Halaman

SEDIKIT KISAH ANTARA AKU DAN DIA ( SUATU KETIKA )



Papa masih ingat suatu ketika dulu. 

"B.. ?!"

Dia tiba-tiba bersuara sambil mengacau sup daging. Aku yang sedang menghirup nescafe panas di meja makan segera menoleh.

"Ya.. Sayang..?"

Dia menarik nafas panjang...

"Kita bahagia hidup bersama kan? Selama kita hidup bersama Ayang cukup bahagia hidup bersama B." Dia cuba mengajak aku untuk berborak bersama. Tapi ada sedikit kelainan dari segi tutur kata bicaranya.

"Ayang... walau jarak usia antara kita terlalu jauh berbeza. Perasaan sayang B pada Ayang langsung tidak pernah ada hadnya." Aku menjawab dengan tulus dan ikhlas dengan harapan dia faham akan perasaan aku yang sebenar terhadap dirinya.

"Terima kasih B. Terima kasih kerana menerima diri Ayang seadanya." Dari lafaz kata yang diucapkannya ada sedikit kesedian dan lantas aku berdiri menghampiri dirinya. Aku renung ke arah matanya. dan aku lihat ada genangan air mata yang menanti untuk gugur ke pipi..

"Kenapa Ayang...? Ayang tak yakin dengan kasih sayang B selama ini ke? Apa yang perlu B lakukan untuk membuktikan rasa sayang B yang mendalam pada Ayang?" Tanya ku sambil mengesat airmatanya yang telah jatuh berlinangan dipipi.

"B... Andai suatu hari nanti. Ayang pergi dahulu menghadap Illahi.. Adakah perasaan sayang B akan tetap tebal sepertimana B menyayangi diri Ayang semasa hayat Ayang masih ada?" Soalan dia semakin pelik. Sebak katanya semakin jelas kedengaran. Aku memeluk erat tubuhnya. Terasa hangat didalam dakapanku. 

"Kenapa Ayang cakap macam ni? Walau apapun yang terjadi B tak akan biarkan Ayang PERGI dahulu meninggalkan B. Sebab B tak mahu hidup bersendirian tanpa Ayang disisi dan kalau boleh biarlah B yang pergi dahulu. sebab B tidak mahu menitiskan air mata B dengan pemergian Ayang...

"B... Andai ditakdirkan juga Ayang pergi dahulu. Ayang nak B tahu. Sayang, Kasih dan Cinta Ayang pada B tidak akan pernah lenyap. dah Ayang akan sentiasa berada disisi B untuk menemani diri B walaupun bukan jasad sebenar Ayang.." 

Itulah kata-katanya yang cukup memberikan kesan dihati ini. Walaupun dia sudah lama pergi  meninggalkan diri papa untuk bertemu Illahi. Ingatan papa padanya langsunng tak pernah pudar. sesungguhnya dirinnya tiada TEMAN PENGGANTI..


notaKAKIpapa: Al-Fatihah.......

Tiada ulasan: