Halaman

KEADAAN KEWUJUDAN KENYATAAN Bhgn 2

Salam 11.05 malam..


Semalam papa ada bercerita mengenai KEADAAN KEWUJUDAN KENYATAAN tapi tak sampai habiskan kira PART 1 je. huhuh so malam ni PAPA cuba merungkaikan dengan lebih lanjut mengenai N3 papa. so kepada sesapa yang membaca N3 papa semalam tu yang tak faham. Papa minta maaf bebanyak sebab itu bermakna anda semua belum lagi menemui kendiri ataupun kehidupan anda. BUWERKK.... OK OK OK papa tak nk buang masa. biar papa sambung semula ok....

Samb:- KEADAAN KEWUJUDAN KENYATAAN

Pengetahuan terhadap sebab KEWUJUDAN sesuatu adalah sangat membantu kita untuk mengungkap dan menyelesaikan sesuatu yang dianggap MASALAH. Jawapan diatas persoalan 'mengapa kita merasa sangat kecewa bila dibohongi ataupun ditipu?' dan 'perlukah kita merasa kecewa hanya kerana perkara tersebut?' yang akan menjadi petunjuk utama didalam keupayaan menjawab persoalan tersebut adalah ' APAKAH hikmah yang kita dapat dari perasaan bosan, kecewa, cemas, takut, binggung, putus asa dan menyesal dari apa yang kita rasakan?

PAPA boleh menganggap bahawa perasan perasaan itu sebagai RUANG. RUANG yang telah disediakan oleh TUHAN, agar kita berkeinginan untuk berfikir sejenak dan berhenti dari sebarang rancangan kehidupan yang kita sendiri susun dan dan berfikir semula dengan apa yang telah kita jalani dan telah kita capai. RUANG agar kita berhenti sejenak untuk mengerti dan memahami kisah kita dimasa silam dan masa kini dan apa yang perlu kita harapkan untuk masa-masa yang akan datang serta melakukan perancangan dan pencapaian.

Papa sendiri boleh menikmati rasa bosan, kecewa dan sebagainya, perasaan yang telah papa rasakan sebagai keupayaan didalam mencapai pengetahuan, pengertian dan pemahaman tentang perkara tersebut. Andai kata perasaan itu diiringi dengan satu hikmah, maka papa tak ingin kehilangan segala nikmat yang telah TUHAN berikan. Segala perasaan yang Tuhan WUJUD kan, hinggakan kebanyakannya tidak dapat diungkap dengan kata-kata, tentu lebih bererti jika kita mensyukuri dan menikmatinya. Hanya dengan itu kita sanggup menggapai ketenangan dan merancang percalanan menuju kebahagiaan. KERANA "dengan mengeluh sahaja hanya akan membatasi dan menghalang diri kita dari CAHAYA KEBAHAGIAAN'.

Papa fikir, naik dan turunnya keyakinan diri dimulakan dengan ke-BINGUNG-an, ke-GELISAH-an, ke-RISAU-an dan ke-KECEWA-an. Kerana sebelum naik atau turun ke suatu tahap, diri kita akan mengalami PERUBAHAN.(disini PAPA anggap PERUBAHAN sama dengan RUANG) dan masa PERUBAHAN inilah kesempatan paling penting untuk menjawab segalanya. ADAKAH kita hendak berada di-ATAS ataupun berada di-BAWAH?

Jadi fikir-fikirkanlah, Papa bukanlah sesempurna manusia yang diciptakan. tetapi berdasarkan pengalaman yang telah dilalui papa rasa tak salah untuk papa berkongsi pendapat dengan anda semua kan? so.. JOM JADI BIJAK!!!!!

p.s: Papa minta maaf kalau penulisan ini membuatkan anda semua kurang selesa.... kalau ada kesilapan atau kesalahan didalam N3 papa kali ni.. tolong2 la tegur ok...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ..

entry yang boleh dikatakan santai bagi saya...tpi amat bermakna...butir-butir perkataan yang digunakan juga ..erm saya rasa santai ditambah pula dengan lagu yang dimainkan...ianya boelh diibaratkan kita berimaginasi sekali dengan cerita yang dipersembahkan ditambah dengan lagu yang disertakan ...good job ...haha

PaPa Q berkata...

kepada TANPA NAMA; thnks 4 ur comment.. sungguh2 hargai... tapi kenapa tidak meletak kan nama anda. sekurang2 nya papa tahu siapa yang menghargaai hasil penulisan papa...

apaun thnks again.

Tanpa Nama berkata...

Buat masa nie biarlah saya merahsiakan dulu identiti sya...salam perkenalan dari sya...awak ada bakat dalam penulisan dan perlu dikembangkan lagi...