Sekarang aku harus belajar
melangkah sendiri
menerjang rintangan yang datang dengan garang
Sekarang aku harus belajar
kerana tidak ada lagi salam dan perpisahan
kerana tidak ada lagi gelak tawa dan tangis
di tengah senja
Sekarang aku harus belajar
tidak lagi menunggu senyummu
atau merangkul sendumu
Sekarang aku harus belajar
menikmati pagi dan malam
mengubur kerinduan sendiri
(pada awalnya dibuat untuk seorang kawan, tapi sekarang juga untuk aku;kamu yang kini aku anggap lebih dari seorang kawan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan