Halaman

Memaparkan catatan dengan label clj cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label clj cinta. Papar semua catatan

MENCINTAI atau DICINTAI...?

Pasti anda sering dengar kata mencintai dan dicintai oleh orang disekeliling anda

Mungkin anda pernah berada dalam posisi mencintai seseorang atau mungkin dicintai seseorang.

CLJ dilontarkan pertanyaan2 dari sahabat2 CLJ, yang bertanya kalau harus memilih lebih baik mana si mencintai seseorang atau dicintai seseorang? CLJ agak bingung buat jawabnya, kerana pertanyaan ini amat sulit/susah untuk CLJ jawab..

Menurut CLJmencintai ialah satu perkara yang sangat mudah tapi sukar/susah. Kerana kita lah yg memainkan peranan disitu dalam mengatur perasaan kita sendiri.
mencintai juga merupakan suatu penjelasan jiwa bukan saja tentang rasa suka dan tertaik, tetapi paling penting tentang kesediaan dan kemampuan memberi, kesediaan dan kemampuan berkorban, kesediaan dan kemampuan memperhatikan, menumbuhkan, merawat dan melindungi. sekiranya perasaan cinta tidak terbukti, kepercayaan hilang lenyap. Tidak ada cinta tanpa kepercayaan. Begitulah bersama waktu pasangan anda hilang kepercayaan dengan anda.

Selain itu mencintai juga perlu sedia menerima risiko yg terjadi dan bakal terjadi. Kita belum tentu mencintai seseorang yg juga mencintai kita, dalam erti kata lain bertepuk sebelah tangan. Pasti sangat sukar menerima nya jika kita bertepuk sebelah tangan dgn orang yg kita cintai.

Sedangkan dicintaimenurut CLJ iya sebagai penerima dari yg mencintai itu. Ibaratkan kita hanya sebagai objek dari pelaku yg mencintai kita. Kita hanya menerima hasil dari tindakkan pelaku yg memainkan peranan itu. Disini kita tak perlu atau peningkan perasaan kita. Kerana kita tak perlu berkorban dalam segala hal, sama ada berkorban perhatian, kepercayaan, atau yang lainnya. Kerana semua itu sudah dilakukan oleh si pelaku yg mencintai kita. Disini kita yg sebagai raja/ratu, krn si pelaku yg mencintai kita rela melakukan apa saja demi kita yg dicintainya.

Kalau menurut anda yang mana anda pilih mencintai atau dicintai?

MENCARI ERTI CINTA? (tapi tak dpt)


Semalam CLJ cuba mendapatkan dua pertanyaan, dari seorang Gadis yang kami berdua sepakat mengatakan kami berdua menjalin niat untuk membuat saling pengertian tentang arah cinta kami berdua "Apakah kamu mencintai aku,?"
"Apakah kamu akan memilihku bila ada orang ketiga, yang menurutmu dia lebih mengerti, lebih memahami dan mhau menerimamu seadanya?".
Satu hal yang CLJ dapat katakan, dan itu berhubungan dengan keyakinan CLJ tentang suatu 'kekuatan' yang Maha Berkuasa terhadap jodoh, hidup dan Masa Depan. CLJ tidak boleh mengagak, apatah lagi membuat suatu jaminan bagi masa depan CLJ, apalagi tentang masa depan orang lain.
Pertanyaan itu, hampir sama dengan:
"Apakah kamu mau berjaya?"
Tentu kita akan menjawab ya.
"Apakah kamu yakin akan berjaya?"
Ups.....!!!
Pertanyaan itu akan membuat kita mungkin terdiam. Kerana untuk menjawab pertanyaan itu kita akan melihat dengan jujur apa kekuatan (strong) dan keuntungan (oppurtunity) kita, sekaligus menilai kelemahan (weakness) dan ancaman (threat) kita.
Kembali ke pertanyaan itu...
Menurut CLJ, pertanyaan itu lebih pada soal keyakinan tentang: APAKAH KITA AKAN SEPADAN DENGAN PASANGAN kita atau tidak?
Banyak kita mendengar pernyataan, "saya mencintainya, tapi saya tidak dapat bertahan dengan caranya memperlakukan saya seperti itu"

"Cinta kita sudah tidak seirama, lebih baik kita akhiri cerita cinta kita"


faham? tak faham? baca lagi anda pasti akan faham...
klu tak faham2 gak.. CLJ tak tahu wat apa.... heheheh

ERTI CINTA BAGIKU..


cinta itu luas takrifannya dan dalam pula maksudnya..
cinta tidak buta seperti penilaian sesetengah org..
yg buta adalah mata dan fikiran org tersebut..
cinta dtg nya dari Allah, pintu hati kita terbuka kerana d bukakan oleh Allah..
setiap org ada pandangan tersendiri mengenai cinta..
cinta tidak d butakan dan tak akn membutakan..
manusia yg buta kerana tidak tahu menilai erti cinta sebenar..
andai lautan dalam boleh d terokai,
angkasa lepas boleh d jelajahi,
pastinya cinta tidak akan dapat d selami andai tidak punya cinta d hati..
kekuatan cinta terletak pada hati si pencinta..
andai teguh cinta d hati,
maka tegarlah keutuhan cinta tersebut..
manusia sering d butakan dengan angan2 kosong, janji2 manis
sehingga melupakan apakah yg perlu d buat untuk mengindahkan cinta tersebut..
memang indah bersatu d alam khayalan, mencipta mahligai untuk d realisasikan,
tp sayang sesungguhnya hakikat hidup ini x seindah mimpi2..
cinta ibarat baby belajar berjalan..
adakalanya jatuh lalu tersungkur, menangis hingga mengeluarkan air mata..
tapi baby itu tidak pernah mengalah, menanam tekad d hati untuk terus berdiri
dan melangkah semula sehingga akhirnya berjaya..

cinta itu...ibarat mata dan tangan.Ketika mata menangis,tangan menghapus air mata.Ketika tangan terluka,mata menangis.Ketika mata tidak bisa melihat,tangan membantu untuk meraba.Tetapi,bagaimana jika tangan tiada?ia tidak akan sempurna...

Kata orang cinta itu...ibarat kupu-kupu.Makin kau kejar, makin ia menghindar.Apabila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduganya.Tetapi,jangka hayat bagi kupu-kupu tidaklah lama seperti yang diharapkan..ia tidak akan berkekalan..

Kata orang cinta itu...ibarat sebiji bola.Ia dijulang,diagung-agungkan di seluruh dunia.Semua orang berebut-rebut mendapatkannya,sehinggakan sanggup cedera.Tetapi,kenapa ia disepak-sepak,ditendang-tendang,dilontar-lontar,dipijak-pijak dan dibuang apabila sudah buruk jika benar-benar ia disayangi?

Kata orang cinta itu...ibarat kayu dan api.Api memerlukan kayu untuk terus hidup.Kayu sedia berkorban untuk api terus marak.Tetapi,berbaloikah pengorbanan kayu yang akhirannya menjadi abu?api tidak sedikitpun kesal membakar temannya....

Beginilah cinta manusia sesama manusia...Akan tetapi cinta Maha Agung kepada hambanya ibarat udara yang tidak bisa dilihat,tidak bisa disentuh,tidak bisa dimakan.Tetapi di kala siang,tengah hari,petang,senja,dan malam ia sentiasa menemani manusia.Biarpun manusia itu sering mencemarkan udara,tetapi ia tetap memberikan ruang bagi manusia itu bernafas.Pujalah tuhanmu,Ia tidak akan mengecewakan kamu.Cintailah Dia Yang Kekal tiada sudahnya..

Apa itu Cinta???

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.



Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN


Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.



Adakah kamu menjadi miliknya kerana
pandangan
matanya membuat hatimu melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa
setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak
terfahami ... menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?

ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain
tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA

Sungguh Menyakitkan Mencintai Seseorang
Yang Tidak Mencintaimu,
Tetapi Lebih Menyakitkan Adalah Mencintai Seseorang Dan Kamu Tidak Pernah Memiliki Keberanian Untuk Menyatakan Cintamu Kepadanya..

Apa Itu Cinta ? S1

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.
... See More
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

~CINTA LUKISAN JIWA~
- Saidina Umar Ibnul Khattab -