Halaman

MEMAAFI BUKAN PERKARA MUDAH!!!!

Salam 2.00 pagi

Maaf, papa menulis lagi dipagi yang dingin ini. akcely papa tak boleh nak melelapkan mata. entah kenapa malam ni papa rasa perasaan papa seperti ada yang tak kena. tambahan pula ditambah dengan insiden yang betul-betul membarakan hati papa. selepas tu senang-senang nak minta maaf. papa pernah buat N3 mengenai MAAF cuba rujuk disini.

kadang kala kita sebagai manusia biasa pasti pernah melakukan kesalahan kan? Sebagai manusia kita memang tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan dan mulut kita juga pasti tidak pernah lekang dari mengucapkan kata maaf. ye lah selepas melakukan kesalahan, memalukan orang lain, menghina orang lain, memburukkan orang lain pas tu minta maaf. kita sebagai insan yang berhati lembut pula mudah untuk memaafi. walhal perkara tersebut cukup mengguriskan hati dan perasaan kita.

Saat kita merasa bersalah kepada orang lain seharusnya kita meminta maaf pada orang tersebut diatas segala kesalahan yang telah kita lakukan. begitulah juga sebaliknya, ketika kita menyedari ada orang lain yang melakukan suatu kesalahan terhadap diri kita. sudah tentu ada keinginan dalam diri kita agar orang itu meminta maaf diatas kesalahan yang telah dia lakukan. dan apa yang paling penting adalah untuk tidak mengulangi segala kesilapannya lagi. TAPI... bagaimana sekiranya kesalahan itu seringkali diulangi lagi dan lagi? pas tu minta maaf minta maaf minta maaf berkali-kali.. perlukah kita memaafkannya lagi? apakah MUDAH untuk kita MEMAAFI dan ADAKAH mudah untuk MENGULANGI kesilapan itu lagi. bagi papa, MAAF ITU BUKAN MUDAH UNTUK DILAFAZKAN!!! dan BUKAN MUDAH UNTUK PAPA MEMAAFKAN!!

Sejujurnya minta maaf itu memang amat mudah. Tapi apa yang kita lakukan setelah meminta maaf itu yang susah. boleh ke kita tidak mengulangi kesalahan yang sama? sia-sia saje kita meminta maaf sekiranya maaf itu hanya keluar dari ucapan sahaja.sedangkan sikap kita tidak menunjukkan perubahan, tak ada penyesalan atas apa yang telah kita lakukan..

Jadi, Moral of the story Jangan kita hanya mampu mengucapkan kata maaf. Tapi cuba untuk tunjukkan bahawa kita sudah menyesal dengan kesalahan yang telah kita lakukan dan kita buktikan penyesalan kita dengan cara tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama.. Ada faham....?


notaKASUTpapaQ:-

KEPADA 'COW' kali ni tiada maaf lagi untuk mu... aku dah jemulah. bosan na muak dengan perangai COW. kenapa mesti COW nak canangkan satu dunia ni pasal diri aku? apa salah aku? aku tak pernah nak usik kau dan keluarga kau. so plss jangan ganggu aku dan keluarga aku...


Tiada ulasan: