Halaman

UNTUK HARI INI...


Untuk hari ini aku akan hidup, maka wahai masa lalu yang telah pergi dan menghilang, terbanglah seperti angin. Aku tidak akan menangisi kepergianmu dan engkau tidak akan melihatku duduk merenung untuk mengingatmu walau sejenak pun, kerana engkau telah meninggalkanku, hijrah dari diriku dan pergi dariku untuk selamanya tanpa kembali.

Wahai masa depan engkau masih ada di alam ghaib, maka aku tidak akan berinteraksi dengan mimpi-mimpi. Aku tidak akan menjual diriku kepada ilusi dan bayangan dan aku tidak akan menyegerakan kelahiran yang tiada. Hari esok masih belum ada, kerana ia belum diciptakan dan masih belum disebut-sebut keadaannya.

Tiada ulasan: