kita yang sudah lama tidak bertegur sapa
Papa yakin bukan kerana kebencian mahupun dendam diantara kita
dan papa pun yakin bukan kerana sebab lain-lain
Tapi rutin kesibukkan yang telah menjadikannya
Satu hal papa nak kongsi sebagai bahan renungan kita bersama..
Untuk menghayati indahnya malam pertama
Tapi bukan malam yang penuh dengan kenikmatan dunia semata-mata
Bukan juga malam pertama pelayaran bahtera ADAM dan HAWA
TETAPI... malam pertama kita dengan sang AJAL
Sebuah malam yang akan meninggalkan esak tangisan sanak saudara sahabat handai
Hari itu... mempelai akan dimanjakan...
Sehinggakan nak mandi pun.. harus dimandikan
Seluruh badan kita teruka...
Tanpa ada sehelai benangpun yang menutupinya
Tanpa ada sedikitpun rasa malu..
Seluruh badan di gosok dan dibersihkan
Kotoran dari setiap lubang-lubang yang ada di tubuh kita akan dikeluarkan
sehingga lubang-lubang yang ada ditutupi dengan kapas putih..
Itulah badan kita..
Itulah jasad kita pada masa itu
setelah dimandikan...

Selepas itu, kita pun akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik berwarna putih
pakaian itu memang jarang orang nak memakainya...
kerana pakaian itu berjenama terkenal bernama KAFAN
Haruman disemburkan ke baju kita...
Bahagian kepala... badan... dan kaki diikat rapi..
Seterusnya pengantin dibiarkan bersendirian didalam keranda..
pengantin di arak menuju ke istana keabadian sebagai simbol asal usul kita.
Diiringi langkah lemah longlai seluruh ahli keluarga kita
Serta rasa hiba rakan dan taulan.

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah kudus
Akad nikah dari bacaan Talkin mulai di baca..
berwalikan liang lahad...dan bbersaksikan batu-atu nisan yang telah tia terlebih dahulu.
Siraman air mawa.. pengutus akhir kerinduan
dan akhirnya...
Tiba masa pengantin....
menunggu dan ditinggalkan sendirian..
untuk malam pertama bersama KEKASIH...
Ditemani gelap dan cacing tanah
Di ruang beradu yang bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah itu telah pergi..
Kita pun akan ditanya oleh sang Malaikat..
Kita tak tahu.. adakah kita akan memperolehi nikmat kubur
Ataupun kita akan menikmati siksa kubur..
Kita tak tahu.. dan tiada siapa pun yang tahu...
Tetapi yang peliknya kita tak pernah keresahan ketakutan..
sedangkan nikmat atau siksa yang akan kita terima
kita enggan menitiskan air mata..
seolah-olah ia satu barang yang amat berharga..
dan Dia Kekasih itu..yang akan
meletakkan mu ke syurga ataupun melemparkan dirimu ke neraka..
yang pasti.. kita mesti berharap menjadi ahli syurga..
Tapi.. adakah kita layak dengan sikap kita selama ini..
untuk digelar seagai ahli syurga..??

Sahabat.. papa minta maaf andai malam itu papau tidak menemanimu..
bukan kerana papa tak setia...
Bukan juga kerana papa khianat kepadamu..
Tapi itulah komitmen azali tentang hidup dan kehidupan..
Percayalah... papa pasti akan mendoakan dirimu...
kerana papa sungguh menyayangimu..
Ketahuilah rasa sayang papa padamu leih dari apa yang kau jangkakan...
Papa berdoa semoga kau akan menjadi ahli syurga...
Amin...

Sahabat... andai ini adalah bahan bacaanmu yang terakhir
dan jika ini adalah renungan peringatan dari kekasimu..
Ambillah hikmahnya.
Tetapi andai ini adalah salah papa.. maafkanlah papa...
Halalkan dan maafkan seluruh Khilaf papa
Yang pernah menyakiti atau mengecewakan hatimu..

Cuma satu pinta papa padamu.(SAHABAT).
TOLONG DOAKAN PAPA...

nOtAkAkI: maaf andai N3 kali ni buat korang tak selesa.. sekadar renungan bersama....