Halaman

AKU CUBA!!

aku hanya mencuba tidak menganggap cinta dan mengarungi cinta kembali lebih dalam.

aku hanya mencuba membuang masa lalu yang pahit serta fikiran masa lalu yang ku anggap masih lebih kebudak-budakkan daripada sekarang.

aku hanya mencuba tidak menyelami yang kusebut cinta lebih dalam. kuhadkan hanya sampai disini, tidak akan lebih dan tidak mungkin kubiarkan kuharungi lebih jauh.

sebab aku pernah melihat jurang-jurang kesedihan jika ku selami lebih dalam cinta itu.

dan ku harap engkau mengerti
dan ku harap kalian juga boleh mengerti

aku hanya mencuba memahami cinta seperti ini yang kita jalankan, tidak lebih.

aku hanya mencuba membatasi akan hatiku dan akan rinduku yang seringkali menginginkan mengarungi cinta lebih dalam bersamamu.

aku hanya mencuba tidak menyelami lebih dalam, tidak berjalan lebih jauh dan tidak ingin mengulangi masa lalu.

sebab, aku percaya sinar harapan menunggguku di hadapan.
sebab, aku percaya sinar harapan menunggumu di depan.
sebab aku percaya sinar harapan juga menunggu kalian dan mereka di depan sana.

aku hanya mencuba membuang jauh-jauh pandangan bahawa cinta itu bererti dalam hidup, dan akan mati jika tidak ada cinta.

dan juga, untuk terakhir kali aku percaya akan ketentuan tuhan tidak akan berubah.

akan cinta sejati
akan jalan hidup
akan peristiwa
akan kejutan
akan musibah dan dugaan
dan akan kematian

dan engkau kuharap mengerti segalanya, dan engkau boleha mengarungi jalan fikiran mu akan cinta dan persamaan yang sedang kita jalani.

Tiada ulasan: