Halaman

ERTI CINTA BAGIKU..


cinta itu luas takrifannya dan dalam pula maksudnya..
cinta tidak buta seperti penilaian sesetengah org..
yg buta adalah mata dan fikiran org tersebut..
cinta dtg nya dari Allah, pintu hati kita terbuka kerana d bukakan oleh Allah..
setiap org ada pandangan tersendiri mengenai cinta..
cinta tidak d butakan dan tak akn membutakan..
manusia yg buta kerana tidak tahu menilai erti cinta sebenar..
andai lautan dalam boleh d terokai,
angkasa lepas boleh d jelajahi,
pastinya cinta tidak akan dapat d selami andai tidak punya cinta d hati..
kekuatan cinta terletak pada hati si pencinta..
andai teguh cinta d hati,
maka tegarlah keutuhan cinta tersebut..
manusia sering d butakan dengan angan2 kosong, janji2 manis
sehingga melupakan apakah yg perlu d buat untuk mengindahkan cinta tersebut..
memang indah bersatu d alam khayalan, mencipta mahligai untuk d realisasikan,
tp sayang sesungguhnya hakikat hidup ini x seindah mimpi2..
cinta ibarat baby belajar berjalan..
adakalanya jatuh lalu tersungkur, menangis hingga mengeluarkan air mata..
tapi baby itu tidak pernah mengalah, menanam tekad d hati untuk terus berdiri
dan melangkah semula sehingga akhirnya berjaya..

cinta itu...ibarat mata dan tangan.Ketika mata menangis,tangan menghapus air mata.Ketika tangan terluka,mata menangis.Ketika mata tidak bisa melihat,tangan membantu untuk meraba.Tetapi,bagaimana jika tangan tiada?ia tidak akan sempurna...

Kata orang cinta itu...ibarat kupu-kupu.Makin kau kejar, makin ia menghindar.Apabila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak menduganya.Tetapi,jangka hayat bagi kupu-kupu tidaklah lama seperti yang diharapkan..ia tidak akan berkekalan..

Kata orang cinta itu...ibarat sebiji bola.Ia dijulang,diagung-agungkan di seluruh dunia.Semua orang berebut-rebut mendapatkannya,sehinggakan sanggup cedera.Tetapi,kenapa ia disepak-sepak,ditendang-tendang,dilontar-lontar,dipijak-pijak dan dibuang apabila sudah buruk jika benar-benar ia disayangi?

Kata orang cinta itu...ibarat kayu dan api.Api memerlukan kayu untuk terus hidup.Kayu sedia berkorban untuk api terus marak.Tetapi,berbaloikah pengorbanan kayu yang akhirannya menjadi abu?api tidak sedikitpun kesal membakar temannya....

Beginilah cinta manusia sesama manusia...Akan tetapi cinta Maha Agung kepada hambanya ibarat udara yang tidak bisa dilihat,tidak bisa disentuh,tidak bisa dimakan.Tetapi di kala siang,tengah hari,petang,senja,dan malam ia sentiasa menemani manusia.Biarpun manusia itu sering mencemarkan udara,tetapi ia tetap memberikan ruang bagi manusia itu bernafas.Pujalah tuhanmu,Ia tidak akan mengecewakan kamu.Cintailah Dia Yang Kekal tiada sudahnya..

Tiada ulasan: