Halaman

KENANGAN LALU....


Salam 5.43 petang....

kali ni papa nk buat entry mengenai kenangan lalu. akcely, papa buat entry ni coz terbaca posting kawan lama papa kat facebooknye. walaupun posting tu takder kena mengena adengan papa tapi ada gak le sedikit cerita yang terusik semasa dia buat posting tu.. sepanjang kehiudpan papa ni. memang tidak dinaafikan terlalu banyak kenangan manis mahupun pahit dalam hidup papa. tapi semua tu membuatkan hidup papa lebih matang lagi. bila papa fikirkan semula kenangan yang lalu hingga membuatkan papa tergelak sendirian, terkedu, terkesima dan segala perasaan wujud dalam diri papa.

seperti contoh, kehidupan papa diawal perantauan dahulu. terpaksa menyewa bilik, berpindah randah, buat kerja itu kerja ini. yang penting dapat menyara hidup papa yang bersendirian masa tu di KL. hehe.. setelah bersabar dengan ketentuan akhirnya papa dapat meneruskan kehidupan papa diperantauan dengan lebih stabil. tempat tinggal, makan minum pakaian dan sebagainya...

part dalam berkawan plak, toksa citer la terlalu ramai manusia yang telah papa kenal dan berkawan. ada manusia yang benar2 ikhlas, jujur, bermuka-muka, talam dua muka dan sebagainya lagila... tapi apa pun papa bersyukur sangat2 kerana kini papa punya kawan yang betul2 boleh papa anggap sebagai kawan... :).. sebab kala papa susah dorg ada disisi papa, gembira pun sama2. senang cerita, ibarat cubit pha kiri peha kanan terasa. dah seperti adik beradik da... tapi kawan2 yang selalu mengambil kesempatan pun ramai gak, TERLALU ramai... hinggakan papa rasa rimas.. rimas adengan karenah dorang semua. hadir dalam hidup papa saat papa gembira je. tapi masa bersedih berduka susah... semua hilang.. hilang menyembunyikan diri... apa da punya kawan... tapi papa tak kesah.. yang penting papa tetap anggap mereka sebagai kawan papa...

PERCINTAAN pula? no KOMEN... biarlah ia menjadi rahsia papa... huhuh no sharing2 ok.. hehe cuma yang betul2 closer dengan papa je tahu pasal dunia percintaan papa.. kuikuikui TETTTTTTT

tapi apa pun... semua kenangan tu tidak mungkin papa akan luput kan dari ingatan papa. walaupun pahit papa tetap jadikan ia kenangan yang terindah... heheh...

kepada semua kawan2 yang pernah berKAWAN dengan papa. dan masih lagi berKAWAN dengan papa... ingatlah satu perkara.. PAPA SAYANG KAMU SEMUA<3 ..........

Tiada ulasan: