Halaman

Celoteh Pagi



Salam 8.05 pagi uolss… hurm ari ni awal papa tiba di opis. Tak tahu apa angin papa ari ni bangun awal. Alah tak kesah la yang penting papa datang kerja kan? Akcely papa nak tanya uolss semua la..

Korang pernah tak jatuh didalam kemurungan?

Korang pernah tak merasa keseorangan?

Sejauh mana korang rasa pengorbanan korang selama ini adalah sia-sia?

Adakah itu boleh membuatkan hidup korang menjadi tidak beerti atau merasakan diri seperti tidak berharga?

Uolss, sekecil mana atau pun sebesar mana sekalipun masalah korang, yakinlah bahawa korang semua masih boleh bangkit semua. Yakinlah bahawa korang tidak akan sendiri dan juga segala pengorbanan korang tidak akan sia-sia, MELAINKAN ia merupakan satu pengajaran yang amat amat berharga sekiranya korang menyedarinya.. betul tak? Papa harap, jangan sesekali korang merasa kehidupan ini susah dan tidak bererti disaat Tuhan masih memberikan kesempatan kepada korang. Setiap daripada kita papa pasti pernah megalami kegagalan dan jatuh didalam kesilapan yang kita sendiri ciptakan. Jadi apa yang paling penting seberapa pantas kita BANGUN dan SEDAR untuk memperbaiki keadaan dan mulakan semula dari awal dan jangan sesekali akan jatuh kedalam lubang yang sama untuk kali yang kedua.

Setiap langkah kaki korang, akan selalu bererti JIKA korang tahu untuk mensyukuri setiap nikmat yang Tuhan berikan, bukan hanya meriakkan diri sendiri bahawa semua ini hasil dari diri anda sendiri. Ok, senang cerita macam ni… cuba fahami apa yang papa ingin katakana disini…

Tidak jelas walaupun hanya sepintas lalu… saat butiran hujan membasahi tanah kosong

Cuba untuk hampiri diri dan renung keperibadian diri yang telah jatuh didalam kesalahan, tidak pelik jika kita gagal…

Tidak pelik jika kita jatuh di dalan yang licin. Persoalannya boleh kah kita bangkit semula?

Bisikan-Nya akan sedarkan kita yang masih lelap didalam gelap kerana ini semua ada lah pengajaran untuk kita..!!

Untuk korang semua…. Semoga proses kematangan diri boleh mendewasakan pemikiran korang….

Tiada ulasan: