Halaman

AKU MENYAYANGIMU LEBIH DARI SEORANG.......

Titisan air mata mengiringi jemari menaip warkah ini, sungguh, hatiku pedih, dan Tuhan tahu semua itu... bayangan gurau senda, tangis, keakraban, bermain-main di dalam ingatanku, seumpama sebuah filem yang diputar dengan cepat, segala apa yang kita pernah luangkan, segala yang pahit dan yang manis... hatiku dingin risau itu semua akan hilang, percayalah, aku menyayangimu...lebih dari yang kau tahu dan yang kau mau tahu...

tapi tidak!!! kau tak menggunakan nurani mu untuk sekedar tahu apa yang mereka rasakan padamu, kau membataskan semua akal logikmu untuk tahu bahawa betapa wajarnya sikap mereka padamu, kau menganak tirikan logikmu, atas nama "perasaan" yang selalu menjadi kebenaran diatas setiap tindakanmu, tanpa peduli norma, tanpa peduli bahawa orang lain juga mempunyai "perasaan"... hinggakan kau tidak menyedari atau menolak menyedari bahawa kau silap, maaf kerana mengatakan ini, ini semua kerana Tuhan tahu aku menyayangimu...lebih dari yang kau tahu dan yang kau mau tahu...

sesunggunya tak tertahan menemani jemari menekan rasa ini, seandainya kau menyedari betapa putus asanya aku telah memberimu signal 2 yang sedemikian halus akan kesalahanmu, entah mungkin kerana aku tak mampu mengkritikmu yang sesetengah manusia tak pernah menganggap kritik itu sebagai salah satu kewujudan kasih sayang...mungkin kau boleh membantah pendapat aku, tapi pengalaman bersamamu telah memberiku lebih dari cukup pelajaran bahawa memang kau tak boleh di kritik, dan itu cukup menyukarkan aku untuk menyedarkanmu. kalau lah kau cukup bersedia membiarkan nurani mu mengintai jendela hatiku, kau akan tahu disana ada rasa perasaan kasihan,

fikiranku berkecamuk,.. naluriku mendengus, kesalahan yang sama akan terulang lagi, dan aku marah, kecewa dengan fikiran yang kian tumbuh menjadi liar,... dan rupanya aku tidak sendiri,, rupanya apa yang aku takutkan juga dirasakan oleh mereka, jadi hal ini telah terjadi, sahabatku,... semuanya telah terungkai... maaflah kalau dengan cara seperti ini, tapi seperti yang sudah ku jelaskan padamu, aku putus asa bagaimana untuk mengelah denganmu, kerana kau, seperti yang aku kenal, akan ada seribu satu alasan untuk membenarkan tindak tandukmu, kau tak bisa membantahku untuk sifatmu yang seperti itu, kerana kau tahu bahawa itu benar... maaf harus kerana terjadi seperti ini, semua kerana yang selalu kukatakan, Tuhan tahu aku menyayangimu...lebih dari seorang TEMAN @ KAWAN @ SAHABAT. Lebih dari yang kau tahu dan yang kau mahu tahu....

~papa Q~

Tiada ulasan: