Halaman

BUDI BAHASA SRI AMPANGAN-SEREMBAN

hari ini seawal 6.30 pagi aku, syasya dan zul bertolak dari angkasapuri ke SEKOLAH MENENGAH SRI AMPANGAN untuk menghadiri majlis kempen Budi Bahasa anjuran JKKN. dengan berbekalkan maps yang telah zu sediakan kami harungi jalan pagi tu.


Sesampai di sekolah tu, aku tercari2 Cik Mazitah. dimana aku akan deal mengenai media. aku dan syasya bertanggungjawab untuk sidang media. rasa gemuruh juga dimana bila kami sampai tiada satupun wakil media yang datang. alih2 gerakan tempur dijalankan. aku dan syasya bergiat cergas menghubungi wakil2 media yang comfirm nak datang. alih-alih cuma seorang je wakil media yang datang dari BERNAMA. yang lain hampehssss.. last minit tarik diri.... nak tak nak terpaksa juga jalankan sidang media tu dengan seorang wakil media saje. aku tgok muke Datin Rohaya tu dah naik cuak je.. heheh tapi nak buat macam mana...


selepas sidang media tu.. aku pulak tiba2 disuruh menjadi MC. mula-mula mmg cuak juga. tapi untuk tidak memalukan unit aku dan berbekalkan bakat dan pengalaman aku seblum ni. aku terima tawaran tu... seronok juga bia jadi mc ni.. mata semua tertumu pada aku seorang je.. hahah tiba2 rasa megah...


majlis berterusan sehingga kepetang. dimana sesi ceramah diteruskan oleh Dr. Sukvender Singh.. hehe cikgu aku masa menghadiri kkursus di INTAN. well untuk pengetahuan penceramah ni mmg superb... ramai2 penceramah aku mmg suke dgn dia ni sebab dia ebih dekat dengan peserta... tapi malangnya aku n d'geng tak follow habis ceramah tu... pasal nak balik awal.. so, aku minta izin dengan puhak JKKN untuk beransur pulang.


Sepanjang perjalanan kami untuk kembali ke KL. syasya mengajak untuk singgah sebentar ke JERAM TOI.. hehe katanya bukan selau nak dpt peluang mengulor.. alah lagipun dah penat berkerja seharian. tak salah rasanya memanjakan diri di jeram yang airnya begitu dingin... bestttt....
aku dan syasya sempat berposing di jeram toi


ni lak aku dgn zul.. hahah kelakar tgok bila aku banding kan badan dia dgn badan aku... hahahahaha... bukan ngutuk saje bergurau senda.



haa ni pose aku tuk semua ... seamat datang ke JERAM TOI.

Urmm... dah lama rasanya



Urmm dah lama rasanya TMoS tak update Blog yang tak sampai setahun ni.. Almaklumlah semenjak TMoS kembali ke Unit asal kerja non stop. terpaksa hadir meeting disana lah disinilah. event memanjang. tapi TMoS teta happy. kerja takder tekanan, dengan Boss baru yang humble. rakan sekerja yang ok.

Oh ye, mengenai rakan sekerja. kat opis dimana unit kami menumpang sekarang ni dah ada staff baru dari unit kualiti dan aset.semuanya ada 4 orang. kira dibahagi kepada 2 orang setiap unit la. bila aku perhatikan, staff dari unit Kualiti tu rasanya mmg boleh masuk kepala. cuma dari unit Aset tu macam alim-alim je. heheh arghh tak kesah r... yang penting aku tak kacau hidup dorang dorang tak kacau hidup aku... hahaha tul tak...

Segemggam Rindu Di Kolam Rasa

Diamku..
tidak bisa mencairkan segenggam rindu
yang bertasik di kolam rasa
semakin membisu malam itu
hanya mengumpul rintihan sendu
melaung atma di racun pilu

Begitu ku simpan lafaz cinta di dalam kata-kata
di antara kemelut rasa
kasih ingin bersatu sayang
dan ketika aku mula menepuk tilam
mata enggan menyusur lena
barangkali kau juga masih celik
menghitung lamunan pada lelangit kamar
atau melakar bayang di benak

Malam terlalu singkat terasa
fajar yang cuba menayang layar
mau ku bungkus dengan selimut rindu
agar hari sentiasa gelita
tiada mahu diusung subuh

Aku hanya merasakan
tanpa mampu berkata walau sepatah cuma
bicara yang sering menyegarkan rerumput rindu
suara yang menyemarakkan impian
lenyap di celah kabus
pabila kau tinggalkan aku
membelai rindu semalaman...

Siapalah Aku

Siapalah aku kekasih
untuk berlari dan bersenda di sisimu
agar petang-petang begini
aku tak lagi jadi perindu
yang sering digayut pilu
menanti kasih yang sejati

Siapalah aku kekasih
untuk mengundang dan melamar cinta kasihmu
agar malam-malam mendatang
aku tak lagi jadi pemikir
yang resah dilambai pasrah
diulit mimpi nan gundah

Siapalah aku kekasih
insan malang serba kurang
yang pincang direntap ketetapan takdir
sekadar menumpang di sudut yang sempit
tiba ketika pasti tersingkir

Terima kasih kekasih
kerana masih ada garis simpati
yang kau hulur untuk kusambut
kusimpan itu sebagai sejarah
bahawa antara kita kekasih
sama cita sama sehaluan
biarpun kita sebenarnya
sedang mengharung denai perpisahan

Siapalah aku kekasih...

KEPALA atau MUTARA

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Beruasaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU
PILIHAN..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

wallahua'lam..

CINTA

Kepada yang masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu-kupu.

Makin kau kejar, makin ia menghindar.

Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan

menghampirimu di saat kau tak menduga.

Cinta mampu membahagiakanmu

tapi sering pula ia menyakiti,

Tapi cinta itu hanya istimewa

apabila kau berikan cinta

kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...

Cinta bukannya mencari seseorang yang

"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang

yang mampu menjadikan dirimu sempurna.





Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...



Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"

bila kau tidak benar-benar peduli.

Jangan bicarakan soal perasaan

bila itu tidak benar-benar ada.

Jangan kau sentuh hidup seseorang

bila kau hanya berniat main-main dengannya.

Jangan menatap ke dalam mata seseorang

bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.

Hal paling kejam yang dilakukan ialah

membuat seseorang jatuh cinta,

sedangkan kau tidak berniat langsung

"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.





Kepada yang PATAH HATI...



Sakit... luka hancur.. patah hati...

bertahan selama kau menginginkannya

dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.

Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,

tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati

sebagai pengajaran dan hikmahnya.



Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta?

Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.

Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.

Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna

tidak boleh meminta apa-apa.

Bersedialah untuk terluka dan menderita,

tetapi jangan simpan semua rasa sakit

jika itu yang benar-benar dialami.





Kepada yang ingin MENGUASAI...



Hatimu patah melihat orang yang kau cintai

berbahagia dengan orang lain,

tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui

bahawa orang yang kau cintai ternyata

tidak bahagia dengan mu.





Kepada yang takut MENGAKUI...



Cinta menyakitkan bila anda

putuskan hubungan dengan seseorang.

Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang

memutuskan hubungan dengan mu.

Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila

Orang yang kau cintai langsung tidak

mengetahui perasaanmu terhadapnya.



Kepada yang masih bertahan

MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...



Hal menyedihkan dalam hidup ialah

bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.

Kemudian akhirnya menyedari bahawa

dia bukanlah jodohmu dan kau telah

mensia-siakan masa bertahun-tahun

untuk seseorang yang tidak layak.

Kalau sekarang dia sudah tidak layak,

10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.

Biarkan dia pergi dan lupakan....

SEPATUTNYA......!!!!!

Arghhhh..... Bosannye duduk kat rumah... SEPATUTnya aku berada di Johor Baharu sekarang... arrange satu Ujibakat PENYAMPAI IKON... huhuh sedih gak rasanya... mana taknye, sejak dari mula lagi aku dah terlibat dengan program tu... tup tup hari khamis lepas aku disingkirkkan dari projek tu... walhal hanya tinggal 2 destinasi ujibakat je lg...

Yang aku tak dpt terima kenyataan... aku dan juga J.J disingkirkan hanya disebabkan "JOKER" yang nak merebut kerusi as a P.A kepada YY selaku Pengetua KAMPUS PENYAMPAI IKON. PEllbagai cerita dia canangkan kepada orang termasuklah Y.Y. sehinggakan Y.Y percaya bulat2 katanya tanpa menyiasat perkara sebenar.....

Tapi nak wat macam mana kan? maybe bukan rezeki kami berdua dalam program tu....urmmm... aku rindukan suasana program tu la... sedihh sangat-sangat bila ingat kembali... huhu.. sekarang ni.. mesti "JOKER" tu tgh gelak besar kat sana.. tak pun tgh mencanagkan citer buruk pasal kami berdua kat sume kru... apa pun.. aku tahu.. Kru2 kat sana pun tak suke dgn dia...

hahahah persetankan lah JOKER tu.....

ADehhhh.. BOSANNYA!!!!

ADuh... buhsan bha... ndak tau lah mau buat apa ni... duduk dirumah pun ndaka apa yang mau di buat..... tambah2 aku buhsan.. sedang aku asyik lena terdampar di katil. tiba2 pulak si Sue UKK tepon aku..... katanya ada meeting petang ni jam 2.45.. adui la bha.... sudah la aku bosan tambah2 lagi aku buhsann.... asyik2 jugak meeting..

Ungu feat. Iis Dahlia dan Munkee 7 Kurcaci – Hampa Hatiku


Pernahkah kau merasa [2x]
Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu

Reff:
Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

repeat reff

Buang saja semua kata cintamu
Buang saja semua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu

repeat reff [2x]

Rap:
pernahkah, pernahkah kau merasa
dikala siang datang terasa gelap gulita
tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam
tak ada lagi suka tak ada rasa
pernahkah, pernah pernah pernah pernahkah, pernahkah kau merasa
disaat diri terlelap
meski gemuruh kian beradu slalu mengaduh
kau tetap terlelap dalam tidurmu

Dangdut:
Maafkan aku sayangku
Bukan maksudku menyakitimu, mengkhianatimu
Ampuni aku sayangku
Cukup katakan aku tak lagi mencintaimu

Pernahkah kau merasa [3x]

The Muffin - Salahkah Aku


Tak seindah
Hari hari yang ku idamkan
Untuk bersamamu
Tiada lagi ruang
Dihatimu

Untuk ku curahkan segala
Apa yang ku rasa
Tapi kau tak percaya
Siapa ku dihatimu
Hanya mengganggu hidupmu

Maafkanku
Aku tak berdaya
Membahagiakan kamu

Tiba saatnya
Ku kan pergi jua
Mengakhiri segalanya

(Korus)
Salahkah ku
Hanya mahu menyintaimu
Salahkah aku
mendekati hatimu itu

Salahkah aku
Sekadar menemani dirimu
Salahkahku
Ku tak bisa meninggalkanmu

Hanya Tinggal Kenangan

,...........................................

............................................

............................................

aku pernah ada kawan sama bergembira sedih dan macam macamlah..

tetapi itu semua seolah -olah hilang apa bila kita ini sudah tiada erti

bagi mereka..sudah tiada guna bagi mereka apakah kepentingannya..

padan muka dia hahahaha...dulu aku dihunbungi bertanyakan kan khbar

minta pendapat dan macam2..tapi sekarang semua itu hanya tinggal kenangan

beginilah kehidupan...tiada kawan yg benar2 setia dengan kita jika ada pun untuk

kepentingan dirinya..nak tumpang kereta ke, pimjam barang ker..nak join dia pegi mana-mana ker..itulah...apa bila kita ini sudah tidak mampu berbuat apa-apa semua itu hanya akan tinggal kenangan...malah org yg dulunya nampak baik kepada kita pun buat tak tahu jer kalau ada pun untuk kepentingan dia...iyerlah siapalah kita..beginikah lumrah kehidupan di dalam kita berkawan apa bila kita susah atau tiada membawa apa kebaikan kepada dirinya untuk berkawan...benarlah setiap kejadian itu ada hikmahnya tersendiri mmm kita boleh kenal mana kawan mana musuh sebenarnya..siapakah gunting dalam lipatan...yang manakah pagar yang memakan padinya..mmm ini hanyalah nukilan tentang apa yang selalu bermain di benak fikiran aku bukan untuk menyakiti sesiapa atau menuju kepada sesiapa ianya merupakan permainan yang aku rasakan adakah ianya terjadi atau tidak atau sekadar ilusi semata-mata....pasti kamu akan terfikir sedemikian apabila merasakan sangat sunyi dan duduk bersendirian dlm jangka masa lama dengan melakukan perkara yg sama dlm rutinnya...beginilah kehidupan..salama maal Hijrah Buat semua teman..

Perbezaan kawan, teman dan sahabat


Arrgghhh!! Aku bengang sangat... Yaa, sangat bengang. Eh! Hehe.. Hello! Kali ni aku nak cerita pasal kawan-kawan pulak kat blog ni. Saje nak luah perasaan. Kalau taknak dengar aku buat luahan perasaan, takpe la.. Tapi jangan lak keluar dulu. Hehe.. Sambil-sambil geram bercampur bengang ni, ade 1 benda aku nak kongsi dengan korang. Nak tau apa dia benda tu? Baca entri ni sampai habis ye.

Tadi aku baru je dibagi tahu dengan my boss bahawa khidmat aku dah tak diperukan lagi. so maksudnya, aku kena kembali ke unit aku yang asal. cuma yang menjadi persoalan... kenapa tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut. Malah bukan aku seorang lagi mengejutkan. Kak Ita sekali kena terminate dari bertugas di unit tu... bila di risai di siasat... rupa-rupanya member kami senidri yang kami percayaai mumbuat khianat pada kami.... dia buat macam tu kerana mahu duduk di tempat Kak Ita duduk sekarang..... alooooo minah.... kot ye pun ko nak kan kerusi tu.. buat r cara baik.......... tak perlulah nak mencanang satu dunia yang kami ni terlalu buruk dan jahat dimatamu..... huhuhuh.... yang aku tak tahan tu.... minah ni pakai tudung.. muke nampak baikkkkkk je ( muke joker ) tapi tu ah memaukan kaum hawa lain yang bertudung je.... Bila aku ingat balik peristiwa tu, tiba-tiba rasa bengang lak. Bukan tidak dapat menerima kenyatan cuma cara tu tak betullll.....itu namanya jenis kawan makan kawan, tikam kawan dari belakang, cakap tak serupa bikin, and macam-macam lagi lah. perumpamaan tu aku maksud dia. tapi sesuai la kot sebab bunyinya sangat jahat. Hahaha..

Ramai manusia sekarang ni tak tau apa erti persahabatan yang sebenar. Diorang ingat persahabatan tu cukup dengan mengenali dan jadikan sesorang tu sebagai tempat berkongsi ketawa, masalah dan bergurau. Dalam persahabatan ada banyak istilah iaitu kawan, teman dan sahabat. Bagi aku, ianya memang banyak beza. Kalau korang tanya kat sape-sape, mungkin diorang jawab perbezaan tu hanya pada sebutan dan ejaan. Pastu mesti diorang pakat dok gelak-gelak. Jadi bahan ketawa lak kawan, teman dan sahabat ni. Hmmm..

Bagi aku, istilah teman, kawan dan sahabat ni ada makna tersendiri dan berbeza dari segi penggunaannya. Yang membezakannya mungkin kekuatan dalam perhubungan tu. Tengok perbezaan dia kat bawah ni:

  • Teman
    - orang yang boleh menjadi tempat untuk berkongsi suka dan duka. Contohnya teman belajar, teman bermain, teman ketawa, teman hidup dan lain-lain.

  • Kawan
    - seseorang yang sama peranannya seperti teman, cuma mungkin ikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman. Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan". Takde istilah "teman makan teman". So, terbukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.

  • Sahabat
    - seseorang yang boleh memahami diri kita pada setiap situasi. Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.

    - Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa.

  • Di sini, aku nak simpulkan bahawa sahabat adalah teman, tapi teman bukanlah sahabat. Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat daripada perhubungan teman atau kawan.

    Takde apa dah aku nak tulis kat sini. Korang sila la komen bagi pendapat korang lak pasal kawan, teman atau sahabat ni. Lain orang lain pendapatnya kan? kan?

    Penyesalan Tiada Akhir


    Jika waktu dapat berbalik arah
    Akan ku tatang kehidupanku seindah bayanganku
    Tetapi kini aku sedar semua itu hanyalah penyesalan belaka
    Hal-hal yang belum pernah terfikirkan di masa itu, kini telah menjadi beban hidupku
    Sekarang semuanya sudah berlalu dan terlewat untuk di ubah
    Hidupku akan selalu berada di dalam keadaan yang sangat menyakitkan
    Inilah hidupku , tidak ada seorangpun yang tahu tentang hidupku
    Hanya diriku yang mengerti hidupku
    Seandainya waktu dapat berputar kembali
    Aku lebih memilih untuk tidak dilahirkan di dunia ini
    Aku tidak ingin dilahirkan bukan untuk diriku sendiri,
    Tetapi untuk mereka yang melahirkanku kerana aku sedar
    Kehadiranku hanya membuat beban yang sangat berat bagi mereka


    P/S ibu maafka anak mu...

    KENAPA MENGAPA


    MANUSIA memang tidak pernah rasa bersyukur..... mungkin agak pelik dengan penyataan TMoS tukan... sebenarnya TMoS ingin meluahkan sedikit perasaan yang terpendam. TMoS sekarang bekerja di Unit yang baru... pada awal permulaan bertugas di Unit tu, memang cukup happening... almaklum lah suasana baru... persekitaran baru... TMoS mula mengenali lebih dekat dengan K.Ita, K.Nani dan juga Ila... seperti biasalah pada awal permulaan kami bekerjasama tiada apa masalah yang timbul. gelak tawa, riang ria, duka dan sedih kami bersama-sama tangani... tapi entah mengapa sejak akhir-akhir ini. Kegembiraan bertukar kepada kedukaan... TMoS akui mungkin itu semua cuma mainan perasaan... Tapi bila difikirkan semula... tiada sebarang masalah yang TMoS mahupun K. Ita lakukan.... tetapi kenapa K. Nani dan Ila mulai dingin dengan kami...

    TMoS dgn K.Ita mula mencari dimana punca sebenar kedinginan ini timbul.. bila di risik di gali di korek segala maklumat baru lah TMoS dan K. Ita tahu apa punca sebenar...... rupa-rupanya semua ini terjadi dsebabkan oleh seseorang yang tidak puas hati dgn keakraban kami berdua.... memamg bila dilihat dan diperhatikan seseorang ini penuh dengan perasaan benci, cemburu dan sebagainya.... dia lah juga yang mencanangkan cerita buruk pada my boss juga pasa semua orang... dia nak menunjukan bahawa dialah yang terbaik, dialah yang sempurna... biasalah perempuan bertudung.... tapi apa salah kami sehingga dai sanggup buat macam tu dgan kami...
    TMoS juga cukup untuk menjaga hati dan perasaan dia agar tidak terSENTAP. lupa nak bagitahu dia ni jenis yang SENTAP kuat ( EMO ) so bila nak berkata2 atau bergura dgna dia kena berlapik.. tetapi apa yang TMoS lihat.. bila dia bergura tiada pula batasannya....

    tapi TMoS tak kesah semua tu.... apa yang TMoS harap kan dari dia. Ubahlah sikap tu agar kemudian hari tiada siapa yang membenci dirinya......TMoS rasa sayang sgt kerana dia tu perempuan... takut nanti esok lusa perkara buruk kena padanya....

    ERTI PERSAHABATAN


    Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

    Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

    Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
    Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


    Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

    Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

    Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
    Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


    P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....

    Froggie dari Boss Comey tuk aku!!!


    Firstly.. Tengkiu my comey boss... coz ingat gak kat staff dia yang encem nie... memula tu, ingatkan my boss belikan aku manik sarawak je... rupe2nye ada suprise dari my boss lak.. dia belikan aku 2 ekor kata yang comey... hehe.. my boss mmg tahu aku sukekan katak (tp bukan yg real) x sangka lak dia belikan tuk aku. walau pun hanya sekadar sebatang pen katak n stapler katak. tapi aku cukup suke dgn pemberian dr my boss tu... bagi ku. itu satu pemberian yang cukup bermakna.... heheh terharu gak... smpi kan my boss gelar aku Mr Froggie.. alah tak kesah r... yg penting... aku heppy... huhuh n aku Mr Froggie yg encem... hahahah