Halaman

KEADAAN KEWUJUDAN KENYATAAN Bhgn 1

Salam 10.12 malam..

PAPA dah berfikir panjang... Atas sokongan kawan2 papa, mulai saat ini papa akan kembali kepada corak penulisan papa yang lama.. Walaupun cara penulisan papa yang lama agak berat. Tetapi bagi papa, melalui penulisan itu akan membuat sesorang itu akan lebih berfikir dengan lebih mendalam. Insya Allah...

So untuk permulaan N3 pada kali ini papa nak buat N3 yang akan membawa kita untuk merenung kembali kepada perjalanan kehidupan seharian kita.. ok..

Setiap hari, Siang akan berganti malam kemudian bersilih pagi dan kembali malam semula begitulah keadaan akan berterusan. Menjalani kehidupan harian, penat, tidur, dengan sedikit ketenangan, kehadiran sesuatu yang amat menyenangkan dan berbagai persoalan timbul, dan berulang kembali.

Bangun dari tidur, tersedar dari lamunan, dan kita perasan yang kita berada dalam kehidupan yang lain dari semalam. kita berada didalam kehidupan yang mungkin wujudnya hubungan dengan teman, sahabat, keluarga ataupun seseorang yang baru kita kenali. Dan kehidupan ini lah kadangkala membuatkan kita cepat merasa bosan, kecewa, gelisah, takut, bingung, putus asa, menyesal dan sebagainya.

Papa fikir, memang tiada satu makhluk pun di muka bumi ini yang ingin berada didalam kesusahan - diantaranya seperti merasakan dan melalui seperti yang papa nyatakan diatas tadi. Dapat dipastikan bahawa setiap tingkahlaku kita seringkali merujuk kepada harapan kebahagiaan kita, menikmati kehidupan seperti didalam kesah dongeng dan berupaya untuk mencipta suasana yang cukup aman dan damai. Hinggakan perasaan kita susah dianggap sebagai satu perkara yang menjadikan kita murung. Tetapi percayalah bahawa setiap perasaan yang dinyatakan diatas akan membuatkan diri singgah pada setiap yang mempunyai perasaan dan akal fikiran, tak kiralah dimana seekali pun.

Kebanyakan orang disekeliling kita, tak kira lah siapa pun - termasuk papa sendiri - seringkali hendak mengusir, menafikan, malahan menghancurkan perasaan-perasaan seperti itu. Sedangkan,"Tiada satupun ke-WUJUD-an di ada-kan dan meng-ada-kan tanpa hikmah", tidak terkecuali ke-WUJUD-an perasaan tersebut. Bukankah semua yang diciptakan oleh TUHAN YANG MASA ESA itu cukup bermanfaat untuk sesiapa saja yang tekun melakukan tafakur?(betulkan PAPA kalau PAPA salah)

Jika setiap ke-WUJUD-an itu dsertai ataupun memiliki hikmah, jadi bagaimana dengan BOSAN, KECEWA, GELISAH, TAKUT, BINGUNG, PUTUS ASA, MENYESAL dan sebagainya?

Keupayaan untuk menjawab persoalan itu dapat kita mulakan dengan mencuba mengetahui, Mengerti dan Memahami sebab kenapa munculnya perasaan tersebut. oleh yang demkian, kita harus memberikan renungan kepada sikap dan tingkahlaku kita sendiri didalam menjalani kehidupan; bagaimana kita menyapa persekitaran dan melaluinya. Bagaimana kita menilai setiap respon dipersekitaran kita; Mengapa kita rasa kecewa bila kita dibohongi? perlukah kita merasa kecewa hanya kerananya?

bersambung...

notaKASUTpapaQ;-
KENYATAAN adalah satu perkara yang harus kita TERIMA dengan REDHA... n thnks to ZAIDI JPM coz bg support kat PAPA. siap kalau tak KOMEN!!!

Tiada ulasan: