Halaman

Dialog Hatiku...

Dialog Hati

Ada satu ketika, aku teringin sekali bertanya… Dimanakah sebenarnya kau letak hati ku didalam dirimu?

Adakah hatiku kau letak betul-betul berada didekat jantungmu? Ataupun disatu tempat dimana semua perasaan menjadi nafsu hidup? Aku benar-benar ingin tahu, kerana kau selalu katakana bahawa kau saying pada diriku.

Jadi, dimanakah sebenarnya kau tempatkan aku didalam dirimu?

Kadangkala aku tertanya sendirian. Adakah aku cukup berharga seperti intan mutiara? Ataupun tak ternilai seperti cinta yang setiasa membara?

Aku harap janganlah kau marah bila aku ajukan persoalan  yang ingin aku lontarkan ini, kerana insan yang tak sempurna seperti aku ini amat memerlukan jawapan ikhlas darimu. Aku akui aku bukanlah sebijak dirimu dalam mengawal perasaan, mengemas pelbagai perasaan dalam satu uncang yang indah mempersona. Aku tahu aku bukanlah insan yang memenuhi piawaian yang kau inginkan didalam mengurai kata menguntai rasa, menyatakan perkara yang boleh menjadi terlalu istimewa.
Jujur aku betul-betul ingin bertanya kepada dirimu, dimanakah sebenarnya kau meletakkan diriku didalam dirimu?

Adakah aku sekadar pengisi masa bila resah melanda ataupun aku hanya sebagai penyegar matamu bila lelah dating menggoda?

Atau… adakah aku sekadar patung boneka yang bernafas dengan suhu hangat yang akan kau perlukan disaat harimu mendung  kedinginan?

Aku ingin bertanya kepadamu. Apakah sebenarnya makna hubungan kita selama ini?

Adakah kau akan membiarkan namaku terukir dibenak fikiranmu? Ataupun sekadar menampal lubang nafsu yang mengalir dinadimu? Adakah diriku masih hadir didalam mimpi-mimpi disetiap malammu?

Adakah aku masih seistimewa seperti awal perkenalan kita? Saat pelukan pertama yang kau hadiahkan kepadaku, saat ciuman pertama yang kau curi dariku, saat kata cinta menjadi mantera penglipur lara.

Jadi, dimanakah ?

Tiada ulasan: