Halaman

Memaparkan catatan dengan label tmos luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tmos luahan hati. Papar semua catatan

REPOST : Surat Papa Untuk.....Shue

*sekadar gambar hiasan.

N3 ni pernah papa posting tahun lepas... papa posting sekali lagi kerana, saat ini papa betul-betul rasa DOWN... entah kenapa dan tak perlulah tanya kenapa.. apa pun... pengunjung bolg papa yang setia. maaf andai N3 kali ni buat korang semua rasa tak selesa....

Malam ni setelah kepenatan berjalan2 dengan Azie Pelangi, Papa ingatkan hendak merehatkan diri sahaja. Tetapi entah kenapa Fikiran papa asyik melayang jauh. Jauh mengenangkan kenangan terindah yang pernah papa lalui.. Lantas papa ringankan jari jemari papa untuk menekan keyboard lappy papa untuk menulis sedikit kenangan yang terindah pernah papa lalui. Mesti korang tertanya mengenai tajuk N3 papa kali ni kan? dah tak perlu nk tertanya-tanya lagi ok. just baca je.. kerana kali ni papa nk kongsikan sat indah itu untuk korang semua.... selamat membaca.....

Malam semakin dingin, angin malam meniup sepoi bahasa sehingga menusuk menyentuh kedalam tulang. Aku bangun dari pembaringanku, lantas pergi ke sudut meja tulis dan menggapai diariku. Seperti biasa, ku gapai sebatang pen dan ku coretkan segala kisah yang terdetik di mindaku....

'Sayangku Shue, dah satu malam aku asyik gelisah, Sejak malam semalam, hinggalah pagi ini. Shue nak tahu tak? Aku ada menulis surat untukmu. Kelakarkan... Kerana aku sendiri tidak tahu, adakah aku dapat memberikan helaian surat ini kepadamu. Tapi dengan harapan yang nipis aku harap Shue dapat membacanya disini.

Aku juga tidak tahu, bilakah masanya Shue akan membaca catatan ini. Tapi selagi aku hidup, selagi aku ada ruang untuk menulis, aku akan selalu mencari masa untuk menulis untukmu Shue. Tentang Shue dan juga tentang diri kita..

Shue nak tahu? inilah isi kandungan surat yang aku tulis untukmu..

Shue ku Sayang,
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kerana menulis warkah ini untukmu. Aku juga harap ini bukanlah surat yang terakhir untukmu.. dan rasanya ini adalah kali kedua aku menulis sesuatu untukmu. Shue masih ingat yang pertama kan? Betul, tulisan diatas sehelai kad ucapan saat pertama kali aku memberikan hadiah untukmu. Sayang sekali kad itu dah takder dah hilang. Kad itu juga merupakan satu tanda permulaan di mana kita mula merangkai kasih..

Shue,
Aku nak kau tahu bahawa hari ini merupakan hari yang amat sukar bagi aku sejak aku mengenalimu.. Sejak malam semalam, masa kali terakhir Shue berikan sms kepadaku, aku menjadi sedih. Tengah hari semalam aku pergi ke shopping complex, keluar masuk kedai memerhati setiap rak meja kaca. Meneliti, menilai, memilih supaya aku boleh mencari untuk mu sebentuk cincin. Dan membelinya, meletakkannya didalam kotak baldu kecil. Saat itu hatiku cukup gembira kerana membeli cincin itu. Cincin dengan permata berwarna UNGU warna kegemaran kitakan Shue.. dan hanya kita berdua sahaja yang tahu kenapa kita meminati warna UNGU.. Shue tidak tahu perasaan aku masa membawa cincin itu balik bersamaku. berdebar debar Shue, berdebar saat akan menyarungkan cincin itu ke jarimu. Berdebar saat membayangkan ekspresi mukamu ketika Shue menerima cincin pemberian ku ini. Namun Shue, Beberapa jam kemudian, hanya beberapa minit setelah aku bagi tahu Shue melalui sms, Kesedian memenuhi ruang hatiku. Saat aku menulis kepadaku agar aku tidak perlu membalas sms darimu. Aku menjadi bingung, Tapi kenapa? aku tahu hatimu sedih. hinggalah sekarangkan..?

Shue...
Aku cuba untuk tidak mengingati semua ini. Kesedihan, kegelisahan, kebingunganku kerana seharian tadi aku tidak dapat menghubungimu. Arggghh... Shue pun tahukan macam mana rasanya. Saat segalanya bercampur aduk, fikiran berserabut, saat petanyaan demi pertanyaan muncul satu persatu di fikiranku. Dan Shue nak tahu? satu pertanyaan pun tak ada yang terjawab. Aku hanpir mencampakkan henponku, ketika berkali-kali aku cuba menghubungimu tetapi gagal. ARGHHHH... kenapa harus aku tulis semua ini? untuk apa aku mengulangi kembali kesakitan hatiku ini? terus terang hatiku bertambah sakit. langusng tidak meredakan derita hari ku ini. Shue tahu tak apa yang aku rasa?!!! CUKUPLAH.. Semua ini tidak membantu aku mahupun dirimu...

Shue ku sayang,
Mungkin aku tidak dapat memahami hatimu sepenuhnya, perasaanmu, kesedihanmu, KETAKUTANmu untuk kehilangan diriku. Aku sedar perbezaan diantara kita. Kau juga ada menyatakannya ketika kau memberikan surat kepadaku. berkali-kali kau nyatakanya. Aku faham dan aku tahu.. walaupun kau tidak pernah memberitahu aku. Aku betul betul bersimpati kepada dirimu Shue. Sekalipun rasa takut kehilanganmu terus membanyangi diriku. Shue ingat lagi kali pertama Shue bagi tahu aku pasal sakitmu? Malam itu aku cukup takut dan amat takut akan kehilangan dirimu. Tetapi setelah Shue tenangkan hatiku bahawa Setiap insan yang hidup dimuka bumi ini tetap akan pergi, saat itu juga aku harus terima kenyataan yang kehadiran diriku tidak dapat merubah TAKDIR. Masa itu aku rasakan dunia ini KOSONG. tiada apa-apa maknanya sudah Shue.... Adakah kau juga merasakan apa yang aku rasa saat ini? Tetapi lebih terbeban bagimu? Apakah kau merasa yang aku tidak akan berada didalam hatiku lagi? Adakah kau fikir aku tidak akan mengingatimu lagi? Apakah aku akan melupakanmu untuk selama-lamana bila kau sudah tiada? Tidak Shue.. Langsung tidak... Hingga saat ini aku tetap akan menyayangi dirimu Shue.. Tetap dan tidak akan pernah berubah...

Shue,
Aku nak tanya Shue satu soalan. Andai kata Shue tidak melalui segala penderitaan yang DIA berikan, Adakah aku akan selalu berada dekat dengan dirimu? Kalau semua yang kau perlukan aku akan penuhi, adakah kau akan menyayangiku? Cuba pula Shue tanyakan soalan itu kembali kepadaku. Mengapa aku menyayangimu? Untuk apa aku menaruh hati kepadamu? Aku akan jawab, KERANA kau memenuhi kekeosongan yang ada di hatiku. I Love You Because I Love You!! Aku tak tahu bagaimana lagi untuk aku menjelaskan kepadamu lagi. Aku hanya mencintaimu... Aku hagai, aku menikmati setiap saat pengalaman yang kita lalui bersama. Shue tahu tak? aku rasa kita masih lagi menyayangi antara satu sama lain. Cuma berlainan keadaan dan dunia. Tanpa ada sebarang sentuhan tanpa sakit hati, tanpa rasa bersalah. Aku yakin Shue. kita akan tetap saling menyayangi.

Shue,
Saat aku berfikir tentang hubungan kita? aku melihat bahawa ketakutan untuk kehilangan yang kita miliki merupakan satu perkara yang cukup menyiksakan... Apapun Shue, hatiku, perasaanku, sayangku, cintaku kepadamu tidak akan berubah walau pun kau sudah tiada lagi di dunia ini. Ia tetap akan terus macam ini selamanya. NO MATTER WHAT!!! WE WILL FOREVER LOVE EACH OTHER!! Itu yang aku mahu. Itu yang aku harapkan.

I Love you so much, i still and always do. I will always care for you, FOREVER. I will always think and pray for you. I Believe it is my destiny to be your special person in your life...

Aku doakan semoga Shue berbahagia di sana.. dan ditempatkan bersama dengan golongan hambanya yang dikasihi...


notaKASUTpapaQ:-
papa berharap sangat apa yang papa tuliskan ini dapat dibaca olehnya.. WALAUpun ia agak MUSTAHIL untuk difikirkan dengan AKAL yang SIHAT.....

Dialog antara abang & adik ( Hiba di bulan Ramdhan )



Sayu... bile mengenangkan keluarga di kampung... teringat mak yang merindui anaknya di perantauan, terkenangkan adik-adik yang sentiasa menantikan kepulangan abangnya dipagi raya. pegharapan mereka cukup menebal pada aku untuk pulang berhari raya besama2.

saat ini hanya airmata seorang lelaki mampu mengalir.. bila terbacakan kata2 dari adik kesayangan ku...pada mulanya aku hanya bertanyakan tentang baju raya yang dia posting di blognya.. then aku terbaca tajuk 1 ramadhan yang dia posting gak.. hiba... aku rasakan...

"kenapakah ahrus besedih. kenapa teralu beremosional?.. "kata ku pada adikku,,

"hurmm.. tak taw gaklah kenapa beremosi skang.. klu nak taw..kalau kawan2 citer pasal abg dorang pulang masa beraya kat kelas...adikmu ni nagis taw.. cepat tersentuh...mabye pasal bulan pose la tu kan.. "katanya


aku terdiam seketika... terpaku membaca apa yg dia tulis... tak ku sangka ingin sgt mereka aku balik beraya dgn dorang... tapi apakan daya ku...

aku minta maaf sgt.. jgn la bersedih... insya allah.. ada rezeki raya tahun depan aku akan kembali....

cuma satu aku nak kamu adik2 ku ingat.. walaupun aku jauh diperantauan.. aku tetap menyayangi kalian.. aku tetap ingat kalian dipagi raya... aku tetap mengenangi kenangan kita bersama meraihkan hari raya yang lepas...

Pura2 @ LUPA @ Buat2 LUPA?

urmm.. itulah topik yang akan kita kupaskan hari ini.. hehehe...
actually aku nak bercerita mengenai seorang hamba allah ni. Hamba Allah ni boleh dikatakan amat rapat juga dgn aku sebelum ni. tai memandangkan dia berpindah ke opis baru di KL. kami terus lost contact.

Dijadikan cerita, hari ini. dia datang ke opis lama tempat aku bekerja lah.. so, masa dia sembang dgn aku seolah2 takder apa yang berlaku. actually Hamba Allah ni pernah pinjam sejumlah wang dengan aku. tapi tak lah banyak mana. cuma aku pelik.. dia boleh buat tidak tahu dgn aku. seolah2 takder apa2 yg berlaku... bukan aku nak mengahrap sgt dgn duit tu. pasal aku pun takder rsesak mana.. cuma benda ni dah lama berlaku... dia tak fikir ke... aku tak kesah sbnrnya.. tapi bila dia lafazkan perkataan "PINJAM" so kena r pandai2.. aku tak kan tuntut.. coz aku tahu satu hari nnt.. hutang tu akan tertuntut gak nnt. mbe bukan di dunia.. tapi di akhirat.. heheh


tu je...

Perbezaan kawan, teman dan sahabat


Arrgghhh!! Aku bengang sangat... Yaa, sangat bengang. Eh! Hehe.. Hello! Kali ni aku nak cerita pasal kawan-kawan pulak kat blog ni. Saje nak luah perasaan. Kalau taknak dengar aku buat luahan perasaan, takpe la.. Tapi jangan lak keluar dulu. Hehe.. Sambil-sambil geram bercampur bengang ni, ade 1 benda aku nak kongsi dengan korang. Nak tau apa dia benda tu? Baca entri ni sampai habis ye.

Tadi aku baru je dibagi tahu dengan my boss bahawa khidmat aku dah tak diperukan lagi. so maksudnya, aku kena kembali ke unit aku yang asal. cuma yang menjadi persoalan... kenapa tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut. Malah bukan aku seorang lagi mengejutkan. Kak Ita sekali kena terminate dari bertugas di unit tu... bila di risai di siasat... rupa-rupanya member kami senidri yang kami percayaai mumbuat khianat pada kami.... dia buat macam tu kerana mahu duduk di tempat Kak Ita duduk sekarang..... alooooo minah.... kot ye pun ko nak kan kerusi tu.. buat r cara baik.......... tak perlulah nak mencanang satu dunia yang kami ni terlalu buruk dan jahat dimatamu..... huhuhuh.... yang aku tak tahan tu.... minah ni pakai tudung.. muke nampak baikkkkkk je ( muke joker ) tapi tu ah memaukan kaum hawa lain yang bertudung je.... Bila aku ingat balik peristiwa tu, tiba-tiba rasa bengang lak. Bukan tidak dapat menerima kenyatan cuma cara tu tak betullll.....itu namanya jenis kawan makan kawan, tikam kawan dari belakang, cakap tak serupa bikin, and macam-macam lagi lah. perumpamaan tu aku maksud dia. tapi sesuai la kot sebab bunyinya sangat jahat. Hahaha..

Ramai manusia sekarang ni tak tau apa erti persahabatan yang sebenar. Diorang ingat persahabatan tu cukup dengan mengenali dan jadikan sesorang tu sebagai tempat berkongsi ketawa, masalah dan bergurau. Dalam persahabatan ada banyak istilah iaitu kawan, teman dan sahabat. Bagi aku, ianya memang banyak beza. Kalau korang tanya kat sape-sape, mungkin diorang jawab perbezaan tu hanya pada sebutan dan ejaan. Pastu mesti diorang pakat dok gelak-gelak. Jadi bahan ketawa lak kawan, teman dan sahabat ni. Hmmm..

Bagi aku, istilah teman, kawan dan sahabat ni ada makna tersendiri dan berbeza dari segi penggunaannya. Yang membezakannya mungkin kekuatan dalam perhubungan tu. Tengok perbezaan dia kat bawah ni:

  • Teman
    - orang yang boleh menjadi tempat untuk berkongsi suka dan duka. Contohnya teman belajar, teman bermain, teman ketawa, teman hidup dan lain-lain.

  • Kawan
    - seseorang yang sama peranannya seperti teman, cuma mungkin ikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman. Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan". Takde istilah "teman makan teman". So, terbukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.

  • Sahabat
    - seseorang yang boleh memahami diri kita pada setiap situasi. Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.

    - Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa.

  • Di sini, aku nak simpulkan bahawa sahabat adalah teman, tapi teman bukanlah sahabat. Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat daripada perhubungan teman atau kawan.

    Takde apa dah aku nak tulis kat sini. Korang sila la komen bagi pendapat korang lak pasal kawan, teman atau sahabat ni. Lain orang lain pendapatnya kan? kan?

    KENAPA MENGAPA


    MANUSIA memang tidak pernah rasa bersyukur..... mungkin agak pelik dengan penyataan TMoS tukan... sebenarnya TMoS ingin meluahkan sedikit perasaan yang terpendam. TMoS sekarang bekerja di Unit yang baru... pada awal permulaan bertugas di Unit tu, memang cukup happening... almaklum lah suasana baru... persekitaran baru... TMoS mula mengenali lebih dekat dengan K.Ita, K.Nani dan juga Ila... seperti biasalah pada awal permulaan kami bekerjasama tiada apa masalah yang timbul. gelak tawa, riang ria, duka dan sedih kami bersama-sama tangani... tapi entah mengapa sejak akhir-akhir ini. Kegembiraan bertukar kepada kedukaan... TMoS akui mungkin itu semua cuma mainan perasaan... Tapi bila difikirkan semula... tiada sebarang masalah yang TMoS mahupun K. Ita lakukan.... tetapi kenapa K. Nani dan Ila mulai dingin dengan kami...

    TMoS dgn K.Ita mula mencari dimana punca sebenar kedinginan ini timbul.. bila di risik di gali di korek segala maklumat baru lah TMoS dan K. Ita tahu apa punca sebenar...... rupa-rupanya semua ini terjadi dsebabkan oleh seseorang yang tidak puas hati dgn keakraban kami berdua.... memamg bila dilihat dan diperhatikan seseorang ini penuh dengan perasaan benci, cemburu dan sebagainya.... dia lah juga yang mencanangkan cerita buruk pada my boss juga pasa semua orang... dia nak menunjukan bahawa dialah yang terbaik, dialah yang sempurna... biasalah perempuan bertudung.... tapi apa salah kami sehingga dai sanggup buat macam tu dgan kami...
    TMoS juga cukup untuk menjaga hati dan perasaan dia agar tidak terSENTAP. lupa nak bagitahu dia ni jenis yang SENTAP kuat ( EMO ) so bila nak berkata2 atau bergura dgna dia kena berlapik.. tetapi apa yang TMoS lihat.. bila dia bergura tiada pula batasannya....

    tapi TMoS tak kesah semua tu.... apa yang TMoS harap kan dari dia. Ubahlah sikap tu agar kemudian hari tiada siapa yang membenci dirinya......TMoS rasa sayang sgt kerana dia tu perempuan... takut nanti esok lusa perkara buruk kena padanya....

    ERTI PERSAHABATAN


    Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

    Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

    Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
    Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


    Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

    Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

    Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
    Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


    P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....